BAB 45

Romance Completed 367809

'' assalamualaikum kak bai.. '' kata dhia sebaik mengangkat telefon dari baizura.

'' waalaikummusalam dhia.. Dhia sibuk tak hari ni? .. Kakak nak minta tolong ni, boleh tak dhia? .. '' kedengaran suara cemas baizura di sebelah sana, tak kurang bunyi suara tangisan bayinya.

'' minta tolong apa tu kak? '' tanya dhia.

'' dhia tolong datang ke butik akak boleh? akak ada emergency ni.... '' kata baizura..

'' ok.. Baik kak... Kejap dhia sampai.. Kakak tunggu kejap ya.. '' kata dhia berjalan naik keatas untuk bersiap. Sempat dia memesan grab untuknya kesana.

Selepas bersiap dhia turun kebawah.. Kemudian dia teringatkan akan sesuatu.. Sepertinya dia terlupa kan sesuatu yang penting..

'khai!'

Dhia mendail nombor telefon khairul.. Tak diangkat..

'' mungkin, dia sibuk ... '' pikir dhia.

'' mesej dia sajalah.. '' putus dhia.

- assalamualaikum, khai.. Dhia keluar ke butik sekejap ya.. - dhia.

Dhia melihat mesej itu sudah diterima dan sudah dibaca pun, oleh khairul.

''marah lagi ke.. Boleh dia baca je.. Tapi tak balas..'' rungut dhia sambil menyarungkan kasut di kakinya. Di melihat keluar dimana kereta yang ditempah nya melalui aplikasi grab sudah pun sampai di luar pagar.

Akhirnya dia sampai juga di butik bayi milik Baizura.. Ada seorang pekerja yang berada di bahagian jualan yang ditempatkan di lantai bawah kedai itu.

'' selamat datang..'' kata gadis itu ramah dengan senyuman mesra menyambut kedatangannya.

'' saya nak jumpa kak bai.. Dia ada? '' tanya dhia.

'' ok nilah kak dhia ya.. Naiklah kak bai ada diatas.. '' kata gadis itu.

'' ok.. Kak naik atas ya... '' balas dhia.

Dhia melangkah kearah pintu kecil yang ada di belakang kaunter.. Pintu yang menghubungkan tangga untuk naik keatas. Dhia memanjat anak tangga naik keatas, sampai disebut pintu kayu yang tertutup rapat.. Tangannya memusing tombol pintu.. Sebaik pintu terbuka.. Kedengaran suara tangisan bayi menyapa kedatangannya.

'' assalamualaikum.. '' dhia memberi salam.

'' waalaikummusalam dhia.. '' sahut baizura yang sedang mengendong bayinya yang sedang menangis..

'' ala kenapa ni kak? '' tanya dhia.

'' entah la ariana ni.. Demam pula.. Patut lah merengek saja dari tadi.. Ni kakak nak kena bawa dia ke klinik.. Tapi.. Ada kerja yang kakak nak kena buat.. Boleh tak dhia tolong kakak.. '' kata baizura..

'' Insya Allah boleh.. Tolong apa tu kak..?''tanya dhia.

''ni.. Tolong bawakan baju-baju ni'' baizura menunjukkan kearah baju yang sudah sedia tergantung cantik dan kemas..

''baju-baju ni sepatutnya dah ada dekat studio.. Ada photoshoot guna baju-baju dari butik kita.. Kita joint dengan pihak yang satu lagi.. Boleh tak dhia tolong kakak.. Hantarkan baju ni.. Sekaligus siapkan mereka.. Dekat sana nanti akak ada orang akan guide kan dhia.. '' kata baizura merayu..

'' kakak janji bulan ni kakak bayar lebih.. '' kata baizura lagi memegang lengan dhia.

'' ok kak.. Tak perlulah kakak nak bayar lebih.. Dhia ok je.. Tapi dhia tak ada kereta.. '' kata dhia.

'' tadi dhia naik apa? '' tanya baizura.

'' nak grap.. '' jawab dhia sambil memujuk si kecil ariana..

'' Allah! Kakak dah susahkan dhia.. Sampai kakak lupa yang dhia tak ada transport.. '' baizura menjadi serba salah.

''tak pe kak.. Benda kecik je tu..'' balas dhia tersenyum.

'' alhamdulillah..lega kak dengar .. '' baizura menadah tangan syukur.. Anaknya sudah bertukar tangan.. Sudah didukung oleh dhia.

'' kejap kakak angkatkan barang dalam kereta.... Dhia naik kereta kakak je.. Biar kakak naik teksi .. Janji dhia sampai dulu.. Kakak tak apa.. Pandai-pandailah nanti. "kata baizura.

Bila semuanya sudah siap diisi didalam kereta baizura memberitahu dhia serba sedikit apa yang perlu dhia lakukan sepanjang dhia berada disana..

Dhia memandu ke lokasi yang diberikan oleh baizura. Dhia melihat beberapa orang sedang sibuk berjalan masuk dan keluar dari situ..

'' assalamualaikum encik.. '' dhia menahan seorang lelaki untuk bertanya.

'' waalaikummusalam.. Ya kenapa? '' tanya lelaki itu.

'' boleh saya tanya.. Betul ke alamat ni? '' tanya dhia sambil menunjukkan sekeping kad kepada lelaki itu.

'' yea betul lah tu.. Kamu ni model yang mereka tunggu tu ke? '' tanya lelaki itu..

'' eh tak.. Saya bukannya model.. Saya dari Cute Baby Boutique'' kata dhia.

''Ohhh dari CBB.. Mana bai.. Bukan selalu dia yang datang.. '' tanya lelaki itu.

'' kak bai tak datang.. Saya gantikan dia.. '' kata dhia.

'' ok lah saya bawa ciikkk.. ''

'' dhia.... '' sambung dhia.

'' dhia kedalam.. Mana bajunya.. Saya boleh tolong angkatkan sekali.. '' kata lelaki itu..

Lelaki yang dhia tak tahu namanya itu membawa dhia masuk kedalam.. Rupanya ramai yang ada didalam studio itu..

'' que.. Ni orang dari CBB.. '' tegur lelaki itu kepada seorang lelaki yang sedang membelakangkan mereka.

'' Baiii... Kenapa lammmmm... Ehh youu bukannya baiii.. Who are you? '' tanya lelaki yang bernama que itu. Sebaik dia berpusing.

'' saya dhia.. Saya gantikan kak bai.. Sebab dia ada hal emergency.. '' terang dhia..

Dhia melihat lelaki yang menolongnya mengangkat pakaian tadi berjalan pergi.. Pergi kearah seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi kain yang sedang meneliti ke arah laptop di hadapannya.

'' really.. Haish.. Jadi hari ini.. I tak dapat main dengan ariana lah.. Kejam betul lah baii ni.. '' rungutnya.

'' saya sebenarnya tak tahu.. '' kata dhia melihat sekeliling studio itu..

'' it OK.. Dear.. I ada.. Kerja you tak susah pun.. Model kecil you ada disana.. You kena siapkan model kecil you dengan baju-baju yang you bawa tadi.. That all.. Senangkan.. '' kata que sambil menunjukkan kearah seorang wanita yang sedang memberi susu kepada bayinya.

''baiklah..saya faham.. Terima kasih que..'' kata dhia.

'' no hal lah dhia.. '' kata que selaku jurusolek disitu.

Sedang dhia dan ibu kepada modelnya sedang siap sibuk menyiapkan bayi lelaki itu..

BANG... Bunyi kuat bergema di dalam studio itu.. Entah apa yang jatuh atau apa yang terjadi..

'' aku tak peduli.. Ni bukan pertama kali dia buat hal macam ni.. Mentang-mentang dia model tetap syarikat tu.. Dia ingat kita ni apa.. Senang saja cakap tak boleh datang.. Habis kita nak buat apa.. Buang masa!buang tenaga!tunggu dia dari tadi.. '' marah lelaki itu..

'' boss, janganlah marah.. Saya ada cadangan ni.. '' lelaki yang menolong dhia tadi nampak berbisik di telinga lelaki yang marah tadi. Kemudian mereka berdua sama-sama berpandangan kearah dhia.

'' mau kah dia..? '' tanya lelaki yang marah itu.

'' tanya lah dulu boss.. '' kata lelaki tadi.

Bangunlah lelaki yang dipanggil boss tadi berjalan menghampiri ke arah dhia..

'' kamu dari CBB.. Betul? '' tanya lelaki itu.

Dhia menganggukkan kepalanya.

'' mahu tak kamu gantikan model yang tak hadir tu..? '' kata lelaki itu..

'' tapi saya.. ''

'' tolong lah cik.. Cik sendiri lihat disini.. Kalau cik tak setuju ni.. Semuanya akan balik macam tu saja.. Saya ni dah penat.. Dah dua kali.. Bukan saya saja yang penat.. Semua orang disini.. Cuba tengok model cilik kamu.. Tak kesian dekat dia..? '' kata lelaki itu.

'' model? saya tak biasa.. Tak pernah pun terlintas nak jadi model.. '' dhia memberi alasan.

'' ck.. Itu semua kami boleh ajarkan.. Yang penting cik setuju dan kita selesaikan semuanya hari ini.. Sesi ini.. Jangan risau pasal bayaran.. Kalau cik setuju.. Saya sendiri akan keluarkan duit saya dahulu untuk membayar kepada cik.. '' kata lelaki itu.

'kenapa ramai pula nak minta tolong aku hari ni..' keluh dhia.

'' kejap saya buat phone call dulu.. '' balsa dhia.

'' ya sure.. Silakan.. '' kata lelaki itu..

Dhia segera mendail nombor khairul.. Sekali lagi panggilannya ditolak.. Membuatkannya merasa sangat kesal..dan geram.

'' macam mana? '' tanya lelaki itu bila melihat dia sedang memandang kearah telefon bimbitnya.

'' hemmm'' dhia masih ligat berfikir.

''boleh lah dek ooii.. Dalam studio ni, hat muka yang elok sikit.. Tu.. dek sorang ja.. '' pujuk que pula.

'khai sedang marah sekarang ni.. Kalau aku buat ni.. Kalau dia marah lagi macam mana?' dhia betul-betul buntu.

'' dik oii.. Try lah.. Kali ni ja.. '' pujuk que lagi. Menolak dhia.

'' betul tu..kalau kamu setuju.. Sekaligus dah menolong kami semua.. '' kata lelaki itu.

'' boleh la.. Tapi saya memang tak tahu apa-apa dalam bidang ni.. '' kata dhia..

'' tak apa.. Tak susah pun.. Nanti kami ajarkan.. '' kata que. Terangguk angguk kepala lelaki seorang lagi. Bersetuju dengan que.

Akhirnya dhia menggantikan tempat model yang tak hadir pada hari itu.. Pada mulanya.. Sekadar ingin menghantarkan baju menggantikan Baizura.. Tapi lain pula jadinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience