BAB 24

Romance Completed 367824

Lima hari berlalu sejak dari kejadian itu. Dhia diam saja didalam rumah. Dia langsung tak pergi bekerja. Terperuk saja didalam rumah. Zarif pun sudah tak mengganggunya lagi. Dhia pasrah kalau itu bukan jodohnya..

'' dhia!'' panggil marissa keras dari luar biliknya dengan ketukan di pintu. Dhia bangun dengan malas membuka pintu biliknya.

'' kenapa risa..? '' tanya dhia sebaik melihat marissa tegak berdiri di hadapan pintu biliknya.

'' turun dhia.. Ada yang nak jumpa.. '' balas marissa.

'' nak jumpa? Tapi siapa? '' entah kenapa hatinya berdebar..

'siapa..? jangan cakap, zarif yang datang.. Tolonglah aku tak nak berjumpa lagi dengan dia.. Tapi kalau bukan zarif, siapa?' keluh dhia.. Sambil berjalan turun kebawah.

'' ayah!'' kata dhia sebalik tiba di ruang tamu rumah sewanya.. Belum pun sempat lelaki berambut kelabu itu berpaling kearah dhia.. Dhia sudah dapat meneka siapa gerangan nya.

'' esha.. Ikut ayah balik.. '' kata dhani yang bangun dan berpaling melihat kearah dhia..

'balik!! kenapa? Kenapa tiba-tiba ayah datang kesini.. Adakah ayah dah dapat tahu apa yang terjadi..'

'' kenapa ayah? '' tanya dhia.

'' ada sesuatu berlaku dirumah, bersiap kita akan pulang sekarang..!! '' kata dhani tegas seperti selalunya..

'' tapi ayah.. ''

'' dhia qaleesha !!!'' tersentak dhia. Mendengar pekikan suara dhani memenuhi ruang rumah itu. Bukan hanya dhia seorang. Marissa dan marina juga.

'' tolong degar apa yang ayah katakan.. Tanpa perlu tanya banyak!'' kata dhani berbalikkan tubuhnya dan berjalan kearah pintu.

'' ayah tunggu di dalam kereta.. Jangan sampai ayah guna kekerasan keatas kamu esha!'' amaran dari dhani.

'kenapa ayah tiba-tiba datang dan marah-marah, adakah ayah sudah tahu apa yang sudah terjadi lima hari yang lepas.. Allahuakbar ! Sungguh aku takut.. Takut dengan semua ini..'

Dhia berlari naik keatas, mengemas pakaiannya ala kadar dan mengambil barang peribadinya, lalu disumbatkan sahaja didalam satu beg..begitu sahaja.. Didalam fikirannya penuh dengan tanda tanya.. Apa yang sebenarnya terjadi. Dhia turun semula ke ruang tamu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada marissa dan marina.

'' dhia balik dulu.. '' kata dhia

'' dhia.. Apa-apa call tau.. Kami tunggu dhia disini.. '' kata marissa.

'' Ya dhia.. Kalau nak minta tolong kak.. Call ja kak atau risa.. Jangan segan-segan.. Kakak anggap dhia dah macam adik kakak sendiri.. '' kata marina sambil memeluk dhia.

Diluar rumah kedengaran bunyi hon dari kereta yang dinaiki Dhani. Dia sedang mengintai dari dalam keretanya melalui cermin kereta. Melihat anaknya sedang dipeluk peluk oleh marissa dan marina. Sesekali dia berpaling melihat kearah jam tangannya. Gelisah mula menyelubunginnya.. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia heret anak gadisnya itu masuk kedalam kereta..

'' kalau dekat kampung ni... Dah lama aku buat macam tu.. Ni sabit di bandar.. Nanti tak pasal pula viral, lepas tu keluar pula tohmahan yang bukan-bukan..dari hal kecil jadi besar'' rungutnya sendiri.. Matanya melihat kerah dhia yang sedang berjalan ke arahnya sambil diiringi oleh dua teman serumahnya.

Dhia masuk duduk didalam kereta disebelah tempat pemandu.. Dia memandang keluar melambai kepada marissa dan marina.. Tak tunggu lama dhani terus memasukkan gear dan memandu pergi dari kawasan perumahan itu. Dhia segera menarik tali pingang lalu memakainya.

Sunyi saja perjalanan menuju ke kampung yang dipandu oleh dhani. Dhia banyak menghabiskan masa merenung ke arah luar.. Dia langsung tak berpaling kearah dhani yang ada disebelahnya yang sedang memandu. Dhia duduk diam di tempatnya sambil memeluk beg pakaiannya yang berada dia atas ribanya.

Sebaik sampai di kampung, dhia melihat ada khemah yang di dirikan diluar rumah mereka..

'kenapa ada khemah? Mak sakit ke? Tapi kalau orang sakit.. Kenapa khemah dia nampak cantik seperti ada kenduri orang kahwin. Atau hari ni kakak tunang? Tapi kenapa kakak tak beritahu pun..' dhia melihat rumahnya sudah berhias cantik..

Sebaik sampai dhia melangkah masuk kedalam rumah.. Dia melihat sanak saudara sebelah ayahnya ada ramai didalam rumah.. Mereka semuanya sedang memandang kearahnya..

Qasrina yang sedang duduk disamping mereka meminta diri dari beberapa orang tua untuk bangun dan berjalan kearah dhia yang membatu di hadapan pintu utama rumah mereka.

'' ikut mak.. '' kata Qasrina menarik tangan dhia supaya jalan mengikutnya ke dalam bilik qaisarah.

'' Esha.. Cuba pakai baju ni!'' kata Qasrina tegas, sambil menyuakan sepasang baju yang berona putih mutiara kepadanya.

'untuk apa semua ni?'

'' kenapa Esha kena pakai baju ni mak? '' tanya dhia. Qasrina menayangkan wajah gelisah tak berani nak terangkan semuanya kepada dhia. Masuk eliya kedalam bilik tersebut..

'' kamu kena nikah.. Gantikan kakak kamu yang dah lari.. !!'' kata ibu tirinya Eliya.

'apa nikah! Dengah abang hanif?' dhia bingung, dia memerhatikan satu persatu wajah mereka yang ada disitu.. Sekejap melihat Qasrina.. Sekejap eliya..

'' tapi Esha.. ''

'' Esha! Dengar.. Kalau Esha menolak.. Keluarga kita akan disaman malu, oleh keluarga hanif.. Tolonglah Esha.. Mak merayu.. Kali ni saja mak minta tolong Esha.... '' kata Qasrina merayu.

'' kenapa dia nak saman kita? '' tanya dhia yang masih bingung.

'' kerana mereka tak mahu menanggung malu.. Mereka nak juga Esha jadi penggantinya.. '' kata Qasrina.

'' tapi.. Esha''

''Esha tak ada pilihan.. Nikah dengan dia! Mungkin sudah tertulis jodoh Esha dengan dia!'' kata dhani memotong kata dhia.

'' boleh.. Dengan satu syarat!'' kata Esha.. Ketiga-tiga orang tua itu mengangkat wajah, mula menumpukan perhatian mereka memandang tepat kearah dhia yang sedang berdiri memegang baju kurung nikah itu.

'' selepas nikah.. Apa pun terjadi kepada esha.. Esha tak nak, seorang pun, boleh ikut campur tangan dalam hidup Esha..'' kata dhia mengengam erat baju kurung nikah ditangannya.

Qasrina menangis disitu juga.. Sakit hatinya seperti sedang melepaskan anaknya pergi jauh darinya.. Dia sendiri tak mahu perkara itu berlaku. Tapi apakan daya.. Bakal besannya awal-awal lagi sudah datang menyerang ke rumahnya mengugut seluruh keluarganya. Apa lagi pilihan yang dia ada.. Harapannya hanya kepada dhia qaleesha.

'' baik.. Ayah setuju.. '' balas dhani.. Membuatkan dua isterinya yang berada di sampingnya berpaling melihat kearahnya.

'' abang!'' kata eliya.

'' kita tak ada pilihan.. Lagipun abang yakin hanif tu seorang lelaki yang baik.. Dia boleh bahagiakan Esha.. '' kata dhani meyakinkan eliya dan juga Qasrina yang sedang menghamburkan tangisannya.

'' Qasrina.. Yakinlah.. Mungkin ini yang terbaik buat Esha.. Kamu sendiri tahu macam mana hanif tu.. Dia boleh jagakan Esha kita dengan baik.. '' pujuk dhani lagi.

Dhia menarik senyumnya.. 'Ya ayah.. Dia lelaki yang baik.. Cuma anak ayah ni yang tak berapa nak baik.. Esha serahkan masa depan Esha kepada takdir..'

'' eliya pergi panggilkan orang siapkan Esha.. Kejap lagi mereka dah nak sampai.. Jangan biar mereka tersinggung lagi dengan kita!'' kata dhani kepada isteri mudanya. Berlari keluar eliya dari bilik itu mencari jurumekap yang sedang makan diluar.

'' mana pengantin perempuannya.. '' bising jurusolek itu sambil menjinjit beg solek nya melangkah masuk kedalam bilik pengantin yang sudah dihias cantik dengan bunga-bunga plastik di katil.

'' ini haa.. Pengantinnya.. '' kata salah seorang ahli keluarga yang memegang lengan dhia.

'' pengantin baru sampai dari bandar.. Lama saya tunggu.. '' katanya ramah.

'jadi.. Mereka telah menutup semuanya.. Tak kah dia tahu aku dan kak Sarah jauh bezanya.. Bagaikan langit dengan bumi..baju nikah pun longgar seperti baju tumpang..betullah tu..aku hanya pengantin pengganti sahaja...'

'' mari sini duduk sini, berangan apa lagi tu.. Sekejap lagi bakal suami kamu datang.. tak siap lagi.. Nanti siapa yang kena marah! Akak juga tau.. '' bebel wanita itu.

Dhia akur lalu duduk di kerusi meja solek yang ada di dalam bilik itu.. Lalu wajah dhia disolek oleh kakak yang kuat bebel itu.

'kenapa semua ini berlaku kepada aku.. !!apa salah yang aku buat sampai aku terpaksa melalui semua ini!' qaleesha hanya mampu merintih dalam diam.

'' untung muka kau lincin dik.. Senang aku makeup kau!kalau tak... mana siap lagi ni!'' kata jurusolek itu lagi.. Dhia hanya menarik sahaja bibirnya tersenyum sebaris membalas kepada wanita yang memujinya.

'' dik oii.. Kak puji kau.. Kau senyum macam tak ikhlas je.. Jadi pengantin ni, kena kerap senyum.. Barulah naik serinya.. Ni tak masam je.. Macam kena kahwin paksa pula..'' katanya sambil ketawa.. Manakala dhia melihat sepupupu wanita yang sebaya dengannya yang ada di belakangnya melalui pantulan cermin. Mereka masing-masing saling melihat sesama sendiri..

'memang ini perkahwinan paksa.. Tapi aku rela menggantikan kakak aku sendiri.. Hanya untuk kali ini.!!'

Setelah siap, dhia diiringi oleh sepupunya yang menunggu didalam bilik, berjalan keluar ke ruang tamu.. Dimana sudah penuh dengan sanak saudara..dan juga pihak lelaki.. Qasrina bangun membawa dhia untuk duduk di atas pelamin yang ada di ruang rumah itu.

'mampukah aku.. Menjadi seorang isteri yang sempurna.. Sedangkan aku.. !' dhia meramas kuat kain baju kurung putih yang tersarung di tubuhnya.. Dengan mata yang berkaca-kaca memandang belakang tubuh hanif, yang sedang duduk membelakangkannya.. Mengadap jurunikah.

Dhia dikejutkan dengan suara yang berkata kan.

''sah! ''

''sah! "

'' sah!!''

''alhamdulillah... '' wajah orang tua itu semuanya tersenyum manis. Terkebil kebil dhia seketika..

'kenapa semuanya berlaku, terlalu pantas.. Kenapa dia, boleh melafazkannya dengan lancar sekali? Tanpa gugup atau ulangan berkali-kali.. Seperti orang lain..' tanpa dhia sedari air matanya gugur. Cepat-cepat dia berpaling menyembunyikan wajahnya.. Qasrina segera mengelap air mata yang mengalir di pipi anaknya.. Lalu dia menarik dhia kedalam pelukkannya. Memeluk dhia dengan erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience