Tiara Diandra binti Ahmad Tarmizi,nama yang memberinya semangat,semangat untuk menjalani kehidupan hariannya.dia gadia comel,tidak begitu tinggi,berambut paras bahu.dia tersenyum melihat telatah emaknya yang bergurau dengan penduduk kampung yang singgah makan atau minum di warung makan kecil milik keluarganya.sudah lima tahun warung itu didirikan.dia bangun sambil membetulkan tali apron di badannya.dia menuju pada emaknya yang popular dengan panggilan mak embon.
"ada apa-apa yang Ara boleh tolong mak?"soal ara.
"takpe..biar mak yang angkat semua pinggan ni,ara pergi masuk dalam cuci pinggan yang kotor tu"kata mak embon sambil mengumpul pinggan kotor.ara mengangguk lalu terus ke dapur.
"anak dara kamu tu embon,takde orang beli lagi ke?"soal seorang penduduk kampung yang seusia emaknya.mak embon ketawa perlahan
"aku mana ada jual anak lah yop"kata mak embon
"maksud aku,takde orang tempah untuk dijadikan isteri lagi ke?"aku tengok anak kau tu cantik dah besar panjang"kata ayop
"aku tak kisah siapa manantu aku tu yop,asalkan ara suka,bila dia nak menikah tu aku tak tahu,itukan semua kuasa Allah"kata mak embon
"kalau kau tak kisah kahwinkan aje dengan anak aku tu"kata ayop
"macam aku cakap,aku tak kisah,tapi anak aku kenalah sukakan si lokman anak kau tu"kata mak embon melayankan perangai pak ayop,padahal anaknya lokman masih bersekolah rendah.saja mak embon menyakat.
"aku tengok anak kau rapat benar dengan taufiq cucu asmah tu"kata ayop
mak embon menghentikan kerjanya mengelap meja.
"diaorang rapat dari tadika lagi,aku tahu diaorang memang rapat,"kata mak embon
"macam orang bercinta aje"kata ayop
mak embon ketawa.
"apa salahnya..ye tak?"kata mak embon terus berlalu.ayop mencebik bibir.dia mengeluarkan duit dari poket bajunya.
"aku letak duitnya di sini"kata ayop kuat kerana mak embon sudah kedalam dapur.
"apa yang mak cakap dengan pak ayop tu?"soal ara sambil mencuci periuk
"biasalah orang tua tu,selalu sibuk pasal orang"kata mak embon
ara tersenyum.
"dia nak jodohkan ara dengan lokman?"soal ara
mak embon mengangguk.ara ketawa kuat
"ish..anak dara tak elok gelak kuat-kuat"marah mak embon
"kelakarlah pak ayop tu mak...ada ke patut dia nak kahwinkan ara dengan lokman yang berumur sepuluh tahun,dia ingat ara ni umur berapa?" dua belas?"sembilan tahun?" ara tahulah ara ni kecik je..tapi umur dah dua puluh lima tau"kata ara
"alah..pak ayop tu memang macam tu,gurau tak kena tempat"kata mak embon
"ermm..yelah,mak ara nak keluar jumpa fiq kejap,ada hal katanya"kata ara menanggalkan apron dari badannya lalu disangkut
"hah,ni lagi satu kamu dengan fiq tu ada apa-apa ke?"mak tengok bukan main rapat lagi"kata mak embon.ara tersenyum malu
"kenapa mak?"soalnya
"takde lah,kalau dah suka sama suka apa salahnya,benda baik kan?"kata mak embon
"ish mak ni..malu ara tau,dah lah nak pergi dulu,bye"kata ara terus berlari ke arah basikal berwarna merah jambunya.mak embon tersenyum.
taufiq anaqi bin tajuddin atau dikenali sebagai fiq dalam kampung itu tersenyum saat melihat ara teman wanitanya menuju ke arahnya dengan basikal.ara meletak basikalnya disebelah basikal taufiq.bukannya mereka tidak mahu menunggang moto,tetapi dengan basikal mereka dapat menikmati pemandangan dan angin yang nyaman di sawah luas itu.
"assalammualaikum"sapa ara.dia duduk di sebelah taufiq di atas pangkin di hadapan sawah padi yang luas.
"waalaikumsalam"jawab taufiq
"ada apa fiq nak jumpa ara?"soal ara
"rindukan ara lah,"kata taufiq
"ish..fiq ni kesitu pulak"kata ara malu
"alah,salah ke..?"ara tu girlfriend fiq tau"kata taufiq
"yes..i know mr taufiq,tapi takkan sebabkan rindu je?"ara saja tinggal mak dekat warung sorang-sorang"kata ara
"sorry okay..?"kata taufiq.ara tersenyum.
"ara tahu tak apa beza ara dengan sawah padi yang menghijau dan cantik kat depan kita ni?"soal taufiq
"apa bezanya?"
"bezanya sawah padi ni pemandangan yang nyaman untuk dilihat,ara pulak pemandangan yang sungguh mempesona di mata dan hati fiq"kata taufiq
"haha..ciaciacia"sambungnya lagi.ara ketawa sambil tangan menampar lengan taufiq
"fiq ni memang mengada kan?"patutlah tokwan cakap fiq ni pandai mengayat"kata ara
"mana ada,tokwan gurau je tu"kata taufiq tidak mengakui kebenaran.wajahnya jelas cuba menyembunyikan riaknya.ara ketawa lagi
"tengok tu,fiq mana boleh nak sembunyikan riak muka tu,ara taulah,ara kenal fiq dah lama dah"kata ara
"yelah..,ara menang"kata fiq.
ara tersenyum nelihat wajah merajuk taufiq
"merajuk eak?"kata ara sambil mencubit pipi taufiq.
"merajuk buat apa,bukannya ada orang pujuk pun"kata taufiq.
"okaylah,ara baliklah kalau macam ni"kata ara terus cuba untuk turun dari pangkin itu.
"ara..!"panggil taufiq.ara tersenyum.lalu duduk kembali
"tau takut,ara kalau pergi takkan kembali tau,sebab sekali ara petik jari je ramai yang beratur nak jadi boyfriend"kata ara.
"tapi tak sekacak fiq"kata taufiq
"tapi tak kuat merajuk macam fiq ni"kata ara lagi
"fiq ada baca kan,kalau kita kuat merajuk itu maknanya kita saa.....yang sangat dengan pasangan kita"kata taufiq
"amboii panjangnya sayang tu"kata ara.
"mestilah,"kata fiq tidak mahu mengalah.
ara memandang kearah burung yang berterbangan rendah.
"ara..?"panggil taufiq
"ermm"
"boleh tak kalau fiq suruh mama masuk meminang?"soal taufiq.ara terkejut tetapi riaknya disembunyikan
"ara tak sedia lagilah fiq,lagipun orang bukannya tahu kita bercinta,nanti mesti mak dan ayah terkejut"kata ara
"kita dah lama kenal kan?"nak tunggu bila lagi?"pasal orang kampung dan mak,ayah nanti kita akan bagitahu lah"kata taufiq
ara tunduk.
"macam mana?"soal taufiq
"kita bincang lagi?"macam ni biar ara bagitahu mak dan ayah dulu,lepastu fiq masuklah minang ara"kata ara.
"lambat lagi tak?"soal taufiq
"tak lambat,ara janji dalam bulan depan je"kata ara.
"lamanya"kata taufiq
"kejap je.."kata ara
"ikut ara lah.."kata taufiq.ara rersenyum.pipi taufiq dicubitnya
"macam nilah boyfriend ara"kata ara.
Share this novel