BAB 28

Romance Completed 367824

Kereta civic putih itu akhirnya sampai juga di hadapan rumah sewa milik dhia. Hanif melihat sekeliling.

'' Esha tinggal disini? '' tanya hanif.

'' hmm'' balas dhia sambil mengangguk.

''boleh tahan..rumahpun cantik.. Patutlah Sarah cakap rumah yang esha tinggal di rumah di bandar yang cantik.. '' kata hanif. Nama Sarah tak pernah lekang dari bibirnya.

'' iya.. Kakak nampak macam suka tinggal disini dengan Esha, masa datang sini hari tu.. '' balas dhia. Hanif mengangguk sahaja. Kemudian dia turun dari kereta dan mengambil beg pakaian dhia.

'' terima kasih abang.. Hantarkan dhia.. Eh.. Esha.. '' kata dhia sambil ketawa kecil.

'' abang nak masuk dulu.. Minum air.. Atau rehat dulu.. Sebelum bertolak balik.. '' kata dhia lagi.

'' tak mengapalah Esha.. Segan pula. '' balas hanif dengan senyuman di wajahnya.. Manakala tangannya yang memegang kunci sengaja mengaru garu belakang kepalanya yang tak gatal.

'' betul ni.. Tak nak masuk dulu.. Nanti nak drive balik ni boleh ke.. Atau nak Esha buatkan kopi untuk abang..'' kata dhia memberi cadangan.

'' kopi? Abang tak minum kopi.. '' kata hanif ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

'' oh.. Maaflah Esha tak tahu.. '' balas dhia kekok.

'' abang balik dulu lah.. Assalamualaikum. '' kata hanif..

'' waalaikummusalam.. '' jawap dhia. Seraya itu hanif memalingkan badannya dan berjalan pergi tapi langkahnya terhenti. Bila teringatkan sesuatu yang terlintas di fikirannya. Dia memasukkan tangannya di dalam kocek seluarnya dan mengeluarkan sesuatu di tangannya.

'' Esha kejap.. Abang terlupa.. '' hanif berpaling semula dan berjalan kearah dhia.

'' ni.. Nafkah Esha.. Buat duit belanja.. '' hanif menghulurkan satu sampul kepada dhia.

Dhia hanya memandang sahaja tangan hanif yang menghulurkan sampul kearahnya.

'' Esha? '' panggil hanif. Dhia menggeleng tak mahu menerima sampul itu.

'' Esha please.. Abang pun tak pasti bila abang nak datang sini balik.. '' kata hanif.

'' Esha taknak.. Esha tak layak..lebih baik abang tak anggap esha ni isteri abang.. Abang balik sajalah.. '' kata dhia berjalan masuk kedalam rumahnya.

'' Esha.. '' lengan dhia dipegang oleh hanif.

'' jangan buat abang macam ni.. Sudahlah abang mengheret Esha dalam masalah abang, ini tanggungjawab abang.. Hak Esha.. '' kata hanif lalu meletakkan sampul itu ditangan dhia. Sebaik meletakkan sampul itu hanif berpaling dan berjalan keluar dari perkarangan rumah itu..

Dhia berjalan rapat kearah pagar.. Sebaik melihat kereta civic putih hanif berlalu pergi.. Dhia menarik pagar dan menguncinya kemudian masuk kedalam rumah.

Khairul yang ada disitu memerhatikan semuanya sejak awal dhia tiba dengan hanif di rumah itu.

'' siapa lelaki tu!'' marah khairul.. Entah kenapa hatinya meledak sebaik dhia tersenyum manis disamping lelaki itu.

'' dah la kau tiba-tiba menghilang.. Sekarang ada lelaki yang hantar kau pulang pula.. '' bebel khairul sendiri. Dia mendongak kan kepalanya keatas lalu menghentakkan kepalanya di tempat sandar kepala beberapa kali..

Khairul setia menunggu disitu melihat sahaja aktiviti yang berlaku dirumah itu.. Sebelum dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan kawasan perumahan itu. Didalam hatinya penuh tanda tanya mengenai siapa lelaki yang menghantar dhia pulang tadi.

'aku mesti cari tahu siapa lelaki itu.. Selagi aku tak tahu.. Aku tak akan tenang..' bentak khairul menggenggam erat stering kereta tersebut.

Dia memandu pulang ke rumah. Sebaik membuka pintu utama rumah mereka.. Kedengaran tangisan khairina. Khairul melihat adiknya itu sedang menangis teresak-esak di riba ibunya..liyana pula berusaha memujuk khairina.

"kenapa adik balik sini?" tanya khairul berjalan menghampiri kepada khairina dan liyana.

"ibu tengok.. Abang pun tak suka khairina balik rumah ni.." tangisannya semakin kuat.. Liyana menggeleng kepalanya kepada khairul.

'what!' khairul mengangkat tangan dan bahunya serentak.

"ibu..tolonglah..khairina penatlah.. Semua benda khairina kena buat sendiri.. Tengok tangan khairina ni ibu.. Patah semuanya kuku ni.." rungut khairina.

"kan dah jadi isteri orang.. Memang lah macam tu.." pujuk liyana..

"ibu.. Bonda tu sengaja nak kenakan khairina.. Kenapa tiba-tiba dia bagi semua orang gaji rumah tu cuti.. Serentak pula tu.. '' rungut khairina.. Menggoyangkan peha Liyana.

'' tak guna juga khairina datang mengadu ke ibu.. Apa yang boleh ibu buat.. Takkan ibu nak kesana marahkan besan ibu tu.. Sayang kenalah belajar buat semua tu.. '' pujuk Liyana.

'' ibu!takkan khairina nak kena buat semua tu.. Tak rehat lah badan khairina ni nanti.. '' rungutnya lagi.. Tapi bila melihat Liyana menggeleng.. Di berpaling mendapatkan abangnya.

'' abang.. Please help me! Abang tolonglah bercakap dengan kawan abang tu.. Pujuk dia ajak pindah keluar dari rumah tu.. Abang!'' kata khairina sambil menarik lengan khairul.

Khairul diam sahaja. Sejak kejadian yang melibatkan dirinya dan dhia.. Khairul tidak lagi mempercayai khairina seperti sebelumnya.. Malah hubungan antara zarif dengannya sudah merenggang. Walaupun zarif tak bersemuka terus kepadanya.. Bertanyakan hal tersebut.. Dia yakin zarif sudah mengetahui semuanya..

''adik yang nak sangat jadi isteri dia kan.. Jadi takkan dugaan kecil macam ni adik tak boleh selesaikan..'' ucapan khairul yang mempunyai maksud tersendiri.

'' abang.. Adik cuma minta abang tolong adik.. Ibu tengoklah abang ni.. '' rungut khairina.

'' apa yang abang katakan tu betul khairina.. Khairina sayangkan zarif kan.. Berkorban sedikit, tak mengapa sayang.. Mana tahu selepas ini zarif akan semakin sayang kepada khairina.. '' kata Liyana mengurut lembut atas kepala khairina.

'' tapi.. Khairina mana tahu nak masak!nak cuci baju, apa tu.. Seterika baju lagi.. Kalau khairina terbuat salah macam mana.. Nanti kena marah macam mana? '' bebel khairina.

'' tak reti masak.. Pergilah kelas memasak.. Tak reti basuh baju, hantar lah dobi.. Benda senang.. Adik yang buat susah.. '' kata khairul memberi cadangan.. Terangguk-angguk kepala Liyana menyokong.

'kenapa dengan mereka semua ni.. Susah sangat ke nak faham apa yang aku nak..' muka khairina merah menahan marah.

'' balik lah khairina.. Tak elok kamu keluar lama-lama macam ni.. Ni datang sini entah zarif tahu ke tak ni..? '' kata Liyana. Khairina menunduk memandang lantai..

'' Ya Allah anak ni.. Kenapa buat macam tu. Pergi balik.. Ibu taknak dikira bersubahat dengan kamu nanti.. !'' Liyana mula mengeraskan nada bicaranya.

'' ck.. Ibu ni! Nak balik lah ni.. '' rungut khairina lagi. Dia membetulkan pakaiannya lalu mengambil beg tangannya dan berjalan keluar dari rumah keluarganya itu.

'' khai.. Kamu dari mana? lepas habis kerja saja.. Menghilang.. '' tegur Liyana.

'' khai ada urusan lain ibu.. '' balas khairul sambil bermain dengan telefon bimbitnya..

'' takkan setip hari kamu ada urusan..? '' tanya Liyana lagi..

'' khai bukannya ke kelab.. Khai ke tempat lain.. '' balas khairul.

Liyana sudah tahu yang anaknya itu tak lagi ke kelab dan juga bermain perempuan. Tapi dia musykil kemana khairul pergi kalau tak ke kelab. Dia takut khairul terlibat dengan aktiviti tak sihat lagi..

'' jangan risaukan khai.. Lebih baik ibu risaukan khairina. Sebelum dia buat perkara yang pelik-pelik lagi.. '' khairul bangun meninggalkan Liyana.

'' pekara pelik apa pula?!'' kata Liyana tak mengerti.. Dia melihat sahaja belakang tubuh anaknya itu memanjat anak tangga naik ke atas.

Khairina kembali ke rumah keluarga zarif.. Baru saja di membuka pintu rumah tersebut.. Kedengaran suara ufairah memetir saja memanggil namanya.

'' khairina!!!''

'' yea bonda... '' sahut khairina lemah.

'' kemana kamu pergi? '' tanya ufairah lantang.

'' khairina balik ke rumah.. Sebab rindukan ibu.. '' jawap khairina sekali memberi alasannya kenapa dia kesana.

'' kenapa tak ada seorang pun yang tahu kamu kesana? Kamu ada beritahu kepada suami kamu? '' tanya ufairah lagi.

'kalau beritahu pun.. Ada dia ambik peduli.. Dia buat tak endah saja nanti..' rungut khairina didalam hati.

'diam ya.. Kalau tak.. Ada saja kau nak bercakap melawan aku!' ufairah tersenyum kemenangan.

'' pergi naik keatas.. Zarif dah balik.. Suami dah balik tengok isteri tak ada.. Macam mana kamu layan dia.. Kamu tak tahu tugas kamu sebagai seorang isteri.. '' ufairah mula membebel.. Manakala khairina berlari naik ke atas. Masuk kedalam biliknya.

'' abang dah balik? '' tanya khairina, dengan nada yang lembut dan memasang wajah yang manis. Bila melihat zarif yang baru selesai mandi. Zarif tak menjawap dia terus masuk kedalam bilik pakaian.

'' selalu tak endah kan aku.. Buat aku ni, macam tak wujud saja.. '' rungut khairina.. Beg tangannya di hempaskan ke atas katil.

'' nak saya pilihkan baju untuk abang.. '' kata khairina mengikut zarif masuk kedalam bilik pakaian.. Melihat zarif yang mengenakan tuala di bahagian bawah tubuhnyanya sahaja membuatkan khairina berdebar. Dalam tak sedar khairina merapatkan dirinya kepada zarif.

'' kau nak goda aku! '' zarif menangkap tangan khairina.

'' mana ada abang.. Lepaskan tangan khairina.. Sakit la abang!!'' khairina menarik tangannya.. Tapi zarif segera menguatkan lagi pegangannya.

'' dasar perempuan tak tahu malu!'' zarif melepaskan tangan khairina seraya menolak tubuh itu menjauh. Sehingga khairina hampir terjatuh.

'' kenapa abang buat khairina macam ni!'' rintih khairina.

'' kenapa? kau tanya aku kenapa!'' zarif berkata seraya memakai pakaiannya.

'' kau perangkap aku khairina!! '' zarif menarik rambut khairina sehingga membuatkan khairina mendongak sambil merintih kesakitan.

'' khairina mengaku itu salah khairina.. Tak bolehkah abang maafkan khairina.. Khairina sayangkan abang.. Cintakan abang.. '' luah khairina.

'' apa!cinta!sayang! Kau tak layak khairina.. Untuk dapatkan semua tu.. kau guna cara yang salah.. Cara kotor yang hina!'' kata zarif dengan lantang dekat di wajah khairina sehingga terasa nafasnya yang dihembuskan kasar oleh zarif terkena pada pipi khairina. Takut khairina melihat muka zarif yang bertukar garang itu..

'' tapi.. '' kata khairina terketar-ketar.

'' tapi apa.. ! '' lantang suara zarif. Dia menghempaskan khairina di atas katil mereka.

'' jangan mimpi nak dapat cinta aku.. Kau dah dapat apa yang kau nak kan.. Nak jadi isteri aku kan.. So? Enjoy it.. '' ucap zarif sambil tersenyum sinis. Dia kembali kedalam bilik pakaian memakai seluar dan bersiap.

'' abang nak kemana? '' tanya khairina yang masih terbaring di katil.

'' aku nak keluar.. Lepak dengan kawan-kawan aku lagi baik.. Dari mengadap muka kau tu.. Buat sakit kepala saja.. '' kata zarif.

Cepat-cepat khairina bangun dan menghalang zarif dari keluar dari bilik tersebut. Anak mata zarif yang berwarna kelabu kebiruan itu menikam tajam anak mata khairina.

'' tak boleh ke malam ni.. Bermalam dengan khairina.. Sejak kita kahwin.. Abang setiap malam keluar.. Kasihankan lah khairina.. Berilah sedikit ruang untuk khairina.. '' rayu khairina..

'' apa? kau tak faham yea apa yang aku cakapkan tadi?'' kata zarif sambil belakang tangannya bermain di pipi khairina yang lembut. Sebelum tangani tu turun ke leher lalu mencekik leher khairina. Membawa khairina ketepi dan melepaskannya.. Zarif berjalan keluar dari bilik itu.. Manakala khairina jatuh terduduk menangis tersedu-sedu dilantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience