BAB 53

Romance Completed 367809

Pintu bilik pakaian di bukanya.. Kakinya berjalan masuk kedalam.. Was-was dia ingin mengenakan pakaian yang baru saja diberikan oleh mertuanya.. Khairina menutup kedua tangannya lalu menangis disitu... Jubah polos berwarna biru laut itu melorot jatuh ke lantai.

'kenapa aku takut.. Takut akan semuanya.. Aku terasa sangat lemah.. Tak seperti dulu.. Aku pantang menyerah.. Tak pernah menunduk kepada sesiapapun....' bahunya berombak lembut menahan esak tangisannya.

'aku......' terasa sakit didadanya..

'' khairina? Dah siap.. Bonda dengan ayahanda tunggu di bawah ya.. '' laung ufairah dari bawah..

'' yyaaa bonda.. Baikk.. '' serak suara khairina membalas.

Dia menunduk dan memungut semula baju pemberian mertuanya.. Dia keluar mengambil wuduk.. Memakai jubah tersebut dan juga mengenakan telekung di kepalanya seperti yang dipesan oleh ufairah tadi.. Kemudian dia turun ke bawah..

'' khairina dah siap.. '' balas khairina perlahan-lahan menghampiri ufairah dan juga zawawi.. Yang ada ruang tamu.

Berpalinglah pasangan itu memandang kearah menantu mereka..

'' ha.. Kan cantik macam ni.. Khairina tu kalau tak makeup tebal-tebal.. Nature macam ni.. Nampak lebih cantik.. Ayu saja.. Di mata bonda.. '' kata ufairah..

'' kan abang.. '' kata ufairah lagi. Zawawi menarik bibirnya tersenyum dan mengangguk kecil.

'' kalau tak makeup.. Muka khairina nampak hodoh.. '' khairina menyentuh kedua pipinya dengan tangan.. Malu bila ufairah menegur wajahnya.. Yang kosong begitu.

'' tak.. Mana ada hodoh.. Elok saja bonda tengok.. '' kata ufairah. Khairina menarik senyumannya membalas..

Mereka bertolak ke masjid yang selalu pasangan itu singgah jika ada kelapangan.. Ufairah lah yang paling ceria.. Kalini dia tak datang berseorangan.. Seperti yang dia impikan hampir tercapai, untuk mencari menantu yang sudi, menemaninya ke setiap aktivitinya.

Ufairah melihat ke sisinya dimana ada khairina yang menunduk sambil mendengar ceramah yang sedang disampaikan oleh seorang ustaz muda di bahagian hadapan.. Selepas selesai ceramah itu.. Para hadirin mula bangun bersalaman dan mengundurkan diri.. Ufairah mencari suaminya.. Tapi tidak kelihatan disitu.

'' ayahanda kamu dah keluar kot.. Marilah kita keluar.. Nanti lambat, bising pula dia.. '' kata ufairah. Khairina mengikut sahaja mertuanya..

Zawawi sedang rancak berbuat dengan ustaz muda yang memberi ceramah sebentar tadi.. Ufairah segera berjalan menghampiri kepada mereka berdua .

'' abang.. '' panggil ufairah..

Berpalinglah dua lelaki yang sedang rancak berbual itu melihat kearah ufairah dan juga khairina.

'' assalamualaikum Puan Sri.. '' tegur irfan.

''waalaikummusalam.. Ustaz ni dah berapa kali dah saya pesan.. Panggil bonda saja.. Tak perlulah puan Sri semua tu.. '' kata ufairah..

'' irfan ni memang.. '' sampuk zawawi.

'' lupa la bonda.. '' balas irfan ramah, tersenyum.

'' ini siapa? Saya tak tahu pula ayahanda dan bonda ada anak perempuan.. '' tanya irfan menunjuk kearah khairina yang sedang menunduk melarikan wajahnya..

'' ni menantu kami.. Khairina zuhairah namanya.. Isterinya zarif.. '' terang zawawi.

'' oh.. Isteri abang zarif.. '' irfan menunduk sedikit kepada khairina.. Manakala khairina tak membalas.. terus menunduk seperti tadi juga..

'kenapa wajahnya seperti sedang bersedih.. Aku perhatikan dari dalam tadi dia sekadar menunduk sayu tanpa mendongak mengangkat wajahnya..'

'' kami minta diri dulu lah irfan ya.. '' kata ufairah bila melihat irfan dari tadi tak lepas merenung kearah khairina.

'' baiklah bonda.. Ayahanda.. '' irfan menyalam tangan zawawi..

Dia hanya mampu menghantar keluarga itu dengan ekoran mata sampai mereka hilang keluar dari perkarangan majlis.. Kerana urusannya di majlis itu belum lagi selesai..

Keluarga itu pulang di rumah.. Tak kelihatan lagi kereta zarif di situ.. Khairina sudah biasa dengan keadaan itu.. Teringat kembali bagaimana layanannya semasa di butik pengantin.. Sungguh memalukan.. Zarif lebih memilih untuk berbual dengan sahabatnya sepanjang tempoh mereka di butik... Semua urusan di butik itu diserahkan bulat-bulat kepadanya..

'ibu.. Abang...' khairina memejamkan matanya rapat-rapat..

'' khairina jomlah masuk.. '' ajak ufairah bila melihat khairina tak melangkah bersamanya untuk masuk kedalam. Khairina segera membuka matanya,menarik senyuman.

'' bonda.. Ayahanda masuk lah dulu.. Khairina nak ambil angin malam sekejap.. '' balas khairina..

'' baiklah.. Tapi jangan lama-lama.. Dah malam ni.. Bonda dan ayahanda masuk dulu ya.. '' balas ufairah.. Memegang lengan suaminya.

'' baik bonda.. Sekejap saja.. Khairina tak kemana.. Sekadar duduk disitu.. '' kata khairina.. Menunjukkan sebuah gazebo yang ada di tengah taman.

Khairina Perlahan-lahan melangkah kearah taman.. Kemudian melabuhkan punggungnya di situ..

'' inilah balasan untuk kau khairina.. '' termenung khairina sendirian disitu.

Ufairah yang sudah berada didalam rumah mengintai keluar.. Melihat ke belakang tubuh khairina yang sedang duduk membeku disitu.. Merenung entah sudah sampai kemana..

'' abang.. '' panggil ufairah.

'' hemmm... '' sahut zawawi..

'' saya ni bukannya apa.. Kesian tengok khairina tu.. '' kata ufairah.

'' dulu.. Kamu jugak yang tak sukakan dia.. Kenapa puan Sri dah nak beralih angin..? '' zawawi menyindir isterinya.

'' abang ni.. Saya serius.. Bukannya sedang melawak.. '' kata ufairah.

'' haiiih.. Tahu lah.. Abis tu kita nak buat apa? '' tanya zawawi.

'' ish.. Orang lelaki ni kan.. Cubalah faham sikit.. Anak dengan ayah sama saja.. '' rungut ufairah.

'' abang bukannya apa.. Taknak keruhkan lagi keadaan... Kita sendiri tak tahu masalah mereka berdua.. Kalau campur tangan nanti.. Takut lain jadinya.. '' kata zawawi.

'' tapi abang.. Sejak-sejak kebelakangan ni khairina berubah.. Dulu ya.. Memang dia teruk.. Sangat.. ''

'' dulu kalau saya cakap sikit.. Dia membalas.. Masya Allah..ada saja alasan dia.. ''

'' sekarang abang tengok sendiri.. Dia banyak diam saja sekarang.. Saya hairan.. Takutnya anak kita pukul dia ke.. Apa ke.. ''

'' aiih.. Tak kan anak kita nak buat macam tu.. Kita kenal zarif tu macam mana.. Takkan lah dia nak pukul isteri dia sendiri.. Pernah ke kamu lihat lebam di mana di badan menantu kamu tu .. Tak kan? '' tanya zawawi..

'' taklah pula...Tapi..''

'' sudahlah.. Dah malam ni, nanti tak pasal-pasal kita yang bergaduh malam-malam ni.. Saya mengantuk... Tak larat nak melayan awak berbual puan Sri.. Selamat malam.. '' balas zawawi.. Membaringkan tubuhnya ke katil lalu menarik selimutnya naik ke dada.

'' ck.. Asal nak berborak je.. Ada je alasan dia.. Kalau tak larat sangat.. Duduk saja dirumah.. Biar zarif saja yang uruskan company.. '' bebel ufairah..

Bebelan isterinya dibiarkan berbunyi seperti gesekan voilin sumbang.. Zawawi tetap memejamkan matanya.. Perlahan-lahan melangkah ke alam mimpi.

Sebuah kelab malam yang penuh dengan anak muda bercampur jantina.. Melentuk liuk tubuh mereka menari diatas pentas tari tanpa kenal erti perbatasan.. Mengikut alunan musik rancak yang diputarkan oleh dj yang sedang mengangguk angguk kepalanya yang tercekak headphones berwarna emas.

Masuklah sekumpulan anak muda yang terdiri daripada perempuan dan lelaki.. Terus menuju ke pentas tari.. Tanpa menghiraukan sesiapa.. Masing-masing dengan dunianya tersendiri..

'' hai.. Aku ingat kau tak datang dah.. Kan dah ada isteri menunggu dirumah.. '' tegur satu suara.

'' aku? '' zarif menghembuskan asap rokoknya ke udara.

'' ya lah.. Aku dengar majlis korang lusa kan.. Haish.. Tak sangka.. Jadi adik ipar khai pula kau ni.. '' amri menepuk bahu sahabatnya.. Tapi segera zarif menepis tangan itu dari terus menyentuhnya..

'' oiii.. Marah ke? '' sampuk roslan pula yang baru datang dengan seorang perempuan.

'' aku malas la.. Tambah pula bila berkait dengan dia.. '' kata zarif.. Menyedut dalam-dalam rokoknya.

'' siapa khai? '' tanya amri lagi mengusik sahabatnya itu.

'' jangan sebut nama dia lah.. Menyakitkan hati.. '' marah zarif.

'' ehh.. Kita orang tak tahu lah.. apa masalah korang berdua.. Dulu nad.. Sekarang siapa pula yang kau orang berdua rebutkan..'' perli roslan.

'' isteri dia.. Kekasih aku.. Khai tu melampau.. !!'' marah zarif.. Lalu menghempaskan gelas nya ke lantai.

Praaangggg.. Berkecai gelas itu ke lantai.

'' woiii.. Woii.. Sabarlah.. '' kata amri.. Manakala roslan mengisyaratkan kepala pelayan disitu untuk membersihkan serpihan kaca tersebut.. Amri pula menyelitkan tip di poket pelayan itu..

'' aku tak tahulah.. Korang berdua ada ikatan apa.. Sampai sekarang ni asyik berebut perempuan yang sama.. Tapi perempuan yang ni kan dah jadi wife dia.. Kau pun dah ada wife.. Move on lah bro!'' kata roslan seraya menepuk bahu zarif.

'' move on!'' zarif kemudiannya ketawa.. Habis dia ketawa.. Dia menggelengkan kepalanya pula..

'' senanglah korang cakap.. Yang tersiksanya aku.. !korang.. Boleh enjoy lagi.. Cuba korang ada di tempat aku.! . Rasa apa yang aku rasa..! Baru korang tahu sakit tu macam mana.. '' kata zarif menunjukkan ke arah dirinya sendiri.. Menekan setiap kata yang keluar dari mulutnya.. Meluahkan rasa yang terpendam didada.

'' aku memang tak pernah bercinta.. That why.. Aku tak tahu, apa yang kau rasa.. Tapi... How about your wife bro..? '' kata amri.

'' ya betul kata amri tu.. Kalau kau masih nak kejar kekasih kau yang masih tak pasti tu.. Macam mana pula dengan wife kau.. Satu lagi aku nak tanya.. Kau yakin yang wife khai nak kan kau? '' tanya roslan.

'' of course lah! Kalau tak, plan dua orang busuk tu.. Dah lama dia jadi wife aku.. Bukannya dapat kepada khai.. Khai tu !!'' zarif mengepal kan penumbuknya.. Menahan geram.

'' ahhh.. Letih aku nasihatkan kau.. '' kata amri malas.

'' entah.. Jangan sampai dua-dua melepas oiii.. Sibuk mengejar wife orang yang tak pasti tu.. Wife sendiri melepas oiii.. Aku tengok adik khai tu.. Tak kalah hebatnya.. '' roslan menarik senyuman senget nya.. Lalu melagakan bahunya kena kebahu amri..kemudian mereka berdua ketawa bersama.

Zarif sekadar melihat sahaja ke arah dua sahabatnya.. Langsung dia tak kisah dengan perkara tersebut.. Dia melemparkan pandangan ke lantai tari.. Melihat seorang wanita sedang berjalan menghampirinya..

'' hai.. Zarif kan? '' tanya wanita itu dengan senyuman yang melebar.

'' ya.. Maaf saya tak kenal.. Kamu ni siapa..? '' tanya zarif.. Tak dapat mengenal dengan tepat wanita yang sedang berdiri di hadapannya.. Amri dan roslan turut memandang kearah wanita itu.

'' saya Sarah.. Kakak esha.'' wanita itu memperkenalkan diri.

'' maaflah saya tak kenal.. '' kata zarif lalu mengalihkan pandangannya.

'' ohh.. Kakak kepada dhia qaleesha.. '' ulang qaisarah.

Membulat mata zarif ketika itu.. Dia berpaling semula melihat kepada wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada dhia qaleesha.. Ligat kotak fikiran zafir mengingati bagaimana rupanya kakak dhia.. Waktu pertama kali dia berjumpa.. Seorang wanita yang bertudung.. Tapi yang berdiri dihadapannya kini adalah seorang wanita yang tak bertudung.. Malah rambutnya juga diwarnakan perang.. Menghias wajahnya dengan solekan yang tebal.. Pakaian.. Walaupun tertutup.. Tetapi tetap ketat.

Tanpa membalas kepada qaisarah. Zarif terus menghayun langkahnya keluar dari situ.. Dia sendiri bingung.. Kenapa dia harus melarikan diri dari situ.. Sepertinya dia yang melakukan kesalahan.. Atau kerana dia tergejut melihat kakak kepada dhia yang ada didalam itu dengan perwatakan yang berbeza..

Zafir memarahi dirinya sendiri. Dia memilih untuk pulang sahaja.. Alang-alang dia sendiri dah keluar dari kelab tersebut..

'' gila betullah.. Kakak dhia pula yanga aku jumpa.. '' zarif menghentak stering keretanya..

Dia memandu masuk kedalam perkarangan rumah keluarganya.. Tersandar lemah dia di kerusinya.. Dia menarik nafas panjang sebelum membuka pintu keretanya..

Sebaik dia berdiri di sisi keretanya.. Tergejut dia melihat kain putih berterbangan di dalam gazebo yang berada di taman rumahnya.

''Allahuakbar !'' jerit zarif seraya memegang dadanya.. Kakinya terkaku disitu.. Matanya masih saja merenung kearah itu..

'' itu.. Khairina.. '' akhirnya dia dapat melihat dengan jelas setelah lama dia merenung.

Kakinya cepat-cepat melangkah kearah taman.. Sebaik sampai dia melihat khairina sudah terlena.. Kepalanya bersandar di kayu gazebo.

'kau ingat kau pakai macam ni.. Aku akan suka !'

'' heii bangun!'' zarif menolak kasar bahu khairina.. Hampir saja khairina terjatuh ke belakang..

'' zarif.. '' kata kahirina sebaik membuka matanya..

'' kau buat apa disini! Nak tunjuk alim pakai macam ni.. Tunggu aku balik.. Nak tunjuk dekat aku? Nak jadi isteri mithali.. Macam tu.. '' kata zarif kasar sambil bercekak pinggang di hadapan khairina.

'' taklah.. Terlelap.. '' balas khairina.. Lalu bangun.. Ingin berlalu pergi.

'' jangan ingat kau berubah aku akan maafkan kau khairina... Apa yang khai dan kau dah buat dekat aku.. Kau ingat semudah tu aku nak maafkan.. '' kata zarif menarik lengan khairina.. Agar tak terus berpaling darinya..

'' khairina tau.. Apa yang kami dah buat semua ni salah.. Tak layak pun dimaafkan.. Tak kiralah macam mana pun khairina terus minta maaf kan.. '' khairina menarik tangannya semula..

'' kau melawan aku?!'' marah zarif bila tangan khairina terlepas darinya.. Khairina sekadar menjeling dan memandang ke arah lain..

'' aku suami kau khairina.. Berani kau melawan aku.. !'' marah zarif.

'' suami?!.. '' khairina ketawa mengejek. Geli hatinya bagaikan digeletek bila mendengar perkataan itu..

Ketawa yang keluar dari mulut khairina membuatkan hati zafir mendidih.. Meluap-luap api kemarahannya.

'kau menyindir aku khairina.. Kau selalu mencabar aku khairina..'

Tangan khairina dicekam kasar oleh zarif.. Lalu diheret nya tubuh itu masuk kedalam rumah.. Khairina mengikut saja langkah zarif tanpa bersuara sedikit pun.. Cuma hatinya saja yang sedang menangis.. Meronta..

Dalam kepayahan.. Di memujuk dirinya sendiri.. Agar tetap akur dengan pilihan yang dia sendiri mahukan.. Walaupun terpaksa menelan seribu kepahitan dalam perhubungan ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience