BAB 52

Romance Completed 367809

'' kita nak kemana? '' tanya dhia bila melihat khairul asyik memandu saja dari tadi..

'' masih berfikir.. '' balas khairul.

'dah kenapa dengan laki aku ni.'

'' hubby! Apa yang hubby merepek ni.. Dari tadi asyik berpusing di tempat yang sama.. Atau kita sesat? '' tanya dhia..

'' tak.. Tengah fikir ni.. Nak pergi fitting baju atau pun pergi klinik dulu.. '' kata khairul..

'' klinik? Siapa yang sakit? '' tanya dhia cemas..

'' tak lah.. Check up our baby.. '' balas khairul menyentuh perut dhia..

'' tak awal sangat ke? '' tanya dhia.

'' hubby nak tahu keadaan kesihatan sayang dan juga baby.. Kita kan nak ke pulau untuk majlis resepsi tu nanti.. Better kita pergi klinik dulu untuk check up semuanya.. Nanti taklah risau sangat.. Boleh pergi dengan hati yang tenang.. '' terang khairul..

''so? Kita kemana dulu..'' tanya dhia.

'' kita cari tempat parking dulu.. Nampak sesak ni.. Klinik tu area sini.. '' balas khairul.

'' oh.. Cari parking rupanya.. '' kata dhia sambil bermain dengan kelopak bunga.

'' suka? '' tanya khairul.

'' hemmm... Suka.. Thank you.. '' balas dhia lalu menghidu dalam-dalam bunga mawar tersebut.

'' itu je? '' tanya khairul tersenyum nakal..

'' la.. Tak ikhlas rupanya.. '' dhia sengaja bernada merajuk..

'' ikhlas la sayang.. Haiii.. Melawak sikit pun dah tak boleh! Garang sungguh.. '' perli khairul.

'' selalu macam tu.. Ada saja.. '' balas dhia.

'' saja lah.. Mengusik .. '' kata khairul dengan gelakkan kecil.

'' Awalnya hubby nak ambik red roses.. Tapi rasa macam sayang, tak suka warna tu..'' kata khairul..

'' yea.. Memang tak suka warna merah.. '' balas dhia.

'' why? '' tanya khairul.

'' warna tu telampau menyerlah.. Menarik.. Tertarik.. Menggoda.. '' dhia terus memberi alasannya.

'sayang kamu tu model sekarang ni..' khairul mengurut lembut kepala dhia.. Membiarkan dhia dengan bebelannya.

Akhirnya setelah beberapa kali berpusing.. Jumpa juga tempat kosong untuk memakir kan kereta..

'' jauh sikit ni? Boleh ke? '' tanya khairul membuka tali pinggangnya..

'' boleh je.. '' balas dhia.

Khairul keluar dari perut kereta kemudian berjalan kearah pintu penumpang.. Membuka pintu untuk dhia dan membantu dhia keluar dari kereta.. Nampak mesra saja pasangan tersebut.

Mereka berdua berjalan bergandingan tangan masuk ke dalam klinik.. Selesai urusan mereka di situ pasangan itu keluar semula..

'' nak tanya ni? Kenapa kita tak direct check up dekat kak myra je.. Kenapa kita ke sini? '' tanya dhia, kerana dari tadi perkara itu bermain di kepalanya.

'' saja.. '' balas khairul bersahaja..

'macam ada yang tak kena saja, tapi apa?'

'' hubby? ada apa-apa ke? '' dhia berhenti berjalan dan menarik tangan khairul.

'' tak ada apa-apalah sayang.. Trust me, ok.. '' balas khairul meraup pipi dhia dengan Kedua-dua belah tangannya.

'' kalau ada..... ''

'' haii!!!!'' kata dhia dipotong oleh suara yang menegur mereka berdua..

Berpaling lah pasangan itu melihat kearah punca suara tadi..

'' kakak!.. ''

'' buat apa disini.. '' kata dhia melihat qaisarah berada di hadapan mereka..

Penampilan qaisarah sudah jauh berbeza.. Tak lagi mengenakan baju kurung seperti sebelum ini.. Baju yang dikenakan oleh qaisarah nampak ketat dan mengikut alur tubuhnya.. Begitu juga seluar yang dipakainya.. Untung saja qaisarah masih bertudung..

'' kakak singgah makan disini.. Dengan kawan kakak.. Lepas tu kakak nampak Esha.. Itu yang kakak datang tegur ni.. '' kata qaisarah menunjukkan kearah meja yang penuh dengan lelaki dan perempuan.

'' kakak nampak Esha keluar dari klinik.. Esha sakit ke?'' tanya qaisarah.. Memegang lengan dhia.

'' tak lah kak.. Esha sihat je.. '' balas dhia.

'' sebenarnya.. Esha mengandung kak.. '' sampuk khairul yang dari tadi menjadi pendengar antara dua beradik itu..

'' wah.. Cepatnya.. Tahniah!'' kata qaisarah lalu memeluk tubuh adiknya..

Dhia menjeling kepada khairul semasa dia dipeluk oleh qaisarah.. Khairul membalas dengan mengangkat kedua-dua bahunya..

'perlukah beritahu kakak?!'

'' tak ikut makan sekali.. '' kata seorang lelaki datang menghampiri mereka..

'' maaflah.. Tapi kami ada urusan lain.. '' balas khairul menolak dengan baik pelawaan lelaki itu. Dhia turut mengangguk mengiyakan apa yang baru khairul katakan tadi..

'' ahh.. Sayangnya.. Tak apa mungkin lain kali.. '' kata lelaki itu ramah..

'' kakak.. Kami pergi dulu ya.. '' kata dhia..

'' sebelum tu.. Kakak nak tanya betul ke majlis Esha dengan khai nanti di buat di Pulau..? '' tanya qaisarah kepada adiknya.

'' betul tu kak.. Jemputlah datang dengan suami kakak..ahli keluarga yang lain semuanya kami dah jemput.. '' sengaja khairul menekankan perkataan suami kepada qaisarah.

'' boleh-boleh sangat.. Kakak memang suka.. Tambah-tambah lagi pergi makan angin.. '' balas qaisarah dengan ceria..

'' kami pergi dulu, ya.. kak.. Takut orang tu tunggu lama, pula nanti.. '' kata dhia kepada khairina.

'' ok-ok.. Kita jumpa dipulau tu nanti ya.. '' balas qaisarah.

Mereka berpisah disitu.. Sempat dhia berpaling kebelakang semula melihat kearah kumpulan yang disertai oleh qaisarah..

'siapa tu? Kawan kakak ke? kawan kerja?' pikir dhia..

'' dah tak perlu tengok lagi.. '' khairul memeluk bahu dhia lalu menariknya berjalan bersama..

Khairul dari awal perasan cara lelaki itu memnadang dhia.. Dia sangat mengenali pandangan tersebut.. Memandangkan mereka sama-sama lelaki..

'' rasanya tu kawan kerja kakak ke? Kenapa nampak lain saja.. '' kata dhia.

'' entah.. Tak payah pikir lah.. '' balas khairul.. Melihat kepada wajah dhia..

'' sekarang kita pergi fitting baju ok.. '' kata khairul lagi.

'' lagi? Bukan sebelum ni dah.. Kenapa ingat sayang dah semakin gemuk ke.. Takut tak muat baju tu.. '' kata dhia tak puas hati.

'' ha ah.. Bahagian ni.. '' usik khairul menunjuk ke arah perut dhia.

'' ck.. '' dhia mengeluh .. Lalu menyentuh perutnya yang mula menonjol..

'' ini special lah.. '' sambung dhia.

'' ya.. Hubby tahu.. Sebab tu lah kita pergi fitting lagi.. Betulkan buat kali terakhir.. Biar sayang selesa.. Dia juga selesa didalam sana.. '' kata khairul membawa tangan dhia ke bibirnya..dan menciumnya..

'' ok my beautiful.. Wife. ? '' tanya khairul. Lalu membuka pintu kereta untuk dhia.

Dhia membalikkan matanya keatas.. Lalu masuk kedalam kereta.. Khairul ketawa saja melihat wajah dhia sebegitu.

'' sayang bukannya budak kecil.. '' rungut dhia.

'' ya tau.. '' balas khairul lalu menutup pintu keretanya.

Khairul masuk kedalam kereta.. Memandu ke butik pengantin.

'' tapi kan..kawan kakak tadi tu.. Pelik la..tak nampak macam kawan kerja kakak.. '' kata dhia.

'' sayang.. Kan dah cakap tadi.. Tak perlu cakap tentang ni lagi.. Kakak sayang tu dah besar panjang.. Tahulah dia jaga diri.. '' balas khairul.

Khairul mula perasan wajah lelaki dan wanita yang bersama dengan qaisarah tadi macam biasa dilihatnya..

'di kelab?..atau dimana..aku yakin laki tadi tu selalu ada di kelab..'

'' yea.. Cuma risau.. '' balas dhia.

'' ok..kalau risau nanti biar hubby saja yang cari tahu siapa kawan-kawan kakak Sarah tu.. Sayang tak payah pikir.. Boleh kan.. '' kata khairul..

'' hemm.. Ok.. '' balas dhia menarik bibirnya tersenyum.

'' macam tulah.. '' kata khairul.. Mengengam erat jari jemari halus milik dhia.

'' tapi kan.. Tiba-tiba rasa lapar.. '' kata dhia dengan gelakkan kecil..

'' lapar..?? Tadi orang tu beria saja kata ada orang tunggu kita.. Kan?? '' khairul berpaling melihat dhia.. Sebelah keningnya ternaik keatas.

'' hmm.. Kita sokong dia.. Lepas tu dia perli kita pula.. '' rungut dhia melipat Kedua-dua tangannya ke dada.

'' sensitif sungguh sayang ni.. Dulu.. Kalau di kena usik di melawan balik.. Sekarang tak.. Merajuk memanjang..'' kata khairul menarik dagu dhia.. Tapi segera dhia menarik dagunya kembali.

'' sayang... ''

''sayangku....''

Dhia yang melemparkan pandangan keluar mula menarik bibirnya tersenyum.

'' dhia qaleesha.. Mama kepada bakal anak-anak ku.. '' panggil khairul lagi..

'' anak-anak? '' tanya dhia..

'' yea bakal anak-anak kita.. '' kata khairul tersenyum manis kembali kepada dhia.

'' satu pun tak keluar lagi.. Ada hati nak lagi yang lain..''perli dhia..

''tak salah plan awal sayang.. '' balas khairul.

'' pandailah.. Dari pikir yang itu.. Lebih baik pikir nama anak kita.. '' kata dhia seraya mengelus perutnya.

'' ha betul juga... '' khairul mencari telefon bimbitnya..

'' nak buat apa ni..? '' tanya dhia bila tengok khairul tak senang duduk ditempatnya..

'' cari handphone.. '' balas khairul.. Sedang berusaha mengambil telefon bimbitnya yang berada didalam kocek seluarnya.

'' nak buat apa!..kan tengah drive.. '' marah dhia.

'' kata nak cari nama anak kan.. '' balas khairul.

''nanti-nanti je.. Sekarang ni baby nak makan.. Lapar..'' kata dhia dengan tegas.

'' baik puan.. Kita nak makan dimana? '' tanya khairul.

Dhia diam untuk berfikir seketika.. Kemudian dia mengeleng.. Mulutnya berdecit.. Menelan air liur..

'' hmmm....... '' dhia bergumam panjang.

'' ini permintaan baby tau.. Bukan sayang.. '' segan-segan dhia nak menyuarakan menu yang bakal dia sebutkan..

'' apa tu.. Sayang jangan buat hubby takut.. Bukan benda pelik-pelik kan.. '' kata khairul cemas dan gelisah menanti apa yang bakal dhia sampaikan kepadanya.

'' tak..! Tak pelik... Tapi kalau tak dapat tak apalah.. '' kata dhia sayu.. Seperti merajuk saja bunyinya..

'' ape benda tu? '' tanya khairul..

'' sayang nak ikan semilang.. Gulai ikan semilang.. '' kata dhia sambil bermain dengan jarinya..

'' itu je..? '' tanya khairul.. Perlahan lahan dhia mengeleng.. Berkerut dahi khairul..

'geleng pulak.. Kenapa?'

'' gulai ikan semilang.. Yang ada telurnya.. '' ucap dhia sambil menelan air liur.. Terbayang-bayang telur ikan semilang seperti berada ditangannya..

Khairul mengosok belakang lehernya, mengusap lembut disitu.. Sambil ligat berfikir..

'mana aku nak cari ni.. Ikan semilang tu tahu.. Telur tu tak pasti... Tanya bonda sajalah...'

'' boleh? '' tanya dhia lagi.. Menayangkan wajah yang penuh mengharap..

'' Insya Allah.. ada sayang.. '' balas khairul.. Dhia menarik bibirnya tersenyum. Lalu memeluk lengan khairul..

Share this novel

sue2601
2020-09-04 18:24:43 

kena chapter 51 n 52 sama


NovelPlus Premium

The best ads free experience