BAB 81

Romance Completed 367809

Qaisarah duduk di atas katil sambil melipat bajunya dan baju suaminya yang baru dikutip di ampaian petang tadi.. Masuklah hanif kedalam bilik selepas selesai mandi.. Qaisarah melihat saja suaminya itu dengan hujung matanya..

'' bieee... '' panggilnya manja.

'' hmm.. '' jawap hanif yang sedang mengenakan seluar hitam dan baju hitam di tubuhnya..

'' bie nak keluar..? '' tanya qaisarah.

'' yea.. Dah lama tak turun tengok budak-budak tu berlatih silat dekat dewan..'' kata hanif..

'' biee.. Bila kita nak dapat anak? Tengok esha.. Tak lama lagi dah boleh dukung anak dia.. Kita bila pula? '' tanya qaisarah.

'' itukan rezeki masing-masing.. Mungkin Tuhan nak bagi kita senang dulu. Baru dia nak bagi rezeki anak.. Mungkin belum sampai masanya.. '' kata hanif.

'' kita pergi check nak? Mana tau kalau ada masalah dengan Sayang.. Boleh kita berubat dari awal.. '' kata qaisarah.. Berharap hanif akan setuju dengan cadangannya.

'' bie bukannya tak nak.. Tapi kan semua ni masih terlalu awal.. Jangan bila orang ada anak.. Kita pun nak anak.. Esok ni.. Orang ada itu ini.. Sayang pun nak juga.. Sabar lah.. Mungkin rezeki kita lambat sikit.. '' kata hanif.. Memujuk isterinya..

'' tapi biee.. Umi tu dah banyak kali tanya tau! Umi cakap Sayang ni, yang problem.. Boleh lah biee.. Kita pergi check saja.. Dapat seorang anak pun tak apa dah, biee.. '' pujuk qaisarah..

'kalau masalah tu tak berpunca dari Sarah.. Puncanya dari aku!macam mana? Adakah ni balasan, sebab sebelum ni aku pernah sakitkan hati esha..'

'' tengok lah nanti..macam mana. Bie dah nak keluar ni.. Tak payah tunggu bie balik.. Mungkin bie akan balik lambat..kalau sayang mengantuk.. Sayang tidur saja dulu.. '' kata hanif

'' kalau nak ikut boleh tak? '' tanya qaisarah.

'' ikut? Buat apa.. Dekat sana nanti ramai orang lelaki lah.. Tak payah la.. Tak elok kalau sayang pergi.. Sayang duduk di rumah saja.. '' kata hanif.

'' bosan lah duduk rumah!'' balas qaisarah.

'' kalau bosan turun lah kebawah.. Tolong umi dibawah.. Tak pun duduk la borak dengan umi.. Tak la bosan sayang.. Sayang asyik terperap dalam bilik mau tak bosan.. '' kata hanif.

'' hmmm... Umi tu macam tak suka kalau Sayang turun borak dengan dia.. Aritu umi sengaja suruh Sayang buat kerisik.. Sampai lecur tangan Sayang ni.. Bukannya sikit-sikit.. Dari kelapa tu sebiji-sebiji.. Sampai ke tumbuk kerisik tu Sayang yang buat.. '' rungut qaisarah..

'' sikit je tu.. Umi buat sendiri berkilo-kilo ok je.. Tak merungut pun.. '' kata hanif.

'' umi sengaja nak buli sayang!'' rungut qaisarah lagi.

'' taklah! Mana ada.. memang umi macam tu perangai dia.. Sayang tu kenalah pandai ambik hati umi.. Lama-lama umi ok lah.. Dah la.. Bie dah nak pergi ni'' kata hanif menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan qaisarah.

''jangan balik lambat sangat.. '' kata qaisarah sambil menyambut tangan suaminya.. Lalu mencium tangan hanif..

'' Insya Allah.. Bie cuba balik awal.. '' kata hanif. Qaisarah melihat sahaja hanif pergi hilang di sebalik pintu..

'' kalau ada anak.. Tak la bosan sangat duduk didalam rumah ni, pasti aku akan sibuk nak uruskan si kecil tu.. Tapi bila masa tu, akan sampai.. Setiap bulan menunggu tapi hampa.. '' keluh qaisarah..

Qaisarah bangun berjalan ke meja solek nya.. Laci meja itu ditarik.. Tangan dimasukkan kedalam laci itu.. Mencari satu kalendar kecil yang ada didalamnya. Kelendar itu diambil.. Dilihatnya tanda-tanda merah yang dibulatkan oleh qaisarah..

'' sepatutnya.. Dah betul kan!.. Kenapa belum lekat ya? '' tangannya dibawa memicit dahi.. Ligat dia memikirkan hal tersebut..

'' ah.. Cuba lagi.. Jangan putus asa Sarah.. !'' dia memberi semangat kepada dirinya sendiri.. Kalendar itu dibawa ke katil.. Dia mula mengira lagi kitaran untuk seterusnya..

'' hubbyyy... ''.

''hubby bagun!'' kejut dhia.. Menggoyangkan tubuh khairul yang berselimut penuh dengan selimut.. Sampaikan malam semalam dia kesejukan kerana khairul mencuri semua selimut.

'' hubbyyy.. Bangunlah.. Dah subuh ni!'' kejut dhia lagi..

'' sayang.. Lima minit lagi ni hujung minggu kan.. Pleaseee.. '' kata khairul.

'' memanglah.. Hujung minggu.. Tapi solat kena solat juga.. Kenapa liat pula Hubby hari ni!'' dhia berusaha menarik selimut yang membungkus khairul.

'' jangan sayang.. Sejuk!'' kata khairul.. Sebaik semua selimut sudah selamat mendarat di atas lantai.. Kerana ditarik oleh dhia..

'' sejuk? ''

'' sayang yang tidur semalam tak pakai selimut.. Dia pula yang kata sejuk.. '' dhia mendekat menyentuh dahi khairul..

'' panas!''

'' hubby demam ni!'' kata dhia..

'' macam mana boleh demam.. Semalam rasanya elok lagi.. ''

'' hubby!'' dhia menggoyangkan lagi tubuh khairul..

'' hmmm'' khairul menggumam.

''hubby demam.. Hubby tahu tak ni? '' kata dhia..

'' yea kee.. Patutlah rasa seram sejuk je.... '' balas khairul.

'' bangun mandi.. Kita solat.. Pastu hubby tidur balik.. Sayang buatkan bubur nanti.. '' kata dhia memujuk khairul.

'' kenapa perlu bubur? hubby tak suka bubur!'' rungut khairul bangun duduk diatas katil..

'' bubur lah senang.. Tak payah hubby nak kunyah, telan saja nanti.. Lepas tu boleh hubby sambung tidur.. Lepas makan ubat.. '' kata dhia.. Menarik tangan khairul untuk bangun..

'' perlukah makan ubat? '' tanya khairul bangun lemah dari katil.

'' kalau tak nak makan ubat macam mana nak baik.. Mestilah kena!'' kata dhia tegas..

Selepas solat khairul kembali baring ke katil.. Manakala dhia turun kebawah menyiapkan bubur untuk khairul.. Kemudian dia naik membawa bubur dan ubat ditangannya naik keatas..

'' hubby.. Bangun! Makan sikit lepas tu makan ubat.. '' kata dhia.. Meletakkan dulang di sisi katil. Kemudian dia mengambil bantal untuk khairul bersandar.

'' sayang.. Tak perlulah buat semua ni!sayang tu kan.. ''

'' tak payah banyak cakap.. Sekarang kita makan ya.. '' kata dhia memotong percakapan khairul.

'' garangnya.. Patient boleh lari dari hospital kalau macam ni!.. '' perli khairul.

'' nak lari? berani larilah..'' balas dhia.. Mengambil semangkuk bubur ditangannya.. bersedia untuk menyuapkan khairul..

'' sayang.. Mulut hubby tak rasa apapun..tawar je.. Tak sedap lah makan bubur.. '' rungut khairul..

'' habis tu..hubby nak makan apa? Chicken chop? '' perli dhia..

'' makan sayang sedap sikit, boleh?'' usik khairul.

'' ceh! Ada hati lagi.. Tak padan dengan sakit.. Makan je bubur ni.. '' dhia menyuapkan satu sudu penuh kedalam mulut khairul.. Sampaikan khairul tak boleh membalas lagi kepada dhia.. Khairul berusaha menelan bubur yang disuapkan ke mulutnya. Sehingga habis satu mangkuk bubur itu..

'' pandai pun.. Papa ni makan bubur kan boy... '' kata dhia.. Memuji khairul. Menjeling saja khairul menghabiskan bubur didalam mulutnya..

'' sekarang masa untuk makan ubat.. '' kata dhia.. Memetik ubat keluar dari dalam sarungnya..

'' sayanggggg.. '' panggil khairul..

'' ohhh.. Rupanya kan.. Papa takut makan ubatlah..boy..'' kata dhia.

'' mana ada takut.. !cuma tak suka.. !'' bangkang khairul.

'' tak suka? apa boleh buat.. '' keluh dhia..

'' kenapa? '' khairul menarik bibirnya tersenyum..

'kenalah buat macam ni..' keluh dhia.

'' sejak bila ada cicak dekat atas tu.. '' dia menunjukkan keatas kepada khairul..

Sebaik khairul mendongak.. Ubat ditangan dhia terus ditekap di mulut khairul..

'' cepat minum air.. '' dhia menyuakan segelas air dekat dengan bibir khairul..mahu tak mahu, air itu terpaksa diteguk oleh khairul. Habis segelas diminum oleh khairul.

'' yeayy! Akhirnya misi mama berjaya.. '' kata dhia sambil menepuk tangannya bersorak kemenangan.

'' sayang.. Sampai hati.. kalau tercekik tadi macam mana.. '' kata khairul sambil mengurut dadanya.. Di kerongkongnya masih terasa peritnya menelan ubat itu secara paksa.

'ingat kan ada lah orang tu nak suap ubat guna mulut dia ke.. Rupanya tak.. !adooii..' keluh khairul.

'' tak tercekik pun kan.. Selamat dah ubat tu masuk dalam perut Hubby kan... '' kata dhia sambil ketawa kecil.. Dia mengelap bibir khairul dengan tisu..

'' boleh buat aduan tak.. Hubby nak mengadu.. '' kata khairul.

'' mengadu..? Malangnya..aduan tak dilayan.. '' dia menayangnyan muka kesian kepada khairul..

'' sekarang tidur yea.. Sayang nak turun masak...boleh kan my lovely husband.. '' kata dhia..

'' boleh ke sayang nak masak sorang-sorang.. '' tanya khairul..

''boleh je hubby..'' dhia bangun membawa dulang ditangannya turun ke bawah.

Sibuk dhia memasak di dapur.. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang..

''hubby! Bukan sayang suruh tidur dekat atas ke? kenapa turun!'' marah dhia.

'susah betul jaga baby tua ni! Bukannya nak dengar cakap!'

'' hubby tak senang lah nak tidur dekat atas sorang-sorang.. Kalau sayang teman.. Oklah.. '' kata khairul.

''tak padan dengan sakit..'' kata dhia.. Sekilas khairul mencium leher dhia.. Membuatkan dhia tersentak tergejut.

'' hubby! Sayang nak masak ni!'' kata dhia.

'' masak la.. Hubby tak kacau pun.. '' kata khairul.

'' macam ni hubby kata tak kacau! Hubby pergi duduk dekat sofa sana tu.. Tengok TV.. '' kata dhia menunjuk kearah ruang tamu.

'' oh.. Halau ya!'' kata khairul.

'' tak pelahh.. Hubby pergilah ni.. '' sambung khairul acah merajuk berbaring di sofa ruang tamu.. Tangannya mencapai alat kawalan jauh membuka televisyen..

''dia demam.. Perangai macam budak kecik pulak.. Hai lah encik suami..'' kata dhia.

'' hubby dengar tu! '' laung khairul dari ruang tamu.

Dhia membawa tangannya menutup mulutnya sendiri..

'dengar lah pulak.. Telinga lintah betul ni.. Cakap pelahan macam ni pun dia dengar.. Dasyat ni..' dhia mengintai khairul yang sedang berada di ruangtamu.. Kemudian dia menyambung memasak kembali..

Hari itu mereka berdua duduk santai dirumah saja.. Memandang kan khairul tak sihat.. Dhia terpaksa menemani khairul tidur sampai khairul terlena..

Khairul menyingkap selimut yang menutup pinggang dan kakinya.. Seluruh tubuhnya berpeluh dan berkeringat.. Membuatkan dia lemas.. Tak selesa lagi dia nak tidur..

'' sayang!'' panggilnya bila dia menyedari hanya dia seorang saja yang ada dia atas katil itu..

Khairul masuk kedalam bilik air.. Membersihkan diri.. Kerana sudah tak tahan.. Selepas mandi dia merasakan tubuhnya kembali segar.. Rasa dirinya sudah kembali sihat seperti sediakala.

'' sayang!'' panggilnya sambil menuruni anak tangga ke bawah. Dia melihat dhia sedang tegak duduk di sofa.. Sendirian..melihat kearah television yang tak terpasang. Khairul memeluk tubuh dhia dari belakang..

'' kenapa tinggal hubby sorang-sorang dalam bilik..? Tanya khairul.

'' hmm''

''tak selesa nak baring.. Baby tak beri kerja sama.. '' kata dhia.. Mengelus perutnya yang mengeras.

'' sayang.. Sakit ke? '' tanya khairul..

'' ehh taklah.. Seronok! Tak nampak tengah berzumba ni!'' kata dhia berbaur sindiran..

'' sayang ni! Hubby serius la.. Kalau sakit kita pergi hospital.. '' kata khairul.. Menarik tangan dhia untuk bangun..

''tak rasa sakit.. Cuma mengeras..'' kata dhia.

Sebenarnya dia sendiri tak pasti adakah sudah sampai masanya atau bayinya sedang bermain tarik tali dengannya..

'' takkan nak tunggu macam ni saja.. Kita ke hospital lah.. '' kata khairul..

Dhia menggelengkan kepalanya.. Lalu, tangannya mengambil alat kawalan jauh menghidupkan televisyen.. Khairul duduk disamping dhia sampai dia sendiri terlena diatas sofa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience