BAB 18

Romance Completed 367824

Pulanglah lah mereka berempat ke bandar.. Entah macam mana qaisarah dapat memujuk ayahnya untuk mendapat izin, ikut mereka ke bandar dengan para gadis itu.

Senyap saja perjalanan pulang kali ini, hanya alunan lagu yang mengisi kesunyian mereka berempat.. Marina yang banyak berceloteh pun mengunci mulutnya dari terus berbicara. Takut terlepas cakap, lebih-lebih lagi kalau tersebut kan nama zarif di hadapan qaisarah.

Kali ini dhia juga yang memandu.. Sempat mereka singgah untuk makan kerana qaisarah sudah mengadu lapar dan mahu ke bilik air. Selepas itu mereka menyambung semula perjalanan mereka. Sesekali dhia mengetap bibirnya bila telefonnya berbunyi berkali kali. Dari ke nada mesej masuk ke deringan..

'' Esha.. Bukan telefon kau ke yang bunyi tu..? '' tanya qaisarah rimas.. Bila mereka bertiga beriak seperti tak mendengar bunyi telefon yang sedang bingit berbunyi itu.

'' ha kak.. Tapi memandu kan.. Tak boleh nak angkat call.. Bahaya.. '' balas dhia memberi alasan.

'' bagi dekat kakak, biar kakak tolong jawapkan.. '' kata qaisarah.

'' tak perlu kak.. Hal kerja ni.. '' kata dhia seraya menyuakan telefon bimbitnya ke belakang.

'' ha.. Betul ni kak.. Boss yang telefon.. '' tipu marissa. Menayangkan skrin telefon tersebut kepada kakaknya yang berada disebelah. Marina mengangguk bila melihat nama zarif tertera disitu.

'' angkat saja risa.. Bagitahu dhia sedang memandu.. '' kata dhia santai. Menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

'' ok aku angkat.. '' kata marissa. Lalu menggores skrin yang terdapat tanda hijau disitu..

'' assalamualaikum boss.. Saya ni marissa.. Risa.. '' kata marissa gugup.

'' waalaikummusalam risa.. Zarif ni.. Mana dhia..? Kenapa risa panggil zarif bos pula '' tanya zarif kebingungan.

'' ohh.. Dhia! Hmm.. Kami dalam perjalanan balik ni.. Dhia tak boleh jawap telefon.. Sebab dia sedang memandu.. '' marissa bertambah gugup lagi mendengar suara garau zarif..

'' patutlah.. Ada di mana ni? Jauh lagi ke.. Bukan ke sepatutnya dah sampai kan..? '' tanya zarif lagi sambil melihat jam tangannya.

'' dah.. Hmm.. Tak jauh dah ni, tiga puluh minit lagi sampai lah ni.. Jangan risau, esok kami masuk kerja macam biasa.. '' kata marissa.

'' kerja? Risa.. Ada benda terjadi ke? '' tanya zarif.

'' tak! Semuanya ok... '' ucap marissa laju..

'' ok lah kalau macam tu..nanti zarif akan call semula'' panggilan diputuskan. Marissa menarik nafas lega. Sungguh bukan senang nak menipu. Dia memeluk kakaknya dan menyerahkan telefon bimbit dhia kepada kakaknya.

Dhia melihat sahaja melalui cermin pandang belakang.. Bibirnya menarik senyuman.

'sorry risa, dan terima kasih cover aku.'

'' bos ke tu..? '' tanya qaisarah. Dhia mengangguk.

Kereta membelok masuk ke simpang.. Dah tak jauh.. Selekoh demi selekoh sehingga nampak lorong menuju ke rumah sewa mereka.. Tapi sebelum sempat mereka melihat rumah sewa mereka.. Ada sesuatu yang mereka bertiga lihat sampai melopong mereka masing-masing siapa lagi kalau bukan zarif menunggu di hadapan rumah mereka.

'mati aku! Apa aku nak buat ni.. Kenapa kau ada disini...'dhia memegang erat stering kereta.

''siapa tu? '' tanya qaisarah menunjuk kearah zarif yang sedang bersandar disebelah wira kelabu.

'' tu kawan ina.. Kejap ina jumpa dia.. Dia dah tunggu lama tu.. Dhia tunggu jab.. Kakak turun bukakan pagar sekali. '' marina bersuara.

'kak marina.. Terima kasih kak.. Kau telah menyelamatkan aku kak'

'' boyfriend ina ke tu, tapi kenapa dia masih lambai ke arah kita.. '' tanya qaisarah melihat sahaja kepada lelaki yang segak mempunyai anak mata yang berbeza dari yang lain.

'' mata dia biru ke? Mat salleh ke dia? '' tanya qaisarah lagi. Menunjukkan keterujaannya.

'' orang Malaysia tu kak.. Mungkin kacuk kot. '' sampuk Marissa seraya menepuk lembut bahu dhiya.

'' ohhhh'' panjang saja qaisarah membalas.

''zarif kejap.. Jangan tegur dhia dulu! '' kata marina. Zarif yang sedang melambai kearah dhia menghentikan lambaian nya.

'' kenapa pula tak boleh marina? '' tanya zarif tak senang dengan apa yang baru dikatakan oleh marina.

'' dalam tu ada kakak dhia.. Ni kalau dia tahu ni.. Takutnya dhia dah tak boleh tinggal disini.. Silap-silap kena duduk kampung tak boleh kemana-mana.. '' terang marina tanpa berselindung lagi.

'' tahu tentang apa marina? Saya tak faham? '' tanya zarif mengekor saya marina yang sedang membuka pintu pagar.

'' tentang kamu lah.. !'' marina menunjuk ke dada zarif.

'' saya? Kenapa dengan saya!!''

'' agaknya kamu dah lama duduk di negeri orang agaknya zarif, dhia bukannya perempuan bebas seperti orang lain.. Harap kamu faham.. Dah tepi.. Kereta nak masuk tu.. Kalau kena langgar, ina tak tanggung.. Dhia tu dah la baru dapat lesen.. Fobia pula budak tu nanti.. '' bebel marina.

Seraya itu zarif berjalan ke tepi memegang pagar agar tak begerak semasa dhia memandu masuk. Dia melihat seorang wanita tak dikenalinya sedang memandang tajam kearahnya.

'kakak dhia? Kenapa dia kesini? Ahh.. Kenapa aku nak sibuk hal dia!' zarif menarik senyumnya kepada qaisarah yang baru keluar dari kereta.

'' besar jugak rumah, kamu duduk dhia!'' qaisarah terjerit kecil. Seolah-olah nak kecil.

Zarif melihat sahaja tingkah qaisarah.. 'kenapa aku pula rasa macam dia adik dhia.. Bukannya kakak.. Nampak lain macam.'

'' jom-jom masuk.. Ina tunjukkan kan bilik.. '' kata marina lalu menarik tangan qaisarah, sempat dia berpaling mengejitkan matanya kepada dhia. Dhia menjatuhkan kepalanya faham dengan apa yang cuba di isyarat kan kepadanya.

'' abang.. '' panggil dhia.

'' dhia qaleesha.. '' balas zarif.

'' kenapa abang ke sini? '' tanya dhia.

'' kan dah janji.. Dua hari kita jumpa lagi.. So abang datang tagih janji dhia.. '' kata zarif dengan senyuman menghiasi wajahnya yang sudah cukup sempurna.

'' jom kita pergi makan.. Abang tunggu dhia dari tadi nak ajak dhia makan.. '' alasan zarif.

'sebenarnya hati ni rindu dhia.. Rindu kepada gadis bernama dhia qaleesha'

'' kejap ya, dhia ambilkan dompet.. ''

'' tak perlu.. Kita pergi dekat dekat sini saja.. '' balas zarif. Dhia tersenyum lalu mengangguk sahaja..dhia masuk kedalam perut kereta wira kelabu itu tanpa merungut apa pun..

'' ok? '' zarif sengaja menduga.

'' ok.. Kenapa? ada yang tak kena..? '' dhia hairan bila zarif bertanya begitu.

'' kalau ok, kenapa tak pakai tali pingang.. '' zarif mendekatkan dirinya.. Mahu memakaikan tali pingang untuk dhia.. Tapi belum sempat dia mendekat.. Bahunya ditolak oleh tangan dhia.

'' dhi..dhia boleh pakaikan sendiri.. '' seraya itu dhia menarik tali pingang dan memasangnya . Zarif ketawa bila melihat aksi dhia..

'dhia.. Dhia.. Kenapalah kau comel sangat..'

Khairina tak puas hati dengan jawapan yang abangnya berikan.

'Kenapa pula abang boleh katakan perempuan itu baik pula. Abang pun tak kenal siapa dia..'

'' abang! Perempuan tu pelacur lah abang.. Mana yang baiknya.. Dia tu nak gunakan kawan abang.. Sebab tu dia berlakon polos macam tu.. Dia cuma nak perangkap abang zarif.. Abang tak percaya dengan khairina ke? '' kata khairina mereka cipta hal buruk, tentang wanita yang langsung dia tak kenal dan tak pernah dia lihat pun. Baginya itu tak penting..

'' abang.. Kalau khairina boleh buktikan dekat abang.. Macam mana..?! Khairina akan buktikan yang dia tu bukannya perempuan baik.. Sama saja macam pelacur-pelacur di luar sana.. Tapi dia lagi bahaya abang, dia mengenakan topeng untuk mengaburi kita abang.. '' khairina mula menaburkan benih-benih fitnah.

'' ok..kalau betul dia tu macam yang khairina katakan.. Abang sendiri yang akan ajar dia.. '' kata khairul tekad. Perlahan lahan bibir khairina mula melebar..

'' abang hanya perlu jatuhkan maruah dia.. Malukan dia.. Cukup untuk itu, zarif akan percaya dan buka mata.. Baru dia tahu, pilihan dia salah.'' kata khairina..

'' apa yang khairina nak abang buat? '' tanya khairul.

'' senang saja abang.. '' khairina menghampiri abangnya.. Lalu membisikkan rancangannya di telinga khairul..

'' itu ja? ''

'' senang sangat tu!'' kata khairul menganggap perkara itu remeh buatnya.. Khairina menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum puas.. Dia yakin abangnya tak mungkin mengecewakannya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience