BAB 78

Romance Completed 367824

Restoran yang diberi nama semperna nama Ibu yang melahirkanny, Salmah. Menghidangkan pelbagai jenis masakan kampung dan juga campuran masakan barat..

Setiap kali pasti ada pelanggan didalam restoran itu.. Restoran itu sebelum ini pernah ditutup kerana satu insiden kebakaran yang mengorbankan pengasas restoran itu sendiri dan pasangannya.. Sehingga dibiarkan ditutup untuk tempoh masa yang agak lama.. Memandangkan waris mereka sedang melanjutkan pelajaran di bumi Mesir.

Kini, restoran itu telah dibuka semula untuk orang ramai.. Menghidangkan menu yang sama seperti arwah pemilik asalnya.. Resepi yang diturunkan buat anak lelakinya.. Irfan. Demi menyambung impian kedua orang tuannya.. Sekaligus membalas jasa orang tuanya yang telah pergi menghadap ilahi..
Irfan memilih untuk menguruskan restoran milik ibunya..dalam masa yang sama menguruskan pusat tahfiz peninggalan ayahnya.

Irfan bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.. Seolah-olah tuhan memudahkan perjalanannya.. Kini dia berjaya menguruskan hadiah yang berupa peninggalan kenangan terakhir orang tuanya kepadanya. Dia beruntung kelilingi oleh orang-orang yang banyak membantunya dalam tempoh masa tersebut..

Dari jauh dia melihat dua orang wanita bergandingan tangan masuk kedalam restorannya diiringi oleh seorang lelaki seiras dengan seorang wanita separuh baya dihadapannya..

'' assalamualaikum.. '' salam diberi kepada pelanggan yang baru masuk kedalam restoran.

'' waalaikummusalam.. '' jawap mereka bersamaan..

'' datin!'' kata irfan. Taksangka wanita yang bergandingan tangan dengan khairina adalah datin yang pernah hadir bersama dengan anak lelakinya ke pusat tahfiz sebelum ini. Irfan bersalaman dengan khairil.

'' ustaz.. '' sahut liyana.

'' ustaz kenal ibu saya? '' tanya khairina..

'' iya kenal.. Datin merupakan penderma terbesar di pusat tahfiz saya.. '' terang Irfan merendahkan diri.

'' ish.. Itu saham akhirat saya.. Tak perlulah ceritakan semua itu.. Saya datang nak makan.. Sekaligus nak ucapkan terima kasih sebab pernah tolong anak saya sebelum ni.. '' kata liyana.

'' saya ikhlas tolong khairina masa tu.. Datin tak perlulah nak berterima kasih.. Lagipun perkara tu sudah lama berlalu.. '' kata Irfan.

Liyana menganggukkan kepala.. Liyana sukakan peribadi anak muda yang bergelar ustaz muda dihadapannya.. Sangat sopan saat bicara.. Menghormati orang tua dan senyuman yang tak pernah lekang dari wajahnya yang putih bersih itu.

'' jemputlah datin.. Sila lah.. '' pelawa Irfan. Kenapalah bila, keluarga ini datang.. Akan dibiarkan berdiri, tanpa mempelawa mereka masuk dan duduk di meja mereka.

Duduklah mereka bertiga di meja yang di tunjukkan oleh Irfan.. Seperti biasa Irfan sendiri akan melayan tetamunya itu..

'' ustaz, saya ni.. nak minta tolong sikit.. '' kata liyana..

'' minta tolong apa tu datin? .. Kalau perkara tu mampu saya tolong.. Insya Allah.. Saya akan tolong.. '' kata Irfan..

'' saya nak orang macam ustaz tolong.. Datang kerumah saya.. Untuk bimbing keluarga saya.. Ajarkan ilmu agama kepada keluarga saya.. '' kata liyana..

Terkebil-kebil mata khairina melihat kepada ibunya.. Tak menyangka ibunya berhasrat untuk itu.

'' insya Allah.. Tapi saya rasa lebih manis dan afdal.. kalau datin, khairina dan anak-anak datin yang lain, ke masjid.. Kita boleh sama-sama belajar ilmu agama di rumah Allah.. '' kata Irfan.. Sopan dan lembut.

'' betul juga tu.. '' kata liyana.. Tidak membangkang tapi menerima cadangan dari Irfan.

'' saya akan berikat jadual kuliah saya kepada datin.. Jemputlah ke masjid.. Kita belajar agama bersama-sama.. Insya Allah lebih berkad.. '' kata Irfan.

Bukannya tidak tidak mahu menerima pelawaan liyana pada mulanya.. Tapi memandangkan dia masih bujang.. Tambah pula dengan status khairina.. Sebelum timbul fitnah ke atasnya.. Lebih mudah begitu.. Hendak saja dia cadangkan kepada liyana agar mengupah ustazah untuk mengajar mereka.. Tapi takutnya liyana salah faham pula dengan niatnya..

'' jemputlah makan.. '' kata Irfan kepada keluarga itu. Kemudian dia memohon diri untuk ke belakang, meninggalkan keluarga itu untuk menjamu selera.

Sedang asyik tiga anak beranak itu makan makanan mereka.. Seorang pelayan meletakkan segelas air berwarna hijau di hadapan khairina..

'' air siapa ni? Saya tak order pun.. '' kata khairina.

'' ini ustaz suruh hantar kan kepada cik.. Ini jus buah kedondong campur apple hijau.. Katanya boleh hilangkan mual.. '' kata pelayan itu..

Khairina menarik bibirnya tersenyum kepada pelayan tersebut..

'' terima kasih.. '' kata khairina menundukkan sedikit kepalanya kepada pelayan itu..

'' sama-sama.. '' balas pelayan itu lalu berlalu pergi.

Khairina melihat air yang ada dihadapannya.. Tangannya mengacau air itu Perlahan-lahan.. Kemudian timbul seketul asam boi ke permukaan air itu.. Terus khairina menelan air liurnya..

'' minum lah.. Tenung-tenung apa, air tu lama-lama.. '' tegur liyana..

'' entah! ..betul kata ibu tu.. Kalau tak nak biar abang saja yang minum.. '' kata khairil.

'' eh!eh!'' khairina menghalang tangan khairil yang mahu merampas airnya..

'' ini untuk baby khairina lah.. '' kata khairina kemudian melarikan gelas yang berisi air hijau itu..

Khairina menyedut air itu melalui penyedut minuman.. Sedikit sahaja untuk merasa.. Bila air itu melalui kerongkongnya.. Terasa seperti kena saja dengan tekaknya.. Masam-masam manis macam tu..

''sedap!'' kata khairina sebaik bibirnya melepaskan penyedut minuman itu.

'' alhamdulillah.. baguslah tu.. Ni makan banyak sikit.. Asyik alah saja..sampai susut badan khairina tu.. '' kata liyana..

'' mana ada susut.. Khairina makin gemuk ni.. Siang memang tak lalu sangat.. Tapi malam khairina selalu lapar.. '' balas khairina..

''yea lah tu.. Sekali dengan ibu kena tempiasnya..'' kata liyana.

'' patutlah pipi ibu semakin berisi saja ril tengok.. '' usik khairil..

'' kamu jangan..ril.. '' liyana menunjukkan jarinya kepada khairil..

Gembira saja kedengaran tiga beranak itu makan bersama.. Irfan kemudiannya datang menyerahkan jadual kuliahnya.. Kepada liyana. Sempat liyana meminta air yang dibuat oleh Irfan kepada khairina tadi sebagai bekal, bagi pihak khairina.

Bermula dari itu.. Liyana dan khairina sering menghabiskan waktu malam mereka di rumah Allah.. Seperti yang disarankan oleh Irfan..

Keesokannya, khairina menunggu kedatangan khairul dan dhia di rumah.. Hari ini dia akan mengikut khairul dan dhia ke pusat membeli belah.. Membeli keperluan bayi khairul dan dhia yang akan lahir tak lama lagi..

Bejalan lah mereka bertiga didalam pusat beli belah itu.. Memasuki butik bayi yang terdapat di dalam mall itu.. Khairul mengikutkan saja permintaan dua ibu hamil itu..

Sibuk dhia dan khairina memilih pakaian baju lelaki disatu sudut bersama, manakala khairul sekadar menunggu dikerusi yang disediakan oleh butik itu.. Kalini dia betul-betul menyerah.. Walaupun sudah penuh ditangannya dengan barangan bayi.. Tapi dua wanita itu masih belum menyerah..

'tak penat ke dia orang ni.. Dhia pun.. Kemarin bukan main mengadu lenguh minta diurut.. Harini jumpa khairina.. Hilang habis lenguh dia.' khairul berpaling ke arah kaunter melihat ada susunan barangan bayi yang telah dipilih oleh mereka berdua tersusun disitu. Dia hanya mampu mengelengkan kepala.

'' cantik kan ni khairina.. '' dhia mengambil satu set baju bayi lelaki lalu menunjuk kepada khairina..

'' cantik!.. Tak sabar khairina nak beli barangan baby.. '' kata khairina yang sedang memegang pakaian bayi perempuan di tangannya..

'' hai.. Pilih baju ke? '' tegur satu suara.

'' ha ah pilih baju baby.. '' kata dhia tanpa melihat kearah suara yang menegurnya.

