BAB 50

Romance Completed 367824

Tangannya ingin memeluk tubuh insan yang sedang berbaring disebelahnya.. Meraba-raba ruang itu.. Tapi belum juga dapat apa yang dicarinya.. Perlahan-lahan matanya dibuka. Melihat sisinya menjadi ruang yang kosong tak berpenghuni..

'kemana sayang pergi..' khairul melihat jam pintar yang tersemat ditangannya..

'pukul dua pagi?..'

Mata yang berat itu terus menjadi segar terbuka dengan luas.. Khairul menyelak selimut yang menutup tubuhnya, bangun.. Kaki dilemparkan ke lantai..

Khairul mencari didalam bilik air..

'kosong..'

Kakinya mundar mandir didalam biliknya sendiri sampai dia ternampak satu susuk tubuh yang sedang tertidur diatas kerusi meja kerjanya..

'' sayang.. Kenapa tidur disini.. '' khairul mendekat kearah dimana dhia berada.. Satu keluhan dilepaskan sebaik saja dia berada dekat dengan dhia.

'' kenapa? ada yang tak kena? '' khairul sedang ligat berfikir.

Dhia yang sudah tertidur diangkat dan diletakkan di atas katil.. Membaringkan dhia disitu dan menyelimutkannya.. Khairul membawa rambut yang menutup separuh wajah dhia itu kesisi.. Agar wajah dhia kelihatan lebih jelas dimatanya ..

'dia menangis?' bila khairul melihat mata dhia sudah bengkak.

Khairul berjalan untuk membuka lampu.. Agar dapat melihat dengan lebih jelas wajah kesayangannya. Bila lampu dibuka.. Khairul melihat wajah dhia.. Ada kesan merah di sekitar mata dan hidung..

Tanpa membuang masa khairul menutup kembali lampu biliknya dan turun kebawah.. Masuk kedalam bilik bacaan.. Dia meneliti semula rakaman yang berlaku malam tadi.. Dia melihat semuanya.. Dari dhia tiba.. Sampailah dhia terjumpa dengan zarif.. Pergelutan berlaku sampai insiden pasu pecah itu berlaku..

Khairul menyandarkan kepalanya di kerusi.. Sakit hatinya bila melihat zarif yang sedang mengambil kesempatan diatas salah faham yang berlaku..

'' tak guna kau zarif.. Kau nak ambil dhia dari aku.. Walau apa pun yang terjadi.. Dhia akan tetap disamping aku.. Isteri aku selamanya.. Kenapa kau boleh kata aku nak lepaskan dia.. !'' khairul melepaskan geramnya dengan menumbuk meja.. Bergoyang-goyang monitor yang ada diatas meja itu..

Khairul kembali naik keatas.. Masuk kedalam biliknya.. Dia melihat dhia yang sedang terbaring disana.. Wajah itu ditenung dalam-dalam..

'maafkan khai.. Bukan niat khai nak buat sayang sedih macam ni.. Langsung tak terlintas nak buat sayang menangis sampai macam ni.. Ini semua cuma salah faham.. Khai tunggu sayang bangun.. Biar khai jelaskan semuanya..'

Dhia mengiring kan badannya ke kiri.. Kemudian ke kanan.. Mengeliat kecil lalu membuka matanya.. Tergejut dhia dibuatnya , bila melihat khairul sedang bersila disebelahnya diatas katil sambil merenung tajam kepadanya.. Terus tangan dhia menarik selimut menutup tubuhnya sampai ke paras dada.

'' ada perkara yang perlu kita bincangkan.. '' kata khairul bernada tegas..

'' bincang? '' balas dhia.

'' ini semua sebab semalam kan! .. Sayang jadi macam ni sebab semalam kan..? '' tanya khairul.

'simpan saja perkataan sayang tu.. Sakit telinga pula bila dengar..' rungut dhia.

'' dhia qaleesha... Dengar tak apa yang khai cakapkan ni.. ''

'' dengar lah.. Dhia tak pekak lagi.. '' balas dhia acuh tak acuh.

Khairul tahu.. Dhia sedang membina tembok diantara mereka.. Tembok yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dirasa dengan hati.. Daripada pada nada bicara dhia.. Khairul dapat merasakannya..

'' dhia nak bersiap untuk solat.. '' kata dhia.. Memalingkan badannya hendak turun dari katil..

Khairul segera menangkap tubuh dhia dengan memeluk tubuh itu dari belakang.. Memeluk seberat-eratnya.. Tak mahu dhia pergi dari situ.. Selagi semuanya belum selesai.. Sakit melihat perangai dhia begitu.

'' khai tahu apa yang jadi semalam.. '' khairul berkata dekat dengan telinga dhia.. Sampai dhia merasakan hembusan nafas khairul di telinganya..

'' itu semuanya salah faham sayang.. Biar khai jelaskan.. '' kata khairul lagi..

'' tolonglah khai.. Bukan disini.. '' balas dhia memegang tangan khairul untuk melepaskan diri dari pelukan itu.

'' kenapa? apa salahnya disini.. Kenapa kita tak selesaikannya disini? Sekarang! Kalau tak disini dimana? '' tanya khairul..

Khairul melepaskan pegangannya lalu menarik dhia agar berpusing mengadapnya..

'' ini rumah ibu.. ''

'' alasan kan.. Kalau itu alasan dhia.. Kita balik sekarang.. '' potong khairul lalu dia bangun dan masuk kedalam bilik pakaiannya.

Kemudian khairul keluar semula dan melemparkan beberapa pakaian di atas katil.

'' salin! kita balik sekarang.. '' khairul masuk semula kedalam bilik pakaian meninggalkan dhia.

'' khai.. '' panggil dhia.

Tapi yang kedengaran hanyalah bunyi pintu yang ditutup kuat oleh khairul.

'selalu jadi macam ni.. Macam mana pun dia yang akan marah.. Salah aku kah?'

Dhia mengambil baju yang dilemparkan khairul diatas katil dan mengenakan di tubuhnya.. Dhia mengidu baju yang sudah tersarung ditubuhnya..

Ianya baju khairul..masih terbau minyak wangi yang digunakan oleh khairul melekat di baju itu. Bibirnya melebar tersenyum. Walaupun baju itu agak besar bagi dhia yang bertubuh kecil.. Itu bukanlah masalah baginya..

Khairul keluar dari bilik pakaian.. Dia mengemas barangannya dan barang milik dhia masuk kedalam beg tangan dhia.. Kemudian menarik tangan dhia mengikutnya turun kebawah..

Liyana mengintai saja dari tingkap biliknya bila mendengar bunyi enjin kereta khairul mengaum di bawah sana.. Kemudian dia melihat kereta itu pergi meninggalkan rumah itu.. Liyana sudah melihat semula rakaman yang baru saja dilihat oleh khairul.. Sebelum dia masuk tidur lagi..

'' anak muda.. Suka ikut hati.. Benda boleh Berbincang elok-elok kan.. Kenapa perlu buat Esha macam tu.. Haiii.. Dah nak jadi bapa budak.. Perangai masih di takuk lama.. '' keluh liyana..

'' khai.. Kita nak kemana? '' tanya dhia. Bila melihat khairul memandu seperti orang kerasukan..

'' ke syurga sayang.. '' perli khairul. Berpaling kepada dhia dan memberikan pandangan mata yang kurang menyenangkan.

'' jaangan buat gila khai.. '' kata dhia cemas..

Dhia melihat ke hadapan.. Memanglah keadaan jalan itu lengang.. Tak ada kenderaan... Tapi.. Khairul melanggar semua lampu isyarat yang ada..

'kalaulah ada yang tiba-tiba melintas.. Ya Allah.. Selamatkan lah aku..'

'' khai memang dah gila.. Gilakan isteri khai.. Salah! '' balas khairul.. Lalu menekan pedal minyak..

'' khai.. Kalau marahkan dhia.. Sekurang-kurangnya pikir anak kita.. !!!'' jerit dhia.

Srrretttttt... Sekali lagi khairul buat perangai.. berhenti ditengah-tegah jalan begitu saja.. Sebelah tangan khairul menampan bahu dhia. Agar kepala dhia tak terhantuk di mana-mana.

'' ingat jalan ni khai yang punya!hah!'' marah dhia.. Seraya menepis tangan khairul yang menampan nya..

Kedengaran azan sayup-sayup berkumandang.. Khairul meraup wajahnya. Kesal dengan perbuatannya.

'bodohlah khai.. Apa yang merasuk kau sampai kau buat macam ni..'

'' kita singgah solat dulu.. '' kata khairul.. Mula memandu kearah masjid yang tak jauh dari situ.

Selesai solat.. Khairul membawa dhia ke sebuah taman yang ada tasik buatan yang luas ditengah-tengahnya..

'' sayang.. Kita duduk disini.. '' kata khairul.

Dhia akur lalu duduk.. Ada beberapa orang baru muncul di taman itu.. Untuk bersenam.

'' ambil ni.. Cuba dhia tengok.. '' khairul menyuakan telefon bimbitnya..

'' tak mahu.!. '' kata dhia malas.. Lalu berpaling ke arah lain..

'' ck.. '' khairul duduk disamping dhia.. Kemudian memainkan video tersebut...

'' degil!'' kata khairul membuatkan dhia berpaling.. Khairul menyumbatkan earphone di telinga dhia.. Dan meletakkan telefon bimbit itu di riba dhia..

Dhia menunduk melihat telefon khairul yang sedah berada di atas pehanya.. Tangannya mengambil telefon bimbit itu.. melihat video yang sedang berjalan itu sehingga selesai semuanya.. Bibirnya di kemam kedalam.

'aku salah faham?' dhia mengulangi lagi video tersebut.. Mendegar dengan jelas apa yang sebenarnya dikatakan oleh khairul kepada khairina.

'itu semua dulu.. Apa yang kita buat sebelum ni semuanya salah..khairina tak tahu bertapa perfect nya dia dimata abang.. Dia sangat sesuai dengan abang.. Dhia lah wanita yang dijodohkan untuk abang'

'Dhia lah wanita yang dijodohkan untuk abang'

Dhia merasakan dadanya berdebar mendengar ayat yang keluar dari khairul dalam rakaman video itu.. Perlahan-lahan dia menyentuh dadanya.. Semakin lama semakin kuat debarannya.

Kepalanya yang tertunduk tadi mula diangkat berpaling ke sebelah.. Tapi khairul sudah tiada disitu..

'kemana dia pergi?'

'sekarang baru kau tahu dhia.. Apa sebenarnya yang kau rasakan.. Macam mana sakitnya bila ditinggalkan.. Tambah pula kalau ditinggalkan oleh orang yang betul-betul kita sayang.. Mengaku sajalah dhia.. Hanya dia yang bertakhta di hati kau.. Siapa lagi, kalau lelaki yang sudah bergelar suami kau yang sah.. Ayah kepada anak yang kau kandungan.. Cubalah dhia.. Terima cinta dari dia.. Buka mata kau.. Lihat keikhlasan yang cuba dia sampaikan.. Walaupun dia tak sempurna macam yang kau mahukan.. Tapi adakah lelaki lain, seperti dia.. Yang akan mencintai kau sedalam ini.. '

Dhia bangun dari kerusi yang dia duduk tadi..

''macam mana nak buat ni! Telefon khai ada disini.. '' kata dhia mengengam erat telefon bimbit khairul..

Perlahan-lahan kaki dhia menghayun langkah.. Sudah lengkap satu pusingan.. Namun tak juga dia bertemu dengan khairul.

'aku.. Betul-betul ditinggalkan..?' dhia duduk diatas rumput.. Terasa lelah bila tak jumpa insan yang dicarinya..

'' sayang.. '' dhia mendongak melihat khairul yang sedang berdiri terpacak di hadapannya..

'' Kenapa duduk disini.. Khai tunggu sayang disana.. '' kata khairul menunjuk kearah kerusi yang dhia duduk pada awalnya..

Dhia bangun terus memeluk khairul.. Khairul yang tak menyangkakan hal itu.. terganjak kebelakang beberapa langkah. Terdepa tangannya seketika, sebelum tangannya kembali memeluk dhia.

'' dhia minta maaf.. '' kata dhia perlahan.

'' hmm.. '' balas khairul.

'' lepas ni.. Khai taknak sayang simpan-simpan sendiri.. Pendam-pendam macam ni.. Masalah tak akan selesai.. Selagi tak diluahkan, sayang.. Khai bukannya boleh baca apa yang sayang rasa.. Khai tak nak kita ada masalah komunikasi dalam perhubungan kita.. '' terang khairul berbisik di telinga dhia..

'' baik.. Baik hubby.. '' kata dhia mencium pipi khairul sebelum melepaskan pelukannya.

'' apa tadi..? '' tanya khairul.

'' rasa macam.. khai pekak pulak tadi!'' kata khairul memegang erat bahu dhia.

'' rugilah orang pekak.. Sebab tak dengar.. '' balas dhia..

'' hubby... Khai suka.. '' khairul kembali memeluk dhia..

'' dah! Malu lah.. Orang tengok.. '' kata dhia meleraikan pelukan.. Bila melihat ada beberapa orang yang sedang bersenam memandang kearah mereka.

'' malu? Tadi siapa yang peluk dulu..tak malu pulak.. Bila khai peluk.. Terus malu ya.. '' usik khairul.

'' dhia nak minta maaf.. Hal semalam tu... Salah dhia.. Dhia tak dengar sampai habis.. Dhia dah salah sangka dekat hubby.. '' kata dhia.. Khairul mengambil tangan dhia lalu menciumnya..

'' lain kali bila khai tanya.. Tolong beritahu.. Tak payah nak tunjuk protes.. Merajuk.. Menagis malam-malam sampai tak tidur.. Dari awal lagi khai dah bagi tahu sayang.. Khai ikhlas nak menikah dengan sayang.. Ya, mulanya khai guna alasan anak kita.. '' khairul menyentuh perut dhia..

'' tapi tu sekadar alasan.. Alasan agar sayang setuju dengan perkahwinan ni.. Kalau lah anak ni tak wujud sekalipun.. Sayang tetap akan menjadi isteri khai.. Isteri sah kepada Khairul Zulhairy yang dulunya.. Jahat,nakal, gila... '' dhia segera menutup mulut khairul..

'' tak baiklah cakap macam tu.. Anak dengar nanti.. '' kata dhia dengan senyuman yang mekar di bibirnya. Khairul menurunkan tangan dhia..

'' ada banyak yang perlu sayang tahu tentang masa silam khai..'' sambung khairul lagi.

'' itu semuanya masa silam hubby. Sekarang hanya tinggal kenangan.. Dhia bernikah dengan seorang lelaki yang kininya berada di hadapan dhia.. Bukannya dengan masa silam dia.. Setiap orang tak akan pernah terlepas dari terus membuat kesalah.. Tapi belum tentu orang itu mengaku dan berusaha untuk mengubah masa depannya.. Macam Hubby sekarang.. Kalau tak dah mungkin dhia akan besarkan anak ini sendiri.. Tanpa dia tahu siapa ayah dia.. '' kata dhia.

'' papa.. '' ucap khairul.

''papa?'' bekerut dahi dhia.

'' yea lah papa dan mama.. '' kata khairul menarik bahu dhia untuk berjalan bersama.

''ikut suka dia je..'' kata dhia. Kemudian mereka berdua sama-sama ketawa. Khairul memeluk dhia dan dahi dhia dicium.. Sambil mereka berjalan..

'' satu lagi sayang... Khai minta.. Kalau boleh jangan jumpa dengan zarif lagi.. Boleh?'' tanya khairul. Memegang bahu dhia membawa dhia mengadap dengannya.

'' buat apa nak jumpa dengan dia.. Sayang tak ada urusan dah dengan dia.. Dah tak ada apa-apa.. '' kata dhia..

'' baguslah, kalau macam tu .. '' khairul membuka pintu untuk dhia.

'tapi khai yakin.. Zarif tak akan menyerah begitu sahaja..' sebaik melihat dhia duduk elok di kerusinya.. Khairul menutup pintu dan berjalan ke sebelah pintu pemandu dan duduk di dalamnya.

'' so kita kemana Isteriku..? '' tanya khairul sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

'' nak kemana lagi.. Balik lah.. Kan hubby nak kena kerja nanti.. Sayang tak apa.. Rehat saja di rumah harini.. '' jawap dhia..

'' jeles nya.. Rasa macam nak join duduk rumah jugak.. Memandangkan mood my wife dah back to normal.. '' usik khairul.. Seraya mendekatkan dirinya kepada dhia.

'' jangan nak mengada.. Nanti baby ni marah.. '' kata dhia. Menolak tubuh khairul kembali ke tempat duduk pemandu..

'' yealah-yealah.. Papa pergi kerja.. Cari duit banyak-banyak.. Untuk mama and baby pergi shopping nanti ya.. '' kata khairul dekat perut dhia.

'' apela.. Cakap pelik - pelik macam tu.'' kata dhia.

'' mana ada pelik.. Betul lah.. Semuanya untuk mama and baby.. Tapi mama dia je yang tak reti nak guna duit yang papa bagi... Simpan duit untuk apa tak tahu.. '' perli khairul.. Sambil menarik tali pinggangnya.

'' apa.. Mana ada dhia simpan duit.. '' bantah dhia.

'' duit yang khai bagi.. Semuanya dhia tak guna.. Mula dengan duit hantaran lagi.. Khai tengok duit tu tak terusik.. '' kata khairul mula memandu..

'' tak ada apa nak beli.. Nantilah majlis resepi tu nanti dhia guna.. '' kata dhia.

'' majlis resepi tu.. Semua atas khai.. ''

'' kan.. Tengok.. Lepas tu kata dhia tak guna.. Dah tu, nak beli apa? '' potong dhia.

'' beli lah apa-apa untuk diri sayang.. Apa-apa je untuk sayang.. '' kata khairul lembut..

'' tak naklah membazir.. Sayang pula nak guna.. '' balas dhia.. Bukan senang nak kumpul duit sebanyak tu.. Lepas tu nak beli barang sebarangan macam tu je..

Lagipun semua, keperluannya di jaga rapi oleh khairul.. Apa lagi yang perlu dia belikan untuk dirinya.. Khairul sekadar mengosok lembut kepala dhia..

'' I love you sayang.. Love you so much.. '' kata khairul dan membawa tangan dhia ke bibirnya..

'' me to.. Love you too.. '' balas dhia dengan muka yang bersemu merah.. Kerana malu.. Segera dia berpaling kearah luar melarikan wajahnya.. Khairul menarik senyuman melebar.. Mendengar ucapan balasan dari dhia..

'akhirnya sayang.. Lafaz yang ku tunggu-tunggu..akhirnya kunjung jua..'

'' terima kasih sayang.. '' ucap khairul lagi.

Berkembangan bunga-bunga cinta di hati masing-masing.. Yang dahulunya mereka sama-sama menafikannya.. Kini.. Terjawaplah segala yang terbuku dihati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience