BAB 38

Romance Completed 367809

Qaisarah duduk selesa di kerusi bahagian belakang.. Dia meneliti setiap perincian yang ada didalam kereta mewah tersebut.. Kalau dibuat proses mengesan cap jari pasti penuh seluruh bahagian belakang itu dengan cap jari milik qaisarah...

'' khai? Kereta ni.. Boleh buka bumbung ke? '' tanya qaisarah yang sedang bersandar dikerusi belakang sambil menyentuh langit-langit bumbung fabrik kereta berjenama bintang berbucu tiga tersebut..

'' ya betul tu kak.. '' jawab khairul.. Sekilas melihat kearah dhia yang hanya diam saja dari tadi..

'' boleh buka tak? '' tanya qaisarah lagi.. Khairul mengangguk.

Khairul memperlahankan pemanduannya kepada 50km/j... Kemudian membuka kotak yang berada ditengah-tengahnya dan menekan satu punat disitu. Bumbung kereta itu terbuka dengan sendirinya. Ianya, mengambil masa selama dua puluh saat untuk terbuka secara keseluruhannya. Bumbung fabrik itu tersimpan didalam bonet nya sendiri.. Yang berada betul-betul di belakang qaisarah.

'' wow!!'' qaisarah mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara..terujanya bukan main lagi..

Khairul memerhatikan dhia yang berada disebelahnya.. Dhia sibuk menguruskan rambutnya yang terbang ditiup angin.. Sebelah tangan khairul menangkap rambut dhia yang sedang berterbangan ditiup angin..

'' suka? '' tanya khai kepada dhia..

'' hmmm.. Dah macam naik lori.. '' balas dhia, sekilas menjeling kepada khairul..

'' aahh.. Apa tadi? Lori? '' mata khairul membulat.

'apakah lori pulak bini aku kata ni!!..'

'' Seriuslah sayang? '' tanya khairul lagi.

'' hmm.. Betul lah.. Dulu ayah keja bawa lori.. Masa kami kecil-kecil dulu.. Selalu naik dengan kakak dekat belakang tu..terbuka macam ni lah.. Betul tak kak? '' dhia berpaling kebelakang melihat kearah kakaknya.

'' memang lah, tu lori.. Lain! Ni sport car, esha.. Tak sama..'' balas qaisarah sambil menggelengkan kepalanya ..

'kakak tolonglah! Khai bukannya suka perempuan yang materialistik macam tu! Sejak bila kakak minat dengan semua ni?!'

Dhia berpaling melihat khairul yang sedang tersenyum kepadanya..

'' kakak.. tiba-tiba teringat sesuatu.. Korang berdua anak kedua kan.. Betul tak khai? '' tanya qaisarah.

''betul kak..'' jawap khairul yang sedang memandu..

'' wah! Tak sangkakan.. Kebetulan sekali.. Memang berjodoh kamu berdua ni!'' kata qaisarah bersorak gembira.

Lebar senyuman khairul ketika itu.. Dhia hanya melihat khairul dengan jelingan.. Mula bosan dengan perbualan kakaknya.. Dia mengambil telefon bimbitnya yang ada didalam beg tangannya.

'layan ni lagi bagus.. Tak la membazirkan masa..'

'' tapi kan... '' sambung qaisarah.

'Ya Allah.. Ada tapi pulak.. Ingat senyap tu dah tidur ke apa tadi..' keluh dhia

'' tapi apa kak? '' tanya khairul melayan qaisarah.

'' selalunya anak nombor dua ni.. Nakalnya bukan main.. Contohnya.. Adalah Esha sendiri.. '' qaisarah menunjukkan kearah Esha yang duduk di bahagian hadapan dengan khairul.

'' fuhhhh.. Dulu Esha.. Nakalnya.. Sampai tahap kena rotan.. '' dhia yang mendengar, sudah menggigit bawahnya..

'' apa yang dhia tak buat dulu.. Semuanya dhia buat.. Panjat pokok.. Mandi sungai.. Curi-curi naik moto ayah.. Cari ikan di sawah.. Sampaikan tali air pun dulu mandi.. Ayah apa lagi.. Mengamuk macam singa.. Kejar dhia yang lari sekampung.. '' kata qaisarah sambil ketawa suka.. Bila teringatkan kenangan mereka membesar bersama. Khairul hanya menarik senyumnya.

'' jadi Esha dulu lasak lah yea kak.. '' tanya khairul..

'' memang.. Lasak sangat..degil..semualah..''kata qaisarah..

''kakak tak tahulah kalau anak korang berdua ni nanti macam mana.. Kalau lasak.. Buas dan nakal tu.. Khai jangan tergejut pula.. Ikut mak dia lah tu.. '' kata qaisarah lagi..

Terus tersedak dhia bila mendengar perkataan ANAK yang disebutkan oleh qaisarah tadi.

'' sayang.. !'' khairul mengurut belakang dhia yang terbongkok sikit sedang terbatuk-batuk itu..

'' nak air? '' tanya qaisarah.

'' tak apa eesha ada.. '' tolak dhia. Tangannya mencapai botol kecil yang berisi air.. Lalu meneguknya.. Kemudian dia membetulkan tekaknya beberapa kali.. Menghilangkan rasa perit di tekaknya.

'' sayang ni ada.. '' khairul meraba mencari sesuatu didalam tempat simpanan yang ada di tengah ruang itu..

'' cari apa? '' tanya dhia dengan suara yang serak...

'' ha.. Ni jumpa pun.. '' kata khairul sekali menutup semula tempat simpanan itu. Khairul menghulurkan satu bungkus kecil sterepsils kepadanya. Dhia mengambil dan membuka bungkusan kecil itu memasukkan seketul didalam mulutnya.

'' nak? '' tanya dhia.

'' boleh juga.. '' balas khairul.

Dhia mengambil sebiji lalu menyuakan dengan mengunakan jari kanannya.. Khairul melihat jari dhia mula menghampiri mulutnya.. Khairul membuka mulutnya.. Dhia menolak masuk ke dalam mulut khairul yang sudah terbuka.. Sengaja khairul memegang tangan dhia dan mencium hujung-hujung jari dhia tadi.. Jari dhia yang sedang menjulur tadi terus mengengam.. Persis seperti daun semalu yang tertutup bila disentuh.

'' khai.. '' dhia menarik tangannya semula.. Tapi khairul masih mengengam erat pergelangan tanganya.. Khairul berpaling dan mengangkat dua keningnya kearah dhia.. Memberi isyarat.. 'kenapa?'

'' kakak ada tu.. '' kata dhia perlahan..

'' kalau kakak tak ada.. Boleh? Kakak dah tidur tu.. '' tanya khairul mengusik dhia lagi.. Bila muka dhia sudah bertukar merah.. Kerana malu. Dhia menarik sekali lagi tangannya..

'' bawalah kereta tu.. Bahaya lah.. '' kata dhia..

'' sayang nak cuba bawa kereta ni? '' tanya khairul.. Mencium jari jemari dhia.. Kemudian melepaskan jari-jari halus itu.

'' boleh ke? Takutlah.. Kereta mahal.. '' kata dhia.. Tak berani nak membawa kereta tersebut.

'kalau tercalar macam mana? bergeser ke?.. Taknak lah takut!! ..'

Khairul menutup kembali bumbung kereta.. Dan berhenti di bahu jalan...

'' sayang cuba bawa.. Kita tukar tempat duduk.. '' kata khairul membuka tali pinggangnya lalu berjalan keluar dan membuka pintu untuk dhia dari luar..

'' tapi.. '' khairul membongkokkan tubuhnya kedalam.. Membuka tali pinggang dhia.. Kemudian menarik dhia keluar..

'' nak dukung ke.. Boleh saja.. '' khairul segera menunduk mahu mendukung dhia..

'' tak!tak!.. Dhia jalan.. '' cepat-cepat dhia menahan tangan khairul dari terus menyentuh kakinya.

'' baik.. Macam tulah... '' khairul mengosok lembut kepala dhia.. Kemudian bermain-main dengan anak rambut dhia.. Khairul memimpin dhia berjalan ke arah kerusi pemandu.. Kemudian dia berjalan semula kearah kerusi penumpang..

'' tunggu.. Mana khai tahu.. Dhia boleh memandu? '' tanya dhia..

'alamak! Kantoi! Takkan aku nak bagitahu dia.. Yang aku ni selalu intip dia..dan sudah banyak kali aku lihat memandu axia merah milik marina..'

'' hmmm.. Khai pernah tengok lesen memandu sayang'' hentam khairul..

''khai buka beg duit dhia.. Kenapa? '' tanya dhia.

'ha.. Sudah.. Dah mula..' khairul mula merasakan mereka bakal memulakan perang mulut lagi.

''tak buka pun sayang.. Masa pergi pasar pagi tadi.. Khai cuma ternampak sayang.. Tak buka pun beg duit sayang tu..'' kata khairul lembut.

'' start drive sayang..lewat kita nanti.. '' kata khairul lagi..

Dhia memegang stering kereta tersebut.. Kemudian memberi isyarat ke kanan untuk naik semula ke atas jalan raya..

Sepanjang perjalanan khairul memantau cara pemanduan isterinya.. Dia akan segera menegur bila dhia seperti terlajak menekan pedal minyak..

'' sayang.. kita di jalan raya.. sayang.. Bukan track lumba kereta.. '' tegur khairul.

'' tak terasa pula.. '' kata dhia dengan gelak kan kecil..

'' ehhh.. Kenapa Esha pula yang memandu ni? '' tanya qaisarah mamai kerana baru terjaga dari tidurnya.. Dia membetulkan tudung yang membalut kepalanya.

'' saja kak.. Bagi Esha belajar bawa kereta ni... '' kata khairul..

'untunglah kau Esha.. Haiishh.. Aku.. Lesen pun tak ada.. Hanif tak izinkan aku ambil lesen kereta.. Alasannya takut aku berjalan sana sini..' keluh qaisarah.

'' kak.. Tinggal di mana.. Takut nanti terlajak pula.'' tanya dhia.

'' kakak tinggal di apartments lavender.. Bandar putra.. " jawap qaisarah.

'macam mana lah hanif boleh biar kakak tinggal sendiri.. Haaaiissh'

" tinggal dengan siapa kak? " soal dhia.

" tinggal seorang lah.. Mana boleh nak tinggal dengan orang lain.. Nanti kalau abang hanif datang macam mana.. Tak kan nak suruh di tidur hotel pula.." kata qaisarah..

"betul jugak tu.." balaa dhia.

Sesampai di apartmen lavender seperti yang diberitahu oleh qaisarah.

"boleh ke nak masuk dalam?" tanya dhia, bila melihat palang yang melintang,menghalang di gerbang utama apartmen berkenaan.

"tak payah masuk esha.. Cukup diluar saja.. Acess kad untuk kereta ada dengan abang hanif.." balas qaisarah.

Dhia memberhentikan kereta di bahu jalan dekat dengan pintu masuk utama.. Kemudian dia turut keluar dari kereta.. Bersama dengan khairul dan juga qaisarah.

" terima kasih.. Hantarkan kakak.. Sekarang dah tahu rumah kakak kan.. Senang-senang datanglah rumah.. Ni tak nak naik dulu?" tanya qaisarah.

"tak lah kak.. Nanti lewat pulak sampainya.." balas dhia.. Dhia menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan qaisarah.

"ok.. Drive hati-hati.. Khai.. Jaga esa elok-elok yea.." kata qaisarah kepada khairul yang sedang bersandar di badan kereta. Khairul menarik senyum di bibirnya dan mengangguk kecil.

Sebaik melihat qaisarah menghilang masuk ke dalam bangunan tinggi itu.. Mereka masuk kedalam kereta.. Kaliini khairul kembali memandu..

"sayang.. Nak singgah makan dulu?"tanya khairul..

" hmm.. Dhia tak lapar sangat..tapi kalau khai nak makan.. Dhia temankan.. " kata dhia.. Sambil mengelus perutnya.. Sungguh dia masih kenyang. Banyak sungguh dia makan tadi.. Semua jenis kuih yang dibeli khairul tadi semuanya sempat dia rasa..

"tapi tadi.. Khai tengok sayang tak makan nasi pun.. Takkan tak lapar.." tanya khairul.. Bagi khairul.. Melihat cara pemakanan dhia.. Seperti dhia hanya makan untuk dirinya sahaja.. Bukannya makan untuk dua orang.

"hmm.. Mungkin sebab tadi makan kuih banyak sangat... Jadi.. Kenyang.. Sampai tak teringat nak makan nasi.." balas dhia.

"sekarang kita makan, boleh?" tanya khairul. Dhia kemudiannya menganggukkan kepalanya.

"sayang makan sekali.. Sikit pun jadi lah.. Tak best kalau nak makan sorang-sorang.." khai menayangkan wajah sedihnya kepada dhia.. Bibir merah dhia mengembang menguntumkan senyuman..

"ok.. Dhia makan.. Encik suami.." balas dhia lembut.. Tersenyum manis.

"apa tadi..?" tanya khairul terus senyum mengilangkan wajah sedihnya..

"apa!" kata dhia sedikit keras.

"sayang cakap apa tadi.. Tiba-tiba berdebar pula rasa.." ucap khairul, tangan kirinya memegang dadanya sendiri.

"mengada..!" balas dhia.

"nak mengada pun dengan siapa lagi.. Kalau bukan dengan isteri sendiri.." khairul kemudiannya ketawa suka.. Melihat dhia berpaling ke sebelah sana menyembunyikan wajahnya..

"sayang.. Nak makan apa?" khairul bertanya..

"ikutlah.. Dhia tak kisah" balas dhia..

"makan nasi? Western? Or else?" tanya khairul lagi.. Dhia mengangkat kedua belah bahunya. Taktahu untuk menjawap soalan khairul.

"hmmm..baby nak makan apa? Kalau dah mamanya tak tahu nak makan apa.. Khai tanya.. Baby je lah.."

Dhia meletakkan jarinya di dagu.. Sedang berfikir.. Apa yang hendak dimakannya..

"baby teringin......." khairul melebarkan senyumannya.. Bila mendengar dhia mula bersuara.. Memberitahunya.

Mereka tiba disebuah deretan kedai yang agak sesak..dan penuh dengan orang ramai..

"betul nak makan sini?" tanya khairul entah untuk yang ke berapa kali kepada dhia.

'' ya kenapa? khai tak nak makan disini? '' tanya dhia yang sudah melepaskan tali pinggangnya..

'' takkk! Khai OK je.. Mana pun ok.. '' balas khairul.

'' kalau taknak.. Kita cari tempat lain saja.. '' kata dhia lagi bila melihat khairul seperti tak selesa nak makan disitu..

'' jomlah sayang.. Khai dah lapar ni.. '' khairul mula melepaskan tali pinggangnya..

Dhia dan khairul keluar dari kereta.. Dia memerhatikan saja kedai makan yang bakal mereka masuk itu.. Ada ramai pelanggan di dalamnya.. Suasana di situ agak bising dengan suara-suara pelanggan yang sedang bersembang sambil makan.. Tak kira lagi dengan pekerja yang sedang ke hulu hilir menghantarkan pesanan..

'' khai nak makan nasi? atau roti canai? atau makanan goreng? '' tanya dhia..

'' khai ingat nak makan nasi.. Lapar.. '' balas khairul yang hanya makan tengah hari saja tadi di rumah mertuanya.. dia perlukan sesuatu yang akan membuatnya kenyang..

'' ok kita beratur dulu disana.. '' kata dhia, seraya memegang tangan khairul dan menariknya kearah barisan panjang pelanggan yang memilih untuk makan nasi..

Khairul mengengam erat tangan kecil dhia.. Bibirnya mengembang seperti bunga yang sedang mekar.. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaannya ketika itu.. Dhia mula menunjukkan menu yang ada disebalik kaunter cermin kaca kepadanya.. Ini pertama kalinya dia makan di tempat yang sebegitu.. Tapi dengan adanya dhia.. Itu menutupi rasa kekok nya.. entah apa yang menghantuinya.. Kini dia sedang menatang sepinggan nasi yang ada berbagai jenis lauk di atasnya.

'semua ni salah dialah! Sampai aku anggukkan semuanya..' keluh khairul membawa pinggannya ke meja makan.. Sementara sebelah tangannya masih erat memegang tangan dhia.

'' khai duduk dulu.. Dhia nak basuh tangan.. '' kata dhia..

'' kenapa kita tak pergi bersama.. '' khairul melihat kearah singki yang ada tak jauh dari mereka.

'' tak elok tinggal makanan terdedah macam ni.. Khai tunggu kejap..'' dhia menarik tangannya yang berada didalam genggaman khairul.

'' khai.. Dhia nak basuh tangan.. '' dhia menarik tangannya..

'' khai malu lah orang tengok.. '' bisik dhia.

'' siapa yang pegang siapa dulu.. Rasa rugi nak lepaskan tangan sayang.. '' kata khairul..

'' dhia tak kemana pun.. Bukannya nak lari.. Nanti nak pegang sampai esok lusa pun boleh.. '' kata dhia perlahan.. Sambil melihat kepada beberapa orang yang sedang memandang kepada mereka.

'' betul ni...'' khairul segera melepaskan pegangannya, bila kepala dhia mengangguk.. Dhia melihat khairul yang sedang tersenyum puas..

'macam-macam akal lah dia.!!. Ada saja nak kenakan aku..' dhia mengeleng lembut, kemudian berjalan ke arah singki putih yang ada di bahagian belakang tempat makan.. Membasuh tangannya.. Kemudian kembali duduk di meja makan yang ada khairul sedia menanti disitu..

Khairul pula bangun sebaik dhia sudah duduk di hadapannya.. Membasuh tangan ditempat yang sama dengan dhia tadi. Kemudian kembali duduk di hadapan dhia.. Membaca doa.. mengaminkan doa itu bersama-sama. Mereka makan dengan tenang, tanpa berbicara sepatah pun.. Adakala mata mereka bertembung seketika.. Seolah-olah sedang berbicara dalam kebisuan kata.. Menyampaikan sesuatu yang mereka sendiri tak pasti.

'' sedap? '' tanya dhia sebaik selesai makan.. Khairul mengangguk.. Setuju.

Dhia menghirup air yang sudah dipesan oleh khairul untuknya.. Horlick suam.

'ikut suka dia saja kan.. Sejak bila lah aku minum air ni.. Tapi.. Nasib lah sedap..'

'' dhia pergi basuh tangan dulu.. '' kata dhia..

Khairul tak menyangkakan.. Yang dia berjaya habiskan makananya.. Matanya tak lepas memandang kearah dhia yang sedang membelakangkan nya membasuh tangan di hujung sudut sana..

Selesai makan.. Mereka bertolak balik.. Dhia yang sudah kekenyangan mula menguap.. Tangannya menutup mulutnya...

'' sayang mengantuk tidur lah.. '' kata khairul yang sedang memandu..

'' boleh ke? '' tanya dhia..

'' kenapa pula tak boleh! Jangan cakap yang sayang dari tadi asyik tahan mengantuk!'' kata khairul.

'' tak sopan lah kalau tidur.. Khai kan sedang drive.. Nanti siapa nak temankan khai kalau dhia tidur.. '' balas dhia.

'' it Ok sayang... Tidur saja.. Khai ok.. '' kata khairul menepuk bahu dhia beberapa kali.

'' betul ni!'' dhia pada mulanya risau untuk tidur.. Takut khairul bosan memandu sendirian.. Lagipun hatinya tak senang kalau tak melihat keadaan jalan..dengan matanya sendiri.. Memang dia dari tadi asyik menahan kantuk nya..

'' tidur je.. '' balas khairul.. Memperlahankan kekuatan bunyi radio yang sedang memutarkan lagu.

Dhia menurunkan kerusi agar tak terlalu menegak.. Supaya lebih selesa..dhia berbaling melihat sisi khairul yang sedang memandu..

'khai.. Adakah pernikahan ini akan berkekalan? .. Atau sekadar sementara.? . Hanya kerana status anak ini..? Kalaulah anak ini tidak wujud.. Adakah perkahwinan ni tetap akan terjadi? adakah khai akan terus mencari dhia..' dhia terus merenung sisi khairul dari situ sampai matanya mula layu..akhirnya terpejam.

Khairul berpaling sekilas melihat dhia sudah pun tidur di tempat duduknya sambil menghadap kearahnya...

''sayang.. Kenapa tak tidur saja.. Kalau dah mengantuk.. Kenapa nak fikirkan khai.. Kondisi sayang lebih penting.. Kenapa perlu fikirkan khai'' keluh khairul sambil memandu..

Perjalanan sudah tak jauh mana.. Khairul mula dirundum perasaan serba salah.. Untuk mengejutkan dhia sebaik sampai nanti.. Kerana dhia baru saja tertidur..

Kereta membelok masuk kedalam selekoh taman perumahan mereka.. Menyurusi barisan-barisan rumah yang berbaris cantik mengikut plot-plotnya..

Akhirnya mereka sampai di hadapan rumahnya.. Khairul menekan remote untuk membuka pagar automatik rumah tersebut ..

'ni kalau tahu ni pasti mengamuk ni!'

Khairul gelak sendiri.. Kemudian berpaling melihat kearah dhia yang sedang dibuai mimpi..kemudian dia mengintai melalui cermin pandang belakang.. Melihat pagar yang sudah begerak menutup rapat kembali seperti asalnya.. Tanpa mematikan enjin kereta.. Khairul membuka pintu kereta..

'' dah sampai? '' tanya dhia.. Sebaik terjaga..

'' ehh.. Dah bangun..'' balas khairul tergejut bila mendengar suara harus itu dan melihat dhia sudah terjaga..

Dhia berpaling mengadap ke hadapan.. Melihat pemandangan asing di hadapannya..

'eh.. Dimana aku ni? Kenapa dia bawa aku ke sini?' dhia mula cuak..

'' khai.. Bawa dhia kemana ni? ni..ni rumah siapa? kenapa bawa dhia kesini? '' tanya dhia bertalu-talu..

'' ini rumah kita sayang.. '' kata khairul kemudian keluar dari perut kereta.

'' apa! Rumah.. Rumah siapa?! Kita!!? '' dhia kebingungan... Tambah bingung lagi bila ditinggalkan sendirian didalam kereta.. Matanya meliar melihat keluar.. Dimana khairul sedang berjalan mengelilingi kereta.. Menuju kearahnya..lalu membuka pintu kereta untuknya.

'' keluarlah sayang.. Or nak angkatkan sayang.. I don't mind.. Memandangkan kita sememangnya pengantin baru.. '' tanpa menunggu dhia bersuara membalas kembali kepadanya..

Khairul membongkokkan badannya, melepaskan tali pinggang yang masih melilit dhia. Lengan kanan khairul mengelilingi belakang tubuh dhia.. Manakala lengan kirinya sudah berada di bawah lutut dhia..

'' khai jangan!'' dhia memberi amaran. Kerana dia langsung tak bersedia untuk hal tersebut.. Tapi kata-kata sekadar kata yang dilafazkan.. Khai terus mengangkatnya dan dia benar-benar sudah didukung oleh khairul..

Dhia yang cemas terus merangkul leher khairul dan merapatkan tubuhnya rapat dengan tubuh khairul.. Takut kalau terjatuh.. Mana tahu khairul tak mampu nak mengimbangi langkahnya..

'' sayang.. I can't breath !'' ucap khairul dengan payah..

'' hah.. !'' dhia baru tersedar yang di sudah terlajak memeluk batang leher khairul dengan erat. Dhia segera melepaskan pegangannya.. Lalu mencekam kuat bahu baju milik khairul.

''letakkan dhia kebawah!'' arah dhia tiba-tiba untuk menutup keterlanjuran perbuatannya tadi.. Mukanya jangan ditanya lagi.. Pastinya sudah merah menyala.. Mahu saja dhia menimbus mukanya sendiri di dalam tanah.. Pada ketika itu.. Tapi kini dia hanya mampu menunduk dan menyembunyikan wajahnya ke dada khairul.

'' alah.. Kenapa nak turun.. Belum masuk rumah lagi sayang.. '' kata khairul.. Seraya kakinya mula melangkah..

'' turun!turun!turun!'' dhia mula menggelupur.. Tapi tangannya masih kuat mencekam baju khairul.

'' ok ! Ok! Khai turunkan.. Jangan menggelupur macam ni.. '' akhirnya khairul mengalah..menurunkan dhia ke bawah dengan berhati-hati.

'' dhia nak balik!'' kata dhia sebaik kakinya selamat mendarat ke tanah.. Tangannya juga sudah tidak memegang baju khairul lagi.. Kini kedua tangan itu sedang memeluk tuan tubuhnya.. Menunjukkan tanda protes kepada khairul.

'' balik mana? '' tanya khairul seperti tak memahami permintaan isterinya.

''balik mana?''

'' khai tanya balik mana?''

'' tentulah dhia nak balik rumah sewa dhia!!'' dhia menekan setiap bait katanya.. Menerangkan kepada khairul..

'' rumah sewa tu ke.? '' tanya khairul tak bersalah sambil menunjukkan kearah belakang dhia..

Dhia segera berpaling dan melihat kearah yang ditunjukkan khairul.. Ternyata rumah sewanya ada disebelah sana.. Dia berpaling melihat kearah khairul semula..

'apa semua ni??' dhia kembali berjalan ke arah pagar besi bercorak motif bunga itu.. Dulu asalnya sebuah tembok tinggi.. Dan kini.. Sudah digantikan dengan pagar setinggi bahunya..

'kain biru yang tutup tu dah tak ada..tapi kenapa aku ada disebelah sini! Jangan cakap selama ni.. Rumah ni rumah khai!!!???'

'' apa semua ni khai? '' tanya dhia..

'' it our house sayang.. Jomlah masuk.. '' pelawa khairul, melangkah ke pintu utama lalu membukanya..

Dhia pula sebaliknya.. Dia berjalan ke arah pagar masuk rumah itu.. Mengoyangkan pagar tersebut.. Tapi masih belum menjumpai cara untuk membuka pintu tersebut..

'' khai.. Please.. Bagi dhia balik.. '' kata dhia masih setia memegang pagar yang tinggi darinya itu..

'' khai.. !'' panggilnya lagi bila khairul tak memberi respon kepadanya..

'' ok fine!'' khairul mula tersenyum.

'' kalau khai taknak buka pagar ni! Dhia panjat saja pagar ni untuk kesana.. '' kata dhia.. Lalu menyangkut kan beg tangannya kepada pagar yang memisahkan rumah itu dengan rumah sewanya..

'' sayang.!!'' khairul yang berada di muka pintu segera berjalan kearah dhia yang nampak tekad mahu memanjat pagar tersebut.

'' buka pagar tu..! '' kata dhia menunjukkan kearah pagar utama..

'' sayang jangan macam-macam'' kata khairul..

Mendengar ada bunyi bising diluar rumah marissa dan marina mengintai kearah luar melalui tingkap rumah mereka..berlari mereka ke pintu..

''DHIA!!'' jerit mereka bersama sebaik berada di luar rumah..

Pasangan suami isteri yang sedang berbalah manja itu pun sama-sama berpaling melihat kearah suara itu.

'' kenapa kau ada di sebelah sana dhia? '' tanya marissa pelik.

'' aku.. ''

'' assalamualaikum.. Hai! Saya khairul.. Suami dhia.. '' khairul memperkenalkan dirinya..kepada marissa dan juga marina. Melopong dua wanita tersebut..

'' suami!''

Mereka memang sudah tahu dhia balik untuk berbincang dengan keluarganya.. Tapi tak menyangka pula.. Mereka tu akan balik untuk bernikah terus.

"waalaikummusalam.." jawapan mereka berdua.

'' oh ya.. Makcik Anna ada kirimkan barang.. Kejap saya ambilkan.. '' kata khairul.. Dia berjalan kearah keretanya dan mengeluarkan bungkusan yang dikirimkan suzanna ibu kepada marina dan marissa. Lalu menyuakannya kepada dua adik beradik itu.

'' terima kasih khairul.. '' balas marissa menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh khairul..

'' kalau tak ada apa-apa lagi.. Rasanya elok.. Kami masuk dulu.. " kata marina. Dhia memerhatikan saja semua itu..

'' kak.. Dhia nak.. ''

'' mulai hari ini dhia akan tinggal dengan saya.. '' potong khairul lalu memeluk bahu dhia dengan sebelah tangannya.. Dhia memandangkan kepada khairul..

'' tapi.. ''

'' ya kan sayang.. '' khairul mencubit lembut dagu dhia dan membawa wajah itu mengangguk perlahan.

'' ok lah.. Ok lah.. Kami masuk dulu.. Terima kasih sebab tolong bawakan barangan yang dikirimkan oleh mak kami.. Hehe.. '' marina membalas seraya menarik adiknya berjalan mengundur ke belakang terus masuk kedalam rumah..

Pap..pintu rumah utama itu ditutup rapat.

'' khai.. '' panggil dhia lagi.. Khairul melepaskan pelukan di bahu dhia.. Kemudian mengangkat kedua belah bahunya berkali-kali..

Melihat khairul melangkah masuk kedalam rumah tersebut.. Selepas mengambil beg tangan dhia yang tergantung di pagar..

'apa lagi pilihan yang aku ada!' dhia mengangkat kakinya berjalan dengan lemah ke arah pintu utama rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience