BAB 73

Romance Completed 367824

Tiga orang wanita itu menghabiskan masa bersama.. Dari berbual sehingga makan.. sampai solat pun jemaah pun bersama.. Puas liyana hari itu meluangkan masa bersama dengan anak dan menantunya..

'' kak! Esok datang lagi.. Boleh? '' kata khairina. Entah kenapa dia sangat selesa dengan dhia.. Sejak dari pulau, pada majlis perkahwinan mereka lagi dia dah menyukai dhia.

'' hmm.. Boleh.. Tapi kena tanya abang lah. Kalau dia bagi.. Kakak ok saja..'' balas dhia..

'' alah esha.. Tidur sini sajalah.. Esha free dah kan sekarang ni.. Ibu dengar khai dah mula kosongkan jadual,esha kan.. '' kata liyana.

'' betul tu ibu.. Dia kalau boleh, tak bagi esha keluar rumah sangat sekarang ni.. Macam-macam lah alasan yang dia bagi.. '' kata dhia.

'' ibu.. Cakap lah dengan abang.. Minta abang tidur sini.. Khairina suka kalau kakak duduk sini.. Esok ibu dah kerja.. Bosan lah khairina.. '' kata khairina menarik tangan ibunya. Bukan bosan sebenarnya.. Tapi kesunyian.. Walaupun dia tersenyum dihadapan orang lain.. Hatinya masih terluka.. Menyintai dia yang tak sudi.. Itu sangat menyakitkan.. Luka yang tak kelihatan.. Hanya boleh dirasa, oleh diri sendiri.. Peritnya!.

'' khairina.. Esok khairina kena ikut ibu selesaikan hal khairina.. Ibu tak nak tangguh-tangguh lagi.. '' kata liyana.

Khairina menunduk kebawah.. Jauh didalam sudut hatinya.. Masih mengharap masih ada sinar harapan untuk hubungan mereka.. Tapi semua itu adalah sesuatu yang mustahil.. Biarlah sedalam mana dia mencintai lelaki yang pernah bertakhta didalam hatinya itu..kini, semuanya sudah hancur..

'' khairina.. Nak, kakak teman kan khairina esok? '' tanya dhia.. Menyentuh tangan khairina dan mengelus nya lembut disitu.

'' boleh ke? '' tanya khairina.

Ya! kalau boleh dia mahu semua hadir bersamanya.. Memberi kekuatan kepadanya.. Untuk menghadapi kenyataan.. Supaya dia segera, berhenti bermimpi.. Agar bangun..berpijaklah,ke bumi yang nyata..

'' boleh.. Kenapa tak boleh.. Selagi ibu ada.. InshaAllah, boleh kan ibu? '' tanya dhia berpaling melihat kepada liyana.

'' dah pandai menantu ibu ni!.. Nampak ibu ni macam.. lesen besar kan.. '' kata liyana mengusik menantunya.. Dia dapat menangkap apa yang cuba dhia sampaikan..

'' ala ibu.. Sekali sekala.. Khai pasti dengar cakap ibu.. Lagipun esha memang free sekarang ni.. '' kata dhia.

'' ibu bukannya apa.. Esha tu sedang berbadan dua.. Tambah pula nanti pasti kita akan bertemu dengan zarif.. Esha tak kisah dengan semua tu..? '' tanya liyana memilih untuk berterus terang.. Kerana itu memang sifatnya. Tak suka berdalih menutup sesuatu.. Perkara yang remeh boleh menjadi satu isu besar kalau timbulnya salah faham di kemudian hari..

'' ibu.. Itu semua cerita lama.. Sekarang esha dengan khai.. Tak lama lagi.. Anak kami nak lahir.. Esha taknak berpaling ke belakang, melihat pekara yang dah lepas.. '' kata dhia. Mengelus perutnya..

'' bagus lah kalau macam tu esha.. Pertahankan rumah tangga esha..! Pertahankan hak esha, sebagai isteri.. Ibu akan sokong esha.. '' kata liyana.. Menyentuh bahu dhia.. Kepala dhia kemudiannya mengangguk perlahan.

'' terima kasih ibu.. '' balas dhia.

Khairina melihat dua wanita didepannya.. Dia menarik bibirnya tersenyum.

'' kakak harus kuat'' sampuk khairina.

' kenapa semua.. kata aku harus kuat..? Memang aku akan pertahankan rumah tangga aku..! Aku sayangkan khairul..tapi macam pelik pula.. ' persoalan itu timbul di benaknya.

''ibu.. Dia dah kembali.. Sekarang ni dia bersama zarif. '' kata khairina.

Liyana memandang kearah menantunya, dhia yang masih tak dapat menangkap apa yang mereka sedang bualkan.

'' ibu tahu.. '' balas liyana pendek.

'' siapa yang balik? '' tanya dhia.

'sangat merumitkan.. Esha dan khairina saling berkaitan dengan perempuan itu..' keluh liyana.

'' nadeerah..'' kata liyana. Akhirnya dia terpaksa juga, menyebut nama yang paling dia tak mahu dengar dalam hidupnya.

'' nadeerah..nad?! '' kata dhia. Cuma menangkap siapa gerangan pemilik nama itu..

Berpaling lah liyana dan khairina melihat dhia yang menyebut santai nama perempuan itu.

'kalaulah kakak tahu macam mana perangai abang dulu semasa abang bersama dengan perempuan tu.. Pasti kakak tak akan terima abang..seperti kakak terima abang sekarang ni' keluh khairina pula.

'' ada khai ceritakan tentang perempuan tu kepada esha? '' tanya liyana.

'' ada ibu.. Tapi itu semuanya masa silam khai.. Sewaktu khai masih belum matang..masa remajanya '' balas dhia.

Membulat mata khairina mendengar kata yang terucap dari bibir kakak iparnya.. Kalaulah dia di tempat dhia.. Pasti akan mengamuk dengan khairul. Sedangkan dhia.. Masih beriak santai.. Liyana menarik bibirnya tersenyum..

'dia berbeza..'

'' kakak tak kisah..? Kakak tahu tak apa hubungan mereka? Mereka tuuuu... Hmm.. '' khairina gelisah nak meneruskan ayatnya.. Dia masih mencari perkataan yang sesuai nak menyambung ayatnya tadi.

'' kakak tahu.. Abang dah ceritakan semuanya.. Sebab kakak dah pernah tanya.. Ada gambar mereka didalam bilik dekat atas.. Jadi abang ceritakan semuanya.'' kata dhia.

'Allah.. Ini barulah cinta yang sebenarnya, sungguh pilihan abang nak jadikan kakak sebagai isterinya adalah pilihan yang paling tepat, sampaikan abang tertawan dengan pesona kakak..' khairina mula mengagumi kakak iparnya. Liyana menarik senyumnya semakin melebar.. Mendengar perbualan dua wanita muda yang ada didepannya.

''jadi.. Esha kena hati-hati.. Ibu tak nak khai pun hanyut macam zarif..'' kata liyana.

Kini fahamlah dhia kenapa dua wanita itu menyuruhnya berusaha untuk mempertahankan ikatan perkahwinannya..

'kenapa? apa yang akan membuatkan khai berubah hati kepada wanita itu.. Dia memang cantik.. Tapi.. Semudah itukah khai akan tergoda kepada wanita itu..'

'' esha!''

'' esha!'' panggil liyana.. Bila dhia tak menjawap bila dipanggil.

'' ya.. Ya ibu.. '' jawap dhia.. Apa yang dia pikir kan tadi terus hilang.. Kerana tersentak dengan panggilan dari liyana..

'' sudahlah.. Tak perlu cakap pasal perempuan tu.. Merugikan saja.. '' kata liyana.. Dhia dan khairina mengangguk setuju..

Petang itu khairul pulang awal ke rumah keluarganya.. Masuk saja kedalam rumah besar itu.. Terus dia memeluk bahu dhia dari belakang.. Hampir saja terlepas mangkuk yang berisi buah strawberi yang ada di tangan dhia.

''ya Allah kenapa ni? Dah la masuk rumah tak bagi salam.. Lepas tu masuk-masuk terus peluk bini dia.. Tak tahu ke tangan tu kotor ke apa.. Macam lah esha tu nak lari.. Kalau lari pun sempat saja kamu kejar dia dengan keadaan esha yang macam ni..'' sindir liyana.

'hai ibu.. Seharian duduk dengan khairina dan dhia.. Berubah watak pula..' khairul melihat kearah ibunya. Tak percaya.. Ibunya sudah pandai menyakat nya.. Kalau tak serius saja memanjang..

'' rindulah ibu.. Ada ke patut.. Khai mesej.. Call.. Semua tak layan.. Sayang buat apa seharian ni.. Sibuk kalahkan Hubby lagi ni..'' kata khairul meletakkan dagunya di atas bahu dhia. Terus terkaku dhia bila diperlakukan begitu..

'apani!!' nak saja dhia menjerit dan menolak khairul jauh-jauh.. Malunya dah tak bleh dibawa bincang.

'' sayang!'' panggil khairul bila dhia diam membisu. Hanya bibirnya yang tersenyum dengan wajah yang sudah bersemu merah.

'malunya.. Kenapa dia peluk aku didepan ibu dan khairina.. Aduhh.. Lelaki tak tahu malu ni.. Lepaslah!!' keluh dhia. Tapi tubuh khairina masih juga kaku dipeluk khairul.

Khairul meleraikan pelukannya.. Memalingkan dhia kearahnya.. Dhia sudah menunduk.. Hujung jari yang sedang memegang strawberi didalam mangkuk sudah bertukar menjadi merah.. Kerana dipegang terlalu lama buah itu.

''stawberi!'' kata khairul.. Jari telunjuknya mengangkat dagu dhia keatas.. Cepat-cepat dhia berpaling dan berlalu pergi. Tapi..lengan dhia ditangkap khairul.. Dibawanya dhia duduk di kerusi.

'jangan nak buat babak Hindustan disini! .. Ni bukan rumah kita! .. Jangan buat-buat tak nampak.. Masih ada mata yang memandang..' dhia memberikan isyarat matanya kepada khairul.. Tapi khairul seperti biasa, tak mengendahkannya..

'' hubby!'' akhirnya terlepas juga suara dhia memarahi khairul.. Bila khairul memajukan wajahnya.. Mendekat kearah dhia.

'' pfftt!'' khairul mengundurkan wajahnya semula..kemudian dia ketawa geli hati.. Membuatkan dhia terpinga-pinga.. Khairina dan liyana turut berpaling ke arah lain berpura-pura batuk.. Padahal sedang ketawakan nya.

'' Gotcha !'' jerit khairul.

'cis! Dia kenakan aku tadi! Tak guna.. Memalukan!' nak saja dhia melemparkan buah strawberi yang ada ditangannya kepada khairul.

'sabar dhia! Jaga kelakuan kau! Rumah orang oii.. Mertua kau pulak tu..sabar!sabar!'

'' garang jugak kakak ni rupanya!'' kata khairina.. Masih bersisa ketawa. Bukan seperti khairul.. Masih lagi ketawa tak henti..

'' aapa..khairina kata.. Garang? '' tanya khairul yang sedang membongkok menahan dari ketawa..

'' penat abang gelak.. Tak tahu ke kakak ipar khairina ni, memang garang orangnya.. Tu belum lagi dia keluarkan usul dia.. '' kata khairul.. Melihat dhia diam saja, sedang merenung kepadanya..

'' sekarang baru khairina tahu.. '' kata kahirina.

'' padanlah dengan kamu.. Baru kamu tak boleh buli esha.. '' kata liyana.

'' mana ada buli.. Melawak sajalah.. Jom sayang kita balik.. '' kata khairul.

'' tak mahu balik!'' kata dhia.. Memalingkan wajahnya kearah lain..

'' eh! Kenapa pulak tak nak balik? '' tanya khairul sambil bercekak pingang..

'takkan usik sikit.. Merajuk sampai tak nak balik.. Habis aku! Masak!'

'' hmmm.. Tinggal saja esha disini.. Khai pergi lah balik!'' sampuk liyana pula..

'sudah!!!'

'' mana boleh ibu! Khai datang ni nak ambil isteri khai.. '' khai mula cemas.

'' sayang.. '' panggil khairul.. Dhia berpaling melihat kearah liyana.. Liyana kemudiannya mengangkat dua bahunya keatas..

'' abang pergilah balik.. Kami tak puas lagi ni, spend time together.. Pergilah balik.. Dua tiga hari.. Barulah ambil balik kakak.. '' kata khairina.. Turut tak mahu kalah, nak juga mengusik abangnya..

'' Apa! Dua tiga hari? Why? Dah la harini she ignored me.. Ni nak kena tinggal dua tiga hari.. No!no!'' khairul menggoyangkan jarinya telunjuknya.. Tak setuju.

'' kalau ibu yang suruh.. '' kata liyana.

'' kenapa pula ibu? nak balik lah..'' kata khairul.

'' kenapa tak nak stay sini? '' tanya liyana lagi.

'' sini tak ada privacy.. '' balas khairul kemudian dia mengaru kepalanya.. Tersengih kepada ibunya.

'apa dia merepek ni!' keluh dhia. Nak saja dia lari dari situ..

'' sudahlah.. Makin layan makin merepek saja kamu ni khai!.. Bermalam saja disini.. Esok dhia nak ikut kami.. Selesaikan urusan khairina.. '' kata liyana.

'' khai ikut!'' potong khairul.

'' khai.. ''

'' khai janji tak akan buat masalah !'' kata khairul mengangkat tangannya berikrar.

'' ikut lah.. Kalau khai ingkar janji.. Esha akan tinggal dengan ibu sampai cucu ibu lahir.. '' gertak liyana.

Bukan hanya khairul saja tersentak.. Dhia juga turut tergejut sama.

'' ibu bergurau kan..? '' tanya khairul. Air liur ditelan terasa perit di kerongkongnya..

'' Looks like a joke to you!'' kata liyana.

Cuak wajah khairul.. Melihat wajah serius ibunya.. Memandang tepat kepadanya..

'' gotcha ! Memang ibu ni tak boleh melawak lah.. Muka ibu serius sangat ke? '' kata liyana kemudian dia sendiri ketawa.

'' ibu melawak kan tadi?'' tanya khairul lagi.. Masih tak hilang mood cuaknya tadi.

'' tengoklah esok dan hari seterusnya.. Sampai kes khairina selesai.. Sama ada ibu melawak ke tak.. Terpulang atas kelakuan khai.. '' kata liyana..

'apa hal orang yang didalam rumah ni.. Serangan bertubi-tubi, diaorang bagi.. Dah turun perangai dhia ke apa ni?' keluh khairul.

"ibu tak perlu risau.. Khai tak akan ganggu dia.. Demi ibu, kahirina dan dhia.." kata khairul..

Dhia melihat kepada khairul.. Bila namanya disebut sama.. Begitu juga dengan khairina..

"great!" kata liyana pendek kemudian mengangguk kecil.. Tiba-tiba saya suasana menjadi hening.. Aura yang dikeluarkan dari liyana berbeza.. Seolah-olah mengeluarkan aura mematikan.. Sehingga tiada siapa yang berani menyampuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience