BAB 46

Romance Completed 367824

khairul yang sedang berada di dalam bilik mesyuarat menolak panggilan dari dhia.. Dia terpaksa menolak kerana dia sedang membentangkan kepada Liyana dan juga kepada pekerja yang lain mengenai perkembangan projeknya barunya. Selesai saja mesyuarat dia memegang telefonnya untuk menghubungi dhia semula..

'' khai! Ikut ibu ke bilik ibu.. '' kata Liyana dingin dan tegas seperti biasa.. Bila berada di syarikat dibawah naungannya.

'' baik ibu'' balas khairul kepada ibunya.. Belum sempat dia nak membuat panggilan kepada dhia. Telefon bimbitnya kembali disimpan kedalam poket seluarnya. Dia mengikut langkah ibunya masuk kedalam bilik Liyana.

Liyana duduk di kerusi kerjanya.. Manakala khairul pula duduk di kerusi yang bertentangan dengan ibunya.

''so? Macam mana dengan Esha?'' tanya liana.

'' ok.. '' balas khairul.

'' hanya ok? where Esha.. Kenapa tak bawa dia ke office.. '' tanya liana.

'' oh tak nak lah ibu.. Kerja khai yang kemarin pun langsung tak luak.. Kalau dhia datang hari ni.. Jawapnya khai kena bawa balik kerja kerumah lepas ni.. '' kata khairul. Liyana menarik bibirnya tersenyum.

'' hmm.. Ok.. Apa cerita dengan rose? '' tanya Liyana.. Walaupun Liyana sudah tahu semuanya dari shahril awal pagi tadi.. Dia masih mahu mendengar dari mulut khairul sendiri.

'' ck.. Rose tu, ibu.. Ada buat sesuatu dekat menantu ibu.. Dia kurang ajar, melampau batas.. Jadi khai pecat dia on the sport dan minta shahril yang uruskan semuanya.. Sekarang tempat Rose diganti dengan shahril.'' terang khairul.

'' kamu dah ambil staff ibu.. So macam mana? Nak bonda open vacancy...dan kalau boleh ibu nak Esha yang gantikan tempat Rose.. Dia sesuai sangat..dengan posisi tu.. '' kata Liyana.

'sudah.. Aku dah agak dah.. Mesti ibu nak dhia kerja disini.'

'' ibu.. Sebenarnya.. Khai dah offer dhia.. Tapi dhia reject my offer.. '' balas khairul.. Kali ni Liyana ketawa kecil..

'' bonda sajalah cari staff baru gantikan shahril..khai nak shahril kerja dengan khai..senang..tak perlulah staff perempuan di tempat khai.. '' jelas khairul.

'' ok baik.. Ibu setuju.. '' putus liyana..

'' satu perkara lagi.. Ibu nak buat majlis resepsi untuk kamu berdua.. Sekali dengan majlis khairina.. '' kata liyana.

'APA!! Majlis resepi satu hal.. Tapi kenapa dengan khairina.. It means zarif! @#&$*!!!!' khairul memaki dirinya sendiri.

'dugaan apa lagi ni.. Macam mana aku nak elakkan lagi..'

'' Khai!'' panggil Liyana.

''khai akan bincangkan dengan dhia dahulu ibu..'' balas khairul.

'' ibu tak suruh kamu bincangkan dengan esha pun.. Sekarang ni ibu sedang beritahu khai! Bukannya ibu sedang berbincang.. Ibu dah buat keputusan, tak ada bantahan!'' kata Liyana bernada tegas.

'' ibu.. Ibu sendiri tahu kan.. Zarif dengan dhia.. '' khairul mengaru kepalanya.

'' I know.. Tapi sampai bila khai nak sembunyikan Esha dari zarif.. Mana tahu, kalau lepas ni dia tahu Esha dah kahwin dengan khai dia boleh terima..dan ini juga untuk rumah tangga khairina.. Ibu nak dua anak-anak ibu bahagia dengan pasangan masing-masing.. '' terang Liyana.

'khai kenal zarif ibu.. Luar dalam khai kenal dia..khai yakin zarif tak akan berubah begitu saja..dan melupakan semuanya macam tu saja.. '

"baiklah ibu.. Kalau itu yang ibu rasa terbaik buat semua.." balas khairul pasrah..

"hmm.. Good!" balas Liyana.

Khairul menarik nafas dalam-dalam..kemudian dia bangun dari kerusi yang dia duduk..

"khai balik tempat khai dulu lah ibu.." kata khairul..

"ya.. Nanti bawakan menantu ibu tu ke rumah kita.. Ibu pun nak kenal dia dengan lebih dekat.." kata liyana..

"ibu nak kenal dia ke.. Ibu nak buli dia?" tanya khairul dengan ketawa kecil..

Liyana membaling pen yang berada ditangannya.. Pen itu mendarat dilantai tanpa kena sedikit pun pada khairul.

"anak bertuah.. Ambilkan pen tu balik... Boleh kata ibu nak buli menantu ibu pula.. Kenapa ibu ni garang sangat ke.. Atau ibu ni menakutkan sangat..!" marah liyana.

"jangan lah marah ibu.. Hilang seri ibu.." kata khairil mengusik ibunya.

"lepas dah kahwin ni.. Anak ibu jadi lain yea.. Nampak bahagia sungguh ya.. Tak macam zaman jahiliah dia.." marah liyana.

"anak ibu dah dapat bidadari.. Tentulah bahagia ibu.." kata khairul seraya membuka pintu untuk keluar dari situ..

"bidadari!..." kata liyana melihat pintu biliknya yang sudah tertutup rapat..

Liyana mendoakan jodoh anaknya itu berkekalan.. Dan dhia adalah pasangan yang sesui buat khairul.. Ibu mana yang tak mahu lihat anaknya bahagia.. Melihat khairul bahagia.. Ianya turut membuatkannya bahagia sama..

"tengok anak awak.. Nampaknya dia dah berubah banyak kan.. Dia akan jadi ayah tak lama lagi.." kata liyana sambil memegang satu bingkai gambar suaminya.. Ayah kepada tiga orang anaknya..

"you know what?.. I hari hari rindukan you.. Tak kira lah macam mana sibuknya I.. Tambah pula, kalau I tengok khairul.. Dia.. Copy paste you.." liyana memainkan jarinya di cermin kaca.. wajah suaminya yang telah pergi meninggalkannya..

'' entah sampai bila I akan terus memikirkan masalah mereka.. Khairina.. Khairul.. Terlibat dengan konflik yang mereka sendiri cipta... '' kepala Liyana tergeleng-geleng perlahan.

'' I harap.. I ada kekuatan untuk terus menjaga anak-anak kita.. I dah banyak habiskan masa dengan KZ Tekstil.. Mungkin masanya untuk I.. Mengundurkan diri.. Jaga cucu maybe.. '' kata Liyana ketawa kecil lalu mencium gambar tersebut.. Gambar itu diletakkan kembali di atas meja kerjanya..

Khairul kembali semula ke ruang kerjanya..

'' shah!''

'' saya dah bincang dengan datin... Dia setuju, kamu berkerja dengan saya.. '' kata khairul kepada shahril yang awalnya sedang mengadap monitor di hadapannya.

'' baik tuan.. '' jawap shahril.

''mulai hari ini.. Kamu akan jadi orang kanan saya.. Orang yang paling rapat dengan saya.. Dan.. Harap kamu boleh beri komitmen yang tinggi untuk itu..''kata khairul..

'' baik tuan, Insya Allah.. Saya akan buat yang terbaik.. Saya tak akan sia-siakan peluang yang tuan berikan.. '' kata shahril.

''tuan..tadi tuan khairil ada datang cari tuan.. Dia minta tuan ke pejabatnya.. Ada perkara yang nak dia bincangkan dengan tuan.. Katanya..'' beritahu shahril.

''hmm..yealah saya kesana dulu..'' balas khairul dan berundur pergi ke bilik abangnya..

Sampaikan dia terlupa untuk membuat panggilan kembali kepada dhia..

'' abang kamal nak ucapkan terima kasih kepada dhia.k kalau tak ada dhia.. Entah berapa hari lagi kami akan terus ada disini.. '' kata lelaki yang bernama kamal itu.

'' eh tak apa abang.. Segan lah dhia.. Tadi tu entah sesuai ke tak macam yang abang nakkan.. '' kata dhia yang masih mengenakan pakaian untuk sesi fotografi.

'' serius abang cakap.. Dhia cantik.. Sesuai sangat kalau jadi model.. Nak cuba tak? Abang boleh rekemenkan kepada kawan abang.. Mana tahu tuah dhia.. Lepas ni.. '' kata kamal.

'' maaflah abang.. Bukannya dhia nak tolak.. Ya tadi memang dhia seronok masa sesi ambil gambar tu.. Tapi nak jadi model betul tu.. Dhia masih belum berani.. Kekok la jugak tadi.. '' balas dhia dengan ketawa kecil..

'' tapi serius abang cakap.. Dhia ada potensi.. Rugi kalau sia-sia kan.. '' kata kamal mengeluarkan satu sampul putih yang terisi wang tunai di dalamnya..

'' ini upah dhia.. Terima kasih sangat.. Tolong abang hari ni. Kalau tak tentu abang dah kena marah, sebab petang ni abang dah kena hantar kepada mereka.. Sebenarnya dua hari sebelum ni lagi dah kena hantar. Tebal dah muka abang ni.. Asyik minta tangguh.. '' kata kamal memberikan sampul itu ke tangan dhia.

Dhia menerima tanpa membuka sampul tersebut dan kembali ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya dan bersiap untuk balik..

'' boss.. Nak kami hantarkan ke gambar tu.. '' tanya pekerjanya kepada kamal..

'' tunggu biar saya pilih.. '' kata kamal.. Dia mula membuka satu persatu gambar dhia tadi..

'' hantarkan tiga ni dulu.. Bagitahu mereka kita dalam proses edit.. Kalau mereka tak puas hati dengan model.. Sebab kita tukar last minute.. Minta diaorang call saya direct.. '' kata kamal.

'' baik boss.. '' kata lelaki yang sedang sibuk mengadap laptop.

Sedang khairul dan kahiril sedang sibuk berbincang.. Seorang pekerja datang mengetuk pintu bilik..

'' masuk!'' kahiril memanggil.

'' tuan.. '' Masuklah seorang wanita ayu bertudung tersenyum manis.

'' ya eka.. Ada apa? '' tanya kahiril.

'' ini.. Saya baru terima.. '' eka menyuakan beberapa gambar kepada kahiril.. Khairul pula masih melihat kepada dokumen yang berada ditangannya.

'' abang.. Nantilah kita sambung ya.. '' kata khairul seraya bangun..

'' ha ok.. '' kata kahiril.. Khairul membuka pintu bilik kahiril dan sebelah tangannya masih memegang dokumen.

'' ehh... Tunggu khai!'' panggil khairil .

'' kenapa abang? '' khairul kembali menutup pintu bilik tersebut.

'' eka.. Kamu keluar dulu.. '' arah khairil.

'' baik tuan.. '' kata eka, menunduk kan kepalanya sedikit kepada khairil dan kemudiannya kepada khairul sebelum berjalan keluar dari bilik tersebut.

'' khai dah tengok email..? '' khairil sibuk membuka email nya..

'' belum lagi.. Masuk bilik pun belum lagi ni abang.. '' kata khairul.

'' ohhh.. Kamu meeting kan tadi.. Mari duduk sini.. Tengok ni.. '' panggil khairil..

'' tengok apa abang..? '' tanya khairul.

'' tengok model kita.. Last minute.. Tukar model.. Tengoklah.. '' kata khairil.

'' tukar model? Ibu tahu ke ni? pandai-pandai saja mereka tu.. '' khairul menarik kerusi dan duduk.. Khairil memusingkan monitor nya kepada khairul..

Khairul pada mulanya seperti malas-malas untuk melihat terus membeliakkan matanya.. Manakala khairil sudah ketawa kuat melihat wajah khairul..

'' cantikkan model baru kita.. '' perli khairil.. masih ketawa..

'' ha... Tengok tu.. Ibu dah reply.. Siap approve lagi.. '' tunjuk khairil kepada email yang baru diterima.

'' NO!''

'' macam mana ibu boleh approve.. '' khairul berdiri.. Lalu berjalan mundar mandir disitu..

'' dah terlambat.. Mereka sedang dalam proses editing..'' sengaja khairil mengusik adiknya..

Khairul berjalan keluar dari bilik abangnya.. Naik ke tingkat atas menuju ke bilik ibunya..

'tapi.. Haiishhh.. Kalau ibu dah approve ni.. Susah nak minta ibu tarik balik... Ahhh dhia qaleesha..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience