Ara turun dari kereta Zaiton tepat pukul lapan pagi seperti yang bos janjikan.
memandang hari ini adalah hari minggu dia hanya memakai baju tshirt lengan panjang,seluar jeans hitam dan rambutnya pulak hanya dibiar bebas,diklip satu di bahagian atas.
dia membawa satu file dan beg sandang.
"Ton..kau kalau aku call cepat-cepat datang ambil aku tau"pesan Ara.
"ye..aku tunggu call kau"jawab Zaiton didalam kereta.
Ara melangkah ke pintu restourant itu apabila kereta Zaiton hilang dipandangan matanya.
Ara duduk di meja paling hujung.yang jauh dari orang ramai,sebab mereka mahu bincangkan hal kerja.nanti ganggu ketenteraman mereka bila berbincang.
"cik nak order apa?"soal pelayan restourant.
Ara melempar senyum.
Ara memikirkan menu yang menarik.
wahh..ni mesti bos belanja lagi macam hari tu..kena order sedap-sedap ni,kihkihkih...
"errmm...saya nak..."
"dua pasta dan orange juice satu jug"suara lain yang menyampuk.
geram Ara bila tiba-tiba bosnya itu memotong percakapannya itu tak apa lagi,order sesuka hati dia je!!
"nak spicy or cheese?"soal pelayan itu.
"cheese"kata Tajdi.
terus pelayan itu pergi.
Ara memerhati Tajdi yang nampak tampan dimatanya hari ini dengan baju polo berkolar,dan jeans hitam.
rambutnya yang ikal disisir rapi.
Tajdi duduk dihadapan Ara.
"sorry...dah lama sampai?"soal Tajdi.
Ara senyum.
"baru je...baru nak ambil order tapi yelah...dah ada orang lain tolong order"kata Ara.
Tajdi tergelak perlahan.
"bos pasal projek rumah tu macam mana?"soal Ara.
Tajdi tergelak.
"projek rumah mana pulak ni?"syarikat saya hanya jalankan projek pembinaan pasaraya dan lain-lain,tak ada projek rumah"kata Tajdi.
Ara berfikir sejenak.dia tercengang.
"yelah..mana ada projek rumah yang syarikat buat..aduhh aku ni pon dah pening,tapi bos yang cakap 'projek rumah' aku ingat lagi."kata hatinya.
"habis...bos cakap projek rumah?"soal Ara.
"ye"
"rumah apa?"
"projek rumah tangga"
Ara pening.dia pandang wajah Tajdi.
tidak ada riak bergurau disitu.
"rumah tangga?"soal Ara.
Tajdi angguk.
dia memandang redup ke wajah Ara.badannya yang bersandar selesa didekatkan ke meja.
"saya nak tanya awak satu soalan"kata Tajdi.
Ara telan liur.walaupun jantungnya dah bergetar kuat tapi dibiarkan wajahnya beriak biasa.
"a..ap..apa bos?"soal Ara senyumannya agak kekok dan terpaksa.
"awak dah berpunya?"soal Tajdi
terjegil mata Ara.
"err..sa..saya kepunyaan mak ayah saya"jawab Ara jujur.
Tajdi melempar senyum.
"kalau....kalau saya nak jadikan awak isteri saya dan bakal ibu pada anak-anak saya boleh?"soal Tajdi.
Ara tercengang.seperti ada renjatan elektrik di badannya.keras dan tak bergerak langsung.
cuma matanya memandang cincin bertahta berlian yang berdiri cantik didalam kotak baldu berwarna merah,berbentuk hati.
"awak sudi?"soal Tajdi lagi.
"ap...ap..apa ni bos?"tak ada masa berguraulah"Ara cuba bertenang.
"saya serious ni Ara...mama dan papa saya dah izinkan,semua keluarga saya setuju,tunggu awak je"kata Tajdi.
Ara menarik nafas.
"bos pasti ke saya orang yang bos cari selama ni?"saya rasa bos salah orang"kata Ara.
Tajdi tersenyum menggeleng.
"saya dah cuba untuk tidak mencintai awak,bagi saya mungkin awak lebih layak untuk orang yang lebih muda,saya ni dah tua,tapi saya tak boleh"kata Tajdi
"bos...saya bukan tak mahu terima bos,saya minta waktu..sebab saya takut"kata Ara sebak dadanya tiba-tiba.terharu atau marah?
"takut apa?"
"bos tu adalah bos saya...bos buat macam ni tiba-tiba.saya masih terkejut dan saya tak nak nama bos diburukkan,bos....saya ni hanya pekerja bos tau,ada perbezaan antara majikan dan pekerja.saya cuma orang kampung yang tak kaya,tak terkenal,tak dihormati oleh orang luar macam bos sekeluarga."
"saya bukan nak kahwin dengan taraf awak,saya nak kahwin dengan awak,lagipun saya dan keluarga saya tak adalah sampai terhormat macam tu sekali,memang orang luar kenal rapat dengan keluarga saya,tapi tak semestinya mereka kena hormatkan keluarga saya macam tu sekali,kami pun manusia biasa jugak,tak adanya sempurna."kata Tajdi.
"bos bagi saya masa untuk betul-betul faham semua ni,dan...mungkin waktu tu bos boleh jumpa ramai lagi wanita dekat luar tu yang lebih sempurna dari saya"kata Ara.
"awak tak sudi kahwin dengan saya?"
Ara geleng.
"bukan...saya rasa bos terlalu terburu-buru,dan saya rasa bos tersalah pilih,bos...kalau bos terpaksa kahwin dalam masa terdekat pun...tapi cari wanita yang betul-betul baik dan sempurna untuk dipadankan dengan bos...saya ni...."
"tak ada manusia yang sempurna Ara"potong Tajdi.
tiba-tiba pelayan datang menghantar makanan.
perut yang tadinya lapar menjadi sebu tiba-tiba.terasa lidahnya pahit untuk menelan makanan.
"bos...okay macam ni,kalau betul-betul bos nak saya kahwin.bagi saya waktu,masa tu bos boleh kenal saya dengan lebih lagi,dan bos boleh lihat kekurangan saya,bos baru kenal saya...tapi bos tak kenal dengan lebih lama"
Tajdi mengeluh.
"cakap je lah awak yang tak nak kan saya...kalau awak dah ada yang berpunya tolong jujur,tapi jangan tolak saya terus"kata Tajdi serius.
"Bos...bukan,bos tak faham"
"saya yang tak faham atau awak,kalau masa yang awak perlukan...okay saya tak ada masalah,kita akan ambil masa untuk saling mengenali"kata Tajdi.
dia mula makan makanan yang panas itu.
Ara diam.seleranya betul-betul mati saat ini.
air orange dalam gelas diminum.
"bos marah saya?"soal Ara.
Tajdi diam.
"bos...saya minta maaf lah...takkan sebab perkara ni bos nak masam muka dengan saya"kata Ara merayu.
diam lagi.
"bos..."panggil Ara
"bos...maaflah,"rayu Ara.
dia sudah tidak menentu.kuat merajuk betul.
"bos...tak elok merajuk,nanti dah tua jadi cepat tua"kata Ara.
kali ini Tajdi tersenyum.lega hati Ara.
"siapa cakap saya merajuk?"waktu makan mana boleh cakap"katanya.
Ara pulak tersenyum.
"macam ni lah bos saya...."lega rasa hati Ara.
"awak kena ingat"
Ara yang baru nak makan pandang semula ke arah Tajdi.
"saya akan tetap tunggu jawapan awak,dan selama waktu yang awak ambil tu,saya tak akan pandang mana-mana perempuan lain,and last sekali,saya nak kita kenal hati budi masing-masing,dan saya akan pastikan awak akan jatuh hati pada saya"kata Tajdi.
Ara terdiam.
"saya cuba"jawabnya.
masing-masing diam lagi.
"susah sangat ke awak nak terima saya,awak ni lainlah...saya rasa kalau perempuan lain dah setuju awal-awal lagi..sebab saya bukan senang nak jatuh cinta dan bukan senang jugak saya nak luahkan cinta"kata Tajdi.
"sebab tu saya suruh bos pilih wanita lain dari saya,saya tak kata saya tak suka dan bencikan bos..bukan.tapi saya rasa kekurangan diri saya bila duduk dekat dengan bos"kata Ara.
"saya pun tak tahu macam mana saya boleh sukakan awak.tapi bila sekali hati saya sukakan seseorang tu,dah tak ada benda boleh ubah dia"
"bos suka saya yang perangai gila-gila ni?"soal Ara
"bukan...,tapi sebab kematangan awak,dan cara awak bila berhadapan dengan saya,saya suka cara tu..."
"macam mana perangai saya depan bos?saya rasa dengan semua orang sama je"soal Ara.
"lain,hanya saya je yang nampak"kata Tajdi.
"bos..cakap macam tu,kembang hati saya"kata Ara dengan gelak perlahan.
Tajdi juga tergelak.
"apa sebab awak tak nak terima sekarang?"soal Tajdi
"saya...tak mahu kecewa di kemudian hari.bila nanti saya bersama bos,bos akan nampak kekurangan saya dan..bos akan pergi dari hidup saya"kata Ara perlahan.
"sama seperti Fiq,Fiq tinggalkan saya"sambung hatinya sedih.
Tajdi gelak perlahan.
"just about it?"
Ara angguk
"mungkin awak tak kenal saya lagi sebab tu awak berani cakap yang saya akan tinggalkan awak"kata Tajdi
"sebab tu...kita perlukan masa"Ara berkata
Tajdi angguk.
"okay..saya faham.tapi bila awak dah bersedia bagitahu saya ye?"
Ara tersenyum dan angguk kepala.
suasana sunyi seketika.
"mesti bos cakap saya ni sombong kan?"
Tajdi pandang Ara.
"kenapa pulak?"
"sebab..saya tak terima bos.nampak macam saya ni sombong"
"awak nampak saya tak nampak"
",saya yakin saya tak sesuai berdiri sebelah bos...bukan bermakna saya ni terlalu bagus,tapi bos yang terlalu hebat kalau dibandingkan dengan saya"
"awak tak sombong,tapi awak rasa macam tu sebab awak tak sukakan saya sama seperti saya sukakan awak,"
Ara diam lagi.
"tapi saya tahu.cinta tak boleh dipaksa.dan saya juga bersedia kalau awak sebenarnya dah ada orang lain.tapi...dalam masa yang sama saya berharap hati awak terbuka untuk saya"
Ara pandang wajah kejujuran bos dihadapannya.
memang ada rasa sayang yang terbit dihatinya ketika ini,malah sebelum ini lagi...tapi dia cuba untuk melupakan.namun..bila mendengar kata-kata dari Tajdi,rasa sayang itu semakin bertambah.tapi akalnya masih ragu-ragu untuk menerima lamaran mengejut ini.
Ara tunduk pandang pasta yang hanya disentuh sedikit.
Share this novel