BAB 5

Romance Completed 367824

Seorang gadis bersama seorang lelaki berjalan beriringan masuk kedalam lapangan terbang. Mereka menunggu di hadapan pintu gerbang balai ketibaan antarabangsa.

'' abang tu.. Tengok tu abang.. '' kata gadis itu menunjukkan kearah beberapa jejaka yang sedang berjalan keluar.

'' abang!!'' laung gadis itu dan melambai kepada jejaka-jejaka yang baru tiba.

Seorang lelaki tinggi lampai yang mempunyai rambut panjang, diikat kemas di belakang kepalanya melambai kembali kearah gadis itu.

'' rindu abang!'' kata khairina sebaik abang kesayangannya sudah datang menghampirinya.

Khairina memeluk erat abangnya khairul zuhairy yang baru tiba luar negara. Pulang setelah beberapa tahun menuntut ilmu disana.

'' zarif.. Balik sekali dengan kami lah.. '' kata khairul kepada sahabatnya.

'' tak apa bro.. Tu disana, pemandu keluarga aku dah sampai.. '' tolak zarif sambil menunjukkan kearah seorang lelaki yang berbaju putih sedang menunduk hormat kearah mereka.

'' ok lah, kalau macam tu.. Malam esok jangan lupa tak.. !'' kata khairul, mengenyit kan sebelah matanya.

'' ok.. Baik bro.... Jumpa esok.. '' balas zarif lalu masing-masing melagakan penumbuk mereka. Sempat zarif memberikan senyuman manis kepada khairina yang berada didalam pelukan khairul.

'' bye abang zarif'' kata khairina.. Mengangkat tangannya melambai kearah pemilik mata yang berwarna kelabu kebiruan itu.

''bye comel.. '' balas zarif kepada khairina. Sebelum dia berlalu pergi meninggalkan mereka.

'' jomlah balik.. '' kata khairil,abang sulung diantara dua budak yang tak cukup umur dimatanya.. Walaupun khairul boleh dikirakan cukup umur, tapi dengan perangainya yang tak pernah matang. Membuatkan khairil memandang mereka berdua seperti anak-anak kecil.

'' alah.. Kita jangan balik terus.. Kita singgah makan dulu.. Boleh? adik lapar.. '' kata khairina mula merayu dua abangnya.

'' adik ni ada sajalah.. Abang yang baru balik.. Dia yang lebih-lebih lapar lah sangat.. '' sindir khairul.

'' kamu macam tak kenal adik kamu.. Memang perangai dia macam tu kan.. '' sampuk kahiril lagi.

Khairul meramas kepala khairina.. Menyerabutkan rambutnya sesuka hatinya, sampaikan khairina menjerit memarahi khairul.

'' sudah lah tu.. Malu kat orang...semua orang sedang lihat tu.. '' khairil menegur dua adiknya yang tak matang itu.

Dua beradik itu melangkah mengikut langkah kaki abang mereka keluar dari lapangan terbang dan menuju ke kereta.. Seperti yang dipinta oleh khairina. Mereka singgah untuk ke kedai makan yang khairina pilihkan.

Sejak dari kecil mereka berdua memanjakan satu-satunya adik perempuan mereka. Kerana mereka tak mahu khairina terasa kekurangan dibesarkan tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Ayah mereka kemalangan sejak khairina masih berada didalam kandungan ibu mereka lagi.. Ibu mereka lah yang membesarkan mereka bertiga. Untunglah ayah mereka sempat meninggalkan satu perniagaan yang membolehkan ibu mereka menyambung dan mengembangkannya sehingga menjadi maju seperti sekarang.

'' mana ibu? '' tanya khairul, sebaik dia selesai makan makanannya.

'' ibu ada di Singapura.. Dua hari lagi, baru akan balik.. '' balas kahiril. Menyuakan makanannya ke mulut.

Cuma satu.. Sejak syarikat keluarga mereka maju.. Ibu mereka sibuk. Sangat sibuk untuk menguruskan mereka bertiga.. Semuanya dia harapkan kepada pengasuh dan orang gaji sahaja.

'' as usual kan.'' kata khairul yang berbaur sindiran. Khairil dan khairina faham dengan maksud yang cuba dilontarkan oleh khairul.

'' sudahlah.. Kita kena faham, kenapa ibu buat begitu.. Untuk kita juga.. '' kata khairil.

'' ya untuk kita.. '' kata khairul mengangguk kan kepalanya,satu senyuman sinis muncul di bibirnya.

'' ni yang ina tak suka ni.. Boleh tak jangan spoil kan mood.. '' tegur khairina lalu menarik wajahnya masam.

'' fine.. '' khairul mengangkat dua tangannya ke udara. Menyerah.

'aku memang sudah agak dia akan memberi alasan sibuk.. Bukannya dia tak tahu aku balik harini.. Entahlah, ada tak ada.. Apa bezanya.. Tetap sama..'

Sebaik selesai makan mereka pulang ke rumah. Khairul terus naik keatas biliknya.. Merebahkan tubuhnya diatas katil yang lama sudah dia tinggalkan.

' I really miss my bed.. Jauh mana aku pergi.. Sejauh mana aku merantau.. Akhirnya aku kembali kesini.. Kenapa? sebab apa aku disini?' katanya sambil gelak kecil. Mengertawakan dirinya sendiri.

'bodohlah kau khairul.. Move on lah!!' khairul mencekam kepalanya lalu menarik getah yang mengikat rambutnya. Dia berpaling melihat ada sekeping gambar yang ada di meja sisi katilnya.. Tangannya meraba mengambil gambar tersebut. Dibawa gambar tersebut didepan wajahnya.

''Nadeera.. Kau!'' jari khairul menyentuh gambar wanita yang bernama Nadeera yang sedang tersenyum manis berada di dalam pelukannya.

'' mana keu menghilang Nadeera.. '' gambar itu dibaling begitu sahaja. Kedengaran bunyi kaca pecah sebaik bingkai gambar itu hinggap di dinding dan jatuh ke lantai.

'sejak kau pergi tanpa memberikan aku alasan.. Aku.. Menjadi liar.. Menyentuh setiap wanita yang hadir dalam hidup aku..' keluh khairul tanpa sedar dirinya sudah terlena selepas puas meluahkan emosi sebaik melihat foto kekasihnnya yang pergi begitu sahaja.

Sementara zarif tiba di rumah agam milik keluarganya.. Ayahanda dan bondanya sudah menunggunya di ruang rehat keluarga.

'' anak bonda.. '' kata ufairah menyambut kedatangan anaknya.

'' anak saya juga tu.. !'' kata zawawi, juga tak mahu kalah dengan isterinya.

'' bonda...ayahanda '' pangilan zarif seraya mencium kedua tangan ibu bapanya..

'' macam mana zarif.. You have achieved what you want right !.. Now, zarif perlu tunaikan permintaan bonda pula. '' kata ufairah.

'' ish.. Kamu ni.. Anak baru saja balik dah minta macam-macam.. Kesian anak tu, penat pun tak hilang lagi.. '' tegur zawawi.

'' hmmm.. Bonda nakkan handbag kan.. Zarif ada belikan dalam luggage.. '' usik zarif. Tapi sungguh, dia sudah menyediakan buah tangan kesukaan kedua orang tuanya.

'' no lah!!'' tolak ufairah

'' bukan itu yang bonda nak minta!'' cepat ufairah menolak.

'' alah bonda. Rugilah.. Zarif belikan memang khas buat bonda. '' kata zarif memancing bondanya.

'' itu lain.. Itu pasti.. Yang bonda nak minta ni.. Lagi penting.. Sebab bonda nak sekarang ni MENANTU!'' kata ufairah menekan perkataannya agar terang kepada dua lelaki yang selalu menyakat nya.

'' aduuhh! Bonda ni, dalam banyak-banyak benda.. Kenapa itu juga yang diminta.. '' keluh zarif.

'' bonda bosan.. Bonda nak menantu sekurang-kurangnya, bonda ada kawan.. '' kata ufairah dengan teruja.

Zarif melihat mata bondanya bersinar-sinar menyebut perkataan menantu berulang kali.

''tunggulah bonda.. Tak jumpa lagi seperti yang zarif nak kan.. Bonda sabar ya.. Kalau ada, zarif akan bawa dia terus jumpa dengan bonda.. Tak tunggu-tunggu lagi..'' kata zarif.

'' janji ni! Kalau zarif tak ada calon.. Bonda boleh tolong carikan.. '' kata ufairah kembali bersinar-sinar.

'' sudah-sudah.. Bagi dia naik mandi ke apa dulu.. Tak habis-habis dengan cerita menantu dia.. Kalau bosan sangat.. Awak beranak seorang lagi.. '' usik zawawi.

'' auuw.. '' jerit kecil zawawi bila lengannya dicubit oleh ufairah.

'' harini awak makan ketam ke.. Mengetam saja tangan awak ni dari tadi.. '' rungut zawawi.

'' awak yang cakap merepek tu kenapa.. Ada ke patut nak tambah anak.. Saya cakap nak menantu.. Nak timang cucu.. Bukan timang anak.. '' keluh ufairah.

'' kenapa.. Sabarlah anak kita muda lagi.. Lelaki kahwin lambat tak apa.. Tak rugi pun.. '' kata zawawi lagi.

'' sudahlah.. Penat saja melawan cakap dengan awak dan anak awak ni.. '' kata ufairah lalu bangun dan berjalan pergi meninggalkan dua beranak itu.

'' ayahanda dah bagi bonda merajuk.. '' kata zarif melihat bondanya sudah pergi meninggalkan mereka.

'' biarlah, ayahanda tahu cara nak pujuk bonda kamu.. Kamu jangan risau.. '' kata zawawi sambil mengenyitkan sebelah matanya.

'' thanks ayahanda.. Kalau tak tadi entah alasan apa yang zarif nak berikan lagi pada bonda. '' kata zarif sambil berdiri.

'' zarif nak naik atas dulu.. '' katanya sambil merenggangkan badannya ke kiri dan kanan..

'' eloklah tu.. '' sambut zawawi.

'menantu untuk bonda.. Tapi siapa?. Jodoh aku.. Entah dimana.. Dalam banyak-banyak wanita yang aku jumpa semuanya cuba untuk mendekatkan diri kerana status aku.. Bukan sebab cinta dan sayang.. Semuanya hanya kerana duit dan harta.' keluh zarif sambil kakinya mendaki anak tangga naik ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience