BAB 82

Romance Completed 367809

Khairina sedang duduk santai dengan ibunya.. Minum petang di taman rumah mereka.. Sehingga telefon ditangannya berbunyi..

'' assalamualaikum. '' kata khairina..

'' waalaikummusalam khairina.. Sibuk tak tu.. '' tanya zawawi dari sebelah sana.

'' tak lah ayahanda .. Khairina tak sibuk pun.. Duduk santai-santai saja dirumah dengan ibu.. '' kata khairina sambil melihat kearah ibunya.

'' hmm.. Boleh tak kalau ayahanda nak minta tolong.. '' kata zawawi.

'' tolong apa tu ayahanda? '' tanya khairina. Liyana yang sedang menghirup teh di cawannya melihat kearah anaknya itu.

'' ni.. Bonda.. Demam tak makan.. Asyik sebut nama khairina.. Nak tak, kalau khairina datang pujuk bonda makan..'' kata zawawi di sebelah sana.

'' bonda tak sihat? Baiklah khairina ke sana.. Ayahanda tunggu ya.. Khairina siapkan bubur untuk bonda.. '' kata khairina.

'' tak perlu siapkan apa-apa! Sebab ayahanda dah masakkan bubur untuk bonda.. Cuma nak pujuk bonda kamu makan saja ni.. Tak berjaya lagi.. '' kata zawawi.

'' ok.. Khairina datang sekarang.. Tapi.. ''

'' jangan risau.. Zarif tak ada dirumah..buat masa sekarang. '' kata zawawi..

'' baiklah ayahanda.. Tunggu sekejap khairina sampai.. '' kata khairina..

'' baiklah ayahanda tunggu khairina.. Assalamualaikum.. '' kata zawawi.

'' waalaikummusalam.. '' balas khairina.. Kemudian panggilan dimatikan.

'' kenapa? '' tanya liyana.

'' bonda tak sihat lah ibu.. Ibu nak teman khairina tak kerumah bonda tak? '' tanya khairina.

'' tentulah.. Ibu akan teman anak ibu.. Khairina pergi naik bersiap.. Kita pergi sekarang.. '' kata liyana.

Bertolak lah dua wanita itu ke rumah kerabat yang berdarah keturunan raja itu.. Zawawi menyambut mesra kedatangan liyana dan juga khairina.

Sempat mata khairina meliar melihat halaman rumah bekas mertuanya itu..

'' tak perlu cari lagi khairina.. Memang zarif tak ada.. Dah dua hari dia tak balik.. Entah lah kemana.. Ayahanda pun malas nak ambil tahu kemana dia pergi.. '' kata zawawi.

Khairina menarik bibirnya tersenyum.. Kemudian mereka sama-sama masuk kedalam rumah yang sudah menjadi kenangan buat khairina..

Zawawi membawa tetamunya masuk kedalam bilik tidur di mana ada isterinya sedang terbaring diatas katil mereka..

'' assalamualaikum bonda.. '' khairina memberi salam sebaik kakinya melangkah masuk kedalam bilik tersebut.

Ufairah tak menjawap salam itu.. Dia membuka matanya.. Terasa bagaikan sedang halusinasi sahaja baginya.

'' bonda!'' panggil khairina lalu duduk di samping ufairah..

Khairina melihat kepada ufairah yang sedang terbaring lemah di katil.. Rambut kelabunya berlemparan di atas bantal..

'' khairina ke tu? '' tanya ufairah..

'' khairina lah ni bonda.. Khairina datang melawat bonda.. '' kata khairina.

'' Allah! Bonda ingat bonda sedang bermimpi tadi.. '' kata ufairah.. Menggagahkan dirinya untuk bangun, melihat ufairah bangun.. Cepat-cepat zawawi datang menghampiri.. Mengangkat isterinya duduk bersandar di kepala katil. Ufairah cepat-cepat menyikat rambutnya dengan tangan.. Lalu mengikatnya. Dia tak mahu khairina melihat keadaannya yang tak terurus begitu. Tambah pula liyana turut ada didalam bilik itu bersama.

'' ayahanda beritahu.. Bonda tak makan lagi.. Nak khairina suapkan bonda?'' tanya khairina. Dia mengambil semangkuk bubur yang sudah sedia di tepi katil ufairah.

'' makan dulu lah yea.. Saya keluar tunggu di luar ya.. Kak.. '' kata liyana.. Dia tak mahu menganggu ufairah dan khairina.

Liyana dan zawawi keluar dari bilik tidur itu.. Mereka tunggu saja di ruang tamu.. Sambil berbual mengenai perniagaan mereka..

Diluar rumah itu kedengaran bunyi enjin kereta. Zawawi bangun menjenguk keluar.. Walaupun dia sudah boleh mengagak siapa yang datang..

'' zarif ke yang balik? '' tanya liyana yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

'' itulah.. Balik pulak.. Saya ingat dia dah tak reti nak balik rumah.. '' kata zawawi..

'' tak baik kata macam tu.. Buruk macam mana pun.. Itu tetap anak kandung abang.. '' kata liyana..

'' memanglah.. Apa yang awak kata tu betul, tapi itulah.. Entah dimana silap saya membesarkan dia.. Sampai dia jadi macam tu sekali.. Dulu macam ni juga.. Saya terima sebab dia tak matang... Sekarang ni alasan apa lagi saya nak terima nak pujuk diri saya ni.. Saya dah kecewa dengan dia.. '' kata zawawi sayu..

'' kita doakan dia.. Agar dia cepat sedar dan tak terus hanyut.. '' kata liyana.. Kerana dia sendiri tak tahu nak memberitahu apa lagi.. Hanya diri zarif sendiri yang mampu mengubah masa depannya sendiri..

Masuklah zarif kedalam rumah itu.. Langkahnya terhenti bila melihat liyana berada di ruang tamu rumahnya..

'' assalamualaikum.. '' salam diberi oleh zarif.

'' waalaikummusalam.. '' jawap zawawi.. Dan juga liyana.

'' kamu dari mana zarif? Dua hari tak balik rumah? '' tanya zawawi.

'kenapa perlu tanya sekarang.. Ayahanda sengaja nak malukan zarif..'

'' zarif dari office.. Siapkan kerja yang tertunggak.. Dah siap semua baru zarif balik.. '' kata zarif.

'' zarif naik atas dulu lah ayahanda, ibu.. '' kata zarif.

Liyana menganggukkan kepalanya kepada zarif.. Manakala zawawi.. Hanya bersahaja.. Tak membalas apa-apa.

Zarif naik keatas.. Tapi bila telinganya menangkap bunyi gelak ketawa.. Langkah kakinya terhenti.. Dia berpaling menuju ke bilik bondanya. Pintu yang tak ditutup rapat itu diperhatikannya..

'' kau buat apa dekat sini? '' tanya zarif.. Kasar seperti selalunya.

'' zarif, bonda tak sihat.. Jadi khairina datang melawat ibu.. Salah ke? '' tanya ufairah.

'' salah.. Sebab dia orang luar.. '' kata zarif angkuh.

'' orang luar? orang luar yang sedang mengandungkan anak kamu.. ! Cucu bonda!'' kata ufairah. Geram zarif melayan khairina macam tu. Khairina menggelengkan kepalanya.. Tak mahu isu itu dibincangkan.

'' haish.. Bonda ni.. Yakin ke tu anak zarif! Cucu bonda tu? .. Dia tu licik.. Banyak akalnya.. Entah-entah sengaja nak raih simpati bonda dengan ayahanda sampai bunting kan diri sendiri.. '' kata zarif.

'' ZARIF!'' suara zawawi memetir memanggil nama anaknya.

'' kalau kamu tak sukakan anak itu sekalipun jangan kamu hina cucu kami!'' kata zawawi.. Berjalan kearah mereka. Bersama dengan liyana..

'' cucu? antara cucu dan anak! Ayahanda pilih cucu.. Cucu yang belum pasti ni!'' kata zarif menunding tangannya kearah khairina yang sedang duduk disamping bondanya.

'' jaga sikit mulut kau zarif.. Ayahanda pernah beri amaran kepada zarif.. Jangan bagi ayahanda marah.. Dan buang zarif dari keluarga ni!'' kata zawawi tegas.

'' kenapa semua orang suka berpihak kepada dia.. Salah ke apa yang zarif katakan.. '' kata zarif tak puas hati.

'' memang salah.. Memang semua ni salah zarif dari mula lagi .. '' kata zawawi.

'' tak habis-habis.. Menangkan jelah dia!'' rungut zarif berlalu meninggalkan ruang itu..

Semua mata tertumpu kepada belakang tubuh zarif yang sedang melangkah naik keatas..

'' maaflah.. Sepatutnya liyana tak perlu tengok perkara tadi.. Kami dah memalukan liyana.. Saya minta maaf.. Zarif sekarang ni.. Dah melampau.. Tak dapat saya nak kawal lagi.. '' kata zawawi kepada liyana.

'' tak mengapa.. Bagi lah dia masa.. '' kata liyana.. Taknak perkara itu dipanjangkan. Dia melihat kepada khairina.

'' khairina.. Jangan ambil hati.. Dengan apa zafir katakan tadi.. Bonda pun tak tahu lah apa nak jadi dengan dia.. '' kata ufairah sayu.. Sedih dengan perlakuan zarif.. Yang tak mengaku dengan kewujudan anaknya sendiri.

'' tak apa bonda.. Ayahanda.. Cukuplah ayahanda dan bonda terima anak khairina ni.. Zarif biarlah.. Khairina tak ambil hati pun.... '' kata khairina menarik bibirnya tersenyum.

Bunyi telefon bimbit milik liyana memecah suasana tegang itu.. Liyana meminta izin untuk mengangkat telefon bimbitnya.

'' sekejap ya.. Khai telefon pula.. '' kata liyana.

Zawawi dan ufairah mengangguk.. Kepada liyana.

'' khai! Kenapa ni.. '' tanya liyana bila mendengar suara khairul cemas disebelah sana..

'' apa!.. Dah bawa pergi hospital? '' tanya liyana.. Zawawi, ufairah dan khairina turut menjadi cemas bila mendengar perkataan hospital keluar dari mulut liyana.

'' bawa lah pergi hospital.. Ibu akan kesana sekarang.. Kita jumpa disana saja.. '' kata liyana. Kemudian penggilan dimatikan.

'' kenapa tu..? '' tanya zawawi.

'' khai! Esha nak bersalin.. Tapi boleh pulak dia call saya.. Panic tak tahu nak buat apa.. '' terang liyana.

'' boleh pulak dia call ibu dia.. '' kata ufairah ketawa kecil..

'' itulah kak.. Bukannya nak bawa esha ke hospital terus.. '' balas liyana sama-sama ketawa.

'' kakak dah nak bersalin? '' tanya khairina.

'' ya.. Mereka baru nak pergi hospital.. Jom lah kita.. '' ajak liyana.

Bertolak lah mereka dua beranak ke hospital..

Sementara khairul masih dirumah.. Cemas berlari keluar masuk antara rumah dan kereta. Dhia masih duduk diam di sofa bertambah sakit melihat keadaan khairul begitu.

'' hubby!''

'' ya-ya-ya.. ''

'' boleh tak jangan lari-lari.. Bertambah sakit rasanya.. '' kata dhia.. Dia sendiri pun tak pasti kenapa khairul berlari-lari begitu.. Rasanya semua barang sudah ada didalam kereta..

Dhia bangun untuk keluar dari rumah.. Khairul cepat-cepat menghampiri dhia dan memapah dhia keluar dari rumah.

'' dhia kenapa tu? '' tanya marissa.. Dari tadi dia sudah melihat khairul berlari-lari di halaman rumah..

'' kami nak ke hospital.. Baby on the way.. '' kata dhia memegang perutnya yang sedang memulas..

'' semoga selamat semuanya ya dhia.. '' kata marissa berdiri dekat dengan pagar pembahagi rumah mereka.

'' Insya Allah.. Aminn.. '' balas dhia.. Lalu duduk di kerusinya.. Dia melihat tangan khairul terketar ketar sedang menarik tali pinggang untuknya..

'' hubby.. Bagi sayang saja yang buat ya.. Ni kalau hubby buat.. Sayang rasa nak beranak dalam kereta je nanti.. '' kat dhia.. Mengambil tali pinggangnya semula..

'' ok sayang buat.. '' kata khairul melepaskan tali pinggang dhia. Dhia menggelengkan kepalanya..

Khairul berlari ke arah pintu keretanya.. Memandu keretanya keluar dari perkarangan rumahnya..

'' alamak!'' kata dhia..

'' kenapa sayang? '' khairul berpaling melihat kepada dhia.

'' tu.. '' dhia menunjuk ke bawah.. Kakinya.

'' sayang jangan main-main.. '' khairul turun melihat kebawah kaki dhia bersama.. Dia tak melihat apa-apa disana.. Takut juga kalau bayinya betul-betul keluar disana.

'' tapi ni.. Basah.. '' dhia menunjukkan tangannya..

'' rasanya kerusi ni.... Sayang dah basahkan.'' kata dhia perlahan.. Menunduk kebawah..

'' takpa-takpa.. Biar je.. Itu boleh cuci nanti.. '' kata khairul. Menarik dhia supaya kembali bersandar di kerusinya.

'' hubby.. '' panggil dhia..

'' ya sayang..''sahut khairul.

''kalau lah jadi apa-apa... ''

'' stop all the nonsense Sayang.. You will be fine.. Ok!'' potong khairul. Tak senang dia nak bawa kereta..

'' ishh.. '' keluh dhia. Geram pula bila katanya dipotong.

'' thanks hubby.. Kembali kepada kami.. '' kata dhia..

'' ya sayang.. Hubby pasti kembali.. Sebab hubby nakkan sayang jadi isteri hubby..walaupun tanpa baby kita waktu tu.. '' kata khairul..

'' hubby.. ''

'' ya sayang.. ''

'' tak boleh nak tahan lama.. Rasa macam.. Nak keluar sangat dah ni.. '' kata dhia mencekam lengan khairul.

'' ok.. Sabar sayang.. Jangan beranak dalam kereta ni.. Hubby tak tahu nak sambut baby tu macam mana nanti..kejap-kejap kita nak sampai dah.. '' pujuk khairul..

Akhirnya mereka sampai juga ke hospital.. Liyana dan khairina sudah menunggu kedatangan mereka disana.

Mundar mandir khairul menunggu diluar.. Sebaik pintu kayu itu ditutup..

'' suami kepada dhia.... ''

'' saya!saya!'' jawap khairul..

'' encik nak masuk..? Isteri encik cakap encik nak masuk kedalam.. '' kata jururawat itu.

'' boleh ke? '' tanya khairul.. Dia berpaling melihat kepada liyana.

''masuklah khai! Beri sokongan kepada esha..'' kata liyana.

Sebenarnya dia sendiri takut nak masuk kedalam.. Tapi dia gagahkan juga.. Jururawat membantunya memakai pakaian khas untuk masuk kedalam ruang bersalin.. Dhia sudah bersedia diatas katil..

'' suami tolong berada disisi isteri ya.. '' kata doktor wanita itu..

Khairul mengikut saja arahan yang diberikan.. Berjalan ke sisi dhia.. Memaut tangan dhia.. Sesekali dia membaca surah pendek yang dia tahu dan ditiupkan di kepala dhia..

Ada tiga orang yang sudah sedia menyambut putera mereka.. Tak putus-putus memberi kata semangat buat dhia.. Dan khairul seperti terpaku.. Hanya bibirnya saja yang tak berhenti membaca.. Tangan yang di cekam oleh dhia terasa pedih.. Sesekali dia mengelus peluh yang mula keluar di dahi dhia..

Melihat dhia sedang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.. Tak mampu dia gambarkan bagaimana rasanya.. Urat-urat hijau mula kelihatan di leher dhia dan dahinya... Sampaikan dhia kehabisan nafas.. Dan akhirnya...

Suara yang paling merdu dia pernah dengar dalam hidupnya.. Iaitu tangisan bayinya.. Dalam dia tak sedar.. Air matanya gugur..

'' ayah! tengok.. Ni anak apa!'' panggil jururawat wanita itu..

'' alhamdulillah.. Lelaki.. '' kata khairul sebak.. Melihat kelamin anaknya yang ditunjukkan kepadanya.

'' ya.. Tahniah.. It a brave and strong boy!'' kata jururawat itu..

Khairul menunduk mencium dahi dhia.. Masing-masing tak mampu mengatakan apa-apa melainkan senyuman.. Senyuman yang penuh bermakna.. Bermulalah satu fasa baru dalam hidup mereka berdua bergelar papa dan mama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience