BAB 71

Romance Completed 367809

Bilik yang berhawa dingin itu dihuni oleh dua insan yang berlawanan jantina.. Tidur keletihan selepas puas bersuka ria di kelab malam sampai ke pagi barulah pasangan itu tiba di hotel itu.. Bersambung bermesra di dalam bilik itu sampai kedua-duanya sama-sama tertidur pulas..

Nadeerah melemparkan tangan yang melingkari pinggangnya.. Walaupun berat untuk dia bangun dengan keadaan tubuhnya yang sangat keletihan melayan lelaki disampingnya.. Tapi dia perlu pergi sebelum lelaki itu sedar semula.. Apa yang dia perlukan sudah dipenuhi oleh lelaki itu semalam..

Tubuh yang bogel itu berjalan masuk kedalam bilik air..membersihkan dirinya. Kemudian dia keluar semula memungut pakaiannya yang bersepah ada diatas lantai.. Menyarung ketubuhnya satu persatu.. Sebelum dia keluar dari bilik itu.. Dia melihat beg duit zarif yang terbuka berada di atas lantai..

Nadeerah menunduk mengambil beg duit zarif yang ada diatas lantai.. Beberapa keping duit kertas berwarna unggu ditarik keluar dari beg duit itu. Lalu, dimasukkan kedalam begnya yang tersilang ditubuhnya. Nedeerah menghampiri katil.. Kemudian menarik bibirnya tersenyum melihat zarif yang sedang terlena dibuai mimpi..

'' kita jumpa malam nanti saja ya, sayang.. '' dia menunduk mencium pipi zarif.. Dan meletakkan beg duit itu disisi pemiliknya. Nadeerah menegakkan kembali tubuhnya. Berpaling untuk pergi.

'' naddd'' zarif memanggil namanya.

Langkah Nadeerah terhenti, dia berpaling semula.. Melihat kearah zarif yang masih memejamkan mata diatas katil. Bibirnya ditarik melebar..

''tidur pun, panggil nama aku.. Alahaiii..selama aku tak ada di sini.. Macam manalah kau hidup.. Zarif.. '' kata nadeerah menyindir zarif yang masih tak sedarkan diri.

'' aku balik dulu..malam nanti pandai-pandailah kau cari aku ya.. '' nadeerah memberikan flying kiss buat zarif..dia berjalan pergi dari situ.. Keluar dari bilik yang digunakan untuk bermalam dengan zarif.

Nadeerah masih dapat mendengar namanya dipanggil oleh zarif.. Tapi kakinya tetap melangkah pergi.. Meninggalkan hotel dan kembali ke rumahnya.

Sementara di rumah.. Khairina terbaring di atas katil.. Masih mengharapkan kepulangan zarif. Semalaman dia menangis dan puas sudah ufairah memujuknya sampai khairina tertidur kerana letih menangis.

'' kita nak buat macam mana ni abang..? '' tanya ufairah.. Sama-sama berdiri di hadapan pintu bilik tidur anak mereka. Memandang kearah katil.. Dimana khairina yang masih terlena diatasnya.

'' call saja liyana kesini.. Kita terangkan saja semuanya kepada liyana.. Sampai bila kita nak rahsiakan semua ni.. Yang tersiksanya, khairina.. Memang ni salah anak kita.. Dia dah kembali ke perangai lama dia.. Tak guna! Demi seorang perempuan dia jadi buta.. '' marah zawawi.

''apa! abang yang abang cakapkan ni!'' ufairah menarik tangan suaminya. Zawawi menarik pintu bilik itu agar tertutup semula. Dia tak mahu menganggu khairina yang sedang tidur.

'' haih.. Semalam abang keluar makan dengan datuk farizi.. Dia yang bagitahu semuanya kepada abang .. Mulanya abang tak percaya.. Sebab zarif cakap dengan kita dia dah tak buat, semua benda tu semua .. Tapi datuk farizi bagi saya gambar.. Sangat memalukan!.. Kalau lah benda ni tersebar.. Mana lagi kita nak letak muka kita! .. Maruah kita! .. Hancur!! .. Dulu dengan hal tangkap basah.. Dah reda.. Ni dia pula buat hal lagi..!! '' luah Zawawi kecewa dengan perangai anaknya.

'' Allah.. Saya tak tahu yang dia keluar malam jumpa perempuan tu.. Khairina tak pernah beritahu saya pun abang.. '' kata ufairah sayu.

'' khairina? .. Kamu tak nampak! .. Dia sangat sayangkan zarif.. Selama ni, zarif keluar melepak dengan kawan-kawan dia di luar sana.. Khairina yang tolong tutup aib anak kita tu!.'' kata Zawawi. Termenung saja ufairah tak membalas kembali kepada suaminya.

'zarif.. Zarif.. Kau mengecewakan kami.. Bonda tak sangka zarif macam ni.. Zarif pernah janji dengan bonda.. Tak akan jumpa lagi dengan perempuan tu..' ufairah dilanda perasaan gelisah.. Dia tak mahu anaknya terus hanyut seperti dulu..

Sebelum ni dia menyalahkan khairul yang membuatkan anaknya hanyut.. Tapi sekarang.. Dia harus terima. Kerana dia sudah melihatnya sendiri, semalam macam mana perangai anaknya.. Kecewa.. Sungguh dia sangat kecewa sekali dengan zarif.

'' saya nak call liyana.. Minta dia datang sini dan kita bincang macam mana nanti.. '' kata Zawawi..

Khairul dan dhia sudah sampai di pejabat.. Sampul putih di genggam kemas ditangan khairul, sebelah tangannya lagi mengengam tangan dhia.. Sesekali tangan halus itu dibawa ke bibirnya menciumnya, tanpa menghiraukan kepada pekerja yang melihat kemesraan yang dipamerkan oleh mereka.

Khairul mahupun dhia masing-masing tak sanggup nak membuka sampul tersebut. Didalam hati mereka hanya mampu berdoa.. Agar semuanya baik-baik sahaja.

'' mana datin? '' khairul bertanya dengan setiausaha liyana. Bila melihat bilik liyana gelap dari luar.

'' datin tak masuk harini.. Ada hal yang berlaku dia rumah.. '' kata nurin.

'' apa? Hal apa? Saya tak tahu pun.. '' tanya khairul lagi.

'kenapa? Ibu sakit ke? Tak pernah ibu tak masuk kedalam pejabat.. Kalau setakat sakit sikit-sikit tu pun ibu akan gagahkan diri datang juga ke office..'

'' saya tak pasti lah tuan.. Tapi yang saya tahu, datin batalkan semua temu janjinya hari ni..dia cakap dekat saya dia tak masuk hari ini.. '' terang nurin lagi. Kemudian dia berpaling melihat kepada dhia.. Mereka sama-sama membalas senyuman.

'' it OK.. Abang saya ada masuk tak..?" Tanya khairul.

'' tuan pun tak masuk pagi ni.. Tengah hari, rasanya baru tuan masuk.. '' kata nurin sopan. Nasib dia sudah bertanya mengenai khairil kepada setiausaha khairil semasa mereka bertembung di lif tadi.

Khairul terdiam.. Sedang memikirkan sesuatu di fikirannya.. Dhia segera menggoyangkan tangan khairul, yang di gengamnya..

'' call la ibu.. Tanya'' cadang dhia.

'' kita ke rumah ibu sajalah.. Tak sedap hati pulak rasa..ibu bukannya jenis suka ponteng ke office.. Office ni, dah macam bilik tidur dia.'' kata khairul.

'bilik tidur pulak suami aku ni? bukan selalu orang cakap rumah kedua ke?'

'' ok.. Tapi office macam mana? Semua orang tak ada, boleh ke.. Tak apa? '' tanya dhia.

'' kita turun bawah dulu.. Hubby nak jumpa dengan shahril .. Settle apa yang patut.. Lepas tu kita ke rumah ibu.. '' putus khairul.

'' ok.. '' dhia turut bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh khairul.

Mereka berdua turun semula ke lantai kerja khairul.. Shahril sudah ada di mejanya.. Sebaik melihat khairul keluar dari kotak lif.. Shahril bangun menyambut khairul seperti biasa..

'' shah!'' panggil khairul.

'' ada yang penting tak harini? '' tanya khairul.. Baru saja shahril nak membuka mulutnya.. Membaca jadual khairul untuk hari itu.

'' batalkan semua.. Tunda ke esok saja.. '' sambung khairul lagi.

'bos aku sorang ni! Sebijik perangai macam ibu dia..' shahril tetap mengangguk dan menarik senyuman di bibirnya.

'' ahh.. Baik tuan. '' kata shahril akur.

'' bagus, saya ada hal.. Kalau ada urgent.. Yang sangat-sangat urgent.. Baru call saya.. Inform kan kepada saya.. Kalau hal biasa-biasa tu.. Pandai-pandailah Shah tempis ya.. '' kata khairul memberitahu shahril dengan panjang lebar. Menekankan perkataan yang penting di dalam percakapannya.

'' baik tuan.. Nanti tuan masuk semula ke office atau tak...'' tanya shahril.

'' tak pasti tentang tu lagi.. '' kata khairul.. Shahril menganggukkan kepalanya. Faham.

''ok lah.. Saya nak kena pergi dulu.. Ingat.. Yang urgent saja call saya.. Kalau tak, tunggu saja esok.. Kalau sempat saya balik.. Tapi saya tak janji..'' khairul menjelaskan lagi.

Shahril mengangguk lagi.. Dhia disebelah memandang dan mendengar saja perbualan antara dua lelaki itu. Kemudian khairul dan dhia melangkah pergi. Masuk kedalam kotak lif.. Keluarlah pasangan itu dari bagunan yang berdiri megah di tengah-tengah bandar..

'' hubby.. '' panggil dhia memeluk lengan khairul sambil berjalan ke kereta bersama khairul.

'' ya sayang.. '' khairul berpaling melihat kearah dhia yang sedang memeluk tangannya.

'' kenapa tak call saja.. Kalau ibu tak ada di rumah macam mana? '' tanya dhia.

'' hmmm.. Kita pergi dulu.. Sana. Kalau tak ada baru kita call ibu.. '' balas khairul.. Sebenarnya dia juga sedang gelisah.. Macam-macam perkara yang sedang bermain di dalam fikirannya..

Khairul memandu keretanya, laju membelah jalan menuju ke rumah keluarganya.. Dhia yang berada disampingnya mengelus ngelus lembut tangannya. Dia turut merasakan apa yang sedang dirasakan oleh dhia.. Debaran itu turut dirasainya.. Sesekali matanya melihat kepada sampul putih yang kini sudah bertukar tangan.. Sampul putih itu kini berada di atas peha dhia yang dipegang oleh sebelah tangan dhia..

Sebaik mereka sampai di rumah liyana.. Khairul melihat ada kereta khairil turut dipakir di halaman rumah..

'kenapa abang tak pakir kereta di bawah tempat pakir kereta? kenapa letak di halaman rumah..' bermain-main persoalan itu..

Dada khairul kembali berdebar.

'takkan ibu sakit? Kenapa abang tak beritahu?'

Khairul memakir kan keretanya di pakir kosong disebelah vellfire hitam milik liyana. Khairul keluar dari kereta.. Membukakan pintu untuk dhia seperti selalunya.. Melangkah masuklah pasangan itu kedalam rumah liyana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience