Ara menghampar cadar tilamnya yang baru,berwarna biru lembut salah satu dari warna kegemarannya.
bantal pula ditepuk-tepuk kuat menghilangkan habuk yang masih lagi bersisa,walaupun mak embon selalu mengemas bilik anak kesayangannya itu,tapi kadang kala angin musim tengkujuh menyapa membawa sekali debu yang berterbangan.
Ara merebahkan diri diatas katil empuknya.dengan berbaju pijama warna pink cair.
dia tersenyum sambil mendepangkan kedua-dua tangan.
"seronoknya dapat tidur atas tilam legend aku ni"katanya perlahan.
dia memandang kipas siling yang ligat berputar.
tiba-tiba terletus tawa dibibirnya.
"mesti bos tak boleh tidur,panas lah..maklumlah orang biasa berpenghawa dingin"kata hatinya.
dia memeluk bantal disebelah kanannya dengan erat.
mata masih mahu terbuka,tak mahu
tutup.kenapa erk?
matanya dikerdipkan.
"kenapa mata? tutuplah...aku ngantuk ni"Ara merayu.
ditenyeh mata itu.
masih terasa segar.
takkan sebab ada orang di bilik sebelah terus kau tak boleh tutup wahai mata?
Ara tersenyum malu.
"bos..bos.."keluh Ara.
"betul ke bos cintakan saya?"soal Ara.
Ara tersenyum gembira.
matanya ditahan dengan tangan supaya tertutup.
tangan kanannya mengapai suis lampu tidur disisi.terus gelap ruangngan itu.
Ara mencelikkan mata bila cahaya panas menyelinap masuk ke dalam biliknya.
rambutnya yang serabai diluruskan dengan jari.
usai subuh pagi tadi dia terlelap seketika akibat terlalu letih menempuh perjalanan.
terdengar riuh orang bersembang dipangkin luar.
Ara bangun berjalan ke tingkapnya.
dia terkejut melihat Tajdi,mak embon,pak mat dan.....dan ini memang tak disangka-sangka!!
macam mana dia boleh balik awal pulak?bukan dia cakap tiga hari lagi baru dia ada cuti ke?
Zaiton gelak sakan bersama bos dan emak si sahabat baiknya itu.
Ara membiarkan rambutnya terlepas bebas dari ikatan kemas seperti selalu,
Ara tersenyum sambil kakinya menghampiri mereka yang masih tidak menyedari kehadirannya.
dia duduk dengan selamba di sebelah Zaiton.
"hah....anak dara bangun lambat,macam mana orang nak masuk meminang?"kata mak embon selamba.
Zaiton tersengih.
Tajdi pulak tersenyum melihat wajah masam Ara.
pak mad hanya diam.
"mana ada lewatlah mak....okay lagi ni time ni"kata Ara.matanya menerawang memandang alam sekeliling yang cerah dan nyaman.
"ye lah tu...."sambung mak embon.
"biarkan lah dia....dia kan baru balik"kata pak mad menyokong
Ara tersenyum senang bila disokong oleh ayah kesayangn.
"eh..kau bila balik sini?"soal Ara memandang Zaiton yang sedari tadi diam.
sebelum aku datang bukan main kau gelak!
"aku balik semalam...."jawab Zaiton.
"bukan kau cakap,nak selesaikan kes dekat....dekat mana ntah"
"dah selesai awal...lagipun aku minta izin bos"kata Zaiton.jari telunjuknya dihala ke arah Tajdi.
Tajdi tersenyum.
"kampung ni ada tempat best tak pakcik?"soal Tajdi.
"kat kampung ni...ada lah,kalau Taj nak memancing ada sungai,kalau Taj nak berkhelah ada air terjun dekat dengan bukit belakang ni...tapi jauh sikit lah"cerita pak mad.
"macam best je pak cik"kata Tajdi teruja,walaupun opahnya tinggal dikampung ini,tapi setiap kali datang melawat opah dia langsung tidak diberitahu ada air terjun di kawasan ini.
sampai hati!
pak mad dan mak embon tergelak perlahan.
"kalau Taj nak pergi,ajak Ara temankan"kata mak embon.
Ara yang hanya mendengar terbuntang matanya.
"mak!!!!!"jerit hatinya.
Tajdi tersenyum
"kenapa mak tak tunjuk dekat bos sendiri,Ara tak pandai lah mak..nak jadi tourist ni"kata Ara cuba mengelat,baru nak ajak Ton jalan-jalan tengok wayang dekat bandar sana.kacau betullah...!
"mak lagi tak pandai,alah...kesian dekat bos Ara ni,dia nak belajar tak salah kita tunjuk ajar kan?"
"tapi...bos dah tahu semua tu,sungai ada apa dalamnya,air terjun sejuk ke tak"kata Ara lagi.masih mencuba menolak permintaan emaknya.
"takpe lah mak cik...saya pergi seorang je nanti"kata Tajdi dengan wajah sedih.
sebenarnya dalam hati berdoa bagilah....mak embon terbuka hati nak paksa anaknya temankan aku.
Ara memandang wajah bos yang sayu.
dia pandang emaknya.
mak embon menjegilkan matanya.
"okay lah...Ara pergi teman bos"kata Ara mengalah.
hati Tajdi sudah bertepuk gembira.
"thanks"katanya ke arah Ara.
mak embon tersenyum senang.
pak mad asyik mengikis kayu buluh yang kecil-kecil untuk dibuat bubu bagi menangkap ikan di sawah,masih tekun membuat kerja,tanpa mengambil tahu apa perbincangan mereka.
Zaiton tersenyum senang.no komen!
"tapi..."kata Ara tiba-tiba.
ketiga-tiga pasang mata memandang ke arahnya.kecuali pak mad.si ayah yang tekun.
"Ton kena ikut,mana boleh kami berdua je,dibuatnya kena tangkap basah nanti"kata Ara.
mereka bertiga sama-sama gelak kuat.
Ara memandang satu persatu hairan.
Ton gelak sampai menampar-nampar tiang pangkin.
emaknya pulak menggeleng kepala.
si inchi bos..Ara mengecilkan matanya.
siap tekan perut lagi tanda gelak banyak sangat.
Ara diam!
"mana ada nak oii"kata mak embon masih lagi beserta sisa tawa.
pak mad hanya tersenyum.
"mana ada lah Ara...ish kau ni fikiran negatif sangatlah,kawasan tu semua kan kawasan terbuka,banyak orang kat situ,takde maknanya nak ada si penangkap khalwat"kata Zaiton.
"aku cakap kalau je"kata Ara membela diri.
"takde...jangan risau"kata mak embon sudah reda tawanya.
Tajdi juga sudah menghirup teh panas bagi menghilangkan sisa tawanya.
"Ara tak kira..nak ajak Ton jugak,Ton petang nanti kau datang sini,pakai baju orang nak buat tracking kang....pakai baju kebaya pulak"kata Ara.
"kalau bermalam kat situ mesti best kan..dapat tengok suasana macam tu"kata Tajdi.
Zaiton yang sudah termangu mendengar arahan Ara,kini semakin runsing mendengar cadangan si inchi bos.
memang dua orang ni nak jatuhkan jantung aku ke?
"boleh..best sangat,dulu mak cik biasa pergi"kata mak embon.
"tempat tu jugak ada kemudahan awam,surau,tandas"sambung pak mad yang hanya mendengar hujung-hujung telinga apa yang dibualkan anak dan isterinya.
Tajdi tersenyum panjang.
Ara menjeling
"janganlah nak menginap pulak"kata hatinya.
"kalau kami bermalam disitu?"soal Tajdi mencuba nasib.
Ara ternganga,begitu jugak Zaiton,mak embon pulak masih tercengang pak mad gelak perlahan.
Tajdi memandang satu persatu
"tak boleh ke pak cik?"soal Tajdi perlahan saja,takut pulak melihat tiga wanita memandangnya.
"boleh je.... kawasan air terjun tu jugak diorang sediakan tapak perkhemahan"kata pak mad.
"mak cik okay ke?"soal Tajdi
mak embon tersedar terus tersenyum
Ara tersenyum...tau sangat emak bukannya bagi dia tidur dimana-mana kawasan luar,katanya 'rumah dah ada nak buat apa pergi pasang khemah tidur kawasan hutan'.
Zaiton mencuit lengan Ara dengan muka risau.
Ara menaikkan keningnya.
tanda relaks girls....!! mak aku takkan bagi aku tidur sana.
"boleh!"kata mak embon.
biarlah anaknya sekali-sekala merasa angin luar,lagipun dia percaya pada Tajdi,baik budaknya.
Ara hampir terjatuh dari pangkin mendengar kata putus emaknya.
Zaiton seakan meraung.
Tajdi tersenyum lebar.
"tapi kena bawak bahan-bahan perkhemahan secukupnya..dah lah tempat tu jauh,makan masa jugak kalau nak berulang-alik,eloklah kalau nak berkhemah tu"kata pak mad.
mak embon mengangguk kepala.
"tapi...Taj tolong jaga dua orang ni,diorang tak biasa pergi mana-mana perkhemahan"kata mak embon tetap risau keselamatan dua gadis ini.
"insyaAllah mak cik,jangan risau..."kata Tajdi.
Ara bangun masuh ke dalam rumah tanpa banyak kata.
"jangan risau dia tak marah..cuma tak biasa pergi berkhemah"kata mak embon.
dia tahu anaknya merajuk dengan keputusan dia,memang Ara tidak suka berkhemah,dulu waktu sekolah sampai menangis-nangis dipujuk guru agar gurunya membenarkan dia tidak menyertai.
tapi....tak sampai hati pulak dia melihat wajah anak muda seorang ni.
"err...mak embon,Ton balik dululah...petang nanti Ton datang dengan beg sekali erk"kata Zaiton menyalami tangan tua itu.
"balik dulu pak mad,bos...."Zaiton mengangguk kepala.
dia berjalan ke arah kereta myvi putih itu.
lalu sahaja di hadapan tingkap bilik Ara,Zaiton terjengul kepala sekadar nak tahu mesti Ara merajuk dalam bilik.tapi...tak sampai hati pulak nak kacau,biarlah dia merajuk...mak embon kan pandai pujuk,aku pulak nak kena bagitahu emak aku sendiri.
Share this novel