BAB 47

Romance Completed 367809

'' lega akak tengok dhia disini.. Tadi ada orang call kakak.. Ceritakan semuanya... Untunglah dhia.. Tiba-tiba jadi model pulak.. '' kata baizura sambil menepuk lengan dhia.

'' hmm.. Entahlah kak.. Dhia takut tak dapat bagi yang macam mana, yang mereka mahukan.. Dhia ni mana ada pengalaman.. Malu lah.. '' akui dhia..

'' ish.. Kakak tengok ni.. cantik je gambar dhia.. '' kata baizura menunjukkan telefon bimbitnya kepada dhia..

Dhia menyambut telefon bimbit milik baizura.. Dia melihat gambar tersebut.. Direnungnya dalam-dalam..

'' tak payah tenung lama-lama.. Tu memang gambar dhia.. '' kata baizura.. Mengambil semula telefon bimbitnya.

Dhia menggaru kepalanya sendiri.. Sambil menayang sengihan..

'' dhia nak kakak hantarkan dhia balik? '' tanya baizura.

'' tak apalah kak.. Dhia balik naik grab saja.. '' balas dhia.

'' betul ni? taknak kakak hantarkan..? '' tanya baizura.

'' tak apa kak.. Kakak nak kena jaga ariana lagi.. Lagipun butik masih belum tutup.. Taknak lah ganggu kakak..kakak jaga je ariana.. '' kata dhia kemudian, melihat masih ada beberapa orang pelanggan didalam butik tersebut.

'' balik tu hati-hati tau.. Kalau ada apa-apa call kakak cepat-cepat tau! .. '' kata baizura.

Dhia sekadar tersenyum dan mengangguk faham.. Dia kemudiannya berjalan keluar dari butik itu dan berjalan ke stesen bas yang ada tak jauh dari situ.. Dhia terus mengambil teksi yang sudah menunggu di situ..

Sebaik sampai di hadapan rumah dhia.. Ada seorang wanita sedang berdiri disana.. Di hadapan pintu pagar rumahnya..

'' pakcik.. Sini saja yea.. '' arah dhia kepada pemandu teksi.

'' baik nak.. '' kata pemandu teksi tersebut.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah sewa lamanya.. Sebaik membayar tambang.. Dhia turun berjalan menghampiri wanita itu.

'' cari siapa? '' tanya dhia.

'' maaf salah rumah.. '' kata wanita itu tergesa-gesa, berlalu pergi begitu saja..

''peliknya..! Siapa dia tu..'' dhia merasa seperti ada yang tak kena dengan wanita itu.. Kerana, tadi dhia melihat wanita itu sedang mengintai kedalam kawasan rumah..

Dhia menekan butang di alat kawalan jauh.. Untuk membuka pagar dan masuk kedalam.. Dhia menunggu pintu pagar di tutup rapat kembali barulah dhia melangkah meninjau halaman rumahnya.. Mencari mana tahu ada yang aneh disitu.. Tapi semuanya berada dalam keadaan baik dan sempurna.. Seperti biasa.

'' macam-macam lah, orang sekarang.. Entah apa niat dia.. '' rungut dhia dan berjalan masuk kedalam rumah..

Salam diberikan sebaik pintu dibuka.. Dhia terus ke dapur mengeluarkan barang mentah untuk masak nanti.. Kemudian dia naik keatas untuk membersihkan diri dan solat.

Sementara khairul melihat saja dari telefon bimbitnya telatah isterinya yang sedang memasak di dapur.. Selesai memasak dhia berbaring disofa sementara menunggu suaminya pulang..

Khairul tiba dirumah.. Melihat dhia sudah terlena diatas sofa panjang..

"sayang.." panggil khairul..membongkok kan badannya.. Merenung wajah dhia yang sudah tidur.

"tidur pun cantik bini aku ni.. Mulut ni kalau terjaga.. Dah bercakap tu.. tak mahu mengaku kalah sikit pun.." khairul mencucuk bibir dhia dengan jarinya secara lembut..

Dhia merengek kecil bila terasa bibirnya disentuh.. Cepat-cepat khairul melarikan tangannya semula.. Kepala dia begerak perlahan dengan mata yang masih terpejam.

Khairul melihat bantal sofa yang ada di dalam pelukan dhia..

'ahh.. Khai.. Kenapa dengan bantal peluk pun kau boleh nak jeles..' khairul mengaru kepalanya.. Tapi tetap juga dia menarik pelahan-lahan bantal peluk itu keluar dari dakapan dhia dan melemparkannya ke arah sofa yang lain.

Dhia membuka matanya sedikit melihat khairul.. Bibirnya tersuing satu senyuman..

"khaiii.." ngumam dhia.. Kemudian kembali mejamkan matanya..

'aiik.. Mengigau ke apa tadi tu.. Mimpikan aku? itu perkara baik kan..' khairul menarik senyumannya..

"mimpi apa sayang?" khairul mendekatkan wajahnya dengan wajah dhia.. Menghirup udara yang sama pada ketika itu..

Dhia terjaga lalu membuka matanya.. Benda pertama yang dilihatnya adalah wajah khairul yang tersenyum manis kepadanya..

''khai.. '' dhia melihat sekeliling..

'aku dimana?' dhia bingung.. Lalu bangun duduk.. Melihat sekeliling.. Rupanya dia berada di rumah..

'' mimpi apa tadi? '' tanya khairul.

'' entahlah .. Mimpi buruk.. '' balas dhia..sambil memegang kepalanya. Khairul yang sedang tersenyum terus menarik muka.. Lalu terus, bangun berdiri tegak..

'' itulah.. Waktu macam ni mana elok tidur! .. '' pesan khairul lalu menghayun kakinya melangkah naik..memanjat anak tangga ke atas.

Dhia dibiarkan kebingungan sendirian di ruang tamu..

'ada yang salah ke?'

Dhia turut naik keatas.. Sebaik sampai didalam bilik dia melihat khairul sudah pun masuk kedalam bilik air..

'' khai.. Dhia tunggu dibawah yea.. Kita makan dulu.. Boleh? '' tanya dhia dari bilik air..

Tapi yang kedengaran hanyalah bunyi air yang jatuh ke lantai.. Tak pula dia mendengar suara khairul membalas kepadanya. Dhia mengangkat kedua bahunya dan turun ke bawah semula.. Perutnya sudah berbunyi dari tadi..

Khairul turun dari tangga sambil menunduk memandang telefon bimbitnya yang berada di tangannya. Bejalan terus ke meja makan dan duduk di kerusinya.. Seperti biasa sepanjang sesi makan itu.. Mereka diam saja menikmati makan malam mereka.

Pinggan mangkuk yang sudah kotor bersisa makanan di kutip oleh dhia dan diletakkan di singki..

'' harini sayang buat apa? Pergi butik saja? '' tanya khairul yang sedang membawa gelas kosong yang sudah digunakan ke singki.

'' tak juga.. Hari ni.. Banyak benda yang terjadi... Panjang sungguh ceritanya.. '' kata dhia menyambut gelas dari tangan khairul..

'' I had all night to hear it all.. Dear.. '' kata khairul...

Dhia yang sedang membasuh pingan, berpaling melihat kearah khairul.. Dari nada bicara khairul yang lembut tadi ada ketegasan didalamnya..

'dia tahu atau?? masih marah'

'' ok tapi.. Janji jangan marah macam semalam.. '' kata dhia..

'' depends... Tengoklah..Kalau benda tu salah memang patut kena marah kan.. '' kata khairul bersandar di kabinet dapur.

'' ok.. Dhia cerita.. ''

Dhia menceritakan semuanya kepada khairul.. Perkara yang berlaku pada hari itu.. Dari menerima panggilan telefon dari baizura sampailah dia habis memasak dan terlena.. Sedikit pun dia tak tertinggal.. Seolah-olah memberi report laporan kerja hariannya kepada pihak atasan. Dari mereka berdua di dapur.. Mengemas meja makan.. Sampailah Kedua-dua mereka duduk di ruang tamu.. Duduk di sofa yang sama..

'' itulah.. Ceritanya... '' kata dhia menyudahkan ayatnya dan juga ceritanya..

'' tak habis-habis pikir masalah orang lain.. Tapi diri sendiri tak jaga.. '' keluh khairul..

'' apa yang khai cakap ni..? " tanya dhia. Tak mengerti apa yang dicakapkan oleh khairul.

'' sayang dah lupa.. Satu kerja dalam satu masa.. Atau tak payah kerja terus.... Stay saja dirumah.. '' kata khairul.

'' tapi kan.. Itu.. Hmmm.. Kebetulan..hanya kebetulan.. '' balas dhia.

'' kebetulan ya.!'' kata khairul sambil menganggukkan kepalanya.

'ibu dah putuskan biar esha.. saja yang jadi model syarikat untuk New launch nanti..dan seterusnya.. ' terngiang ngiang di kepalanya ayat itu..

' Kebetulan yang sangat tak menyenangkan..'

'' kenapa? '' tanya dhia.

'' tak lah.. Tak ada apa.. '' balas khairul.

'nak marah pun tak guna.. Semua dah jadi..'

'' ibu nak jumpa sayang.. Sayang dipilih menjadi model syarikat sebab 'ke-be-tu-lan' sayang tu.. Dah buka mata semua orang.. '' perli khairul. Dhia terus ketawa.

'' khai buat lawak yea..? '' tanya dhia.. Khairul diam membatu.. Mati ketawa dhia bila melihat khairul begitu.

'' khai marah? '' tanya dhia.

''muka khai nampak macam marah ke sekarang ni?'' khairul berpaling membawa wajahnya dekat dengan wajah dhia. Tangan dhia menolak bahu khairul agar kedudukan mereka kembali ke asalnya.

'' dah tu kenapa khai nak emosi macam ni.. Cuba cakap.. bagi dhia faham.. Dhia makin keliru.. adalah.. '' kata dhia.

'' sayang tahu tak..tadi masa, sayang jadi model, ianya untuk cover majalah syarikat..untuk bulan ni. So.. Ibu dah lihat.. Dannn... Ibu suka menantu dia sorang ni yang jadi cover untuk bulan ni... Sekarang faham? '' tanya khairul.. Mencuit hidung mancung dhia..

'' ahh... Apa? '' dhia menutup mulutnya sendiri tak percaya..

'cover apa? syarikat? Majalah syarikat?'

'' so congratulations dear.. Sayang secara tak langsung dah jadi model syarikat.. '' kata khairul.

'' so suka? '' tanya khairul lagi.

Dhia keliru.. Sama ada itu satu pujian ikhlas dari khairul ataupun sindiran buatnya..

'' khai perli dhia?? '' tanya dhia.

'' haissh.. Kita puji dia.. Dia kata kita perli dia pulak.. '' keluh khairul.

'' tapi khai kenapa macam tak suka.. Macam tak ikhlas.'' kata dhia.

'' ikhlas lah ni sayang.. '' balas khairul memegang tangan dhia..

'' tak.. Macam ada sesuatu.. Macam.. Entah.. You don't look happy..macamnya ada sesuatu .. Yang dhia tak dapat nak baca disebalik wajah ni? '' kata dhia sambil jarinya memusing membuat bulatan di hadapan wajah khairul.

'' lepas jadi model ni.. Sayang nak jadi ahli nujum pulak ya.. '' perli khairul.. Lalu mencubit pipi dhia.

'' bukanlah.. '' dhia menarik tangan khairul dari terus mencubit pipinya..

'' khai tak halang sayang..nak jadi model.. Tapi... ''

'' tapi? ''

'' ada syaratnya... '' khairul menarik senyumannya..

'hai.. Macam mana pun.. Tetap ada tapi ya, siap bersyarat lagi..' dhia membalikkan matanya keatas. Melihat senyuman khairul semakin lama semakin menyeramkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience