BAB 7

Romance Completed 367809

Balik dari sekolah qaleesha terus mengayuh basikalnya laju untuk balik ke rumah, perutnya memulas-mulas ingin segera menyahut panggilan alam.

'' assalamualaikum.. '' tapi tak ada sahutan yang menjawap salamnya.

'' mana semua orang ni? '' qaleesha menongkat basikalnya di tempat biasa yang selalu dia letakkan.

'' mak!'' panggil qaleesha. Namun tak juga siapa yang menjawap panggilannya.

'' sakit perut..aduhh..'' qaleesha berlari ke belakang rumahnya dimana disitu ada tandas yang berada di luar rumahnya..

Selesai melepaskan hajatnya dia kembali semula ke halaman depan rumahnya.. Dan duduk di buaian besi yang ada di hadapan rumah tersebut..

'' mak keluar ke? '' keluhnya melihat pintu yang masih terkunci.

'' kalau tahu tadi, baik singgah rumah risa dulu.. '' tubuhnya bersandar di besi buaian dan mengayun kan badannya perlahan.

Dari jauh kedengaran bunyi enjin motosikal. Semakin lama, semakin dekat dan mula memasuki halaman rumahnya.

Eijaz baru pulang dari tempat kerjanya. Eijaz melihat sahaja kearah qaleesha yang sedang duduk diatas buai, mendongak keatas dengan mata yang terpejam. Kakinya berjalan kearah buaian.

'' kenapa Esha tak masuk? '' tanya eijaz

'' esha!'' bahu Qaleesha digoyang perlahan. Qaleesha segera menepis tangan eijaz yang melekat di bahunya.

'' kenapa perlu sentuh-sentuh.. tak sukalah!'' kata Qaleesha dengan nada yang kasar.

'' kenapa Esha selalu cakap kasar dengan abang.. Abang tanya elok-elok kan.. '' kata eijaz.. Masih berbicara lembut seperti selalunya.

'' kau sendiri tahu kenapa.. Tak perlu nak tanya.. '' kata Qaleesha dingin seperti selalunya.

'' Esha.. Apa yang jadi, bukan atas kehendak kita.. Kalau boleh, abang pun tak nak kita macam ni.. Tapi Esha.. Sekurang-kurangnya jangan Esha terus membenci ayah.. Apa-apa pun dia tetap ayah kandung Esha..'' kata Eijaz ikhlas lahir dari hatinya.

Qaleesha menarik senyumnya sebelum dia tergelak kecil. Eijaz tahu dan sudah menghafal senyuman sinis dari qaleesha itu. Tak sah kalau tak menyindirnya.

'kenapa Esha.. Kau nak membenci abang sampai bila..?' keluh Eijaz.

'' Esha'' pergelangan tangan Qaleesha ditangkap dan digengamnya.

''abang..''

''sukakan...''

''esha..''

Sepatah demi sepatah eijaz mengungkapkan apa yang selama ini dia pendamkan didalam hatinya.

Qaleesha terdiam, terkaku.. Mendongak memandang anak mata hitam pekat milik Eijaz..

'apa! Suka? Apa maksud dia dengan suka? apa yang di cuba cakapkan ni!'

Bunyi telefon didalam rumah mengejutkan mereka yang sedang bertentangan mata entah untuk beberapa lama.. Masing-masing tersentak sebelum, qaleesha menarik kembali tangannya.

'' abang buka kan pintu'' kata eijaz gugup dengan muka yang memerah. Menahan malu.. Dia berjalan kearah pintu rumah dan membukanya luas-luas sebelum berjalan dengan laju kedalam rumah, mengangkat telefon yang masih berdering.

''assalamualaikum '' kata eijaz.

'' waalaikummusalam eijaz.. Mak ni'' sambut suara Qasrina disebelah sana.

''mak.. Kenapa? Mak dimana? '' tanya eijaz.

'' mak ada di pekan.. Bawa dhaniel ke klinik dengan ayah dan ibu kamu.'' jawap Qasrina.

'' kenapa dengan dhaniel mak? '' tanya eijaz cemas.

'' dhaniel demam.. Ni mak nak tanya '' Qasrina terdiam di sebelah sana.

'' mak.. Tanya apa tu? '' tanya eijaz..

'' hello mak? '' tanya eijaz lagi, bila tak mendengar suara Qasrina di sebelah sana..

'' mak nak tanya... Esha.. Balik tak lagi.. '' kata qasrina satu persatu.

'' dah balik mak.. Tapi dia ada dekat luar rumah lagi.. '' balas eijaz tenang, dia dapat menangkap apa yang sedang qasrina rungsingkan.

'' ahh.. Ya.. Mak takut dia merayau ke tempat lain nanti bila tengok mak tak ada.. Tu yang mak telefon ni.. '' kata qasrina berdalih.. Kedengaran suaranya sedang gelak kecil.

'' hmm.. Eijaz.. Mak tak sempat masak tadi.. Boleh tak kamu ajak Esha keluar makan dekat luar dulu.. Balik nanti mak masakkan.. '' kata qasrina.

'' boleh mak.. Tapi.... Takutnya Esha yang tak nak.. '' kata eijaz.

'' panggilkan dia.. Biar mak cakap dengan dia.. '' balas Qasrina lagi.

'' baik mak, kejap ya.. Eijaz panggilkan.. '' kata eijaz.. Sebelum berjalan pergi ke arah pintu. Dia melihat Qaleesha sudah kembali duduk di atas buaian.

'' Esha.. Mak call, nak cakap dengan Esha.. '' kata eijaz. Qaleesha masih diam di tempatnya.

'' Esha.. Mak tunggu tu.. '' kata eijaz lagi.

'' hmmm'' qaleesha membalas hanya dengan bergumam.. Sebelum bangun dari duduknya.

Eijaz melihat sahaja qaleesha bagun dan berjalan kearah telefon. Dia pula mengambil tempat duduk di atas buaian yang asalnya tempat Qaleesha duduk tadi.

''makkk.. Pergi mana'' kedengaran suara qaleesha memanggil manja maknya..

'' mak ada di klinik, bawa dhaniel.. Demam.. '' jawap Qasrina.

'' Esha.. Mak nak pesan ni.. Esha keluar makan dengan abang eijaz ya.. Sampai mak balik nanti. '' kata qasrina.

'' buat apa nak keluar makan.. Esha boleh masak sendiri.. '' kata Qaleesha.

'' itu mak tahu! Esha boleh masak.. Tapi Esha tak boleh duduk berdua saja dengan abang eijaz.. Faham tak maksud mak!'' kata qasrina menekan suaranya.

'' macam-macam lah mak ni! ''

'' tapi Esha tak nak keluar dengan dia.. '' kata Qaleesha sambil menghentak hentakkan kakinya.

'' Esha.. Boleh dengar tak cakap mak.. Kamu nak ke.... ''

'' yealah-yealah.. '' cepat-cepat qaleesha memotong kata maknya.. Taknak mendengar ucapan yang bakal keluar dari maknya itu.. Takut perkara itu menjadi nyata.. Jangan main-main dengan kata kata dari seorang ibu. Sementara diluar, eijaz menundukkan wajahnya kebawah dan menarik sebaris senyuman.. Geli hatinya.

'' faham pun.. Dah la..mak nak letak dah telefon. '' kata qasrina.

'' hmmm.. Bye mak.. Assalamualaikum. ''

'' waalaikummusalam.. '' jawap Qasrina..seraya dengan itu.. Panggilan dimatikan.

Qaleesha mengeluh sebelum meletakkan ganggang telefon di tempatnya. Dia mengintai kearah luar melihat eijaz sedang duduk di atas buaian.

'' mak cakap apa? '' tanya eijaz. Sengaja.. Walaupun dia sendiri sudah tahu semuanya.

'' mak suruh keluar makan..'' balas qaleesha keluar semula dari rumah dan memgambil beg sekolahnya.

'' pergilah siap.. Abang tunggu disini'' kata eijaz masih duduk di atas buaian menghayun badannya sendiri dan tersenyum senang.

Qaleesha sekadar menjeling kearah Eijaz. Berjalan masuk kedalam rumah dan menutup pintu rumah tu dengan kuat dan menguncinya dari dalam.

''amboi.. Garang sungguh..!!'' kata eijaz yang tersentak bila mendengar bunyi pintu yang di banting oleh qaleesha.

'kenapa satu rahsia tuhan ini.. Amat sulit aku mengerti.. Kenapa? apa yang harus aku lakukan agar dia tak terus memusuhi dan membenci aku..'keluh eijaz.

Kreekk... Pintu kayu rumah tersebut dibuka dari dalam.. Keluarlah Qaleesha yang sudah siap mandi dan memakai baju t-shirt dan berseluar track.

''dah siap.. Jomlah kita!'' pelawa eijaz. Memulakan bicara, dia tahu kalau nak tunggu qaleesha bercakap dahulu dengannya rasanya akan hujan lebat arini..

'' hmm.. '' kata qaleesha menarik bibirnya membuatkan sebelah pipinya mengembung, jelas kelihatan satu lesung pipit disitu.

'' naik moto abang.. '' kata eijaz menunjukkan kearah motosikal miliknya.

'' tak kita jalan kaki sahaja.. '' kata qaleesha bersahaja sambil menyarungkan selipar di kakinya.

'' kita nak berjalan sampai kemana? jauh la esha.. '' kata eijaz. Sedang ligat berfikir. Jauh juga kalau nak berjalan ke kedai makan kedai pak mat yang di hujung simpang tu..

'' saya naik basikal saja.. Kau naik lah moto.. Itu pun susah!'' kata qaleesha. Mula meninggikan suaranya.

'' apa salahnya kalau naik moto abang saja.. Senang.. Sekali lalu.. Nanti kita balik sekali.. Senang kan.. Kenapa nak kena pergi asing-asing pula.. '' kata eijaz tak puas hati.

'' dhia tak nak naik motor dengan kamu! Tak suka!'' kata qaleesha memeluk tubuhnya.

'' ok fine.. Kita jalan kaki.. Dah tu yang esha nak kan.. Kita jalan kaki saja.. '' eijaz mengalah dan mengikut saja seperti yang Qaleesha mahukan.

Qaleesha melangkah pergi meninggalkan eijaz yang masih terpinga-pinga sendirian.

'' esha tunggu.. '' eijaz mengejar langkah qaleesha yang semakin lama semakin jauh..

Eijaz tak berani nak bersuara.. Dia mengikut saja berjalan di belakang tubuh kecil Qaleesha.. Sesekali qaleesha berpaling melihat kepadanya. Bukar hanya sekadar melihat..tapi disertakan sekali dengan jelingan mata yang tajam. Membuatkannya menggelengkan kepala.

'' esha.. '' panggil eijaz. Mencuba nasib untuk bersembang dengan qaleesha.

'' esha.. Apa yang abang katakan tadi.. Abang tak tipu esha.. Abang ikhlas.. '' kata eijaz.

Qaleesha berhenti melangkah. Dia segera berpaling.

'' saya tak suka kamu!'' jari qaleesha menunding ke dada Eijaz.

'' kenapa? '' tanya eijaz.

'' kalau nak tahu.. Sejak lihat kau datang dengan ibu kau.. Hanya ada perasaan benci saja dalam hati ni.. Penuh dengan perasaan benci.. Hanya benci!!'' luah Qaleesha. Membuatkan eijaz menunduk kecewa.

'' sampai hati esha.. Kalau tak pun.. Sekurang-kurangnya.. Esha, terima abang sebagai abang tiri esha.. '' kata eijaz lirih.

Qaleesha berpaling langsung tak menghiraukan tentang perasaan eijaz yang diselubungi dengan perasaan kecewa.. Wajahnya yang ceria tadi bertukar menjadi masam mencuka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience