BAB 55

Romance Completed 367824

Muncullah rombongan keluarga liyana.. Sempat dia menjeling kearah kereta khairul yang di pakir kan di tempat khas..

'' awal pula adik kamu sampai ril? mimpi apa dia? '' tanya liyana.

'' mimpi.. '' khairil ketawa kecil.. Lalu menoleh kebelakang melihat kepada liyana yang duduk bersebelahan dengan isterinya..

'' itulah ibu, kemarin lagi dia dah sampai.. Pengantin baru tu bermalam disini.. Khai cakap dia nak honeymoon dengan dhia sebelum kita sampai.. '' khairil menjelaskan kepada ibunya.

'' amboi.. Aritu bukan main dia perli kamu kan..rupanya dia.. Lagi sakan.. Ikut suka lah.. Esok ni minta dia masuk awal ke office.. '' kata liyana.

'' dia dah minta off ibu.. Dia mula yang datang sini.. Dia juga yang last akan balik nanti.. '' kata khairil lagi.

'' amboi.. Ibu baru ingat nak bercuti dengan cucu ibu lama sikit main air laut.. Dia lagi cekap.. Nampaknya.. '' liyana menggelengkan kepalanya..

Kedengaran ketawa memenuhi ruang kereta itu..

'' bukan setakat itu saja ibu.. Dengan jadual esha sekali dia tukar semua.. Clear kan untuk satu minggu ni.. Alasan taknak esha letih nanti lepas majlis nanti..'' sambung khairil.

'' tak apalah.. Bagi sajalah chance untuk mereka.. Mereka tu perlukan masa untuk kenal satu sama lain dengan lebih dekat lagi.. '' kata liyana.

'' ibu jangan risaukan khai.. Ril tengok dia dah boleh jagakan esha.. Dia ambil berat sungguh, tentang esha tu.. '' kata khairil lagi.

'' alhamdulillah. bagus lah.. '' balas liyana..

Turunlah satu persatu mereka dari perut kereta.. Kebetulan,masa mereka tiba.. Keluarga zarif pun tiba bersama.

Khairina yang baru keluar dari kereta terus berjalan mendapatkan ibunya.. Memeluk tubuh ibunya. Sampaikan membuatkan liyana tersentak. Menerima pelukan secara tiba-tiba begitu.

Zarif hanya memandang khairina dari ekoran matanya .. Dia beriak biasa dan mengeluarkan bagasi mereka.

'' kenapa ni? '' tanya liyana bila melihat wajah sayu khairina..

'' khairina cuma rindukan ibu.. Rindu sangat-sangat.. '' kata khairina.. Terasa seperti bertahun-tahun dia tak berjumpa dengan ibunya itu.

'' dah jadi isteri orang pun nak manja lagi.. Tengok zarif disana.. Asyik tengok kearah kita.. '' kata liyana mengusik anaknya.. Khairina langsung tak berpaling kearah yang liyana tunjukkan.. Dia terus menunduk mendukung khatijah.

'' rindunya ocu dengan Katy.. '' kata khairina manja.. Menempel kan pipinya ke pipi pau milik khatijah..

'' nak ocu jugak.. '' skirt khairina yang paras bawah lutut itu ditarik.. Oleh Khalif.

''alah..sayang ocu ni... My hensem boy..'' khairina menunduk lalu mencium pipi Khalif..merona wajah Khalif bila pipinya dicium oleh khairina..

'' ocu.. Khalif nak hug saja.. Bukan cium.. Khalif dah besar lah ocu.. '' balas Khalif mengelap pipinya yang baru dicium oleh khairina.

'' yea sayang.. Kamu dah besar sayang.. '' khairina memeluk Khalif..

'' datin.. '' tegur ufairah.. Yang dari tadi sama-sama menonton aksi mesra keluarga itu.

'' tak perlu lah panggil saya datin.. Panggil liyana saja.. Kita kan dah jadi keluarga.. '' kata liyana.

Ufairah tersenyum dan mengalih pandangan melihat kearah suaminya yang berada disamping nya.. Zawawi kemudian menjatuhkan wajahnya dengan senyuman..

'' kalau macam tu.. Panggil saja saya kakak.. Lebih mesra kan.. '' balas ufairah ramah.

Zarif yang berada disamping keluarganya hanya diam memandang kearah laut yang berombak.. Melihat akan ombak yang bergelora itu membuatkan perutnya turut bergolak.. Tak selesa.

'' zarif.. '' tegur khairil..

Khairil bersalaman dengan zarif..

'' tansri.. '' khairil bersalaman dengan zawawi pula.

'' panggil uncle saja.. Lebih mudah dan mesra.. '' balas zawawi.

'' baik uncle.. Jomlah kita.. Bot dah sampai tu.. '' kata khairil.

''mana khairul? Tak datang sekali?'' tanya zawawi.

Mendengar pertanyaan ayahandanya.. Zarif menjadi tertarik untuk mendegar perbualan mereka.

'' khai.. '' khairil gerak.

'' tuuuu kereta dia uncle.. '' khairil menunjukkan kereta yang turut pakir sebaris dengan kereta mereka.

'' dia kemarin lagi dah sampai.. Pengantin baru lah katakan.. Mereka honeymoon dulu.. Takut kita ganggu.. '' kata khairil..

Zarif yang mendengar merasa geram.. Tangannya mengepal kan sebuah penumbuk.. Mukanya secara tak langsung bertukar merah.. Khairina melihat zarif yang sedang mengengam penumbuk ditangannya..

'cemburu kepada sesuatu yang bukan hak sendiri.. Jauh sungguh kau pergi zarif..'

Khairina jalan melintasi zarif dan yang lain sambil menarik tangan anak-anak buahnya.. Di kiri dan kanan tangannya.. Berjalan sampai kehujung jeti dimana ada bot yang sudah menunggu disana..

''ada yang teruja nak honeymoon juga.. Abang terlupa.. Ada lagi satu pasangan pengantin disini..'' kata khairil.. Menepuk belakang zarif.. Namun, hanya senyuman yang zarif berikan sebagai balasan untuk khairil.

Rombongan keluarga itu disambut oleh khairul dan dhia dari sebelah pulau sana.. Tersenyum manis pasangan itu dari jauh bila melihat bot menghampiri jeti sebelah pulau..

Seorang demi seorang keluar dari bot tersebut.. Dhia bersalaman dengan semua wanita yang baru turun dari bot tersebut.. Begitulah juga degan khairul bersalaman dengan kaum lelaki.

'' aiii.. Berseri sungguh pengantin kita ni.. '' tegur khairil kepada khairul..

Mana tidaknya khairul dari tadi asyik tersenyum..

'' mestilah.. Kita orang dalam mood honeymoon.. Mestilah berseri.. '' balas khairul.

Dhia yang jauh disana hanya mampu menjeling.. Manakan tidak.. Khairul mengenakannya sungguh sungguh semalam.. Memang tak patut biarkan seorang lelaki mengemaskan pakaian.. Entah apa-apa saja baju yang dipilih oleh khairul.. Mengamuk juga dhia malam semalam terpaksa tidur dengan pakaian yang khairul bawa.. Tapi...

(Imbas kembali... )

Dhia yang baru sudah mandi keluar dari bilik air dengan mengenakan jubah mandi milik hotel di tubuhnya.

Habis dhia menyelongkar bagasi yang dibawa oleh khairul tadi.. Habis semuanya baju dikeluarkan oleh dhia. Bersepah di atas katil..

'' sayang buat apa ni? '' tanya khairul bila melihat dhia. Khairul melihat itik angsa yang sudah penyek dihempap bagasi yang sudah kosong..

'' cari baju lah mana baju sayang.. '' tanya dhia..

'' ni kan baju sayang.. '' khairul memberikan baju untuk dhia.

Dhia menyambut baju yang dihulurkan oleh khairul.. Kemudian melemparkan semula..kepada khairul.

'' hubby.. Tak kelakar ok! Tu bukannya baju sayang.. '' marah dhia.

'' ni hubby yang belikan.. Gift untuk sayang..'' balas khairul.

Dhia hanya mampu ketawa.. Tangannya mengambil baju kemeja khairul.. Lalu menyarung nya..

'' tu baju hubby.. '' khairul membuka kembali baju yang berada di tangan dhia..

'' sayang nak pakai baju ni.. Atau kita pergi baju lain saja.. '' dhia menolak keras ingin memakai baju yang khairul berikan tadi..

'takkan nak pakai baju yang tak serupa baju tu... Serupa tak pakai baju saja' keluh dhia..

'' sayang.. Tadi petugas tu beritahu.. Bot terakhir beroperasi pukul tujuh tadi.. Esok saja kita pergi beli ya.. '' balas khairul tersenyum nakal.

'' alasan!'' sindir dhia..

'' bagi sayang pakai baju ni saja.. '' dhia kembali menarik baju kemeja khairul itu tersarung di tangannya..

'' ini baju hubby untuk esok sayang.. '' khairul merentap bajunya dan membaling kan kearah sofa.

'' apa salahnya pakai baju tidur ni.. Bukannya seksi pun.. Ni dia ada cover dia sayang... '' khairul menarik sehelai kain satin berenda lalu menunjukkan kepada dhia.

Dhia melepaskan keluhan.. Tapi tetap juga dhia menyambut baju tersebut..

'' baju ni pendek.. Kalau malam ni sejuk macam mana? '' rungut dhia.. Masih tak puas hati..

'' sejuk?.. Kan hubby ada... ''

Pap! Satu tamparan melekat di lengan khairul.. Kemudian dhia berlalu pergi..

'kita yang mengandung macam ni.. Nak suruh pakai seksi-seksi..' dhia berjalan masuk kedalam bilik air..

Kemudian dia keluar semula dengan mengikat ketat tali jubah tidur itu diantara dada dan perutnya.. Sampai menonjolkan perutnya yang mula terbentuk comel itu.

Khairul melihat sahaja dhia yang mengenakan jubah tidur paras peha itu.. Jelas kelihatan kaki dhia yang putih gebu, sedang berjalan kesana kemari..

'' esok lepas subuh kita terus pergi cari baju.'' kata dhia.. Masih tak selesai dengan isu bajunya..

'' yes dear.. Esok bot pertama lagi kita pergi.'' janji khairul.

'' Tiba-tiba.. Rasa mengantuk pula... '' khairul acah-acah menguap...

'' mengantuk tidurlah.. Itu pun susah.. '' perli dhia.

'' iya ke.. Tapi kalau sayang dodoikan.. Lagi cepat lenanya.. '' usik khairul..

'' mengada.. '' dhia membaling pakaian yang sedang di kemasnya..

'' oh.. Nak main baling-baling ya.. '' khairul menyambut pakaian yang dilemparkan dhia..

Berlakulah peperangan diantara mereka.. Habis bilik itu berselerak , mengalahkan budak kecil saja lagaknya..

'' stop-stop.... Penat!'' kata dhia.. Merebahkan dirinya keatas katil.. Mencari nafas. Mengelus perutnya lembut..

'' siapa yang mula dulu.. Selalu sayang yang suka mencabar hubby.. Tapi last-last dia yang mengalah.. '' perli khairul.

'' siapa yang mengalah!'' kata dhia tak puas hati..

'' siapa yang sedang terbaring sekarang.. Hubby ke sayang.. '' khairul berdiri tegak lalu bercekak pinggang tersenyum bangga.

'' lawan dengan orang berbadan dua.. Memanglah Hubby yang menang.. '' perli dhia..

Khairul menunduk lalu mencium perut dhia..

'' ok fine.. Tidurlah.. '' kata khairul lalu mengutip pakaian dan juga barangan lain yang berterabur di lantai..

'' betul ni? ''

'' kalau tak kenapa? Ada bonus malam ni? '' tanya khairul.. Seraya meletakkan baju-baju didalam bagasi semula..

Khairul melihat dhia yang sedang tersenyum diatas katil...

'serius?'... Menatap lama wajah isterinya.. Sebelum dhia mengangguk perlahan, kepada khairul lagi..

'kali ni umpan mengena..'

(Imbas kembali tamat.. )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience