BAB 83

Romance Completed 367809

Khairul masih termenung melihat kepada bayinya yang sudah selamat dilahirkan ke dunia.. Dia memerhatikan saja bayi yang sudah tidur di dalam katil bayi itu. Manakala liyana dan khairina sibuk menguruskan dhia, bertanya apa yang perlu untuk menantunya itu.. Kerana dhia pastinya akan bermalam di hospital pada malam itu..

'' nanti Esha balik rumah ibu saja ya, pantang dengan ibu saja.. Rumah ibu ada maid.. Khairina pun ada, boleh tengok-tengokkan..boleh dia belajar macam mana nak jadi ibu nanti.. Nanti ibu upah orang untuk jagakan Esha dalam pantang.. '' kata liyana.

'' Esha tak kisah ibu.. Terserahlah, pantang dimana pun.. Esha ok.. Asalkan khai bagi.. '' kata dhia menunjukkan kepada khairul.

'' dari tadi dia tenung anak dia kenapa.. '' kata liyana melihat kearah khairul yang sedang memegang katil bayinya.

'' rasanya ibu.. Abang tu masih tergejut kot.. Tak percaya dah naik pangkat jadi papa..'' kata khairina..

'' biar ibu pergi tegur Abang kamu.. Kalau dibiar tu.. Sampai ke esok dia tenung anak dia tu.. '' kata liyana berlalu pergi dari sisi katil dhia.. Berjalan kepada khairul yang ada di sudut bilik bersama bayinya ..

'' khai!'' liyana menyentuh bahu anaknya..

'' ibu!.. Tergejut khai.. '' kata khairul.

'' mana tak tergejut nya.. Kalau asyik termenung tengok anak tu dari tadi.. '' kata liyana.

'' khai tengah pikir ni.. Kalau dia nangis nanti nak buat apa.. '' alasan khairul.. Padahal dia sendiri masih tak menyangka dia akan menjadi seorang papa.. Dan dihadapannya ini, adalah anaknya.

'' kalau dia nangis.. Bagi dekat Esha lah.. Bagi cucu ibu.. Minum susu.. '' kata liyana..

'' apa nama cucu ibu yang comel ni.. Khai jangan cakap, yang khai tak cari nama untuk dia lagi!'' liyana menekan bicaranya..

'' eh dah ibu.. Nama dia.. Khalish dzulfahmi..'' kata khairul memandang kearah dhia yang terbaring di katil..

'' betul kan sayang.. '' kata khairul lagi.

'' betul-betul lah ni khai!'' kata liyana.

'' betul lah tu ibu.. '' sampuk dhia.

'' jangan main-main khai! Tanggung jawap khai dah bertambah tau.. Ada satu amanah yang tuhan berikan untuk khai.. Lepas ni tanggungjawab khai akan lebih besar.. '' tegur liyana..

'' khai tahu ibu.. '' kata khairul.. Menarik nafasnya dalam dalam..

'' khalish.. Dzulfahmi.. Nak panggil apa ni..? '' tanya khairina.

'' panggil khalish.. Dekat dengan nama khai dan dhia.. '' kata khairul..

'' khalish.. Cucu mak tok.. Nanti balik rumah mak tok ya.. Sayang ni.. '' kata liyana mengangkat khalish yang masih tidur didalam katilnya..

'' khai dah azan kan khalish? '' tanya liyana.

Khairul kemudiannya mengangguk..

'' nasib papa kamu dah azan kan.. Kalau tak.. Kena lagi papa kamu dengan maktok..!'' kata liyana.

Khairina sudah menutup mulutnya dengan tangan..menahan tawa. Manakala dhia hanya mampu tersenyum, melihat dua anak beranak itu sedang berbalah..

Selama tiga hari berada di hospital akhirnya dhia dibenarkan balik ke rumah.. Khairul membawa keluarga kecilnya kembali ke rumah utama keluarganya..

Bilik khairul yang dulunya dihias seperti bilik bujang kini diserikan dengan aksesori barangan bayi.. Terdapat katil bayi disitu dan juga separuh bilik itu dilengkapi dengan barang khalish dan dhia.

'' sayang.. '' panggil khairul yang baru balik dari tempat kerja.

'' sssshhhh.. Khalish baru tidur.. '' kata dhia.. Menunjukkan kearah katil bayi..

Khairul berjalan menuju ke katil bayi.. Untul melihat khalish..

'' hubby.. Pergi mandi dulu.. Hubby tu bawa balik bakteria.. Kesian khalish nanti.. '' kata dhia.

'' sekejap nak tengok saja.. '' kata khairul..

'' hubby!'' dhia menegaskan suaranya.. Dengan nada yang rendah..

'' ok-ok! Hubby pergilah ni!'' kata khairul. Pasrah. Berjalan masuk kedalam bilik air..

Sebaik khairul sudah mandi dia cepat-cepat memakai bajunya.. Untuk menjenguk bayinya..

'' sayang kenapa dia asyik tidur je? '' tanya khairul. Kerana setiap kali dia balik kerja anaknya akan tidur..

'' Hubyy.. Baby kan macam tu.. Dulu dhaniel pun macam tu.. Kecik-kecil tidur je.. Bila besar.. Kita yang tidur.. Dia tak tidur.. '' kata dhia..

'' oh.. Macam tu ya.. '' kata khairul.. Mengelus pipi khalish..

'' hubby.. Esok sayang nak mengurut hubby kan cuti.. Jaga khalish ya.. '' kata dhia.

'' aaaarh! Jaga khalish? '' khairul mengaru kepalanya.

'' kalau dia menangis macam mana? kalau dia lapar? dia berak? dia.. Tak suka hubby? '' kata khairul.

'' mana boleh dia tak suka papa dia sendiri!.. Mengada lah.. Baby je khalish tu.. Kenapa hubby takut.... '' kata dhia.

'' bukan takut lah sayang.. Tak reti.. Hubby nak dukung dia pun takut.. Ni nak jaga dia.. Macam mana? '' kata khairul.. Takut dia terkasar dengan khalish yang halus tu.

'' tak tahu.. Yang penting esok hubby yang jaga.. '' kata dhia.. Sengaja nak kenakan khairul.

Keesokannya.. berlakulah sesi dhia mengurut.. Baru tiga puluh minit sesi mengurut itu berlangsung.. Kedengaran suara khalish menangis..

'' kak. Saya pergi tengokkan anak saya kejap lah.. '' kata dhia.. Tak senang dia nak menyambung sesi mengurut itu..

'' bawakan saja anak kamu kesini.. Dia laparlah tu, agaknya.. '' kata kakak yang mengurut dhia.

Sebaik dhia membuka pintu bilik.. Khairul sudah berdiri di hadapan pintu mendukung khalish..

'' sayang.. Kenapa tak pakai baju? '' tanya khairul.. Bila melihat dhia hanya berkemban..

'' mengurut kan.. Memanglah macam ni.. '' kata dhia..

Khairul menyerahkan khalish kepada dhia... Pintu ditutup kembali oleh dhia.. Tercengang khairul di muka pintu. Kebingungan.. Kakak yang mengurut dhia hanya tersenyum-senyum melihat kearah dhia..

Pejam celik - pejam celik.. Akhirnya tamat juga tempoh berpantang dhia selama empat puluh empat hari.. Tapi mereka tak terus kembali ke rumah mereka.. Kerana liyana meminta dhia dan khairul tunggu khalish genap dua bulan dan akan mengadakan majlis aqiqah buat khalish.

Majlis aqiqah khalish diadakan di rumah liyana.. Majlis kecil-kecilan yang dihadiri oleh kenalan rapat..

Keluarga dhia turut hadir memeriahkan masjid tersebut.. Tak kurang juga eijaz turut datang dari Jepun. Keluarga ufairah dan zawawi turut hadir memeriahkan majlis..

'' lepas ni khairina pula ya.. '' kata ufairah.

'' itulah.. Takut pula rasanya.. '' kata khairina mengelus perutnya..

'' takut tu memanglah.. Itulah pengorbanan kita.... '' kata ufairah.. Dia tak sanggup nak menyambung ayatnya.. Tak mahu khairina bersedih.. Kerana perlu melahirkan cucunya tanpa anaknya sebagai suami..

'' bonda.. Jemputlah makan dengan ayahanda.. Khairina pergi ambilkan kuih untuk bonda.. Atau nak kambing bakar.. Khairina tolong ambilkan.. '' kata khairina.

'' tak perlu susah-susah.. Kamu tu dah sarat.. Duduk diam-diam saja.. Nanti kalau kami nak.. Kami ambil sendiri saja... '' kata zawawi.. Khairina kemudiannya mengangguk.

Dari jauh dia melihat Irfan datang dengan anak tahfiz yang dibawanya.. Khairina kemudiannya meminta izin untuk pergi kearah pintu masuk dimana Irfan sedang menguruskan anak-anak tahfiz nya.

'' assalamualaikum ustaz.. '' tegur khairina.

'' waalaikummusalam.. Khairina.. Maaflah kami terlambat.. '' kata Irfan..

'' tak mengapa.. Sekejap.. Saya panggilkan abang.. '' kata khairina.. Melambai kepada khairul..segera khairul menghambiri khairina sebaik melihat lambaian adiknya itu..

'' assalamualaikum ustaz.. '' kata khairul menyalam tangan Irfan.

'' waalaikummusalam.. Maaflah khai.. Saya terlambat.. Ada hal yang tak dapat dielakkan tadi.. '' kata Irfan.

'' tak mengapa.. Jemputlah masuk kedalam.. Anak-anaknya sekali jemput-jemput.. '' pelawa khairul..

Begitulah majlis berlangsung.. Sederhana.. Tapi meriah.. Dalam sibuk tuan rumah melayan tetamu yang masih bersisa.. Datanglah seorang wanita.. Memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki.. Melangkah masuk kedalam halaman rumah itu..

'' kau buat apa disini!'' tanya khairul.

'' aku nak jumpa dengan datin!'' kata wanita itu tak angkuh.

'' lebih baik kau berambus.. !!'' marah khairul..

'' aku pernah datang nak jumpa kau sebelum ni khai! Tapi apa yang aku dapat! Aku dimalukan.. Kau dengan isteri kau tu, sama saja!'' marah nadeerah.

'' kenapa ni!'' tanya liyana datang menghampiri mereka berdua.. Bila mendengar suara khairul bertempik-tempik di halaman rumah.

'' datin.. Saya datang ni nak berjumpa dengan datin.. Ada perkara yang perlu saya bincangkan dengan datin.. '' kata nadeerah menjeling kepada khairul.

Liyana melihat tangan nadeerah yang sedang menggengam erat tangan seorang kanak-kanak lelaki disampingnya..

'kenapa dia datang bawa budak lelaki pula.. Apa motif dia.. Atau itu anak khai!'

'' masuklah, kita berbincang didalam '' pelawa liyana.. Di bawah khemah masih bersisa tetamunya.. Dia tak mahu hal keluarganya tersebar luas begitu.. Kerana perkara itu masih belum pasti..

'' boleh aku masuk!'' kata nadeerah kepada khairul.

'ini senjata terakhir aku khai! Kau yang memaksa aku!' sindir nadeerah.

Mahu tak mahu khairul berganjak ke tepi.. Membenarkan nadeerah dan budak lelaki yang datang bersamanya masuk kedalam. Dhia yang sedang mengendong khalish di ruang tamu melihat sahaja nadeerah masuk kedalam rumah itu menarik tangan seorang budak lelaki masuk bersamanya berjalan ke bilik bacaan liyana. Kemudian dhia berpaling melihat kepada khairul.. Yang berdiri kaku di halaman rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience