BAB 57

Romance Completed 367824

Para tetamu mula memasuki dewan utama.. Untuk meraikan pasangan pengantin baru.... Rata-rata tetamu yang hadir, memuji pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan itu.. Semuanya berjalan lancar sepanjang majlis itu berlangsung..

Keluarga dhia juga hadir ke majlis yang gilang gemilang itu..

Zarif yang berada di pelamin indah bersama dengan khairina dan juga satu lagi pasangan tertegun melihat rombongan keluarga dhia yang naik keatas pelamin. Matanya tak lepas melihat kearah wanita yang menegurnya beberapa hari yang lepas.

Qaisarah hadir dengan bertudung ayu.. Berkebaya.. Sungguh berbeza sekali dengan imej yang sebelumnya..

'haish.. Keliru aku dibuatnya.. Tapi dia sendiri yang beritahu dia kakak kepada dhia.. Takkan aku salah dengar..' matanya tak lepas memandang kearah wanita yang berpimpin tangan dengan seorang lelaki.. Disampingnya.

'' kamu? !'' tegur Sarah. Dia langsung tak menunjukkan rasa kekok untuk menegur zarif.. Tapi zarif pula sebaliknya.. Dia yang seperti orang yang bersalah disitu.

'' kak.. '' dhia menarik pegelangan qaisarah.. Tak mahu kakaknya bertindak diluar kawalan.. Memandangkan jurugambar masih sibuk mengambil setiap detik mereka di atas pelamin itu.

'' siapa tu esha? bukan dia tu kawan marina? '' tanya qaisarah. Menunjuk kearah zarif dan kemudiannya marina yang turut ada tak jauh dari pelamin.

'' itu.. Suami adik khai.. Adik khai yang kecil. Khairina.. '' balas dhia dengan tersenyum.. Tangannya terasa digengam oleh khairul, saat itu.. Dhia berpaling melihat kearah khairul.. Masing-masing mengisyaratkan 'kenapa'.. Dhia hanya mengengam kembali tangan khairul.. Mempamerkan senyumannya. Agar khairul tak berfikir yanh tidak-tidak.

'' ohh... '' balas qaisarah.. Tak pula dia panjangkan.. Bertanya dengan lebih lanjut.. Takut pula rahsianya sendiri yang bocor..

Turunlah rombongan dari keluarga dhia dari pelamin bila selesai sesi mengambil gambar bersama pengantin... Kemudian naiklah dua orang anak muda lelaki keatas pentas. Sempat mereka menegur kepada qaisarah..

Membulat mata khairul melihat dua jejaka yang sedang melangkah naik keatas pelamin..dia segera berpaling melihat kearah zarif yang ada di hujung sana.. Zarif hanya menarik bibirnya senyumanya lebar..

'' khai!'' tegur lelaki itu.

'' am.. Lan.. '' kata khairul seraya bangun dari kerusinya.. Menyambut dua sahabatnya.

'' siapa awek tu.. Yang bergambar dengan keluarga kau tadi tu.. Baru berapa hari lepas kita orang jumpa dia di kelab.. '' bisik amri semasa memeluk khairul.

'' serius lah? '' tanya khairul.

'' hmm.. Tak percaya tanya roslan.. '' kata amri..

Amri dan khairul sama-sama memandang kearah roslan... Tapi roslan hanya menayangkan dua ibu jarinya..

'tak sangka.. Sarah sampai dah masuk ke kelab..'

'' tolong tengokkan dia.. Apa-apa bagitahu aku balik.. '' kata khairul menepuk bahu dua sahabat gila-gilanya itu..

'' no hal.. Sekarang.. Kita ambil gambar.. Boleh kan..? '' kata roslan.. Mula berganjak ke arah zarif.

'' ambil gambar saja.. Jangan lebih-lebih.. '' khairul memberi amaran.

'' ehh tahulah.. Kan kakak ipar.. '' kata amri mengenyitkan sebelah matanya.. menegur dhia yang masih duduk diatas tempat duduknya ..

Bergambar lah mereka dia atas pentas..

'' khai malam ni jom.. '' ajak roslan.

'' pandailah korang.. Aku taknak.. '' balas khairul ..

'' ok.. So.. Malam ni kita bertiga saja.. '' sampuk amri.. Zarif mengangguk.

'gila kau zarif..!' khairul melihat kearah khairina yang duduk tenang di tempat duduknya.. Langsung tak mempamerkan reaksi marah atau apapun berbeza dengan dhia yang dari tadi tak lepas memandang kearahnya dengan pandangan mata yang tajam..

Turunlah dua jejaka itu dari pentas.. Khairul duduk kembali ditempatnya.. Begitu jugalah dengan zarif..

'' kawan hubby..? '' tanya dhia.

'' hmm.. Tapi sayang jangan, layan dia orang.. Tau!'' pesan khairul.

'' kenapa? '' tanya dhia.

'haish.. Alasan apa yang aku nak bagi.. Tu belum masuk lagi, bab Sarah..'

Dhia mengengam tangan khairul.. Menarik senyumannya melebar dan manis.. Kemudian mengangguk kecil kepada khairul.. Bibir khairul bergerak mengucapkan 'I love you sayang..' tanpa suara..dhia yang dapat membaca gerak bibir dari khairul.. Merona merah wajahnya.. Lalu dhia menunduk malu.. Khairul mengangkat tangan dhia dibawakan ke bibirnya, mencium lembut belakang tangan dhia.. Berkelip kelip lah cahaya dari kamera.. Merakam aksi spontan dari pasangan itu.

Bergitulah majlis itu berlangsung.. Sehingga tamat petang hari tersebut.. Keluarga dhia turut menginap bersama dihotel tersebut.

'' dhia.. Kami ingat nak balik dulu dah dhia.. Majlis pun dah selesai kan.. '' kata marissa..

'' eh kenapa nak balik.. Kan ada bilik untuk risa dan kak rina.. '' kata dhia.

'' bukan apa.. Segan lah pula.. '' kata marina.

'' tak payah segan.. Bilik tu memang khai dah siapkan untuk kak rina dan risa.. '' kata dhia..

'' alah.. Stay la.. Esok baru balik.. Boleh la..'' kata dhia..

'' hmmm.. Ok.. Dhia balik bila..? esok? '' tanya marina.

Dhia hanya mampu mengangkat kedua-dua belah bahunya.. Kerana dia sendiri tak tahu..tadi pun hajar datang membawa baju untuknya.. Pastinya atas arahan khairul..

'' kita tunggu saja dirumah kak.. Dia orang nak honeymoon lagi.. Khai cakap tadi kat risa.. '' kata marissa.

'' pandailah budak ni.. Bab tu suka saja dia nak menyampuk.. '' tegur Marina..

Bergelak tawa lah tiga wanita itu yang sedang duduk bersama di meja makan.. Sambil makan mengisi perut kerana dari tadi asyik sibuk malayan tetamu yang hadir.

Khairul masih sibuk melayan tetamu yang masih ada bersama dengan liyana dan juga khairil..

'' ibu.. Khai nak hantar dhia balik bilik dulu lah ibu...'' kata khairul seraya menunjukkan kearah dhia yang sedang rancak bersembang dengan dua sahabatnya.

'' aii.. Kenapa? Ibu tengok esha elok saja berborak dengan kawan dia.. '' kata liyana mengusik anaknya itu.

'' rasa macam dah lama dhia disini.. '' khairul menunjukkan kearah jam tangannya..

'' ada-ada ajalah kamu ni khairul.. Hmm pergilah.. '' balas liyana..

Khairul.. Segera meminta diri dari kelompok yang ada disitu.. Lalu melangkah kearah dhia dan sahabatnya.

'' ssshhh.. Encik abang dhia dah sampai.. Tu tuuuhh.. Kat belakang.. '' kata marissa.

'' panjang umur dia.. Sebut-sebut saja sampai.. '' kata marina melihat kearah khairul yang sedang berjalan kearah mereka...

'' sayang jom... '' kata khairul.

'' jom? kemana? '' tanya dhia..

Khairul menunduk lalu mendekatkan wajahnya ke sisi wajah dhia..

'' zohor sayang.. '' bisik khairul di telinga dhia.. Sebaik berkata dia menegakkan semula tubuhnya..

'' ohh.. Maaf, sayang terleka.. '' kata dhia..

'' kak rina.. Risa.. Balik esok saja tau.."

" Hubby.. Kak rina dan marissa cakap lepas makan ni mereka dah nak balik.. '' kata dhia.. Menarik hujung baju khairul.

'' balik? Stay lah semalam..esok lepas breakfast.. Elok lah nak balik.. Jalan-jalan dulu.. Mandi laut puas-puas baru balik..'' kata khairul. Dhia yang berada disebelah mengangguk-anggukan kepalanya bersetuju.

'' khai balik bila? '' tanya marina..

'' oh kami... Itu rahsia. '' balas khairul dengn gelak kan kecil. Dhia mengecilkan matanya merenung ke arah khairul..

'ahh..dia ni apalagi helah dia.. Agaknya..'

Dhia melangkah mengikut langkah khairul berjalan keluar dari dewan utama.. Berjalan menuju kearah bilik mereka.

'' alhamdulillah kan kak.. Dhia nampak bahagia kan.. '' kata marissa..

''alhamdulillah..'' balas marina.

'' jodoh dia orang kak.. Tak sanggup risa.. Tengok dhia dulu asyik, pikir macam mana nak besarkan anak dia... ''

'' ssshhh... Jangan cakap sebarangan risa.. Kalau orang dengar macam mana.. Takutnya nanti orang salah sangka.. Lain yang mereka dengar.. Lain yang mereka sampaikan.. Nanti tak pasal-pasal keluar berita yang pelik-pelik tentang dhia.. Ingat.. Dhia tu bukan macam dulu.. Dia dah jadi selebriti.. Siapa yang tak kenal dhia.. Wajah dhia terpampang dimana-mana.. '' tegur marina kepada marissa dengan panjang lebar..

Marissa menutup mulutnya.. Tak berbicara lagi.. Hanya anggukkan kecil diberikan kepada kakaknya.. Ada betul juga kata kakaknya itu.. Mulutnya hampir saja membongkarkan satu rahsia besar dhia..

"ada rasa sakit dimana-mana tak..lenguh ke?" tanya khairul kepada dhia.. Sebaik mereka berdua masuk kedalam bilik..

"tak! Sayang ok je.." balas dhia.

"kalau sayang nak rest.. Sayang stay saja dalam bilik ni selepas solat.." kata khairul.

"hmm.. Nak pergi bilik mak boleh?" tanya dhia..

"hmm.. Buat apa ke bilik mak? Nanti ganggu mak pulak..sayang rehat saja di bilik.." balas khairul. Sambil membuka aksesori di kepala dhia.. Dia sendiri bingung macam mana nak membukanya..

'rasa tersiksa saja, perempuan ni kalau nak cantik.. Sanggup buat apa saja..'

"alah.. Kejap saja.. Lagipun mak kan duduk seorang dalam bilik tu.. Boleh la?" dhia masih berusaha memujuk khairul untuk meminta kebenaran.

"solat dulu sayang.. Bagi segar sikit tubuh ni.. Nanti hubby hantarkan sayang ke bilik mak.. Hubby kena ke dewan semula.. Ada yang belum selesai disana.." kata khairul.

"ok.. Thank you hubby..." seraya dhia berpaling dah merangkul leher khairul dan mencium pipi khairul ..

'dah berani sekarang.. Kalau tak dia lah yang paling malu.. Merona saja muka tu macam udang bakar'

"dah jom.. Dah hujung waktu ni.." kata khairul.. Sebaik berjaya menanggalkan aksesori kepala dhia..

Pasangan itu solat bersama kemudian keluar semula menuju ke bilik Qasrina.. Khairul meninggalkan dhia bersama dengan ibunya, sementara dia kembali ke dewan semula.. Menyelesaikan perkara yang belum selesai..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience