BAB 21

Romance Completed 367809

Qasrina terjaga dari lenanya.. Dia memimpikan qaleesha anaknya.. 'Ya Allah, kenapa boleh mimpikan Esha pulak ni! Ya Allah lindungi lah anakku..' Qasrina menadah tangannya memohon Esha dilindungi.

'' kenapa boleh mimpikan Esha pula ni!'' naluri seorang ibu tak penah salah.. Sungguh dia terasa seperti terjadi sesuatu kepada anaknya.

Qasrina memegang dadanya yang berdebar. Dia sudah tidak boleh kembali tidur. Lalu dia bangun berjalan ke ruang tamu rumah tersebut dan duduk di sofa. Memandang kearah jam di dinding.. Matanya sudah tak boleh kembali terlelap.

''Qasrina kamu ke tu!'' dhani menegur bila melihat ada satu susuk tubuh duduk di sofa ruang tamu rumahnya.

'' Ya abang.. Ni saya.. '' jawap Qasrina.

'' kenapa kamu disini..? Kenapa berjaga? Kenapa tak tidur lagi ni... '' tanya dhani kepada isteri pertamanya.

'' entahlah.. Tak boleh tidur pula malam ni.. Teringatkan Esha.. Sarah pula tak sampai lagini.. '' kata Qasrina. Dhani melabuhkan punggungnya disebelah isterinya..

'' abang.. Pergilah tidur, nanti eliya terjaga apa pula kata dia nanti.. '' kata Qasrina tak mahu madunya terasa bila melihat dhani bersamanya.

'' Qasrina.. '' dhani memegang tangan isterinya.

'' tak perlu pikir kan anak anak.. Mereka dah besar semuanya.. Jaga kesihatan kamu tu.. Eliya tak akan berkira dengan saya kalau saya bermalam dengan kamu.. '' kata dhani.

'' tapi.. '' Qasrina tak menyambung ayatnya.. Jauh di sudut hatinya tetap tak mahu membuatkan madunya terasa.

'' abang temankan kamu berjaga disini bersama.. '' kata dhani.. Bangun mengambil al Quran berserta dengan papan rehan yang ada diatas rak. Lalu diletakkan diatas meja di hadapan Qasrina.

'' tunggu kejap abang ambil air sembahyang.. Malam ni kita berjaga sambil tunggu Sarah.. Boleh juga kita saling menegur bila bacaan saya salah.. '' kata dhani sebelum berjalan pergi. Qasrina melihat sahaja suaminya berlalu pergi..

Dhia tiba di rumah sewanya.. Rumah itu sunyi.. Kerana masih awal pagi. Dia berjalan naik memanjat anak tangga keatas. Namun langkahnya terhenti bila melihat marina yang Tiba-tiba membuka pintu biliknya.

'' Ya Allah ! Dhia!'' jerit marina sambil menutup mulutnya tergejut melihat keadaan dhia. Manakan tidak, dengan rambut dhia yang tak terurus.. Bajunya yang kusut disana sini.. Marina berjalan mendekat kearah dhia.. Melihat wajah dhia dengan lebih jelas.. Mata dan bibir dhia bengkak.. Banyak terlihat tanda-tanda merah di leher dhia.

'' dhia cerita dengan akak.. Apa yang sebenarnya terjadi!? '' tanya marina. Dhia tak menjawap.. Dia hanya mengeleng.. Airmatanya jatuh lagi..

'' jom kita ke balai.. Kita buat laporan polis!'' cadang marina.

'' kenapa ni kak? '' keluar pula marissa dari biliknya bila mendengar suara marina yang bercakap dengan kuat..

'' dhia kenapa dengan kamu ni? '' kata marissa cemas, bila melihat sahabatnya yang kusut dari atas sampai kebawah.

'' dhia.. Nak sendiri!'' balas dhia berusaha berjalan melintasi mereka berdua lalu masuk kedalam biliknya..

'' kenapa kak? dhia ada cakap ke kenapa dia jadi macam tu? '' tanya marissa.

'' kakak tanya dia.. Tapi dia tak jawap.. Lepas tu risa sendiri tengok kan dia terus masuk kedalam bilik.. '' terang marina.

'' dhia.. Risa nak masuk ni.. Boleh? '' tanya marissa di luar pintu bilik dhia. Marissa menekap kan telinganya di pintu bilik dhia.. Terdengar esak tangisan dari dalam bilik itu.

'' kakak.. Dhia menangis lah didalam tu.. '' kata marissa cemas.

'' dah tu kita nak buat macam mana? '' tanya marina.

'' kakak ada kunci pendua kan.. Minta!'' kata marissa.

'' kejap kakak cari.. '' berlari marina turun kebawah.. Kepalanya ligat berfikir dimana dia menyimpan semua kunci pendua yang ada didalam rumah itu.. Habis laci yang ada diruang tamu itu dia geledah.. Sampai ke kabinet dapur.. Kemudian barulah dia teringat ada segugus kunci di atas peti sejuk. Berlari semula dia keatas, membawa kunci itu.

'' kenapa lama sangat kak.. '' rungut marissa.

'' habis tu.. Kakak cari kunci kan.. Nah ambil ni.. Cuba semua.. Tak tahu mana satu kunci bilik dhia.. '' kata marina.

Marissa pun segera mengambil segugus kunci tersebut lalu mencubanya satu persatu sehinggalah pintu itu berjaya dibuka.

'' dhia.. '' panggil mereka serentak.. Mereka melihat dhia sudah tertidur di atas katil dengan wajah yang basah dengan tangisan.

'' mungkin dia menangis sampai dia sendiri terlena agaknya.. '' fikir marina.

'' kita tanya esok pagi lah kak.. Takkan nak kejut pula.. '' kata marissa.

Dua beradik itu berjalan keluar dari bilik dhia, di biarkan sahaja pintu bilik dhia terbuka begitu.. Sebelum mereka ke tempat kerja mereka masuk kedalam bilik dhia.. Melihat dhia masih terlena seperti awal mereka tengok tadi.

'' nak gerak ke tak ni kak? '' tanya marissa. Marina duduk di katil dhia..

'' dhia.. '' panggil marina.. Bahu dhia di goyangkan perlahan.

'' dhia.. '' panggil marina lagi.. Dan kali ini marina menyelak rambut dhia.. Dia berpaling melihat kepada marissa yang tergejut melihat leher dia yang penuh dengan kesan gigitan. Marina menaikkan jari terunjuknya ke bibir meminta marissa kekal diam.

'' dhia.. Bangun.. '' marina menyentuh pipi dhia.

'' dhia.. Kamu demam ni!'' kata marina sedikit tinggi.

'' risa kamu pergi ambilkan ubat.. Buatkan sarapan sekali untuk dhia.. '' arah marina..

'' pergilah.. kakak nak cari kain.. Lapkan muka dhia.. Bagi suhu panas tu turun sedikit. '' kata marina.

Seperti yang dipinta oleh kakaknya.. Marissa membawa sarapan dan juga ubat untuk dhia.

'' macam mana ni kak.. Takkannak tinggal dhia sendiri di rumah.. '' kata marissa mula cemas.

'' hmm.. Itulah.. Kamu call dulu kak citra.. Tengok dibenarkan kamu ambik cuti ke tak. '' kata marina. Belum sempat marissa berjalan keluar, tangan marina ditangkap oleh dhia.

'' dhia tak apa-apa.. Kakak dengan risa pergilah kerja.. Nanti dhia rehat.. Makan ubat.. Dhia ok.. '' balas dhia lemah.

'' dhia.. Apa sebenarnya terjadi? '' tanya marina.

'' dhia nak rehat.. '' dhia cuba mengelak lagi. Dia tak bersedia nak menceritakan kepada sesiapa.. Marina melepaskan nafas berat.. Kecewa dengan apa yang dikatakan oleh dhia.

'' rehatlah dhia.. '' hanya itu yang dibalas oleh marina.. Lalu dia bangun dari katil dhia.

'' dhia.. Aku teman kau ya.. '' kata marissa.

'' aku ok.. Pergilah kerja.. Tak perlu tunggu aku.. Aku cuba nak rehat saja.. '' balas dhia lemah.

'' dhia, nanti makan sarapan yang risa buat ni.. Lepas makan, jangan lupa makan ubat.. Dhia jangan tidur saja.. Kalau kakak balik nanti dhia tak nampak baik sikit.. Kakak heret dia ke hospital.. '' ugut marina.

'' kakak ni.. Dhia kan sedang sakit tuu.. ''

'' kami pergi dulu ya dhia.. Nanti aku cuba balik awal.. '' kata marissa.

'' tak perlu risaukan aku risa.. Aku tak apa-apa.. '' kata dhia seraya menarik selimutnya..

'' biarkan dia rehat.. Mari kita pergi kerja dulu.. Tak apa nanti kakak balik tengok dhia waktu makan tengah hari nanti.. '' bisik marina di telinga adiknya.. Supaya marissa tak terlalu risaukan dhia.

Dua beradik itu berjalan keluar dari rumah.. Bertolak ke tempat kerja.. Dhia yang baru mahu terlelap semula terganggu dengan bunyi deringan yang keluar dari telefon bimbitnya sendiri.

'' siapa pula!'' rungutnya tak puas hati.

'' hello assalamualaikum.. '' kata dhia.

'' Esha! Kenapa suara kamu lain, saja mak dengar.?'' kata Qasrina sebelah sana.

'' mak!'' kata dhia tergejut. Dia kembali melihat nama pemanggil.. Ternyata tertulis nama 'rumah' disitu.

'' mak.. Kakak dah sampai? '' dalih dhia.. Sambil membetulkan suaranya.

'' yang mak tanya tu kamu.. Kenapa kamu nak tanya kakak kamu!'' marah Qasrina.

'' makkk ni.. ''

'' dhia ok.. Kenapa mak tanya Esha pula.. '' kata dhia berbohong kepada maknya kerana tak mahu Qasrina risaukan nya.

'' betul ni.. Tapi kenapa suara kamu lain saja mak dengar? '' tanya Qasrina masih tak puas hati.

'mak.. Apa lagi yang boleh Esha beritahu mak, kenapa semuanya mak serba tahu..walaupun esha berbohong..'

'' biasalah ni mak.. Ada batuk sikit.. Tu suara pecah sikit mak.. Banyak minum air ais sangat.. '' alasan demi alasan dibelikan oleh dhia.

'' anak bertuah ni.. Dah la duduk jauh-jauh disana.. Kenalah pandai jaga diri.. Kalau sakit nanti macam mana.. Tak ada siapa nak jaga Esha disana.. Itulah mak cakap.. Tapi nak juga kerja jauh disana.. '' Qasrina mula membebel.

Dhia sekadar menadah telinga sahaja mendengar setiap bait kata yang di ucapkan oleh ibunya sendiri.. Walaupun itu leteran.. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa rindunya kepada maknya yang jauh di kampung.. Sehingga dia terlupa dengan masalah yang menimpa dirinya seketika.

Share this novel

WaneyZack
2020-09-29 22:39:47 

Alhamdulillah.. Terima kasih hajijah

Hajijah Ra'ee
2020-09-29 22:38:42 

best seronok baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience