BAB 92

Romance Completed 367824

Sebulan sudah zarif mengeluarkan duit simpanannya sendiri.. Selepas kad kreditnya benar-benar dipotong oleh kedua orang tuanya.. Tapi hal itu masih tak diketahui oleh nadeerah.. Dia membelai belai rambut nadeerah yang sedang tidur di atas lengannya..

"morning.." ucap nadeerah.. Kemudian mengucup bibir zarif sekilas..

"morning." balas Zarif melihat nadeerah mengeliat merenggangkan tubuhnya.. Di atas katil disampingnya.

"kita balik malaysia.. Sayang.." kata zarif.

"What!? Why?" kata nadeerah tergejut. Dia yang sedang mengeliat tadi terus mematikan gerakkan tubuhnya.

" I kena keja lah.. Cari duit.. Lepas tu.. Kita bercuti lagi macam ni.." kata zarif..

"No! I tak nak.. I nak stay sini.." bantah khairina. Lalu bangun berdiri. Bercekak pingang di hadapan zarif.

"kenapalah you tak faham.. Kita balik ke malaysia.. I tak nak bertekak dengan you! .. Please nad! .." kata zarif dengan nada tinggi.

" I don't care.. You nak balik.. You boleh balik sorang.. And I nak stay..!" kata nadeerah.

"ok fine.. I balik sorang.. Pandai-pandai you hidup disini sendiri..!" kata zarif menyingkap selimutnya dengan kasar lalu bangun dari katil.

"what did you mean..? Pandai-pandai I hidup disini sendiri..? You kenalah tanggung kehidupan I disini zarif! .." kata nadeerah.. Tak puas hati..

"why I kena tanggung you..?" tanya zarif.

"you! tanya I kenapa? Of course la sebab I ni wife you!! " tangan nadeerah ditunding kearah zarif.

"kalau you rasa.. I ni suami you.. Ikut I balik malaysia.. Itu pun kalau you nak I tanggung hidup you lah...." perli zarif.

BAM!

Pintu bilik air ditutup kasar oleh zarif.. Sampaikan nadeerah tersentak bila mendengar bunyi hentakkan pintu itu.

"dia ugut aku!" jerit nadeerah geram..

"argggghhh!" nadeerah menyembamkan wajahnya di atas katil lalu menjerit.. Lagi dan lagi..

Manakala zarif di dalam bilik air ketawa kecil, mengejek kepada nadeerah..

'apalah, pilihan yang kau ada nad.. Kalau kau tak ikut aku.. Siapa yang nak bagi kau duit..'

Pulanglah mereka berdua ke Malaysia.. Sepanjang perjalanan nadeerah menayangkan wajah protesnya.. Zarif membiarkan sahaja nadeerah begitu.. Sekurang-kurangnya nadeerah tetap ada bersama dengannya..

Zarif membawa nadeerah kembali ke rumah orang tuanya.. Tapi rumah itu kosong.. Tak berpenghuni..

"tak ada orang? .. Parents you kemana? Bercuti ke?" tanya nadeerah sambil mengibaskan tangannya dek kerana kepanasan. Menunggu di luar..

"biarlah.. Nanti mereka balik lah tu.. Kita masuk dulu.." kata zarif membuka pagar besar, rumah tersebut.

Tak lama selepas itu balik lah ufairah dan zawawi ke rumah mereka.. Selepas seharian berada di rumah liyana.. Manis saja wajah pasangan suami isteri itu seharian ini..

Zawawi memasukkan kunci kedalam tombol pintu.. Tapi dia kemudiannya mengaru kepalanya..

"kenapa abang?" tanya ufairah..

"tadi sayang tak kunci pintu ke..?" tanya zawawi.. Bila pintu dibuka tanpa dia sempat memusingkan kunci ditangannya.

"kunci.. Mana tak kunci.. Saya yakin saya kunci tadi.." kata ufairah.

Masuklah kedua-duanya mereka kedalam rumah mereka sendiri.. Masuk kedalam rumah tehendap-hendap seperti pencuri.. Ufairah mengekori suaminya rapat di belakang.

"kenapa bonda dengan ayahanda masuk kedalam rumah macam pencuri ni..? " tanya zarif yang berada di lantai atas.. Melihat kebawah.. Kepada dua orang tuanya.

"kamu!" kata zawawi.

"yea lah zarif kenapa? Zarif dah tak boleh balik rumah zarif sendiri ke ayahanda? Bonda?" tanya zarif menuruni anak tangga ke bawah.

"kamu kemana selama ni? .. Kamu tak fikirkan ke bonda kamu! .. Dia risaukan kamu.. Sampai sakit-sakit.. Teringatkan kamu.. Sekarang baru kamu nak balik!" kata zawawi. Ufairah yang ada di belakang mengurut lengan suaminya.

"sudah lah tu.. abang.. Anak dah balik tu kan.." pujuk ufairah.. Takut zarif dibelasah lagi oleh zawawi nanti.

"zarif.. Pergi bercuti.." jawap zarif.

"bercuti..?! Jadi sekarang cuti dah habis lah ya.. Ke.. Duit yang dah habis?" sindir zawawi..

"ayahanda tanya.. Ayahanda yang bekukan kad kredit zarif.. Zarif guna saving zarif.. Ayahanda.. Sampai hati ayahanda buat zarif macam tu.." kata zarif.

"kamu dah tak kerja.. Saving kamu pun.. Duit dari Ayahanda juga.. Apa hak kamu nak ungkit pasal sampai hati ke tak.." kata zawawi. Berlalu pergi.

"by the way.. Tak perlulah kamu sibuk-sibuk nak masuk office.. Tempat kamu dah digantikan.." kata zawawi.. Kemudian pergi meninggalkan dua beranak itu diruang tamu..

"ayahanda..! Apa yang ayahanda cakapkan ni..!" zarif mengejar langkah ayahandanya.

"ayahanda dah cakap apa yang ayahanda nak cakapkan.. Tak ada apa lagi yang ayahanda nak cakapkan lagi.." kata zawawi lagi.

"mana boleh ayahanda buat zarif macam ni..!" marah zarif.

"tak boleh? Ayahanda dah pernah bagi amaran sebelum ni.. Tapi.. Apa yang zarif buat.. So? Sekarang.. Zarif usahakanlah sendiri.. Ayahanda tak akan tolong lagi.. Ayahanda dah pernah bagi tahu kan.." kata zawawi.. Berjalan masuk kedalam biliknya.

"bonda.. Takkan bonda nak biarkan zarif hidup merempat.. Saving zarif.. Tak banyak mana dah tinggal.. Macam mana zarif nak survive di luar sana.. Lagipun zarif dah ada isteri.. Zarif nak bagi isteri zarif makan apa bonda.." rayu zarif.. Kepada ufairah.

"bonda dah pernah bagitahu zarif kan.. Tapi zarif tak hiraukan bonda.. Zarif sendiri yang mencabar ayahanda.. Macam mana lagi bonda nak tolong zarif.. Berapa kali dah bonda cakap dengan zarif.. Insaflah.. Sedar! .. Bukannya terus hanyut sampai macam ni.." kata ufairah sambil mengelengkan kepalanya..

Zarif melutut memegang kedua-dua tangan bondanya.. Terus merayu bondanya. Supaya bondanya setuju untuk membantunya memujuk ayahandanya. Dari atas nadeerah mengintai kekecohan yang berlaku di lantai bawah rumah itu..

'cis! Patutlah dia ajak aku balik malaysia.. Rupanya duit dah habis...' nadeerah berundur perlahan-lahan dari situ.. Masuk kedalam bilik zarif..

Nadeerah mengambil telefon bombitnya.. Dari situ dia membuka laman web untuk menempah tiket penerbangan..

'esok.. Aku kena pergi tuntut duit satu juta aku.. Lepas dapat duit tu.. Aku berambus dari sini..' nadeerah memegang pipinya. Teringat peristiwa semasa dia mengamuk sewaktu.. Mengemaskan pakaian untuk balik kesini.. Kerana dia mengamuk, melemparkan barangan mereka.. Zarif memberi tamparan di pipinya..

' macam mana lagi aku nak tahan dengan kau zarif.. Belum apa-apa kau dah pukul aku..' keluh nadeerah.

Keesokan paginya.. Nadeerah turun ke bawah menarik beg bagasi nya.. Sekilas di melihat zarif yang masih terlena diatas katil.. Kakinya mengatur langkah kebawah..

"nak kemana ni?" tanya satu suara yang cukup besar dengan kuat.. Sampaikan nadeerah tersentak lalu melepaskan bagasi di tangannya.

"hm.. Mm.. Tan... Srii.." kata nadeerah gugup dan gagap..

"kenapa kau gagap.. Takut!" suara zawawi seperti guruh yang menyambar bumi.

"saya.. Hmm.." tengelam suara nadeerah.

"abang.. Jangan takutkan dia.." pujuk ufairah.. Yang baru datang kepada dua orang itu.

"kau nak lari? lepas anak aku dah tak ada duit kan? .. Isteri jenis apa kau ni? .. Datang dalam hidup anak aku.. Menghancurkan hidup dia.. Masa depan dia..!" marah zawawi. Nadeerah mengangkat wajahnya.. Tangannya mengepal pemumbuk.

"saya memang nak pergi.. Pergi dari sini.. Bukan saya yang terhegeh-hegehkan anak tansri.. Tapi anak tansri sendiri yang nak kan saya.. Kenapa tansri kata saya yang menghancurkan hidup anak tansri.." nadeerah yang takut-takut tadi berubah jadi marah bila dia terus dipersalahkan..

" kamu! biadap.. Macam ni caranya kamu bercakap dengan orang tua..! " marah ufairah pula.. Tadinya dia menyabarkan suaminya.. Kini bertukar.. Dia pula yang berdiri diantara naderah dan zawawi.. Menghamburkan marahnya.

"eh tepilah.. Aku nak pergi! Rimas aku duduk dalam rumah neraka ni!.." marah nadeerah lagi.. Menolak ufairah ketepi.. Zawawi menangkap ufairah dari terjatuh ditolak oleh nadeerah.

"tak guna punya perempuan..!" marah zawawi.. Di mahu mengejar nadeerah yang sedang berjalan pergi dari situ. Tapi dihalang oleh ufairah.

"biarkan dia pergi.. Sekurang-kurangnya dia pergi.. Tak menghasut anak kita lagi.." kata ufairah.

Zarif meraba di sebelah tempat tidurnya.. Kosong.. Dia membuka matanya.. Ternyata katilnya hanya ada dia seorang sahaja diatasnya.

'mana dia pergi..!' zarif cemas lalu di melompat turun dari katil.. Mencari kelibat nadeerah..

" Nad! " nama itu dilaungkan berkali-kali.. Dia melihat bagasi milik nadeerah sudah tiada di dalam bilik itu..

"@#$&!!!!" kata carutan mula keluar dari bibirnya.. Zarif kemudiannya berlari turun ke bawah.. Sambil memanggil nama nadeerah. Masih mengharap balasan dari si empunya nama tersebut .

Zawawi dan ufairah yang sedang sarapan di meja makan mendongak memandang ke atas.. Bila terdengar suara zarif menjerit-jerit memanggil nama nadeerah.

"biarkan dia.. Bukannya kita halau dia.. Dia pergi sendiri.. Sayang makan.. Tak perlu pedulikan dia.." zawawi menegur ufairah bila melihat isterinya mahu bangun meninggalkan meja makan..

Walaupun berat hati ufairah melihat keadaan zarif begitu.. Dia terpaksa merelakan.. Ini semuanya demi mengajar zarif sendiri.. Agar dia kembali sedar.. Dan keluar dari dunianya yang dibayangi oleh nadeerah..

Hari berganti hari.. Zarif tetap mencari nadeerah.. Sehingga dia sendiri tidak sedar kakinya melangkah masuk kedalam sebuah restoran..

'ah.. Kenapa aku ke sini...' keluh zarif.

Zarif memalingkan badannya semula untuk berlalu pergi.. Tapi langkahnya terhenti bila dia mendengar bunyi tangisan bayi.. Entah apa yang memukaunya.. Dia berjalan menghampiri.. tapi, langkahnya terhenti bila dia melihat khairina yang sedang mengendong seorang bayi ditubuhnya..

"kenapa ni?" irfan datang mengacah bayi yang melekat di tubuh khairina..

"entahlah abang.. Rasanya zhafirah.. Mengantuk ni.. Muka masam saja.." kata khairina.

Zarif mengintai melihat wajah bayi yang di gendong khairina.. Bayi itu sedang memandang kearahnya..

"panas kot.. Asyik duduk dalam gendong ibu dia saja.." kata irfan.

"hmm.."khairina mengaru kepalanya yang kini sudah dilapisi kain yang menutup kepalanya..

Zarif mengeluarkan telefon bimbit lalu mengambil gambar wajah bayi yang digendong oleh khairina.. Kemudian dia melihat khairina berlalu pergi dari situ masuk kedalam.. Hanya irfan yang ada di meja yang diduduki oleh khairina tadi..

"ustaz..".. Panggil salah satu pelanggan yang ada disitu.. Irfan berjalan meninggalkan kereta sorong bayi yang ada dimeja.. Menuju ke meja pelanggan yang memanggil tak jauh dari situ.

Zarif mengambil kesempatan melewati meja yang ada kereta sorong bayi itu.. Dia mengintai kedalam kereta bayi itu.. Ternyata ada seorang bayi lelaki didalamnya.. Yang sedang mengigit jari tersenyum kepadanya.. Wajah anak itu diperhatikan..

'anak mata dia.. Sama macam aku!'

"abang.." panggil Irfan.

Zarif tak menjawap ataupun berpaling.. Dia menghayunkan kakinya.. Cepat-cepat melangkah pergi dari situ..

'aku tak tahu ini bala ke apa.. Tapi kenapa mereka perlu wujud!!' zarif memarahi dirinya sendiri.. Dia memandu pergi dari situ.. Sesampainya dia rumah.. Dia mengeledah album gambar lamanya.. Membuka satu persatu gambarnya sewaktu masih bayi.. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya.. Membuka gambar bayi perempuan yang digendong khairina tadi.. Bayi perempuan itu sangat mirip dengan wajahnya semasa masih bayi.. Zarif meraup wajahnya.. Ada satu perasaan yang sedang bergolak didalam dadanya.. Tapi dia berusaha menafikannya.. Sekeras-kerasnya.. Dalam masa yang sama.. Dia memarahi dirinya sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience