BAB 66

Romance Completed 367809

Kelab yang penuh dengan anak muda menghabiskan masa dikunjungi oleh zarif.. Dia yang dari pejabat terus ke kelab itu.. Entah kenapa dia rasa malas nak balik kerumah dahulu seperti selalunya..

'' hai..! Awal ajak kita orang datang hari ni.. '' tegur roslan yang baru tiba.

'' hmmm.. Malas nak balik rumah.. '' balas zarif.

'' malas..? kenapa pulak.. Ni mesti tak ada benda lain ni.. Kalau tak pasal khairina.. '' sindir amri.

'' hei.. Tolong lah.. Jangan nak sebut nama dia.. Sakit kepala lah.. '' rungut zarif.

'' sakit kepala-sakit kepala.. Tapi dia jugak yang kau cari bila nak tidur nanti.. '' perli roslan.

Zarif menatap tajam wajah sahabatnya yang sedang seronok mengelakkannya..

''biarlah..benda dah ada.. Rugilah tak guna.'' kata zarif membalas kembali.

'' gila kau! Kau ingat dia benda? Guna macam barang! ..'' tegur amri.

'' oii.. Tu bini kau lah! .. Bukannya perempuan simpanan kau zarif! Sedarlah!! .. '' kata roslan.

'' sedar? Kau ingat aku mabuk? Aku sedarlah ni!! .. Korang berdua cakap macam alim sangat.. Entah-entah Korang berdua pun teringin nak rasa dia kan.. '' sindir zarif.

Tersenyum-senyum dua sahabat itu di hadapan zarif.. Tangan zarif mengangkat gelas yang berisi air soda lalu meneguknya.. Matanya menjeling melihat kepada dua sahabat dihadapannya.

'' kita dah lama jadi sahabat kan.. Kau pun tahu kami macam mana.. Memang kami nakal.. Bad boy semua tu.. Tapiii.. Isteri orang.. Kami tak sentuh.. Tambah pula kami kenal abang dia..sahabat baik kami sendiri '' kata amri. Zarif ketawa bila mendengar kata yang baru keluar dari amri.. Lalu menepuk-nepuk bahu amri..

Amri memberi isyarat kepada roslan yang ada dihadapannya.. Roslan hanya mampu menggelengkan kepalanya..

Mereka berbual-bual sambil minum melihat orang lain yang sedang menari rancak di lantai tari.. Dalam ramai-ramai orang yang ada disitu.. Zarif menangkap satu susuk tubuh yang menarik perhatiannya..

'' am.. Am. Amri.. '' zarif mengoyangkan bahu amri..

'' kenapa bro..? '' tanya amri yang sedang sibuk berbual dengan wanita di sampingnya..

'' pukul aku!'' zarif menyuakan mukanya..

Mata amri membulat besar.. Mendengar apa yang baru dikatakan oleh zarif.

'' oiii... Kau tak mabuk kan! Ke kau salah minum gelas oran lain? '' tanya amri..

'' itulah yang aku nak tahu.. Sama ada aku mabuk atau tidak.. Pukul aku cepat.. '' kata zarif lagi.

'' biar aku yang buat.. '' kata roslan bangun dari duduknya.

'' diamlah kau..! Berdiri pun tak betul.. '' amri menolak roslan kembali ke tempat duduknya..

Pang.. Satu tamparan melekat di pipi zarif..

'sakit! Jadi aku tak mimpi!' zarif bangun.

'' sakit ke tak bro.. Nak lagi? '' tanya amri. Roslan sudah ketawa.

Zarif diam tak menjawap. Dia melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

'' oiii nak kemana!!.. '' laung amri.. Memanggil zarif.

'' dia marah kot.. Kau tampar dia kuat sangat.. Sepatutnya kau tumbuk dia tadi.. Bukan tampar.. Baru dia ingat, dia ada bini dirumah.. '' kata roslan.

'' entah la.. Tadi dia yang suruh aku pukul dia.. Lepas tu dia blah macam tu je.. Ke dia baru sedar yang dia ada isteri menunggu di rumah.. '' sindir amri..

Dua lelaki itu sama-sama ketawa.. Begitu juga dengan wanita yang berada disamping mereka..Sama-sama ketawa pada benda yang mereka sendiri tak tahu.

Zarif berjalan ke lantai tari...meredah orang ramai yang ada disitu.. Matanya hanya tertumpu kepada seseorang yang berada di tengah-tengah lantai tari itu... Bahu wanita yang sedang ikut menari Beramai-ramai itu ditarik perlahan..

'' NAD!'' panggil zarif.

Wanita itu berpaling.. Bila dia melihat zarif, bibirnya menguntum kan senyuman.. Terus dia memeluk tubuh zarif.. Zarif pun sama turut memeluk tubuh wanita yang dicarinya bertahun-tahun itu erat-erat.. Dikelilingi oleh orang ramai yang masih berdansa.. Sebaik pelukan itu dileraikan zarif meraup pipi nadeerah dan menariknya mendekat sehingga bibir mereka bersatu.. Zarif seperti dipukau.. Orang sekelilingnya bagaikan tak wujud lagi baginya.. Bagaikan dunia itu hanya ada mereka berdua sahaja.

Manakala dirumah khairina masih tak dapat melelapkan matanya.. Jam di dinding dilihat lagi.. Entah untuk ke berapa kali..

'' dah pukul lima pagi.. Sekejap lagi dah nak subuh.. Kalau bonda dan ayahanda tanya nanti.. apa yang aku nak cakap..? Alasan apa yang aku nak bagi? '' khairina bergolek ke kiri dan kanan.. Matanya sudah tidak mengantuk lagi.. Akhirnya dia bangun..

'' tak pernah dia tak balik.. Selalunya paling lewat pun, pukul dua dah balik.. Ni dia kemana? ada apa-apa yang jadi dekat dia ke? '' hati khairina di penuhi perasaan gelisah.. Takut terjadi apa-pa kepada zarif di luar sana.

Dia bangun mundar mandir di dalam bilik tidurnya itu.. Sampai dia kedengaran sayup-sayup bunyi azan..

'' dah azan pun.. Tapi dia masih tak balik lagi.. '' keluh khairina..

Dia masuk kedalam bilik air mandi dan bersiap untuk solat.. Semasa dia sedang menyarungkan seluar ke kakinya.. Dia melihat ada satu tanda hitam di pehanya.. Tangan menyentuh peha yang sudah hitam itu..

'patutlah sakit.. Rupanya lebam..'

Khairina membawa dirinya berjalan ke cermin besar yang ada didalam bilik itu.. Dia menjatuhkan seluarnya meneliti bahagian kakinya yang lain. Ada juga beberapa lebam yang sudah hilang dan sembuh.. Ada juga lebam yang masih baru.. Kemudian dia kembali memakai seluarnya.. Menyiapkan diri untuk solat. Itu adalah biasa..baginya.

Zarif terjaga dari tidurnya.. Perlahan-lahan dia membuka matanya yang masih terasa berat.. Melihat langit-langit bilik yang terasa asing baginya..

'' aku tak balik semalam.. '' kata zarif.

Dia cuba mengingati kembali apa yang berlaku semalam..

'nadeerah!' nama itu terdetik di hatinya.

Cepat-cepat dia berpaling melihat ke sisi katilnya yang telah kosong.

'' gila! Semalam aku dengan siapa.. @#$%&*'' zarif memaki dirinya sendiri.

Dia bangun dari katil dengan tergesa-gesa. Membongkokkan badannya mengutip baju-baju yang bertaburan di atas lantai.. Menyarung nya satu persatu di tubuhnya.

'' aku sedar.. Semalam tu dia.. Aku yakin itu dia.. Kau nak kemana nadeerah.. Aku dah jumpa kau.. Kali ni aku akan pastikan yang kau milik aku.. Bukan milik khai lagi.. '' setelah siap berpakaian zarif keluar dari bilik hotel itu.. Memandu pulang ke rumah sebelum orang tuanya sedar yang di tak pulang semalam.

Zarif memandu masuk kedalam rumahnya dengan berhati-hati.. Agar tak siapa pun sedari kepulangannya diawal pagi pada hari itu.

Cepat-cepat dia memanjat anak tangga naik keatas.. Sebaik masuk kedalam biliknya.. Dia melihat khairina sedang solat disamping katil mereka.. Tanpa menghiraukan khairina.. Zarif merebahkan dirinya ke katil..

Khairina yang baru selesai solat mendongak melihat zarif yang sudah terbaring melintang diatas katil. Sebelah tangan zarif diletakkan diatas dahinya.

'nak tegur ke? kalau tegur dia marah..'

Khairina bangun membuka kain telekung nya..kemudian menyidainya ditempatnya.. Kemudian dia berpaling melihat kepada zarif yang masih terbaring di atas katil..

'' zarif.. '' panggilnya perlahan.

'' APA!'' jerkah zarif. Lalu bangun dari perbaringannya..

Khairina yang tersentak mengundurkan langkah kebelakang..

'' kenapa marah.. Khairina panggil saja pun.'' balas khairina.

'' apa kau cakap!'' zarif bangun lalu menghampiri khairina.

'' tak-tak.. Tak cakap apa'' khairina membawa dua tangannya menutup mulutnya.. Agar mulut itu tak lagi mengeluarkan kata-kata..

''kau cabar aku ke khairina.. Ke? kau tunggu aku balik layan kau macam selalu, semalam.. Huh? '' kata zarif dengan angkuh.

Khairina yang sedang memegang mulutnya, cepat-cepat menggelengkan kepalanya.

'' kau nak aku layan kau sekarang ke..? '' zarif merentap tangan khairina dibiarkan jatuh kebawah.

Zarif menanggalkan butang di bajunya satu persatu.. Kemudian melemparkan baju itu ke lantai.. Tinggallah hanya singlet hitam di tubuh zarif.. Khairina mengangkat wajahnya.. Melihat tubuh zarif yang penuh dengan bekas ciuman.

'' kenapa? Suka tengok badan aku? '' tanya zarif.

'' apa semua ni? '' khairina menunjuk bekas ciuman yang penuh di leher dan bahu zarif.

Pertanyaan khairina tak di jawap oleh zarif... Hanya ketawa dari zafir yang kedengaran memenuhi ruang bilik tidur mereka.. Zarif kemudiannya berjalan masuk kedalam bilik air.. Sebaik mendengar bunyi titisan air yang jatuh ke lantai.. Khairina mengundur langkahnya ke belakang.. Sampai belakangnya bersandar di dinding bilik itu..

'kau kejam zarif, tergamak kau buat aku macam ni!!' khairina hanya mampu menagis dalam hati.

'Semakin berasa siksanya tinggal bersama dengan lelaki yang dulunya aku puja dan gilai.. Sampai aku tidak nampak lelaki lain selain kau, zarif.. Tapi ini! balasan yang aku perlu terima.. Mencurahkan rasa cinta sepenuh hati kepada lelaki yang bernama Tengku Zarif.. Lelaki yang tak pernah memandang aku walaupun hanya dengan sebelah matanya ..'

Khairina menarik nafas dalam-dalam.. Menyimpan semua rasa sakitnya didalam dada.. Disimpan semuanya rapi dan kemas agar tak siapa pun yang tahu..

Baju zarif yang berada di lantai dikutipnya.. Bau alkohol bercampur dengan minyak wangi wanita, kuat menyucuk hidungnya.. Baju itu diletakkan di tempat bakul kotor.. Kemudian di turun kebawah menyediakan sarapan bersama mertuanya.. Sepertinya tiada apa-apa yang berlaku.

'sekali lagi.. Bertahanlah khairina..'

Share this novel

EmaIra
2020-09-11 21:17:10 

apa agak y jadi dgn khairina dan zarif

EmaIra
2020-09-11 21:12:03 

makin best novel ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience