Ara memandang bulan yang terang dan bulat sedang memancarkan cahaya indahnya ke semua pelusuk alam,
begitu indah sekali...angin kuat malam itu mulai menyapa wajahnya.
fikirannya mula melayang kepada setahun yang lalu,sewaktu dia masih bersama si pujaan hati.
...."Ara kalau rindukan Fiq...,Ara tahu tak nak buat apa?"soal Taufiq dengan senyuman manis di bibirnya.
"nak buat apa?"ketuk pintu rumah tokwan cakap I miss you?"lepas tu balik tidur"kata Ara dengan gelak geli hati dengan jawapannya sendiri.
"apa pulak macam tu....maksud Fiq kalau Fiq ada jauh dari Ara"
"okay...nak buat apa?"
"Ara pandang bulan"
Ara mengerutkan keningnya.
"pandang bulan?"apa,muka Fiq muncul di situ ke?"soal Ara lagi.
"tak,sebab bulan hanya satu,so...itu bermakna Fiq sorang saja yang Ara boleh pandang"kata Taufiq.
"kenapa tak bintang?"
"sebab bintang banyak,nanti Ara keliru mana satu bintang Fiq,kalau bulan senang just one and only"kata Taufiq.
"jadilah matahari,matahari jugak satu"
"matahari cahaya dia kuat,kalau Ara pandang mesti tak boleh tenung lama-lama,jadi...tak dapatlah nak luah rindu dekat Fiq"kata Taufiq.
Ara gelak semakin kuat mendengar alasan Taufiq.
"Fiq ni ada-ada je kan..?"
"betullah..mana tahu kita akan berpisah"
"kita akan berpisah ke?"
"never"cepat jawapan Fiq.
"kalau ditakdirkan Allah pisahkan kita macam Fiq cakap tu?"
"Ara kena ingat,kalau dimana pun kita berada,hati kita tetap untuk yang teristimewa"Taufiq bersuara romantik
"insyaAllah.."....
Ara menyeka air matanya.
mana Fiq sekarang?dah lima bulan berlalu,tapi Fiq langsung tak hiraukan Ara,apa khabar Fiq sekarang?sungguh Ara rindukan Fiq.
hatinya sudah hancur saat memikirkan Taufiq.
walau bermacam soalan menguasai benaknya tetapi dia langsung tiada jawapannya.
dia selalu berdoa usai solat,semoga Taufiq didalam lindungan Allah.
"Ara!!!"
Ara membuka matanya yang berat,usai solat subuh badannya terus jadi lemah,lalu dia membawa diri ke katil.
dan sekarang jam sudah pukul sembilan pagi.
"ye mak?"soalnya dari dalam bilik.dia membetulkan pinggangnya.
"Zaiton datang"
nak apa si Zaiton ni,selalunya pagi-pagi macam ni jarang rumahnya nak ada tetamu,terutama si zaiton ni,nak jumpa pun dekat luar,sekarang mimpi apa sampai depan rumah.
Ara bangun membetulkan ikatan rambutnya.
"Ara tak sihat ke?"soal mak embon saat melihat anaknya yang berwajah pucat.
"tak lah mak..cuma panas sikit badan ni,kejap lagi makan panadol okay lah ni"jawabnya.
"ye lah...jangan lupa makan pulak,Ton ada dekat depan"
Ara mengangguk terus berjalan keruang tamu depan.
"eh..kau sakit ke?"pucat je aku tengok"soal Zaiton kalut.dia bangun memimpin Ara ke sofa.
Ara tergelak
"aku okay lah ton...kau ni risau macam aku dah nak mati"
"eh..mulut kau,ingat mati tu boleh buat main pondok-pondok ke?"Zaiton sudah duduk disebelahnya.
Ara hanya tersengih.
"ada apa kau datang pagi-pagi ni?"soal Ara.
"aku dah jumpa rumah untuk sewa dekat dengan tempat kerja aku,senang nak ulang-alik,dalam lima belas minit je..bedezappp!! aku dah ada dekat rumah tu"kata Zaiton sekali dengan bunyi kelajuan diangkutnya.
"bedezapp!!..kalau dah laju macam tu kau bawak.. aku rasa tak sampai lima belas minit"
"eh...maksud aku,dekat lah, yang bunyi bedezapp!! tu feel nak bercerita"Zaiton membetulkan ceritanya.
Ara tergelak geli hati
"suka hati kau lah ton,habis yang cari aku ni kenapa?"
"kau nak kerja?"rugi beb,segala pelajaran yang masuk ke otak kau,tapi kau tak gunakan ke arah kebaikan"
"habis selama ni aku guna pelajaran yang aku belajar ke arah keburukan ke?"soal Ara dengan senyuman dibibir
"maksud aku..kau patut dapat kerja yang elok,yang sesuai dengan pencapaian akademik kau"
"aku bukan tak nak kerja,tapi aku susah nak pergi cari dekat KL tu,lagi satu siapa nak tolong mak aku dekat warung?"
"kalau kau nak..tempat aku ada kerja kosong,jadi PA bos besar"kata Zaiton
"Bos besar!!?"tak nak lah aku,silap hari bulan dia campak aku dari tingkat 25 terus kebawah,"
"alah..kau ni pengaruh drama betul lah,bos aku ni lain dari hero-hero drama kau tengok tu,bos aku baik orangnya,dia tak marah orang kalau tanpa sebab"
Ara menggerakkan pipinya ke kanan dan ke kiri.
"camne?"gesa Zaiton menanti jawapan.
"Nantilah"
"alah,jom ark....aku kan kerja dalam tu jugak,apa salahnya kita sewa rumah sekali,kerja sekali"kata Zaiton
"sebenarnya kau penakutkan?"teka Ara
Zaiton tersengih
"aku bukan takut..cuma aku tak biasa duduk rumah tu sorang-sorang"sangkal Zaiton tak mahu mengaku
"ye ke..."usik Ara
"betul lah"
Ara memandang sinis pada Zaiton.
Zaiton menelan liur.
"okaylah...aku mengaku,aku takut"kata Zaiton akhirnya.
Ara tergelak.
"bila kau nak pergi?"
"esok"
"esok??"kenapa kau tak cakap ngan aku minggu depan je...kan senang"
Zaiton tersengih.
"nantilah aku tanya mak aku"
"pergilah..mak izinkan,mak tahu Ara pun kena mulakan hidup baru,pasal mak jangan risau ayah kan ada"muncul mak embon dengan setalam air fresh orange.
Ara memandang Zaiton.Zaiton pulak menaikkan keningnya dengan senyuman senget.
Dengan muka malas Ara memasukkan beg besar dipenuhi oleh pakainnya ke dalam kereta myvi putih milik Zaiton.
"hati-hati dekat sana,jaga makan,minum,pakai,hormatkan majikan jangan diikut emosi,kerja elok-elok"pesanan emaknya bergema dalam otak.
Ara melambai tangan pada emak dan ayahnya.Ara dapat melihat emak menyeka matanya dengan hujung lengan baju.
kereta dipandu Zaiton mula bergerak ke arah jalan tar.
"kau jangan risau..kita bukannya pergi lima tahun sekali balik,"kata Zaiton.
Ara bersandar pada tempat duduknya.
dia memandang keluar tingkap.
"Ton"panggil Ara tanpa memandang kearah sahabatnya.
"apa?"
"kau rasa apa yang jadi dekat aku selama ni atas dosa-dosa aku ke?"
"semua orang Allah uji lah Ara..."
"tapi..kenapa aku rasa perit sangat?"
"aku tahu semua cerita kau,aku faham.."
"aku dah lama dengan dia Ton...tapi dalam sekelip mata aku hilang dia,sampai sekarang dah dekat setahun.satu khabar berita pasal dia pun aku tak tahu"kata Ara.suaranya serak.
"sabarlah..mungkin ada hikmah semua ni,mungkin jugak dia bukan yang terbaik untuk kau,Allah dah rancang semuanya"Zaiton memberi semangat.
"aku buntu..mana Fiq pergi?"sejak dia call aku malam tu,terus sampai hari ni hilang"
"kau pernah jumpa family dia?"soal Zaiton.
Ara menggeleng.
"adik-beradik dia?"
Ara geleng lagi.
"kenapa kau tak tanya tokwan?"
"aku tak sanggup nak tanya tokwan"
"kenapa?"
"ini masalah aku,aku sorang-sorang terkenangkan dia,mana tahu dia dah bahagia di sana dengan isteri"
"aku pun rasa macam tu jugak"
mendengar kata itu.Ara duduk menghadap Zaiton yang memandu.
"apa maksud kau?"
"bagi pendapat aku lah kan...aku rasa kau memang patut lupakan Fiq,mana tahu apa yang kau cakap tu.betul,hidup kau jugak merana.apa kata sekarang kau teruskan hidup untuk masa depan kau"kata Zaiton.
Ara memandang kedepan.
"kau rasa aku patut lupakan dia?"
"ye lah...kalau ada jodoh tak kemana,tapi kita janganlah sampai meratap merayu segala,kau just buat biasa,buang semua yang ada dalam otak kau tu and fokus pada kerjaya kau yang bakal bermula ni"kata Zaiton.
Ara diam lagi.
"aku akan cuba"kata Ara dengan senyuman
"macam ni lah kawan aku....aku tahu kau boleh buat,aku kenal kau dari zaman kita main pondok-pondok lagi"kata Zaiton.
Ara ketawa kecil
"thanks Ton,kau kawan aku dunia akhirat"
"aminn...kau pun sama"bakas Zaiton
"kita singgah makan dulu nak?"soal Ara
"kau belanja?"teruja sungguh wajah Zaiton bila menyebut pasal belanja
"okay..aku belanja kau bayar"
hilang terus wajah cerianya.
"mana aci..."
Ara tergelak apabila melihat wajah masam Zaiton.
Share this novel