'' kau!'' kata khairina menunding jarinya kearah wajah wanita yang sedang tersenyum kepada mereka berdua..

'' dah ingat ke? Ingat khairina lupa tadi.. '' sindir nadeerah.

'' kau buat apa disini?!'' khairina berdiri ditengah-tengah melindungi dhia di belakangnya.. Risau kalau nadeerah mengapa - apa kan mereka berdua.

'' khairina siapa dia? '' tanya dhia.

'' ohh you tak kenal I.. Biar saya je perkenalkan diri... Saya nad.. Nadeerah!'' kata nadeerah sambil menghulurkan tangannya kepada dhia.. Tapi ditepis kasar oleh khairina sebelum sempat tangan itu mendekat kepada dhia.

Dhia merenung lama wajah wanita dihadapannya nya... Jelas dia iras wajah wanita di dalam bingkai gambar didalam bilik khairul... Tetapi nyata realitinya lebih jelita.. Berpakaian seksi dan sangat mengoda..

'aku macam pernah jumpa dia.. Dia.. Ni kan perempuan yang pernah ada didepan rumah kami dulu..' dhia kembali teringat semula..

'' maaf saudari.. Kami tak ada urusan dengan saudari.. '' kata dhia.. Menarik khairina ke tepi.. Dhia juga risaukan keadaan khairina.. Yang hamil muda..

'' ohh.. Kecilnya hati I.. Tapi I.. Nak jumpa yang itu..bukan dengan korang berdua ni.. Tak ada kaitan pun.. '' tangan nadeerah menyulur panjang ke satu arah.. Dua wanita itu melihat kearah yang ditunjukkan..

Ianya adalah dimana khairul sedang duduk disamping beg-beg barangan yang penuh mengelilinginya.. Sedang menunduk melihat telefon bimbitnya..

'' jangan harap lah perempuan.. ! Abang aku bukannya bodoh macam zarif.. Yang senang kau goda.... '' kata khairina.. Dengan amarah.

'' Well.. Kita tengok saja nanti sama ada dia tergoda atau tidak.. '' kata nadeerah yakin.. Lalu, menghayun kan rambutnya ke udara.. Malangnya rambut itu ditangkap oleh dhia..

'' berambus! Kalau kau taknak dimalukan disini!'' kata dhia.. Khairina melihat hal itu segera memeluk dhia..

'' abang!!! '' jerit khairina memanggil khairul.. Dia sendiri takut melihat hal itu.. Dengan kondisi mereka.. Keselamatan perlu diutamakan.

'' hei! Perempuan lepas lah! Sakit tau tak.. '' adu nadeerah bila rambutnya masih didalam genggaman tangan dhia.. Rasa nak tercabut kulit kepalanya bila direntap sebegitu.

Khairul yang sedang menunduk melihat telefon bimbitnya membaca laporan yang dihantarkan oleh shahril. Menangkap suara khairina memanggilnya.

'ni tak lain lah ni! Mesti nak suruh kita pilih antara itu dan ini.. Macam lah kita ni pandai sangat..' khairul mendongak melihat kearah suara mereka..

Tergejut dibuatnya.. Bila melihat dhia yang sedang dipeluk oleh khairina.. Tangan dhia pula sibuk menarik rambut seorang wanita dihadapannya..

'dah kenapa pula ni.. Kalau lapar pun jangan lah gaduh..' pikir khairul.. Memandangkan mereka masih belum sempat makan.. Berlari lari anak dia kearah mereka berdua.. Memegang tangan kecil dhia..

'' sayang lepas.. '' kata khairul. Dhia mengeleng.. Tak mahu melepaskan tangannya.

'' sayang kalau nak gaduh kita gaduh dua saja sayang.. Jangan gaduh dengan orang lain.. '' pujuk khairul lagi..

'' khaiiii.. Tolong.. '' wanita itu bersuara.

Terdetik satu debaran didada khairul.. Bila terdengar suara itu.. Suara itu persis pemilik suara orang yang dicarinya selama empat tahun ini.. Kini wanita itu sedang berada di hadapannya.. Dalam situasi ini.. Khairul mengundurkan dirinya..

'' is that you nad? '' tanya khairul.. Melihat kepada wanita yang membongkok memandang ke lantai menahan kepala sendiri.

'' Yaaa! It me.. Nadeerah.. Suruh perempuan ni lepaskan rambut I lah... Khai! It hurts.. '' adu nadeerah.

'mengadalah perempuan ni!' lagi kuat pula dhia mencekam rambut nadeerah..

'' auuuchh.. Hey uuuu.. !!'' adu nadeerah lagi.. Badannya terbongkok bongkok menahan rambutnya dari terus ditarik oleh dhia.

'' khai! Help me please !'' panggil nadeerah lagi..

Khairul mengangkat dua tangannya ke udara.. Menyerah.. Dia berada dekat dengan dua ibu mengandung itu.. Menjaga disitu..

'' you kemana selama ni!? Kenapa sekarang, baru you muncul? Why? Dah habis duit ibu I bagi? '' tanya khairul.

'' it not like that lah.. khai! Hei.. Boleh tak suruh dia, lepaskan rambut I dulu.. Sakit tau tak!.. '' raung nadeerah.

'' sayang.. '' khairul memanggil dhia.. Dhia akhirnya melepaskan rambut nadeerah.. Selepas matanya menjeling kearah khairul.

'' hei! Perempuan ni! .. Gila ke apa.. Tarik rambut orang!'' marah nadeerah sambil membetulkan rambutnya yang sudah kusut..

'' watch your mouth nad! She my wife.. Dia tak akan kacau you.. Kalau you yang tak mulakan dulu.. '' kata khairul.

Dhia menyapu kedua tangannya membuang sisa rambut yang terlekat di celah jarinya.

'' hei! Are you blind.. You tengok sendiri ok? Siapa yang buat siapa? I yang jadi mangsanya disini tau! Lepas tu you tuduh I pula.. '' kata nadeerah tak puas hati.

'' ya.. Memang I blind.. Tapi itu dulu lah.. Sekarang I dah celik nad.. '' kata khairul memeluk tubuhnya..

'' what!'' nadeerah menghentakkan kakinya tak puas hati.. Dipermalukan sebegitu.. Sudahlah dimalukan.. Khairul pula tidak membelanya.. Geram!

'' eeeiieiie!'' jerit nya kemudian berlalu dari situ.. Menghentak hentak kakinya sepanjang keluar dari butik itu.. Melarikan diri dengan penampilannya yang serabai.

Khairul melihat nadeerah pergi degan marah mula menjatuhkan tangannya semula.. Kakinya mula melangkah ke hadapan..

'' kejar lah dia.. Kalau itu yang hubby nakkan!'' suara halus itu memberi amaran.

'' bukan macam tu lah sayang.. '' kata khairul.. Melihat belakang nadeerah yang semakin menjauh.

'' habis tu.. !apa!'' dhia melepaskan diri diri pelukan khairina..

'' apa abangni.. !'' marah khairina..

''lelaki semua sama je..'' nguman dhia.. Tapi masih boleh didengar oleh mereka berdua.

'' hubby cuma nak kan jawapan untuk soalan Hubby.. Itu je.. Tak lebih dari tu.. '' terang khairul.

'' hubby syak dia dapat duit dari ibu.. Itu yang hubby nak tanya.. '' sambung khairul lagi.

Dhia menarik wajahnya mencuka.. Sungguh emosinya terganggu dengan kehadiran wanita itu.. Tambah pula dengan riaksi khairul begitu.. Menambahkan rasa geramnya lagi.

'' kenapa tak tanya dekat ibu saja.. Kan a senang abang.. '' kata khairina.

'' abang taknak ibu pikir yang abang ni masih mengharap kepada perempuan tu.. Dulu memang ya.. Abang cari dia.. Abang cintakan dia... Tapi sekarang tak.. '' kata khairul. Menatap kedalam anak mata dhia.

'' nak balik!'' kata dhia. Mengalihkan pandangan dia kearah lain.

'' ok kita balik.. '' kata khairul masuk kedalam kedai.. Membayar barangan yang sudah berada di kaunter.. Kemudian mengutip semua beg yang ada dikerusi. Sekaligus meminta maaf atas kekacauan yang berlaku.. Kepada pemilik butik.

'' lain kali jangan bergaduh macam tu.. Kalau jadi apa-apa macam mana!'' bebel khairul sambil jalan melewati dua wanita hamil itu.

'' habis tu! tak kan nak biar saja.. !'' balas dhia.

'nak jugak dia menjawap!' khairul mengeleng.

Khairina diam sahaja melihat kepada pasangan itu. Masih belum hilang rasa takut atas apa yang baru berlaku tadi.. Tak sangka kakak iparnya sememangnya garang.. Tak seperti wajahnya yang nampak polos dan lembut..

'nasib lah tak jadi apa-apa.' khairina memegang dadanya.. Menepuk perlahan disitu..

Sampai saja di rumah.. Khairina terus menceritakan semuanya kepada ibunya.. Dari mula sampai kesudah.. Liyana yang mendengar hanya ketawa.. Marah khairina bila ibunya mentertawakan apa yang sedang dia sampaikan..

'nampaknya kau dah jumpa lawan kau sebenarnya nadeerah' liyana menarik bibirnya tersenyum memandang kepada khairina yang sedang menarik wajah masam disampingnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience