Taufiq duduk dibangku yang disediakan dibutik pengantin popular itu.dia memandang mamanya dan datin Samsiah sedang membelek majalah pengantin disofa hadapan.
dia memandang telefon ditangan,sudah seminggu dia tidak mendengar suara si gadis yang dicintai,seminggu juga panggilan dari Ara dia tidak jawab.hatinya betul-betul pilu untuk mendengar suara itu,suara yang sudah membuai perasaanya tetapi sekelip mata juga dia akan menyakiti pemilik suara itu.
Taufiq mengeluh.lagi dua minggu perkahwinannya bakal berlangsung.tetapi fikirannya hanya pada Ara.
"tada...mama,aunty cantik tak?"suara riang Kina terdengar.dia nampak lebih manis apabila digandingkan dengan busana pengantin berwarna putih itu.namun tidak dapat mencuri hati Taufiq yang sememangnya dimiliki oleh Ara.
datin rose tersenyum senang hati membelek baju yang tersarung dibadan Kina.
"Fiq,macam mana okay tak?"soal datin rose.
Taufiq senyum senget
"okay"jawabnya sepatah.
Kina berjalan mengahampirinya apabila datin rose dan datin Samsiah pergi ke ruangan lain.
"you tak suka ke baju ni?"soal Kina manja.dia memegang tangan Taufiq.pantas Taufiq melarikan tangannya.
"mana you suka I ikut je"jawab Taufiq tanpa riak.
"you..jangan macam ni,I janji I akan jadi isteri terba....ik untuk you"kata Kina memanjangkan sebutan 'terbaik'
tangannya sudah memeluk leher Taufiq.
"kalau you nak I jadi suami you,please jangan buat perangai macam ni"kata Taufiq pantas berlalu keluar butik.
Kina memuncungkan bibirnya tanda protes.
"takpe,you memang akan jadi milik I pun"Kina ketawa sendiri.
"apa!?"terkejut datin rose.
"betul lah"kata Taufiq.
"tapi majlis dah nak dekat,takkan nak balik kampung lagi?"soal datin rose tidak puas hati.
"Fiq dah ikut cadangan mama kan?"sekarang Fiq minta satu je,Fiq nak balik kampung"kata Taufiq.
"yelah..habis macam mana dengan kelengkapan majlis,masih belum cukup kan?"
"rose..bagi Fiq balik kampung sekejap,biarlah dia,dia mesti ada sebab nak balik sana"kata dato Tajuddin.
datin rose melepas nafas keras.
"yelah..tapi ingat sekejap je"kata datin rose.
pantas Taufiq bangun dan ingin keluar
"nak pergi mana pulak tu?"soal datin rose hairan.
"balik kampung"jawab Taufiq selamba
"now!!?" malam-malam macam ni?"terkejut semua di situ.
Taufiq mengangguk.
terus keluar.
"tengok tu bang..lain sungguh perangai dia"kata datin rose.
"mama yang ubah dia jadi macam tu kan?"kata Tajdi tiba-tiba.
"apa Taj cakap ni?"
"betullah,kenapa mama buat keputusan tak tanya dia dulu,mana tahu Fiq dah ada kekasih hati dia sendiri"jawab Tajdi.
"mama tetap dengan keputusan mama"
Tajdi mengeluh.
"entahlah ma.."katanya terus naik kebilik.
datin rose.memeluk tubuh.mukanya jelas menandakan dia sedang marah.tapi dia menahan amarahnya dari terlepas.
Ara duduk didalam biliknya dengan mata yang merah kerana menangis semalaman.
dia teringat kembali keterangan yang telinganya sendiri mendengar dengan jelas dari mulut emak dan ayahnya.
....Ara waktu itu sedang duduk membaca novel yang baru dibelinya semalam.tiba-tiba tekaknya haus.dia bangun menuju kedapur.sampai sahaja kaki di anak tangga pertama telinga menangkap bunyi suara emak dan ayah bersembang didapur.
"bang..betul ke berita yang saya dengar tu?"mak embon bersuara.
"berita apa?"
"saya dengar Fiq dah bertunang,dia akan menikah hujung bulan ni"kata mak embon dengan suara sedih.
mendengar kata itu terus kaki Ara terasa lembut.dia terduduk,novel ditangan sudah terlepas.air matanya satu persatu menitis.
"biar betul awak ni?"sangkal pak Mad
"betul bang..saya sedih,kesian dengan anak kita bang,diaorang berdua dah lama bersama,tapi akhirnya jadi macam ni"kata mak embon mengesat air matanya.
"kita tak tahu perkara ni betul atau tak,awak jangan pandai-pandai bagitahu Ara pulak"kata pak mad.
"tak bang...saya tak sanggup nak lihat dia sedih,sanggup Fiq buat Ara macam tu"kata mak embon.
"Saya yakin mesti ada sebab kalau betul berita ni berlaku,"kata pak Mad.
Ara lekas-lekas berlari kebiliknya.dia menangis sepuas hati...
air matanya menitis lagi pagi ini,
patutlah Fiq dah tak call Ara,dah lupakan Ara sebenarnya kan?sanggup Fiq tipu Ara,kalau betul dah nak kahwin dengan orang lain,buat apa masih bagi harapan pada Ara?kenapa?
hatinya benar-benar merintih.
Ara mengayuh basikal dengan perlahan.kalau dulu suasana di sekitar betul-betul menceriakan hatinya.kini tidak lagi,ada satu rasa yang tak terluah pada sesiapa sahaja,jika sekarang ada teman rapat pun,lidahnya tidak mampu untuk menceritakan kisah perit yang terjadi dalam hidupnya.
dia hampir terbabas ke dalam sawah apabila matanya tiba-tiba ditakungi air mata yang muncul secara tiba-tiba sekaligus mengaburkan penglihatan matanya.
dia menangis lagi.hatinya benar-benar retak seribu.
"ya Allah kuatkan hatiku"doanya.dia lekas menyeka air matanya apabila sebuah kereta melalui jalan itu.berlalu sahaja kereta itu,dia meneruskan kayuhan.
dia menguatkan hati untuk tidak ditunjuk pada sesiapa pun,dia tak akan sesekali membiarkanTaufiq rasa bersalah lalu membatalkan majlis kahwin.tidak akan sesekali dia bahagia atas derita orang lain.itu tekadnya semalam.
Taufiq memandang Ara dari jauh,dia melihat Ara yang bergelak ketawa sedang bergurau dengan emaknya di warung.
Taufiq bersembunyi didalam kereta.
"Ara...maafkan Fiq"luahnya.
"aku tak boleh macam ni...walau apa jadi aku mesti terus terang pada pada dia"
Taufiq keluar dari keretanya.
dengan bacaan bismillah dia melangkah ke warung.
Ara yang terlihat Taufiq,tiba-tiba badannya menggeletar.
dia lekas-lekas melarikan diri kebelakang warung.dia belum kuat untuk memandang wajah itu.
kalau boleh biarlah wajah itu tiada di kampung ini terus.
"assalammualaikum mak embon"
mak embon tersenyum memandang Taufiq.
"waaikumsalam Fiq...dah balik sini ye.."kata mak embon ramah.dia tersenyum saat tangannya dicium oleh Taufiq.
"sopan betul kamu Fiq..beruntung bakal isteri kamu"hati mak embon berkata.
"Fiq..nak ajak Ara keluar kejap boleh?"soal Taufiq.
"eh...boleh,Fiq ni macam tak biasa pulak,"kata mak embon seperti tiada apa berlaku.
Ara lekas-lekas membelek matanya.takut kesan matanya yang sembab akan membuat Taufiq perasan apa-apa yang tak kena.
dia menyimpul senyum semanis mungkin.
"Fiq...lama sampai?"soal Ara ceria.
Taufiq tersenyum.
"Fiq..nak bawak Ara jalan-jalan"kata mak embon.
mati senyuman Ara.
"nak bawak jalan-jalan kenapa?"nak sakitkan hati Ara lagi ke?"soal hatinya.
"er...bo..boleh"kata Ara tersenyum.
Taufiq memandu kereta itu ke sebuah pangkin tempat selalu mereka duduk.Ara memandang sawah didepannya.dia melirik pada Taufiq.
"lepas ni..Ara takkan jumpa Fiq macam ni lagi"luah hatinya.dia cuba bertahan.dari rasa sedih itu muncul.
"so....macam mana?"mesti meriahkan birthday mama Fiq?"soal Ara memulakan bicara setelah keadaan sunyi.
"meriah"jawab Taufiq sepatah.
Ara sedar Fiq nampak begitu cengkung wajahnya.baru seminggu dia tidak melihat Taufiq.keadaannya sudah berubah.
Fiq ada rasa yang sama seperti dirinya ke?Adakah Fiq terpaksa? bermacam soalan yang terbit dari akalnya.
"Ara.."
"ermm"
Ara melihat Taufiq memandangnya dengan pandangan yang redup.dia cuba menahan perasaan.
"Ara dah tahu kan?"soal Taufiq.
Ara menelan liur terasa perit tekaknya kini.
"Ara jangan buat-buat tak tahu,satu kampung dah tahu pasal ni,ni semua kerja mak Gayah kan?"soal Taufiq.
siapa lagi,memang betul mak Gayah yang canang satu kampung tentang berita pertunangan Taufiq si jejaka yang menjadi kegilaan anak gadis kampung ni.sudah tentu cepat sampai beritanya kepada semua.dah macam artis bila difikirkan balik si Fiq ni.
Ara juga terkena tempiasnya.ada yang tersenyum mengejek dirinya,ada yang berbisik perihal dirinya yang kononnya ditolak oleh Taufiq.macam-macam.
Ara melempar senyum pada Taufiq.
"benda dah jadi,Ara taknak besarkan,tahniah"kata Ara masih tersenyum walaupun dalam hati Allah saja tahu.menyebut perkataan 'tahniah'umpama meletakkan diri didalam larva gunung barapi.
"Ara...kenapa Ara mesti tersenyum?"Ara tak faham ke?"Fiq..kekasih Ara dah bertunang,kenapa Ara tak marahkan Fiq,pukul lah Fiq,Fiq rela sebab Fiq yang hancurkan harapan kita"ucap Taufiq dengan suara serak.
"semua milik Allah Fiq...siapa cakap Ara tak kecewa?"siapa cakap Ara langsung tak keluarkan Air mata?"hati Ara ni macam disiat-siat,tapi Jodoh tu rahsia Allah,kita tak ada hak"kata Ara.suaranya menggeletar menahan tangis.
"Maafkan Fiq....Fiq tak mampu nak menahan rancangan mama,mama yang rancang semua ni,"kata Taufiq.dia memicit kepalanya.
"wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin(mereka merancang,Allah merancang,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang),ini semua perancangan Allah,Fiq kena terima yang jodoh kita tak ada"kata Ara.
Taufiq menggeleng.
"tapi kenapa macam ni boleh terjadi,kenapa hubungan kita diakhiri macam ni?"
"ada hikmah Fiq"
"Ara jangan ingat Fiq tak tahu.Ara juga tak boleh terima semua ni kan?"soal Taufiq
"Ara boleh terima"kata Ara dengan senyuman.cuba untuk menguatkan hatinya untuk mempamerkan wajahnya yang tenang walaupun.didalamnya penuh bergelora.
"Fiq tak percaya,Ara dah tak cintakan Fiq ke?"soal Taufiq.
"kalau Fiq milik orang lain,buat apa lagi Ara nak cintakan suami orang?"
"Ara yakin dengan apa yang Ara cakap sama dengan hati?"soal Taufiq memandang tepat kemata Ara.
Ara tunduk.
"tak"perkataan itu hanya muncul dalam hati.
"yakin"jawab mulutnya.
"Ara yakin ke yang Ara boleh tengok Fiq bersama perempuan lain?"soalan yang menjerat leher Ara sekali lagi ditanya oleh Taufiq.
"Fiq...perancangan seorang emak adalah seeloknya diikut,Ara tak nak Fiq membelakangkan mama Fiq,Fiq dengar cakap dia"kata Ara.
"Ara senanglah cakap,sebab Ara tak rasa apa yang Fiq rasa"kata Taufiq
"Ara tahu.."
"tak!! Ara tak tahu apa yang Fiq rasa,kalau Ara rasa apa yang Fiq rasa sekarang ni,mesti Ara jugak akan jadi macam Fiq"sangkal Taufiq.
"macam mana Ara nak buat Fiq,Ara rasa apa yang Fiq rasa,tapi Ara tak nak Fiq tambah tertekan kalau Ara juga memaksa.biarlah Fiq ikut cadangan mama Fiq,mungkin ini yang terbaik"kata-kata yang hanya muncul dalam hati.
"kalau Fiq sayangkan Ara,Fiq ikut cadangan mama"kata Ara.
Taufiq mengetap bibir.hatinya benar-benar tidak mempercayai keputusan Ara,dia tidak percaya bahawa.semudah itu Ara menerima semua ini.
"Fiq hantar Ara ke warung"kata Taufiq pantas meninggalkan Ara.dia berjalan ke kereta.
Ara menyeka air mata yang hampir menitis sepantas mungkin.dia mengejar
Taufiq.
dalam kereta suasan sunyi.Ara memandang Taufiq yang diam.
Ara tahu Taufiq begitu marah dengan keputusannya.
"maafkan Ara..Ara cuma taknak Fiq derhaka dan melawan cakap mama Fiq"kata Ara.namun tiada balasan.sehingga kereta berhenti dihadapan warung.Ara yang ingin membuka pintu tiba-tiba Taufiq bersuara.
"Fiq akan buat majlis perkahwinan di kampung ni,kalau betul hati Ara sudah ikhlas dengan semua ni,Fiq nak Ara ada masa majlis tu nanti,baru boleh cakap Ara dah rela lepaskan cinta kita"kata Taufiq tanpa memandang Ara.
Ara pantas keluar lalu terus ke warung tanpa mempedulikan Taufiq.
"kerasnya hati Ara,sampai begitu mudah melepaskan cinta yang lama kita bina"Taufiq bersuara.
Share this novel