BAB 8

Romance Completed 367824

Akhirnya Qaleesha sampai di kedai makan yang ada di simpang jalan besar. Dia melihat eijaz yang sedang berjalan dengan Kedua-dua tangannya berada didalam poketnya.

'' dhia.. Sorang ja.. '' tegur mak melati selaku isteri kepada pemilik kedai makan tersebut.

'' taklah.. Tuu... '' qaleesha me gangkat dagunya, menunjuk kearah eijaz yang sedang berjalan menghampiri ke arah kedai makan tersebut.

'' la.. Berdua.. Rupanya.. Dah kenapa seorang dihadapan..seorang di belakang pulak..'' kata melati.

'' dia lambat.. Dhia tinggal lah'' kata qaleesha duduk di meja yang dipilihnya.. Sementara eijaz hanya melebarkan bibirnya tersenyum kearah melati.

'' nak makan apa ni? '' tanya melati.

'' dhia nak mee bandung.. '' kata qaleesha..

'' bagi saya nasi goreng special satu.. '' kata eijaz pula.

'' minum apa? '' tanya melati sambil mencatatkan di nota kecilnya.

'' milo ais.. '' kata qaleesha.

'' samalah.. '' kata eijaz..

'' tak makcik.. Tukar.. '' kata qaleesha..

'' kopi ais.. '' balas qaleesha.

'' kamu.. Sama juga? Ke nak milo ais.. '' tanya melati. Menunjuk kearah eijaz.

'' sama... '' balas eijaz, dia melihat mata qaleesha sedang menjeling kepadanya..

'' hmm.. Tu.. ''

'' tu saja makcik.. '' kata eijaz cepat-cepat memotong kata qaleesha. Melati mengangguk..dan berjalan pergi. Suaranya menempik kepada pekerjanya menyampaikan pesanan mereka.

..

Suasana bertukar hening.. Dua-dua orang yang duduk bertentangan itu saling mengunci bibir mereka dari terus mengeluarkan kata-kata.

"assalamualaikum, eijaz..!" panggil seorang lelaki tua kepadanya..

"waalaikummusalam pakcik.. Apa khabar, sihat?" tanya eijaz bangun dan bersalaman dengan lelaki tua yang menegurnya tadi.

"macam ni lah.. Dah tua-tua macam ni.. Biasalah sakit sikit-sikit tu.." kata lelaki tua itu, seraya menarik kerusi disebelah eijaz dan duduk di situ..eijaz juga kembali duduk di kerusinya. Qaleesha sekadar menarik senyuman sebaris kepada lelaki tua itu, bila mereka sama-sama berpandangan.

"kamu dhia kan..?"tanya lelaki tua itu.

Qaleesha menganggukkan kepala mengiakan.. Lelaki tua itu menarik senyumannya.. Bila melihat qaleesha mengangguk.

" dah lama rak tengok kamu.. Dulu tengok masa kamu sekolah rendah saja.. Dah besar dah kamu ni.. "kata lelaki tua itu lagi. Qaleesha hanya sekadar menarik senyumnya membalas.

Lelaki tua itu mengundurkan diri, bila makanan mereka sudah tiba dihantar oleh pembantu melati.

" kak untungkan.. Sejak abang dhani tu kahwin dengan bini baru dia.. Keluarga tu nampak senang sikit.. Taklah kak ina tu kena buat nasi lemak lagi hantar tiap-tiap pagi kesini.. Kalau tak dulu.. Pagi-pagi dah nampak anak sulung dia datang kedai letak nasi lemak.." kata pembantu melati.

" itulah.. Dengar kata bini baru abang dhani tu orang ada ada juga.. Bukan orang biasa biasa.. " balas melati.

" untung lah.. Kan. " kata pembantu melati itu lagi.

Qaleesha yang mendengar setiap butiran percakapan dari dua wanita matang itu merasa panas telinga. Seleranya mula mengendur.. Mee bandung yang terasa enak terus menjadi tawar di mulutnya.

Eijaz perasan akan perubahan dari qaleesha awalnya berselera sahaja qaleesha makan makanannya tiba-tiba dia berhenti makan. Qaleesha tak menghabiskan makanannya dia hanya minum kopi ais yang ada di depannya.

"esha makan saja.. Tak perlu dengar apa yang mereka katakan.." kata eijaz perlahan..

"dah kenyang.." balas qaleesha, sebelah tangannya mengacau minumannya dengan penyedut minuman.

"kejap abang bayarkan.." kata eijaz bangun dan berjalan ke meja makan yang sedang melati duduk dengan pembantunya.

Qaleesha melihat ke pinggan yang masih bersisa separuh nasi goreng yang belum disentuh oleh eijaz.

"jomlah.. Abang dah bayarkan.." kata eijaz yang sudah berdiri di hadapan qaleesha.

"habiskan saja nasi tu.. Masih banyak tu.." kata qaleesha. Menunjuk kearah pinggan nasi goreng yang dipesan oleh eijaz tadi.

"abang tak nak makan seorang.. Tak apa lah.. Biar sajalah.." balas eijaz.

"dhia boleh tunggu.." kata qaleesha.. Tangannya masih bermain-main dengan penyedut minumannya.

"betul ni!.." qaleesha mengangguk.

Melihat anggukan dari eijaz.. Dia diduduk semula dikerusinya.. Dan mula makan dengan cepat kerana tak mahu qaleesha menunggunya lama.

Qaleesha melihat sahaja.. Eijaz yang sedang asyik menyuapkan makanan ke mulut, mengunyah dengan ala kadar sebelum menelan semuanya...

"dah.. Terima kasih tunggu abang makan.. " kata eijaz.. Sebaik menelan makanan yang terakhirnya.. Mengurut perlahan dadanya yang terasa sesak. Membuatkan qaleesha ingin saja ketawa pada tika itu.. Tapi dia berusaha mengawalnya dan menayangkan wajah dinginnya seperti selalunya.. Eijaz segera menghirup air kopi aisnya sehingga tak bersisa lagi. Kemudian dia bernafas lega..

'gila.. Boleh mati tercekik aku,kalau macam ni..!' keluh eijaz sendiri. Dia dapat melihat qaleesha mula menarik sedikit senyuman dibibirnya..

"jom lah kita balik..esha" ajak eijaz.

"balik dululah.. Dhia nak ke sana.." kata qaleesha. Menunjuk ke seberang jalan yang ada deretan kedai disitu.

"abang ikut.." kata eijaz lagi.

Qaleesha bangun dari tempat duduknya.. Eijaz mengikut sahaja arah tuju qaleesha..

Semasa melintas jalan dalam tak sedar eijaz menarik tangan qaleesha bila melihat jalan raya selamat untuk di lintas.

"maaf.. Tak sengaja.." kata eijaz melepaskan semula tangan qaleesha sebaik sampai di sebelah jalan sana.

"dhia bukannya budak kecil.. Jalan nak kena pimpin tangan.." kata qaleesha. Dia jalan mendahului eijaz..

'haissh.. Tangan ni pun.. Cepat sangat nak menyambar tangan kecil qaleesha tu kenapa.. Kan dia marah lagi..' eijaz memarahi dirinya sendiri.

"esha nak beli apa ya.."

"kalau nak belikan bekas air esha tu.. Abang dah belikan.. Tadi terlupa nak berikan kat esha.." kata eijaz lagi.

"bukan.." balas qaleesha.

Dia berjalan masuk kedalam sebuah pasar raya.. Berjalan lorong demi lorong.. Mencari barangannya..

"jangan ikut!" kata qaleesha tegas.. Dia berpaling dan memberi amaran kepada eijaz yang dari tadi asyik mengikut di belakangnya.

"abang pun nak beli barang juga.." balas ejaz.

"dekat lorong ni?" tanya qaleesha.

"apa salahnya.." balas eijaz tanpa melihat dimana dia berada.

"pergi sana" kata qaleesha.. Menunjukkan kearah belakang eijaz.

"tak perlu lah marah.. Apa salahnya.. Kalau...."eijaz terdiam bila dia melihat dimana dia berada.. Ada beberapa wanita yang sedang memegang bungkusan yang berwarna biru di tangan mereka.

" dah sedar sekarang.. " sindir qaleesha yang sedang tersenyum sinis kepada eijaz.

" sedar.. Abang pernah belikan ni untuk ibu.. Tak hairan pun.. Kalau esha nak abang pilihkan untuk esha pun abang tak kisah.." balas eijaz yakin.

'ahhh sudah.. Kenapa perlu aku yang merasa malu..'qaleesha melihat kepada beberapa wanita yang ada selorong dengannya.

" tunggu dhia disana " kata qaleesha kembali menunjuk ke arah belakang Eijaz.

" abang tunggu disini! " eijaz membalas kepada qaleesha, sambil melipat tangannya memeluk tubuhnya. Tersenyum kepada qaleesha.

Qaleesha berpaling melihat kepada wanita yang ada disitu sedang terseyum senyum kepadanya. Muka qaleesha bersemu merah.. Dia mengambil saja tuala wanita yang selalu digunakannya tanpa dia membelek lebih lama seperti selalu yang dia lakukan.. Berjalan keluar dari lorong itu dan terus ke kaunter.

"biar abang yang bayar.." eijaz terus menyuakan duit kepada lelaki yang menjaga kaunter tersebut.

Lelaki itu mengambil wang tersebut dan mengembalikan bakinya kepada eijaz dan membungkus tuala wanita itu didalam beg plastik hitam sebelum menyerahkan nya kepada qaleesha.

" kita nak balik atau jalan-jalan lagi.." tanya eijaz..

"balik.." balas qaleesha.

Mereka berdua kembali berjalan bersama.. Melintas jalan raya besar itu bersama-sama.

"kenapa tinggal di kampung ni.. Kenapa tak tinggal di bandar saja.." tanya qaleesha. Sambil berjalan.

"emm.. Esha tanya abang ke?" tanya eijaz, kerana tak percaya.

"tak.. Tanya pakcik tu.." kata qaleesha sambil menunjukkan kepada seorang lelaki tua yang duduk di bawah rumahnya tersenyum memandang kepada mereka.

Eijaz melihat kearah yang ditunjukkan oleh qaleesha.. Dia mengangkat tangannya menyapa lelaki tua yang sedang berehat.. Mengibas ngibas baju yang tergantung di bahunya. Lelaki itu turut kembali mengangkat tangan kepada mereka.

"salahkah abang ikut dimana syurga abang tinggal.." balas eijaz.

"abang.. Tinggal dengan ibu tak lama.. Abang akan kembali ke bandar.. Tahun hadapan.. Kalau tak ada masalah apa-apa.." kata eijaz

Qaleesha berpaling melihat kepada eijaz yang sedang tersenyum kepadanya.

"sebab tu abang tanya.. Esha nak kemana.. Boleh ikut abang ke bandar nanti.." kata eijaz lagi.

"esha..!"

Qaleesha diam tak menjawap pangilan eijaz. Dia meneruskan langkahnya.

"kenapa esha selalu buat abang macam ni.. Salahkah.. Esha anggap abang ni sebagai abang esha.." kata eijaz.

Qaleesha mengeleng.. Tapi masih terus berjalan..

"esha kena terima kenyataan..kita sudah jadi satu keluarga.. Sekurang kurangnya.. Jangan terus membenci ayah.." kata eijaz..

"sudahlah..! Penat.. Asyik dengar benda yang sama saja.. Tak penat ke.. Asyik ulang-ulang benda sama.." rungut qaleesha.

"abang tak akan menyerah.. Selagi esha tak terima kami.. Abang tak akan henti.. Ulang pertanyaan abang.." kata eijaz.

"suka hati lah.." balas qaleesha..

Mereka sampai dirumah dan melihat ada kereta keluarganya sudah ada di perkarangan rumah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience