BAB BONUS

Romance Completed 367824

Dua bulan berlalu..

Didalam sebuah cafe.. Duduklah seorang lelaki dan wanita di satu sudut Cafe itu sedang menikmati sarapan pagi mereka selepas puas berjalan santai di taman beberapa kali..

'' zarif esok saya nak balik kampung tau.. Jangan nak cari saya pula esok.. '' kata marina sambil tangannya memegang sudu mengacau kopi yang ada di hadapannya.

'' balik kampung? Kenapa? '' tanya zarif. Dia kini selesa berkawan dengan wanita didepannya..

'' kenapa? Boleh buat tanya pula! Kan dah bagitahu sebelum ni.. '' balas marina menjeling lalu mengangkat cawan kopinya.. Menghirup dengan perlahan kopi panas tersebut.

'' orang masuk minang kau ke marina? .. Kau tak bagitahu aku pun.. '' kata zarif cemas.

'' ha! iya.. Betul lah tu, aminnnn.. '' kata marina meletakkan cawan kopinya semula di piring.. Menadahkan tangan mengaminkan apa yang dikatakan zarif tadi.

'' eh? kita kan.. ''

'' kita kan apa? Tak mahu lah saya dengan kamu.. '' kata marina mengedik kan bahunya..

'' yealah.. Zarif tahu lah, siapa zarif ni.. Kerja biasa-biasa je.. Habis semua orang tinggalkan kita.. Sapa lah yang nakkan saya ni.. '' kata zarif menunduk mengosok tangannya sendiri.

'' ish.. Kesitu pulak.. Saya tak reti nak pujuk-pujuk orang ni.. Marah orang saya pandai lah.. '' kata marina.

Zarif mengangkat kepalanya kembali.. Melihat kepada wanita yang ada didepannya..

'' kan adik saya nak khawin.. Bukan sebelum ni saya dah bagitahu? Jangan cakap zarif lupa.. '' marina menudingkan jarinya ke hadapan wajah zarif.

'' oooh.. Tak! Mana boleh lupa.. Tapi kenapa tak jemput saya..?'' tanya zarif.

'' kenapa perlu jemput.. Kita kawan je kan.. Lagipun nak ke awak masuk kampung.. '' perli marina.

'' kawan ke? Bukan kita lebih dari tu.. '' zarif menarik bibirnya tersenyum memandang kepada marina..

'alah.. dia senyum pula..'

'' kawan rapat.. '' balas marina.

'' alhamdulillah.. Terima kasih.. Marina.. Saya ada benda nak bagitahu awak ni.. '' kata zarif.

'' bagitahu? Bagitahu apa? '' tanya marina.

Zarif mengeluarkan sesuatu didalam kocek seluarnya.. Lalu diletakkan di atas meja tempat mereka sedang menjamu sarapan mereka. Marina melihat kotak baldu merah yang ada dia atas meja itu..

'' apa ni? Hadiah? Birthday saya dah lepas lah.. '' kata marina.

'' marina.. Nak tak awak jadi pasangan hidup saya..? '' tanya zarif.

'apa? pasangan hidup? apa yang dia melawak ni?'

'' ok zarif! Tak kelakar ok!'' kata marina sambil ketawa kecil.

'' la.. Saya tak buat lawak pun marina.. Saya serius ni..! '' kata zarif..

'' zarif.. Perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main.. Sebab tu saya agak cerewet hal tu.. '' kata marina. Bukannya dia tak mahu berkhawin... Tapi dia takut...takut kalau tersalah pilih pasangan..

'' marin, saya tahu.. Sebelum ni saya pernah berkhawin.. Bukan sekali tetapi dua kali.. Tapi kedua-duanya gagal.. Gagal atas kesalahan saya sendiri.. Tapi kali ni.. Saya memilih dengan akal.. Bukannya dengan nafsu semata-mata.. Atau pun atas paksaan sesiapa.. Saya selesa bersama dengan awak marina. Saya rasa.. Awaklah pasangan yang sesuai untuk saya.. '' kata zarif.

'' maaf.. Tapi saya terpaksa menolak.. '' kata marina.. Menolak kotak baldu yang belum pun dibuka itu dekat dengan zarif..

Zarif mengeluh melihat tangan marina menolak kotak baldu merah itu kembali kepadanya.. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi.. Memandang wanita dihadapannya itu..

'' kalau betullah awak bersungguh zarif.. Bukan begini caranya.. Awak perlu jumpa dengan keluarga saya.. '' kata marina.. Menatap tepat ke wajah lelaki kacukan di hadapannya.

'' seriuslah!'' zarif kembali menegakkan badannya..

Marina bangun dari kerusinya..

'' jadi ke? kita pergi tengok zhafran dengan zhafirah? '' tanya marina..

'' jadi! .. Kenapa pula tak.. '' kata zarif turut bangun sama menghirup kopinya dan kembali mengambil kotak baldu merah tadi lalu di simpan kedalam kocek nya.

'kenapa aku harus selalu mengejar dia..' matanya melihat marina sudah melangkah pergi.. Zarif melangkah besar-besar mengejar langkah marina.

'' betul ni.. Saya nak bagitahu keluarga saya untuk masuk minang awak marina.. '' kata zarif mereka melangkah bersama-sama ke kereta.. Menuju ke rumah Irfan dan khairina.. Selalunya mereka akan kesana bersama.. Marina lah yang banyak memberi semangat kepada zarif supaya berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.. Menariknya kembali berdiri ke atas jalan yang betul.. Tanpa terus hanyut dan jatuh kedalam jurang kegelapan yang lebih dalam..

Khairul melihat kepada cermin pandang belakang.. Melihat dua anaknya dibelakang sudah tidur.. Kemudian dia melihat pula disebelahnya.. Dhia juga sudah tidur sama.. Tangannya menguis-nguis pipi dhia..

'' sayang.. '' panggil khairul lembut..

'' hmmm'' dhia merengek.. Tangan khairul yang tadinya menguis-nguis pipi dhia.. Kini mencubit nya pula.

''sakit la! Apa hubby ni.. !'' marah dhia, lalu menepis tangan khairul..

'' sayang asyik tidur kan sekarang ni.. Entah-entah sayang mengandung tak.. '' kata khairul.. Tangan yang mencubit pipi dhia tadi turun mengurut lembut peha dhia.

'' hmm.. Mana ada! Letih kemarin kerja seharian.. Kot.. '' balas dhia sambil menggeliat kecil..

'' itulah kan hubby dah kata tak perlu kerja.. Sayang nak juga kerja juga.. '' kata khairul. Dhia menarik wajahnya memandang kearah khairul yang sedang memandu..

'' macam mana tak letih.. Kalau setiap malam orang tuu... '' dhia mengalihkan kepalanya ke belakang melihat kepada dua anaknya yang sedang tidur..

'' tak habis-habis nak... '' sambung dhia. Mencubit lengan khairul.

'' auuuch! Sayang.. '' khairul mengadu sakit.. Kemudian dia ketawa..

'' salah siapa? siapa yang terlalu mengoda? '' khairul tersenyum nakal..

'' goda? Heii! Tolong sikit.. Mana ada.. Nanti sayang bakar semua baju-baju tu.. '' ugut dhia..

'' bakar lah.. Sayang pakai apa pun hubby tetap tergoda.. Kalau tak pakai lagi... '' dhia menutup mulut khairul dengan tangannya..

'' jangan cakap yang pelik-pelik boleh tak.. Qamarul dengar nanti.. '' kata dhia..

'' hah! Tau takut.. '' kata khairul sebaik dhia menurunkan tangannya..

'' sayang.. Kita beli kereta baru nak tak?'' tanya khairul.

'' kenapa pula dengan kereta? jauh sangat topiknya lari tu.. '' kata dhia.

'' kan kita nak tambah baby.. Tengok belakang tu.. Mana muat dah.. Kalau tambah twins nanti.. '' kata khairul memuncungkan bibirnya kearah cermin padang belakang..

'' amboi! Yakin nya dia.. Kalau tak dapat twins macam mana? '' tanya dhia.

'' kita buat lagi-lagi-lagi dan lagi.. '' kata khairul dengan riang.

'' wah-wah-wah!... Senang je kan dia cakap.. Nanti bila dalam dewan bersalin.. Dia yang nangis macam dia pula yang bersalin.. '' perli dhia.. Memeluk tubuhnya.

'' yea la.. It my baby too Sayang..! Of course lah menagis .. '' kata khairul.

'' habis tu kalau beli kereta baru.. Kereta ni?'' tanya dhia.

'' kereta ni bagi sayang.. Nak? '' tanya khairul

'' hah!'' dhia terus memeluk dashboard yang ada didepannya..

'' arrghhh.. Beranak satu dapat rantai.. Beranak twins dapat kereta.. '' kemudian dhia ketawa besar.

'' amboi seronoknya..! Tapi kalau hubby pergi kerja.. Hubby bawa kereta ni.. Tak bawa kereta besar tu nanti... '' usik khairul.

'' alah! Ingat bagi terus tadi.. Baru nak peluk cium Mr. Black ni.. '' kata dhia kembali duduk tertib di kerusinya.

'' sejak bila sayang berubah jadi meterialistik ni? '' tanya khairul.

'' baru-baru ni je... Sebab terlampau dimanjakan oleh orang tu.. '' balas dhia menunjuk kepada khairul..

'' ok.. '' balas khairul sambil menggelengkan kepalanya..

Sampailah mereka di kampung halaman dhia.. Rumah itu sudah meriah dengan sanak saudara..

'' ramainya sayang.. '' kata khairul.

'' hmm itulah.. '' kata dhia meninjau ke luar. Dia melihat ayahnya datang memberi isyarat buat khairul untuk memakir kan keretanya di sebelah kereta yang turut ada disitu.. Memandangkan di halaman rumah sudah ada khemah yang sedang didirikan oleh beberapa orang kampung.

'' assalamualaikum ayah.. '' khairul memberi salam kepada dhani yang menyambut mereka..

'' waalaikummusalam.. Sampai pun.. '' sahut dhani.. Bersalaman dengan khairul..

'' kenapa lambat.. Ayah kira-kira kamu sampai tengah hari.. Tapi sampai nya dah petang.. '' kata dhani..

'' kami.. Bertolak lambat tadi ayah.. Singgah rumah ibu tadi sebelum singgah kesini.. '' kata khairul..

'' ibu kamu tak datang? '' tanya dhani.

'' ibu tak dapat datang.. Pagi ni dia bertolak ke selatan dengan abang..ada kerja sikit.. Jadi kami sajalah wakilnya.. '' jawap khairul..

'' jom lah masuk.. Mana cucu tok ayah ni.. '' kata dhani mencari cucunya.. Khairul membuka pintu belakang.. Lalu menurunkan qamarul dan juga mengeluarkan khalish.. Dhani membawa dua cucunya pergi kepada mereka yang ada di halaman rumahnya.. Ceria saja wajah tua itu..

Malam ini eijaz akan akad nikah di masjid.. Maka mereka pakat-pakat ke masjid untuk meraikan peristiwa bersejarah itu.. Di masjid dhia berjumpa dengan kakaknya.. Qaisarah..

'' dhia.. '' qaisarah datang lalu memeluknya..

'' kakak!'' begitu juga dhia.. Memeluk kakaknya.

'' besar dah anak kau dhia.. Dah bertatih.. '' kata qaisarah menunjuk kepada khalish yang sedang bertatih berjalan kepada khairul yang duduk disebelah kaum lelaki..

'' alhamdulillah.. Cepat sangat mereka besar..rasa sekejap saja masa berjalan..dengar-dengar kakak dah ada isi.. Betul ke? '' tanya dhia.. Qaisarah mengangguk kepalanya perlahan-lahan..

'' alhamdulillah.. '' dhia memeluk kakaknya kembali.

Hanif yang ada tidak jauh dari situ melihat isterinya memeluk dhia.. Dua wajah itu kelihatan sangat berseri..

'' assalamualaikum khai.. Bila sampai.. '' tegur hanif kepada khairul seraya menyuakan tangannya kepada khairul.

'' waalaikummusalam abang.. Sampai petang tadi.. '' jawap khairul.. Menyambut tangan hanif.

Hanif mencubit pipi khalish lembut.. Kemudian mengosokkan kepala khalish..

'' abang nak minta maaf.. Kalau sebelum ni abang ada cakap yang tak baik kepada Esha dan khairul.. '' kata hanif.

'' abang.. Perkara yang lepas.. Kita lupakan saja.. Saya dah lama maafkan abang.. Kita anggap tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ni.. '' kata khairul.

'ya! Dulu dia marah sangat dengan lelaki dihadapannya.. Menghina dhia dan anaknya yang berada didalam kandungan dhia.. Tapi itu semuanya perkara yang lepas.. Kenapa kita perlu menyimpan dendam kepada seseorang.. Sedangkan memaafkan itu lebih mulia dan membuatkan kita lebih tenang.. '

''alhamdulillah.. Terima kasih khai!'' hanif memeluk khairul.

'' sah! Alhamdulillah.. '' seseorang berkata..

'' alhamdulillah '' yang lain turut mengucapkan syukur kerana eijaz baru sahaja selesai melafazkan kata keramat itu.. Menghalalkan hubungan dua insan itu..

Berseri-Seri wajah pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu.. Sempat dhia mencuit pinggang sahabatnya.. Dari jauh kelihatan khairul menggelengkan kepalanya..kepada dhia.

Keesokkannya majlis walimatulurus buat pasangan itu berlangsung.. Meriah majlis itu berlangsung..

'' Esha.. Abang nak cakap sikit boleh? '' kata hanif yang berdiri di belakang dhia..

'' cakap apa tu abang..? '' tanya dhia yang sibuk memotong buah bersama-sama dengan wanita kampung yang lain.

'' boleh ikut abang kesana sekejap.. '' hanif berkata.

'' boleh.. '' dhia mengelap tangannya.. Lalu berundur.. Berjalan ke bawah pokok rambutan lalu mengadapkan tubuhnya ke sawah padi..

'' abang nak cakap apa? '' tanya dhia.. Menurunkan lengan bajunya yang terlipat tersingkap ke atas.

'' abang nak minta maaf.. Kepada Esha.. Dulu abang ada buat salah dengan Esha.. '' kata hanif, tapi dhia segera mengangkat tangannya.. Membuatkan hanif berhenti berkata-kata.

'' Esha tak pernah simpan apa-apa dendam dengan abang.. Abang jangan salah faham.. Abang tak perlulah minta maaf dengan Esha.. '' kata dhia.

'' betul Esha dah maafkan abang? abang pernah hina Esha.. Pernah hina anak esha'' kata hanif..

''itu semua cerita lama.. Anak Esha dah ada papa yang sepatutnya memang papa mereka.. Alhamdulillah.. Tuhan mudahkan urusan Esha..dan Esha harap urusan abang juga dimudahkan.. Abang jagalah kakak baik-baik.. '' kata dhia.

'' terima kasih Esha.. '' kata hanif.

'' mama! .. Lapar.. Nak makan.. '' kata qamarul.. Tangannya menunjukkan kepada khairul..

'lapar? bukan baru sudah makan' dhia melihat kepada arah yang ditunjukkan oleh qamarul.

'ni bukan lapar.. Tapi cemburu' dhia melihat khairul sedang merenung jauh dari sana..

'' Esha pergi dulu abang.. '' kata dhia.

'' terima kasih Esha..sebab dah maafkan abang.. Abang doakan esha bahagia dengan khai.. '' kata hanif lagi.

Kaki dhia menghayun kan langkahnya menuju kepada khairul yang sedang memegang tangan khalish. Tiba-tiba matanya menjadi kelam.. Melihat akan itu, Khairul cepat-cepat berlari menyambar tubuh dhia sebelum tubuh itu tersembam jatuh ke tanah.

"sayang.. Allahuakbar!" qamarul sudah menangis di kaki dhia..

"bawa esha kedalam" kata Qasrina menangkap khalish.. Lalu mendukungnya..

Khairul membawa dhia masuk kedalam rumah.. Qamarul mengekori dari belakang sampai masuk kedalam bilik... Dhia di letakkan diatas katil.. Wajah pucat dhia diperhatikan..

'apa aku nak buat ni! Kenapa aku tak bawa dhia ke hospital..?'khairul melihat kepada qamarul.. Yang sedang memanggil mamanya supaya bangun..

Masuk Qasrina membawa khalish..didalam dukungannya..

'' buka butang baju Esha tu.. Bagi angin sikit dekat dia.. '' kata Qasrina.. Sambil di sibuk membuka penghawa dingin bilik itu.. Khairul mengikut saja apa yang disuruh mertuanya.. Membuka butang baju dhia agar dhia lebih selesa.

'' lap badan Esha dengan ni.. '' kata qaisarah pula yang membawa satu tuala kecil lembab lalu memberikan kepada khairul. Tangan khairul menyambut tuala yang dihulurkan dan mengelap wajah dhia.. Turun ke leher kemudian turun ke dua-dua belah tangannya.. Qaisarah mengibas-ngibaskan udara di hadapan wajah dhia..

'' qamarul jangan nangis.. Nanti mama bangun mama sedih tengok qamarul nangis macam ni.. '' kata qaisarah cuba memujuk qamarul. Lalu mengelap pipi qamarul yang basah.

Tangan dhia bergerak melemparkan tuala basah yang ada di dahinya.. Khairul melihat kain basah yang kini berada di atas pehanya..

'' sayang.. '' panggil khairul.

'' kenapa ramai-ramai dalam bilik ni? '' tanya dhia.. Sambil memegang kepalanya..

'' sayang pengsan tadi.. Sayang tak ingat..? '' tanya khairul.

'' pengsan? '' dhia melihat muka khairul.. Qasrina.. Qaisarah.. Melihat mereka semua sedang mengangguk kembali kepadanya . Kemudian dia melihat kepada qamarul yang sudah merah mukanya.

'' la.. Tu kenapa menangis? mama ok lah sayang.. Mungkin panas sangat tadi.. '' kata dhia..

'' kita ke klinik.. '' ajak khairul.

'' tak nak lah.. Ok dah ni.. '' tolak dhia.

'' pergilah.. Jangan degil sangat..tak kesian ke tengok muka khai tu.. Risau.. Lebih baik pergi check.. '' kata Qasrina. Dhia akhirnya mengangguk.

Pergilah mereka berdua.. Ke klinik.. Tak lama selepas itu tersipu-sipu pasangan itu pulang dari klinik..

'' ha! Macam mana..'' sapa dhani yang berada di halaman rumah..

'' hmm.. Tak ada apa pun abah.. '' khairul melirik kan matanya kepada dhia.

'' betul ke apa yang khai cakapkan tu Esha? '' kata Qasrina sambil mendukung khalish.

'' ya mak.. Tak ada apa pun.. Cuma.. Khalish nak jadi abang tak lama lagi.. '' jawap dhia. Mereka semua pakat ketawa.

'' alhamdulillah.. Tahun depan meriah lah rumah kita abang oiii.. '' kata Qasrina.

'' alhamdulillah.. Ya betul tu.. Nak-nak kalau pengantin baru kita ni lekat sekali.. Mau meriah rumah.. '' kata dhani sambil menepuk bahu eijaz.

Tersipu-sipu malu pasangan pengantin baru itu.. Bila disakat begitu leh dhani.

'' Insya Allah.. Eijaz akan kejar Esha nanti.. '' kata eijaz..

'' ha kejar lah.. Kalau boleh potong.. Potonglah.. '' balas dhia.. Memberi galakkan buat eijaz.

Baliklah mereka ke bandar.. Keluarga kecil itu terus menuju ke rumah liyana untuk memaklumkan berita gembira itu kepada liyana..

'' hubby.. Perlu ke? '' tanya dhia.

'' yea la sayang.. Ibu mesti suka.. '' balas khairul ceria..

'' masih awal lagi kan.. '' kata dhia..

'' biarlah.. Hubby nak bagi tahu jugak.. '' kata khairul.

Masuklah mereka kedalam rumah.. Melihat liyana yang sedang berada di ruang tamu, dia baru saja sampai dari kerja luarnya.

'' ibu!.. '' panggil khairul.. Lalu bersalaman dengan ibunya.

'' sampai dah.. '' kata liyana bersalaman dengan khairul. Kemudian dhia pula bersalaman dengan liyana.

'' ni ada sedikit buah tangan dari kampung.. '' kata dhia meletakkan plastik buah-buahan di atas meja.

'' ibu.. '' panggil khairul.

'' ya!'' sahut liyana mengambil khalish dari khairul.. Qamarul dia dah tak boleh nak ambil.. Melekat saja dia dengan mama nya.

'' nanti khalish akan jadi abang.. '' kata khairul teruja.

'aduh.. Punggung pun tak letak lagi.. Dah bagitahu ibu..' keluh dhia.

'' hah.. Biar betul ni Esha! Kamu ni kenapa khai.. Bagi lah esha rehat dulu.. Kesian Esha tu.. '' kata liyana.. Menampar lengan khairul.

'' pulak? .. Kan khalish dan berjalan.. Ibu cakap kalau khalish dah berjalan.. Elok lah nak tambah anak lagi.. '' balas khairul.

'' hmm.. Ikut kamu lah.. Nanti bila Esha beranak nanti.. Kamu kena buat semua.. Dari A-Z.. Jangan nak lari-lari macam dekat khalish dulu.. Sebab nanti ibu nak pergi tunaikan haji.'' kata liyana.

'' betul ni ibu.. Alhamdulillah.. '' dhia memeluk ibu mertuanya..

'' satu lagi berita gembira.. Alhamdulillah '' sahut khairul.

'' berita gembira apa tuh? '' tanya khairina yang baru sampai dengan irfan dan juga si kembarnya..

'' khairina.. Irfan.. Ibu nak pergi haji tahun ni.. '' kata khairul.. Bersalaman dengan irfan.. Lalu menyambar zhafirah di tangan khairina.

'' ohh.. Yang tu kami dah tahu.. '' kata khairina mencebikkan bibirnya.

'' ya ka.. Tapi satu lagi mesti tak tahu kan.. '' khairul ketawa kuat..

'' macam budak-budak lah kamu berdua ni.. '' sindir liyana sambil mengelus lembut kepala khalish.

'' satu lagi? Apa yang satu lagi? Jangan cakap yang khalish nak jadi abang? '' teka khairina. Seketika mereka lawan berpandangan... Taklama swlepas itu meletus satu alunan ketawa kegembiraan.

'' lah betul lah ni! Arrghhh!'' melompat khairina memeluk kakak iparnya.

'' tahniah!tahniah!'' kata khairina.

'' alhamdulillah tahniah!'' kata Irfan kepada khairul.

'' kamu berdua bila nak tambah? '' tanya khairul.

'' sibuk orang pula.. Dia tambah.. Lepas tu minta orang ikut tambah sama.. Mereka nak honeymoon dulu.. '' sampuk liyana.

'' entah abang ni.. Kami masih honeymoon.. Lepas ni nak pergi bercuti bawa zhafran dan zhafirah.. '' kata khairina.

Irfan mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh khairina.

Sembilan bulan berlalu dengan agak kental.. Buat pasangan itu.. Kali ini dhia mengalami mual yang agak berpanjangan dan cerewet yang agak melampau.. Kini masanya telah tiba.. Dhia sudah berada di hospital kerana pagi tadi dia mula menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan anak keduanya..

Khairul seperti biasa mundar mandir di luar menunggu.. Kali ini dia membawa marina dan marissa bersamanya memandangkan ibunya telah berada di tanah suci.

'' kalau khai masuk nanti tolong tengokkan khalis dan qamarul kejap ya.. Boleh? '' tanya khairul.

'' jangan risau.. Kami jaga mereka.. Khai masuklah.. Tak payah pikirkan kami.. Kami tunggu disini.. '' kata marina. Manakala marissa mengangguk setuju.. Meriba khalish.

'' abang'' panggil khairina.

''eh! abang kata kan khairina tak payah datang.. Kenapa datang jugak.. '' kata khairul..

'' tak boleh nak halang dia.. Abang.. Tak senang duduk dia dirumah tu.. '' kata Irfan dari belakang..

'' mari dekat papa sayang.. '' kata zarif yang baru tiba.. Mengambil zhafran dari dukungan khairina.. Memandangkan khairina kini sedang hamil muda.. Dia berjalan duduk disamping marina.

'' zarif!'' panggil khairul.

'' moga selamat semuanya khai..!''kata zarif. Khairul menganggukkan kepalanya.

Kini hubungan mereka telah beransur pulih.. Zarif pun sudah berubah sejak menjadi suami kepada marina.

''suami kepada puan dhia qa... ''

'' saya!saya!'' akui khairul lalu mendekat kearah jururawat.. Kemudian mengikutnya masuk kedalam..

Tunggu lah mereka disitu.. Beramai-ramai.. Kemudian mereka melihat khairul keluar semula dengan muka yang merah padam..

'' kenapa abang? kakak macam mana? '' tanya khairina cemas.

Yang lain turut berdiri menghampiri dua beradik itu..

'' abang dapat.. Baby twins girls!!!! '' kata khairul teruja. sambil memegang bahu khairina.. Lalu memeluknya..

'' aduh abang ni!''

'' bagi orang takut lah.. '' khairina menolak khairul.. Kemudian memukul bahu khairul beberapa kali..

Selepas selesai semua.. Mereka dibenarkan untuk masuk kedalam wad melawat bayi kembar perempuan khairul dan dhia.. Orang yang paling seronok adalah qamarul.. Melekat saja dia di katil bayi itu.. Khalish tak mengerti apa-apa.. Berjalan didalam wad bersama dengan kembar khairina.. Kecoh bilik wad itu dengan suara mereka.. Sampai beberapa kali jururawat masuk kedalam menegur mereka..

Khairina sempat membuat panggilan video kepada liyana yang sedang berada di tanah suci.. Menayangkan wajah bayi kembar kepada liyana yang ada jauh di sana..

Beberapa hari selepas itu.. Dhia dan bayi kembarnya di benarkan pulang kerumah. Khairul lah yang paling bersemangat sekali..

Awal-awal lagi dia sudah sampai bersama dengan marina dan marissa.. Selepas menguruskan qamarul dan khalish dia terus ke hospital.. Mengemas semua barangan dhia dan bayi mereka kedalam beg.. Dhia hanya melihat sahaja.. khairul yang sedang bernyanyi sambil meletakkan puteri-puterinya kedalam tempat duduk bayi mereka..

'' jom sayang.. Siap dah ni.. Tapi kejap.. Hubby turun letakkan barang.. Kemudian hubby naik balik.. '' kata khairul..

Dhia mengikut saja dari belakang melihat khairul memegang kedua puterinya yang diletakkan kedalam tempat letak bayi di Kedua-dua belah tangannya.. Manakala marissa dan marina memegang tangan khalish dan juga qamarul.

'' papa ni! Dah dapat baby girls.. Lupakan mama'' rungut dhia.

''ahhhh.. Apa? '' khairul berpaling.

'' mana boleh lupakan bidadari Hubby ni.. Cuma sekarang tangan hubby penuh....'' kata khairul mengenyitkan sebelah matanya buat dhia. Dhia membalikkan matanya keatas.

'' hai dengan anak sendiri pun jeles ke? '' tanya marissa.

'' mana ada.. '' dhia menarik muncungnya..

'' lepas ni kau pula kan.. '' kata dhia.. Menunjuk kepada marissa..

'' bersedialah.. Kakak sekali.. '' kata dhia mengusik marina pula.

'' jahat lah.. !'' marah marissa.

'' mama tak jahat!.. '' jerit qamarul.. Lalu menarik tangannya dari dipegang oleh marissa memeluk kaki dhia.

'' ha kan.. Tak berjalan aku ni nanti risa.. '' kata dhia.

'' sorry sayang.. Silap cakap.. '' pujuk marissa.. Terlupa ada bodyguard cilik dhia disini.. Walaupun dulu qamarul agak takut nak berinteraksi dengan orang lain.. Kini Perlahan-lahan dia mula membuka dirinya untuk meneroka apa yang ada didepannya..

'' qamarul'' khairul mula menegur anaknya.

Baliklah keluarga kecil itu ke rumah mereka.. Kini dua sahabat itu tinggal bersebelahan.. Khairul dan zarif.. Manakala marissa tinggal dengan eijaz.. Tapi eijaz sering ulang alik ke Jepun.. Sementara menunggu permohonan dia untuk ditukarkan ke Malaysia diluluskan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience