BAB 4

Romance Completed 367824

Qaisarah menepuk dahi dengan tapak tangannya sendiri.. Dengan menunduk kebawah sedikit.

'' esha.. Kamu ni..! Semua lelaki kamu kata kacak..'' keluh qaisarah.

'' kenapa pulak.. Betul lah di tu kacak kak.. Putih bersih muka dia.. Bibir pink.. Macam artis korea tu.. Mata dia pula.... ''

'' dah.. Dah.. Kalau nak puji lelaki tu sampai esok pun tak habis.. '' kata qaisarah memotong percakapan adiknya.

'' bukan itu yang nak kakak bagitahu ni.. ''

'' dengar ni.. !'' qaisarah mendekatkan dirinya membongkok kepada qaleesha..

'' dia datang pejabat pos tadi.. Cakap nak kenal dengan kakak.. '' bisik qaisarah.

'' hah!! Untung nya kakak.. Ada lelaki kacak sukakan kakak.. '' puji qaleesha.

'' entah lah untung ka bala.. '' keluh qaisarah..

'' kenapa kakak cakap macam tu..? '' tanya qaleesha.

'' macam mana kak nak cakap ya.. Hmmm.. Dalam hati ni langsung tak minat dengan lelaki tu.. '' kata qaisarah.

'' alah kakak tu belum cuba, dah tolak dia.. Kesian dia.. '' kata qaleesha lemah, dia berpaling dan menurunkan kedua kakinya ke lantai.

'' ini soal hati.. Tak boleh paksa dik.. '' kata qaisarah lagi.

'' memang lah kak.. Tapi kalau kakak betul tak suka dia.. Kakak begitahu sajalah dekat dia.. Lagi susah kalau dia mengharap.. Sebelum dia betul-betul jatuh cinta dekat kakak.. '' kata qaleesha memberi pendapatnya.

'' tapi kan.. Kalau esha.. Dapat laki kacak macam tu.. Pastinya esha jaga dia baik-baik.. '' kata qaleesha membuat gaya seperti sedang menangkap sesuatu dengan tangannya.

'' budak ni!'' qaisarah meluku kepala adiknya.

'' pantang tengok muka elok sikit.. Tambah-tambah kalau macam artis Korea tu.. Semuanya nampak elok saja.. '' kata qaisarah lagi.

'' lumrah la kak.. Manusia kan suka tengok benda yang cantik.. Sedap mata memandang contohnya macam kakak.. Cantik, badan pun ramping.. Bukan macam esha.. Muka tak lincin macam kakak. Badan pulak macam keding macam ni.. Siapa yang nak.. '' keluh qaleesha yang sedang berdiri di hadapan cermin membelek wajah dan tubuhnya sendiri.

'' alah dia.. Ke situ pulak.. Adik kakak kecik lagi.. Yang penting adik kakak ada senyuman manis.. Berlesung pipit macam ni.. '' kata qaisarah sambil mencucuk pipi qaleesha..

'' pasal jerawat tu.. Nanti esha kerja.. Esha cari lah produk muka yang sesuai dengan esha.. Nanti kulit lincin macam artis Korea tu.. '' kata qaisarah lagi. Sambil menaikkan kedua-dua keningnya.

'' hmm.. Kak, esha ingat lepas SPM nanti esha nak ke bandar.. Nak kerja disana.. Dengan marissa.. '' kata qaleesha perlahan.

'' esha sendiri tahu kan ayah tu macam mana.. Kalau tak dah lama kakak keluar dari kampung ni esha.. Keluar merantau di tempat orang.. '' balas qaisarah.

'' itu dulu kak, sekarang ayah sendiri dah berubah.. Ada ayah ambil tahu tentang kita.. Sikit pun tak. Sejak ayah kah.. Winnnn... Hmm.. Mmm'' qaisarah segera menutup mulut adiknya dengan tapak tangannya.

''shhhh.. Esha.. Jangan cakap yang bukan-bukan.. Nanti ada orang dengar kan susah.. '' bisik qaisarah di telinga adiknya.

'' hmm.. Mmm... Mmmm'' qaleesha bergumam bila mulutnya masih ditutup dengan tangan kakaknya.

''diam dulu baru kakak buka!'' qaisarah memberi amaran.. Qaleesha menganggukkan kepalanya.

'' kenapa kakak tutu mulut esha!'' marah qaleesha..

'' kamu tu bercakap tak beringat.. Kalau orang dengar macam mana? '' kata qaisarah memperingati adiknya.

'' ni rumah kita.. Apa yang salahnya. Bukannya esha cakap benda yang tak betul pun.. '' luah qaleesha

'' tahu..! Tapi esha sendiri tahu kan.. Bukan kita saja yang tinggal dalam rumah ni, macam dulu.. '' sambung qaisarah.. Dia masih dengan nada perlahan.

'ini semuanya tak adil!!!' qaleesha hanya mampu memberontak dalam diam.

Bila tiba waktu makan malam.. Seperti biasa mereka anak makan dengan senyap.. Orang pertama yang akan mengundurkan diri dari meja makan adalah qaleesha.. Seperti selalunya.

'' esha tolong jagakan dhaniel boleh? sementara kami masih makan.. '' kata Qasrina kepada anaknya.

Qaleesha berpaling melihat kearah semua yang masih berada di meja makan.. Sehingga matanya terhenti kepada dhaniel yang berada di pangkuan Eliya.

'nak aku ambik budak tu dari tangan kau.. Perempuan perampas.. Memang tak lah!!'

'' esha nak baca buku!'' katanya tegas sebelum berjalan menuju masuk kedalam biliknya.

'' esha!'' panggil Qasrina.. Membuatkan anaknya itu segera berpaling..

'' tak apa kak.. Boleh ni liya pegangkan dhaniel sambil makan.. '' kata eliya lembut.

'' tu kan mak.. Esha masuk dulu.. '' esha pergi keluar dari ruang makan.

'' maaflah.. Esha dulu tak macam tu.. Kebelakangan ni.. Dia macam tu, tertekan nak SPM rasanya tu.. '' kata Qasrina sopan kepada madunya, tak mahu eliya terasa hati dengan perangai qaleesha yang semakin menjadi-jadi.

Malam itu.. Semua orang kembali ke tempat tidur mereka.. Sudah dibuai dengan mimpi mereka sendiri.. Hanya qaleesha yang masih berjaga untuk ulangkaji..

Tangannya meraba-raba mengambil botol air yang ada di meja belajar nya.. Dengan sekali tarik mengunakan tenaga yang kuat membuatkan botol air itu jatuh tergolek ke lantai.

'kosong.. Aduhh.. Ni malas ni.. Kena keluar ambik air jugak malam-malam macam ni..' keluh qaleesha. Memandang botol air yang ada di lantai.

'' nanti sajalah'' katanya, tidak mahu keluar mengambil air.

Malam semakin larut.. Matanya sudah tersengguk-sengguk di meja.. Sekilas qaleesha berpaling melihat ke arah jam di dinding biliknya..

' biar betul.. Dah pukul tiga pagi.. Gila betul.. Esok mesti aku bangun lambat ni..'

Qaleesha bangun.. Mengemaskan buku-bukunya yang berselerak di atas meja..dan juga mengikut jadual untuk esok hari. Bila selesai dia mendorong kerusinya rapat ke meja.. Sebelum sempat dia melangkah ke katil kakinya tertendang botol aira yang awalnya dijatuhkan olehnya tadi.

'' air.. Sampai terlupa.. '' qaleesha membongkok mengambil botol air tersebut. Kakinya melangkah ke pintu biliknya. Membuka pintu itu perlahan-lahan dan menjenguk keluar kepalanya mengintai keluar.

'gelap nya... Itulah awal-awal taknak isi air.. Sekarang dah dahaga macam ni, diri sendiri juga yang susah!' dia memarahi dirinya sendiri.

Perlahan-lahan dia melangkah ke dapur, berjalan dengan hati-hati dalam gelap seorang diri. Menuju ke mesin air tapis yang ada di dapur. . Sedang dia asyik menahan air kedalam botol nya..

''ESHA!'' namanya diseru.. Sekali dengan lampu menyala membuatkan kawasan itu terang.

Qaleesha yang tergejut bila namanya dipanggil melepaskan botol air ditangannya.. Terus terjatuh botol airnya terhempas di muka lantai.. Dua insan yang sama-sama tergejut itu hanya memerhatikan saja air yang keluar dari botol air yang sedang tergolek di lantai.

'' maaf-maaf.. Abang tak sengaja.. Kejutkan esha.. '' kata Eijaz. Dia segera mencari kain untuk mengelap air yang tumpah.

Manakala qaleesha diam melihat sahaja.. Dia menunduk mengambil botol airnya yang jatuh tadi.

'ahh.. Pecah!' keluhnya.. Menarik mukanya masam. Qaleesha membuang sisa air yang ada di dalam botol airnya di singki.. Kemudian membuang botol tersebut didalam tong sampah..

'' kenapa buang? Pecah? '' tanya Eijaz selepas selesai mengelap lantai yang basah. Kemudian dia bangun mengambil semula botol air yang ada di dalam tong sampah.

'' abang gantikan yang baru nanti'' kata Eijaz. Dia melihat sahaja qaleesha sedang menahan air yang ditapis itu kedalam sebuah gelas jernih.. Suasana sunyi.. Hanya kedengaran bunyi air yang jatuh, terisi didalam gelas yang ada di tangan Qaleesha.

''esha.. ''

'' sampai bila esha nak bermasam muka macam ni.. ''

'' Dhia Qaleesha '' panggil Eijaz lagi.

Qaleesha berpaling melihat kearah Eijaz yang sedang menatapnya.. Merenung wajah itu dalam-dalam.

'kenapa kita ditakdirkan bertemu macam ni Esha, kalaulah Esha tahu hal terbaik dan terburuk yang terjadi pada abang adalah bertemu dengan Esha.. Di situasi yang salah macam ni..' dada Eijaz terasa sakit. Bila melihat gadis kecil didepannya seolah olah tak memberi sebarang riaksi kepadanya..

''Dhia dah buat keputusan akan keluar dari rumah ni.. '' kata qaleesha sambil membasuh gelas yang baru digunakannya.

'' apa yang esha cakapkan ni!.. Keluar? Keluar kemana? '' tanya Eijaz cemas.. Dalam tak sedar dia menangkap tangan kecil milik Qaleesha. Dia mahu Qaleesha menjelaskan apa yang baru saja gadis itu katakan kepadanya.

'' lepas lah!.'' kata Qaleesha dengan amarah. Dia tak suka bila setiap kali tangannya disentuh oleh anak kepada perempuan perampas itu.

'' cakap dulu apa yang esha cakapkan tadi? '' kata Eijaz berkeras dan mengengam erat pergelangan tangan Qaleesha.

'' kau.. Tak tahu malu..!! Lepaskan sebelum semua orang dalam rumah ni bangun.. '' ugut Qaleesha.

Eijaz mula tersedar bila dicop tak tahu malu dari Qaleesha pegangan tangannya mula melonggar..

'' siapa kau.. Kenapa aku harus jelaskan kepada kau.. Orang luar!'' kata Qaleesha sebelum dia menghayun langkah kakinya berjalan pergi.

'setiap kali aku cuba untuk berbaik dengan dia.. Berbincang dengan dia dengan cara yang baik.. Apa yang aku dapat melainkan melihat dia berlalu pergi.. Itu.. Itu amat menyakitkan.. !' eijaz memandang sahaja belakang tubuh gadis kecil itu berlalu pergi. Dia amat membenci situasi itu.. Tangan yang berada di sampingnya digengam erat membentuk penumbuk.

' kenapa!!!' Eijaz hanya mampu memendam rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience