BAB 11

Romance Completed 367824

Zarif tersenyum sendirian bila teringatkan apa yang terjadi tadi.. Sambil menghembuskan asap rokok ke udara.. Adakalanya dia mengeleng gelengkan kepalanya.. Sambil tersenyum lagi.

'' kau ape hal bro.. Senyum sendiri macam orang tak betul saja ni? '' tegur khairul.

Zarif berpaling melihat kearah sahabatnya.. Tak sah kalau lelaki yang bernama khairul ini tak membawa wanita di sampingnya..

'' kau ni! Ni siapa pulak? '' tanya zarif. Menunjuk wanita yang ada disamping khairul.

'' oh ni.. My babe.. Nama dia ayu.. Betul kan.. '' kata khairul. Wanita yang berada disamping khairul melepaskan pegangannya.. Yang awalnya melingkari pingang khairul.

'' ehh.. Bukan.. Amy.. !'' katanya dengan wajah yang masam. Protes bila namanya salah disebut oleh khairul sebentar tadi.

'' alah.. Silap pula!'' khairul menepuk dahinya.

'' you ni kan.. '' rajuk wanita itu.. Lalu berjalan pergi meninggalkan dua jejaka itu.

'' kau tak nak kejar dia? '' tanya zarif.. Sebaik menghembuskan asap rokoknya.

'' apa? Kau kata apa tadi? kejar?.. '' kata khairul sinis.

'' hmm.. Kejar lah.. Kalau tak.. Tak mendapat lah kau malam ni.. '' kata zarif menyuakan sekotak rokoknya kepada khairul.

'' aku tak kejar wanita zarif.. Wanita yang kejar aku!'' balas khairul yakin dan bangga.. Huluran rokok dari zarif ditolaknya dengan gelengan kepala..

'' belagak ya kau sahabat! Jangan cakap besar!'' zarif memperingati khairul.

'' betullah apa yang aku cakapkan.. Aku tak nak jadi bodoh.. Terkejar-kejarkan perempuan.. Sebab tu lah aku kerap tukar perempuan.. Supaya perempuan tu tak jatuh cinta dengan aku.. Dan aku tak akan jatuh sayang kepada dia.. Senang kan.. '' kata khairul menjelaskan kepada sahabatnya.

'' kau kejam khai.. ! Demi seorang wanita kau sakitkan banyak wanita yang lain.. '' kata zarif.

Zarif tahu.. Tentang cinta mati khairul terhadap wanita yang bernama nadeera..sanggup lakukan apa saja demi wanita yang bernama nadeerah tu.. Tapi malangnya, nadeerah pergi tanpa memberi sepatah kata, hilang begitu saja.. Seumpama lenyap ditelan bumi.

'' bercinta tu tak salah khai.. Move on lah bro.. Banyak lagi wanita yang boleh buat hati kau bergetar semula, dan terbuka untuk bercinta semula.. '' kata zarif terhenti sebaik melihat kepala kahirul sedang mengeleng. Tahulah dia, khairul tak pernah melupakan Nadeera walaupun sedetik.

'' tak elok berdendam khai.. Lupakan dia.. Hati kau akan tenang khai...'' kata zarif lagi.

'' mungkin.. Tapi selagi aku tak jumpa penganti dia.. Aku lebih suka begini.. '' balas khairul.

'' suka? Suka tidur dengan setiap wanita yang berbeza setiap malam.. Macam tu.. Sekali sekala tu.. Cuba kau angkat martabat kau tinggi sikit khai.. '' tegur zarif lagi.

Sebaik mendengar zarif sedang merendah-rendahkannya.. Khairul segera berpaling dan melihat dalam mata berwarna kelabu kebiruan itu.. Menikam tajam anak mata itu.

'' jangan tegur aku.. Seolah-olah kau tu suci.. Zarif.. Aku lebih kenal kau luar dan dalam.. Tak ada bezanya kau dan aku.. Sama sahaja.. '' sindir khairul.

'' betul tu.. '' kata zarif mengangguk.. Setuju dengan sahabatnya itu.

'' tapi.. ''

'' aku.. Nak berubah sekarang... Masa memburu seperti dulu dah tamat..aku dah puas bermain khai.. Aku dah kembali ke alam nyata.. '' kata zarif tenang. Membuatkan khairul tergelak besar sampai dia sendiri terbongkok dan memegang perutnya yang terasa geli mendengar kata yang diucapkan sahabatnya tadi.

'' kau tak mabuk kan? '' tanya khairul yang masih bersisa tawanya.

Zarif memandang sahaja kearah khairul yang masih menyangkakan dia sedang bergurau senda dengannya.

'' terpulanglah khai.. Tapi aku dah bagitahu semuanya.. Kepada kau.. Dah tiba masanya aku berubah. '' kata zarif lagi.

'' baiklah..baiklah! Aku hormat keputusan kau zarif.. Tapi satu ja yang aku nak minta.. Jangan sesekali kau lupakan aku ni.. Sahabat kau.. Dan kawan kawan lepak kita yang lain.. '' kata khairul.

'' takkan lah aku nak lupa sahabat aku pula.. Aku cuma tak sentuh perempuan dan arak.. Kamu semua tetap jadi sahabat aku.. '' kata zarif sambil memeluk khairul dan beberapa sahabat mereka yang lain secara beramai-ramai.

'' macam tu la.. '' kata mereka beramai ramai.

Selepas itu zarif memandu pulang. Sengaja dia berhenti di kedai serbaneka yang dia singgah awal tadi sebelum dia pergi untuk bertemu dengan sahabat-sahabatnya.

Dari jauh dia melihat seorang gadis kecil yang sedang sibuk menulis sesuatu di kaunter bayaran.. Dalam dia tak sedar dia menongkat dagunya melihat saja gadis itu..

Nak saja dia menerjah masuk ke dalam kedai serbaneka itu.. Mengusik lagi gadis yang telah menarik perhatiannya itu. Entah kenapa gadis kecil itu sungguh mudah membuatkan dia tersenyum sendiri.

'' dhia.. '' sedap nama dia. Zarif tahu nama gadis itu melalui tanda nama yang ada di dada bajunya tadi.

'' esok sajalah aku singgah.. Kang tak pasal mengamuk pulak budak tu.. '' kata zarif tersenyum sendiri.. Sebelum memandu pergi dari situ.

Dhia memandang ke arah luar yang kelam hanya ada cahaya dari lampu jalan. Cahaya yang menyambar wajahnya tadi benar-benar mengganggunya..

'' tak ada orang pun.. Tadi macam ada lampu.. '' rungutnya.

'' kenapa? '' tegur seorang rakan kerjanya.

'' tak.. Tadi dhia tengok macam ada kereta di luar tu.. Lepas tu tengok dah tak ada.. '' terang dhia.

'' ehhh.. Kau jangan.. Pintu depan tu dah kunci.. Sekarang nak buat abang takut pula.. '' kata lelaki yang boleh dikatakan lembut itu.

'' tak lah.. Mana ada dhia nak bagi abang takut.. Dah la tak ada apa-apa lah.. '' kata dhia.. Dia kembali menanda stok barang yang ada.

'' hmmmm dhia.. Boleh tak kalau abang nak tidur sekejap.. Mengantuk lahhh'' katanya sambil menguap panjang.

''ish abang ni.. Kalau ikutkan mengantuk.. Dhia pun mengantuk.. Kalau abang nak tidur.. Abang tidur di hujung tu.. Senang dhia nak kejut kalau ada apa-apa nanti.. '' kata dhia menunjukkan kearah satu sudut yang agak terlindung sedikit dari kamera litar tertutup yang ada dipasang didalam kedai itu.

'' uuuhhh... Ok ok! Abang tidur kejap saja.. Sejam saja.. Nanti dhia kejut tau!'' katanya lagi sebelum berjalan pergi.

Dhia membiarkan sahaja.. Memandangkan tak ada apa-apa yang serius yang berlaku.. Kebanyakkan orang yang datang hanya untuk membeli rokok dan juga untuk membeli kopi segera yang ada dijual di kios layan dirinya.

Bila tamat waktu kerjanya.. Dia berjalan pulang kerumah.. Tak sabar nak meletakkan kepala di atas bantal sebaik solat subuh.. Sebaik sampai di rumah perkara yang pertama dia lakukan adalah mandi dan solat.. Dia memasukkan pakaian kerjanya ke dalam mesin basuh..

'' tidur sekejap.. '' dhia menepuk nepuk bantalnya. Sebelum dia merebahkan kepalanya.

Tak tunggu lama.. Dia sudah terlena.. Lena yang dalam. Sehingga kedengaran bunyi jam locengnya berbunyi nyaring.

'' arrrghhh.. Kenapa cepat sangat.. '' rungutnya.

'' dhia.. Kau dah bangun? '' suara marissa sedang menjerit dari luar biliknya.

'' dah.. Dah bangun, kejap aku turun.. '' balas dhia.

Selesai bersiap dia turun ke bawah.. Perkara yang pertama dia lakukan bukannya bersarapan, melainkan ke mesin basuh.. Mengeluarkan pakaiannya.. Pakaian itu segera di sidai di ampaian yang ada di ruang belakang rumah mereka. Untung semuanya berbumbung, tak perlulah dia risaukan kalau cuaca hujan datang menyinggah.

'' makan dulu dhia.. '' tegur marina.

'' ya kak.. '' sahut dhia, berlari masuk semula ke dalam rumah. Dia hanya menyambar roti bakar dan menyapukan jem di atasnya.

'' patut lah kau kurus dhia.. Kau kerja teruk sangat.. '' kata marina.

'' mana ada kak.. Nanti dekat bakery.. Dhia makan banyak.. '' balas dhia.

'' yea lah tu.. Pandai saja dia menjawap..dah, cepat harini kakak hantarkan kamu berdua..'' kata marina.

'' yeay !!terima kasih kak.. '' sorak dua gadis muda itu serentak.

''suka lah tu.. Cepat kumpul duit. Ambil lesen.. Lepas tu beli kereta.. Tapi tak payah lah kot beli kereta.. Kereta kakak ada.. Lepas ni kakak nak jadi madam besar.. Korang berdua pula yang memandu..'' kata marina ketawa suka.

'' boleh.. Tapi mahal tak kak? '' tanya marissa.

'' boleh tahan jugak lah.. Kalau nak lebih pasti.. Tanya sendiri dengan pusat memandu.. Tu hujung sana tu kan ada sekolah memandu.. Pergilah cuba-cuba tanya.. '' kata marina menunjukkan tangannya disebelah kirinya.

'' best jugak kan kalau ada lesen kereta.. '' kata dhia..

'' yea kan dhia.. Jom kita ambik lesen.. '' kata marissa pula.

'' boleh la, nanti kita pergi tanya sama-sama.. '' kata dhia dengan sunyuman diwajahnya..

'lepas telefon bimbit.. Lesen kereta...' pikir dhia.

Dia mula memasang impiannya satu demi satu dia akan mengapai dengan usahanya sendiri. Selesai sarapan mereka bertiga keluar dari rumah.. Marina memandu keluar keretanya.. Dhia menutup pagar dan menguncinya kemudian berlari anak kearah kereta.. Tanpa mereka bertiga sedar.. Ada seseorang sedang memerhatikan mereka.. Terutamanya Dhia Qaleesha.. Sambil tersuing sebaris senyuman di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience