BAB 40

Romance Completed 367809

Zarif membuka matanya.. Perlahan lahan dia bangun dari tempat tidurnya.. Tangannya meraup wajahnya sendiri.. Kemudian mengeluh berat. Dia berpaling melihat ke sisinya.. Di mana ada khairina yang sedang terbaring tidur mengunakan selimut yang sama dengannya..

'' khairina.. Khairina.. '' zarif menggelengkan kepalanya... Dia mendekatkan dirinya kepada wajah khairina.. Dibelai pipi putih bersih itu dengan belakang tangannya..

'' kau ingat kau dah goda aku semalam! Bererti aku ni milik kau khairina.. '' zarif ketawa mengejek..

'' kau salah khairina.. ! Kau belum kenal aku siapa khairina'' tangan zarif mula menepuk pipi yang tadinya dibelai..

''uurgghh.. '' khairina merengek.. Bila tidurnya terganggu.. Dia menempis tangan yang sedang menepuk pipinya..

'' bangunlah! Pemalas!!'' zarif menepuk pipi khairina lagi.. Kali ini lebih kuat dari tadi..

'' zarifff!!'' jerit khairina.

'' bangun!'' balas zarif yang sudah turun dari katil..

'' kenapa? Awal lagi ni? Bagi lah khairina tidur kejappp.. Masih mengantuk.. '' balas khairina dengan mata yang tertutup memeluk bantal tidur zarif.

'' suka hati kau lah!'' zarif kemudiannya berjalan ke bilik air.. Meninggalkan khairina yang masih terbaring di atas katil..

Sebaik melihat zarif hilang disebalik pintu bilik air.. Khairina membuka mata sekadar untuk mengintai suaminya itu..

'' mana ada kucing tolak ikan kan! Tambah-tambah ikan segar macam aku ni!'' kata khairina bangga.. Dia mula terbayangkan bagaimana zarif melayan kehendaknya semalam.. Sungguh dia puas dengan semua itu.. Khairina kembali memejamkan matanya.

Zarif melihat sahaja khairina yang masih tidur di atas katil.. Dia mengeleng kemudian berjalan kearah bilik pakaian..

'' khairina!!'' tempiknya..

'' apa!'' khairina menjerit kembali bila mendengar namanya dipanggil..

'' baju aku mana? '' tanya zarif dengan kasar.. Bila dia tak melihat satu pun pakaian untuk ke pejabat ada disitu..

'' ada dekat dobi lah.. Tak ambik lagi! Pakai sajalah baju mana yang ada dulu.. Nanti khairina pergi lah ambik dekat dobi tu.. '' rungutnya.

Zarif yang berada didalam bilik pakaian itu menggelengkan kepalanya..

'' perempuan ni gilalah.. Sampai habis baju aku semuanya dia hantar dekat dobi.. '' zarif melihat sisa pakaian yang ada didalam almari .. Masih tinggal beberapa helai baju yang ada disitu..

'' kau buat apa dekat rumah khairina.. Sampai baju aku habis kau hantarkan ke dobi.. '' rungut zarif sambil mengancingkan bajunya..

Dia melihat imejnya di cermin besar yang ada disitu.. Kemudian dia mengeluh tak puas hati..

'' serabut betul aku dengan perempuan ni!'' marahnya..

Selepas solat dia turun kebawah dengan wajah yang mencuka..

'' aiiih.. Masam je ni kenapa? '' tanya ufairah kepada anaknya.

'' bonda.. Dia buat apa dekat rumah..? '' tanya zarif. Sebaik menyalam tangan bondanya.

'' siapa? Khairina? '' tanya ufairah.

'' yea lah bonda.. Siapa lagi.. '' balas zarif..

'' aikk.. Dah mula suka ke.. Aritu zarif yang kata tak nak ambil tahu perihal khairina.. Sekarang dah tukar ek? '' usik ufairah.

'' bukan lah bonda.. Zarif dah tak ada baju nak pakai ni.. Bila tanya.. Dia cakap ada di dobi.. '' rungut zarif.

'' hmmm.. Ingat apa lah tadi.. '' balas ufairah.

'' zarif penat lah bonda.. Isteri apa macam tu.. '' rungut zarif.

'' bonda taknak masuk campur hal zarif.. Itu hal rumah tangga zarif.. Zarif pikir lah sendiri.. '' kata ufairah mengangkat tangan dan mengoyang-goyangkan nya..

'' kalau boleh nak saja zarif ceraikan dia.. '' kata zarif dengan geram.. Mengepal kan penumbuk nya diatas meja.. Tapi bila teringatkan datin Liyana dah banyak melaburkan dana kedalam syarikat milik keluarganya.. Dia hanya mampu diamkan diri buat masa ni.

'' bukannya bonda nak campur.. Tak nak lah jadi jarum atau batu api disini.. Tapi.. Buat apa zarif teruskan pernikahan ni.. Kalau zarif sendiri tak bahagia.. '' kata ufairah. Zarif diam tak menjawap..

'' macam ni lah.. Bonda akan tarik mogok bonda.. Akan kembali menggajikan pembantu rumah.. Macam mana? '' cadang ufairah.

'' ikut bonda lah.. Menantu bonda tu.. Bukan boleh buat kerja rumah apa pun.. Tau makan tidur je.. Tu pun ada hati nak ajak zarif pindah keluar, duduk rumah sendiri.. Nanti entah apa rupa rumah zarif.. '' keluhnya..

'' hmmm.. '' ufairah sekadar mengangkat bahunya.

'' ayahanda mana.. Tak nampak pun? '' tanya zarif.

'' ayahanda jogging.. '' kata ufairah sambil ketawa kecil..

'' jogging? ''

'' tak pernah-pernah ayahanda jogging.. '' kata zarif kepada bondanya..

'' ayahanda cakap yang perut dia dah buncit.. Tu yang ayahanda kamu jogging tu.. Berat badan dia dah naik katanya.. '' jelas ufairah. Zarif sekadar mengangguk sahaja.. Memang betul ayahanda kini sedang bertambah sihat dan bulat..

Zarif menghabiskan sarapannya.. Kemudian bertolak ke pejabat..

Pasangan yang sudah seperti belangkas itu singgah di bakery citra.. Menyelesaikan urusan dhia.. Khairul melihat saja wajah sayu dhia dari jauh sedang berbincang dengan majikannya.. Dia tahu tentu berat sekali bagi dhia.. Tapi ini jalan terbaik buatnya.. Kalau boleh.. Dia nak saja dhia duduk di rumah berehat sepanjang tempoh kehamilannya..

'' dah selesai? '' tanya khairul bila melihat dhia sudah berdiri di sampingnya..

'' hmm.. Dah. '' jawap dhia dengan sayu. Khairul mengosok anak rambut dhia dengan lembut..

'' taknak pesan apa-apa? '' tanya khairul.. Cuba memujuk dhia dengan makanan..dan harap ianya berkesan..

'' boleh ke? '' tanya dhia.. Bibirnya kembali mengembang.. Melihat dhia kembali tersenyum, secara tak langsung.. Khairul turut sama ikut tersenyum.

'' boleh.. Nak pesan satu peti tu pun boleh.. '' khairul menunjukkan kearah peti sejuk yang sudah ada beberapa kek di dalamnya..

'' bukan kata itu saja.. Sayang nak borong semuanya pun boleh.. '' kata khairul mencuit hidung dhia dengan jari telunjuknya. Dhia membalikkan matanya keatas..

''perli dhia lah tu..kan!'' dhia menunjukkan jarinya kearah khairul.

'' mana ada? '' seraya mengangkat dua tangannya.

'' hmm.. Yea lah tu.. Tunggu kejap.. Dhia pilihkan yang mana dhia nak.. Khai nak? '' tanya dhia.

'' nope!.. '' balas khairul pendek. Serta menggelengkan kepalanya kepada dhia.

'' betul? '' tanya dhia lagi. Khairul kemudiannya mengangguk dengan yakin. Dhia menarik senyumnya kemudian pergi dari situ..

Selepas selesai memilih beberapa potong kek.. Khairul bangun dan ke kaunter dan membayarnya.. Tersenyum saja gadis yang menjaga kaunter tersebut.. Siapa lagi kalau bukan indah.

'' sayang jom.. '' khairul meraih tangan dhia. Dhia segera mengangguk dan berjalan keluar dari kedai tersebut..

Mereka bertolak menaiki yang dipandu oleh khairul ke pejabat.. Sebaik sampai.. Khairul seperti biasa memakir kan keretanya di tempat yang khas untuknya.. Dhia melihat ada seorang lelaki datang menghampiri kereta.. Seraya membuka pintu untuk khairul.

'' assalamualaikum, tuan'' tegur lelaki itu..

''waalaikum salam shah.. '' jawab khairul..

'' maaf saya tak perasan, saya ingat tuan sendirian.. '' kata shahril bila dia melihat, pintu disebelah penumpang terbuka..

'' it's OK.. '' ucap khairul seraya berjalan ke arah pintu di sebelah dhia.

'' sayang.. '' panggil khairul.. Seraya menarik tangan dhia dengan lembut.. Memudahkan dhia keluar dari kereta itu.

Shahril sekadar mengangguk kecil kepada dhia..dan begitu jugalah dhia membalas kembali kepada Shahril...

Khairul segera megambil tangan dhia lalu membawa tangan dhia melilit di sekeliling lengannya.. Kemudian dia menepuk tangan dhia beberapa kali sebelum melangkah untuk masuk kedalam.

Shahril mengerti apa yang cuba disampaikan oleh khairul.. Apalagi.. Kalau bukan nak menunjukkan bahawa wanita di sampingnya itu adalah miliknya dan sekaligus memberi amaran kepadanya.

Dhia diam sahaja semasa dalam perjalanan naik keatas.. Rata-rata dia melihat banyak mata yang memandang kearahnya.. Tapi bila khairul melintas.. Mereka cepat-cepat menundukkan pandangan mereka.. Tak kurang juga ada yang mengubah haluan mereka..

'' Rose! Masuk ke bilik saya!'' kata khairul sewaktu berjalan melepasi wanita yang sedang duduk di meja kerjanya dekat dengan pintu masuk bilik khairul ..

'' ya.. Baik tuan.. '' jawap wanita yang bernama Rose tersebut.

Manakala dhia.. Sekadar memandang.. Kakinya jangan katalah.. Melangkah saja mengikut rentak kaki khairul.. Dah macam berlari-lari anak pula mengejar langkah khairul itu.

'' sayang duduk disini.. '' khairul membawa dhia ke arah sofa.. Manakala dia kembali ke meja kerjanya.. Dimana ada Shahril sedang berdiri tegak disitu. Tak lama setelah itu masuklah Rose..

Dhia melihat rose yang adakalanya memandang kepadanya.. Seperti tak menyukai dengan kehadirannya.. Rose yang mengenakan kemeja putih dan skit pendek paras lutut.. Dua butang atas baju kemejanya sengaja dibiarkan terbuka.. Menunjukkan belahan dada miliknya..

'perempuan ni! Tak tahu malu betul..' dhia menjeling sekilas sebelum mengambil telefon bimbitnya yang berada ada didalam beg tangannya..

'' tuan.. Nak saya buatkan kopi? '' tanya rose dengan suara yang lemah lembut.. Sampaikan dhia yang tertunduk melihat telefon bimbitnya mendongak kan kepalanya.

'' tak perlu.. Saya dah sarapan.. !'' balas khairul.

'' hmm.. Cuma satu.. Bawakan satu laptop untuk saya.. Ahh.. Bukan untuk saya.. Untuk.. ''

'' sayang.. Nak laptop?'' tanya khairul kepada dhia.

'what sayang! Aku yang vogue depan dia ni.. Tak nampak ke.. Ke dah tukar taste bos aku ni.. Selalunya melayan je dia ni...' keluh Rose.. Tak puas hati.. Shahril menarik senyumnya bila melihat rose yang awalnya berwajah manis bertukar kelam.

'' tak apa.. Mungkin sayang nak charger atau power Bank saja nanti.. '' balas dhia sengaja memanaskan hati wanita didepannya.. Khairul tersenyum, dan mengeleng kecil.

'' ok that all.. '' kata khairul

'' kalau macam tu kami keluar dahulu lah.. '' balas Shahril.. Manakala rose menarik senyuman terpaksa.. Sebelum mengikut Shahril keluar.

Khairul kembali duduk di kerusinya.. Dhia yang disana memerhatikan saja suaminya membuat kerja..

'macam ada dua personaliti.. Khai A dan Khai B.. Bila dekat tempat kerja jadi khai B.. Jauh benar dengan perangainya yang dirumah tuk Khai A.... Disini serius dia bukan main.. Kalau aku jadi pekerja dia.. Uuhhh.. Takutnya.. Dingin.. Membeku...'

'' sayang.. Kejap lagi khai ada meeting.. '' kata khairul seraya bangun berjalan kearah dhia..

'' tau.. Tadi dah dengar.. Ape tu nama dia..bunga apa.. Hah.. Rose!.. ''

'' Rose tu beritahu khai kan.. '' perli dhia.

Khairul ketawa mendengar apa yang baru dikatakan oleh dhia..

'bunga ya sayang.. Adoii lah, cemburu lah tu!'

'' sayang tak suka dia? '' tanya khairul.

'' bila pula dhia cakap tak suka dia? '' kata dhia bernada tak puas hati.

'' taklah.. Dari apa yang khai rasa.. Sayang macam tak suka dia.. Betul kan? '' tanya khairul lagi.

'' hmm.. Pakaian dia.. Tak sopan.. Macam tak tahu etika berpakaian didalam pejabat.. '' luah dhia..

'wah bini aku... Ni sah!kamu cemburu sayang..'

'' hmm.. '' khairul sekadar menganggukkan kepalanya..

'' hmmm saja!!'' kata dhia keras.

'' khai dah faham.. Sayang cemburu kan?'' dhia menjatuhkan rahangnya.. Kemudian ketawa kecil dan mengeleng.

'' apa kaitan dengan cemburu pulak!'' dhia membuka tangannya.

'' ada sayang.. Kaitan besar.. '' khairul mendekatkan dirinya kepada dhia.. Lalu mencium dahi dhia.. Bila mendengar ketukan di pintunya..

'' stay OK.. Bilik air disana.. Jangan keluar dari bilik ni ok!'' kata khairul menunjukkan kearah satu pintu yang ada disitu dan memberi amaran kepadanya.

'' patutlah dia suruh beli makanan tadi.. Nak kurung aku di office dia pula.. Haiiishhh.. Baik stay dirumah kalau tahu macam ni.. '' dhia meletakkan telefon bimbitnya ke meja kopi kaca yang ada didepannya. Lalu bangun meninjau bilik pejabat khairul..

PLAKK.. Pintu dibuka.. Masuk lah rose dari sana.. Dhia yang sedang membelek ke dalam almari kaca yang ada didalam bilik itu segera berpaling.

'' awak siapa ekk..?'' tanyanya.

'' saya? '' dhia menunjukkan kearah dirinya sendiri.

'' ye lah.. Ada orang lain ke dalam bilik ni.. '' kata Rose kasar.

'' kenapa tak tanya sendiri kepada khai.. Siapa saya.. Itu kan lebih mudah. '' balas dhia..

'' pantang nampak lelaki kaya.. Saya kenal lah perempuan macam kamu ni! Tuan khai tu.. Tukar perempuan, macam tukar baju.. I'm sure you are one of them!'' kata Rose.. Menudingkan jarinya kearah dhia.

'' really?? Are you sure about that!'' balas dhia.. Geram pula melihat wajah rose yang mengunakan makeup tebal berdiri didepannya.

'' wah!wah!.. Tak sedar diri sungguh.. '' Rose berjalan menghampiri dhia..

'' saya yang tak sedar diri? Habis tu cik Rose? '' tanya dhia.. Dia melipat tangannya sendiri memeluk tubuhnya..

'' cermin lah diri sendiri.. '' tangan Rose menunjukkan kepada dhia dari atas samai kebawah..

'' ya.. Saya tahu.. Saya selalu saja cermin diri saya sendiri... Jadi kenapa? Ada kacau cik Rose ke? Lebih baik cik Rose yang cerminkan diri cik Rose.. Belajar cara berpakaian dengan betul.. '' kata dhia.

'' kau!!'' jari terunjuk Rose menunding tepat di wajah dhia..

'' ya saya.. Kenapa dengan saya? Salah ke apa yang saya cakapkan!'' kata dhia.. Seraya menarik senyumannya..

'sial perempuan ni! Berani dia tegur cara aku berpakaian.. Dia ingat dia siapa.. Macam lah dia ni hebat sangat..' rose merasa geram.. Marahnya bukan kepalang lagi.. Tambah-tambah bila melihat dhia tersenyum kearahnya..

'' kita belum selesai lagi.. Tunggu saja nanti.. !'' marahnya lalu berjalan keluar begitu saja..

'' jangan lupa apa yang saya pesanan tadi.. Cuba renungkan.. '' kata dhia lagi sebelum sempat pintu itu kembali tertutup rapat..

Rose kembali duduk di meja kerjanya...

'aaaarrghhh geram.. Aku dah seksi-seksi macam ni semata-mata nak goda khairul.. Sebab datin dan khairil tak ada.. Ni datang pula perempuan mana entah.. Berlagak macam khairul tu dia yang punya.. Tengok lah.. Kau boleh bertahan berapa lama.. Sehari? seminggu? sebulan? setahun?.. Lepas khairul jemu.. Pasti dia akan cari aku.. '

Bunyi telefon mematahkan angan-angan rose yang sedang tersenyum sendirian..

'issh..ada saja yang nak kacau..' bentak nya.

Tangannya mencapai ganggang telefon..

'' hello.. KZ Tekstil'' sapa Rose dengan mengunakan nada lembutnya..

''oh.. Tuan zarif.. Ya saya Rose.. '' kata Rose dengan ketawa kecil di hujung ayatnya..

'' hmm tuan khairul..ya..''

''tuan ada.. Dia masuk office harini..''

'' nak jumpa dengan dia..''

'' oh.. Boleh je.. ''

'' nanti saya akan sampaikan.. ''

'' eh tak lah.. ''

'' boleh je.. Tak susah pun.. ''

'' baik saya akan sampaikan.. ''

'' sama-sama.. Byeeee.. ''

Rose kembali meletakkan ganggang telefon.. Tangannya mencatatkan sesuatu di di atas kertas. Dia kembali menyambung kerjanya.. Melupakan seketika apa yang berlaku tadi, didalam bilik khairul.

Setelah hampir sejam mesyuarat berlangsung.. Akhirnya tamat juga.. Khairul berjalan keluar dari bilik mesyuarat diekori oleh shahril di belakangnya..

'' tuan.. Tuan!'' Rose segera bangun menghalang khairul tadi terus melangkah masuk kedalam biliknya.

'' kenapa? '' tanya khairul.

'' tadi tuan zarif call.. '' berubah wajah khairul bila mendengar nama sahabatnya itu..

'dia nak apa!'

'' dia nak jumpa dengan tuan''

' jumpa aku.. !'

''jangan cakap yang dia ada didalam!'' kata khairul menekan bait katanya.. Tegas.. Rose yang sedang tersenyum manis kembali mengerutkan wajahnya.. Menelan air liur.

'' tak!tak!.. '' cepat cepat Rose menggoyangkan Kedua-dua tangannya.. Di hadapan khairul.

Khairul menarik nafas lega.. Tak boleh dia bayangkan kalau zarif berjumpa dengan dhia.. Tinggal bersama sama didalam satu bilik..

'' tuan zarif.. Dia tunggu di cafe dibawah... '' kata Rose dengan gugup bila melihat wajah khairul yang nampak menggerunkan..

'' kenapa tak cakap yang saya sibuk.. Kamu tahu kan!datin tak ada.. Semuanya saya yang akan handle sampai datin balik!'' marah khairul..

'' saya tahu tuan... Saya ingatkan tuan nak jumpa dengan tuan zarif.. Memandangkan tuan zarif tuu.. '' rose menghentikan ucapannya bila khairul mengangkat tangannya, menunjukkan tapak tangan itu di hadapan mukanya.

'' saya turun.. '' kata khairul sepatah.

'' shah.. Tunggu saya disini!'' arah khairul.

Khairul kemudiannya melangkah masuk kedalam biliknya.. Melihat dhia tiada disitu..

'mana dia pergi! Jangan cakap dia turun.. Kalau dia jumpa dengan zarif dibawah macam mana?' kepala khairul terasa bagaikan mahu meletup memikirkan kemungkinan itu.

'tak!tak!... Barang dia semua masih ada disini..' kata khairul bila melihat barangan peribadi dhia masih ada elok di sofa.

Khairul berjalan ke bilik air.. Berharap agar dhia ada didalam.. Tapi malangnya.. Bilik air itu kosong. Dia berdiri di tengah-tengah ruang bilik kerjanya..

Dia melihat ke arah meja kerjanya.. Dimana ada dhia sedang tertidur di kerusinya.. Sambil mengadap ke arah cermin besar memandang kearah luar..

'' ya Allah sayang.. Ingat dah kemana-mana dah tadi!'' khairul meraup wajahnya sendiri.. Khairul menarik tali menarik bidai turun.. Menghalang cahaya matahari dari masuk terus kedalam ruang pejabatnya..

'' macam mana aku nak turun.. Sedangkan dia sedang tidur.. '' kata khairul.

'tapi kalau aku tak turun.. Nanti kalau zarif naik lagi susah..'

'ahh.. Sekejap saja tak apa kot..'

'ni kalau angkat ni.. Mau mengamuk.. Angkat sajalah..'

khairul mengangkat dhia lalu membaringkan nya di sofa panjang yang ada di situ.. Khairul membuka baju kotnya lalu menyelimutkan di tubuh dhia.... Kemudian dia berjalan keluar dari bilik tersebut.

'' Rose! Jangan benarkan sesiapa pun.. Masuk kedalam bilik saya! Faham!'' pesan khairul tegas.

'pelik!..'

'' baik tuan'' kata Rose seraya menjatuhkan kepalanya.

Khairul kemudiannya berjalan pergi.. Shahril setia menemaninya..

Sampai di bawah dia mencari sahabatnya.. Di cafe.. Di tempat yang selalu zarif menunggunya. Zarif seperti biasa duduk di kawasan terbuka.. Di jarinya terselit sebatang rokok.. Sebaik melihat khairul sedang berjalan menghampirinya.. Dia segera menekan rokoknya di dalam bekas abu rokok yang ada disediakan diatas meja tersebut.

'' khai!! Susah sungguh nak jumpa kawan aku yang sorang ni.. Where have you been bro! Sangkut dengan awek mana sampai dah tak cari kami di kelab.. Hah? '' tanya zarif.. Seraya bangun menyuakan tangan bersalaman dengan sahabatnya itu..

'' aku sibuk sikit.. '' balas khairul.. Seraya menyambut tangan zarif dan mereka berpelukan seketika..

'' sepatutnya aku yang sibuk! Ni kau pula.. !'' kata zarif..

'' how khairina? semuanya OK? '' tanya khairul..

'' hahhh.. Khairina.. '' keluh zarif.

'' what? ''

'' entahlah... Aku pun tak tahu macam mana nak cakap adik kau tu.. Kau tahu kan perangai dia.. Dia kan adik kau.. '' perli zarif..

'' terima jelah.. Dia dah jadi isteri kau pun.. '' balas khairul.

'' hmmm.. Kalau benda tu tak jadi.. Mungkin dia bukan isteri aku.. Mungkin.. Isteri aku.. Dhia qaleesha.. '' zarif memancing khairul.. Masih terbayang gambar-gambar yang diterimanya sebelum dia pergi mencari khairul untuk memastikannya.

'' maksud kau? '' tanya khairul.

'' aku tahu hal itu khairul.. Aku kenal kau! ..dan kau pun kenal aku.. Dari dulu.. Apa yang aku ada semuanya kau nak.. Termasuklah nadeerah kan..!'' kata zarif.

Khairul merasa geram bila mendengar nama wanita itu singgah ditelinganya..kehadiran dhia.. Membuatkan nama itu mula terhakis perlahan-lahan dari lubuk hatinya.

'' kalau tak ada benda penting nak kau nak cakap.. Aku nak naik! Banyak kerja aku diatas.. '' kata khairul seraya bangun..

Pelayan yang baru hendak melangkah kearah mereka kembali menukar arahnya bila melihat khairul yang bangun mendadak begitu.

'' chill lah... Jangan lah marah.. Kalau kau nak berkongsi dengan aku.. Why not! Kita boleh buat macam dulu.. '' kata zarif menepuk bahu khairul perlahan.

'' zarif.. Kau kata kau dah berubah.. Tak buat semua ni lagi.. Sekarang ni! Kau cakap apa pula ni! Kau dah nikah dengan adik aku.. Sedar sikit zarif.. '' balas khairul.

'sakit hatinya.. Bila zarif ada niat, nak berkongsi dhia dengannya..'

'' memanglah aku dah nikah dengan adik kau! Tapi kau bagi aku sakit hati khai!'' zarif mencekam baju khairul dan melepaskan penumbuk di wajah khairul..

Khairul tidak diam.. Dia segera membalas.. Kecoh seketika.. Shahril yang menjadi orang tengah tak kurang turut terkena tempiasnya..

''aku akan ambik balik dhia khai!''zarif meludah darah dari mulutnya ke lantai.. Kemudian menolak beberapa orang yang sedang memegangnya.. Sebelum berjalan pergi..

'' tuan.. '' tegur Shahril.. Melihat keadaan khairul..

Ini bukan kali pertama baginya melihat situasi itu.. Sahabat baik.. Tapi kalau bergaduh bersungguh-sungguh seperti musuh. Khairul tak membalas, dia segera berpaling utuk pergi dari situ.

'' argghh.. '' jerit dhia.. Tergejut bila merasakan wajahnya basah.. Terus terjaga dibuatnya..

'' apa ni Rose? '' bila melihat Rose sedang berdiri di hadapannya memegang gelas kosong..

'' kenapa tidur disini! Ini office.. Bukannya hotel!'' perlinya..

'' ROSE!!!''

Jerit satu suara... Dua wanita itu berpaling melihat ke arah punca suara tersebut .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience