bab 87

Romance Completed 13382

Semenjak peristiwa sedih yang Ara ketahui sebulan yang lalu.hubungannya bersama si kecil yang comel agak rapat.Ara pun tak tahu kenapa apabila melihat sahaja wajah si kecil yang polos itu terbit rasa syahdu dihatinya.rasa sayang semakin mendalam terhadap si kecil comel.
mungkin semuanya kerana dia tahu si kecil comel ini hidup sebagai anak yatim,tiada ibu di sisi untuk dimanja,disayang,dipeluk,diusap.justeru sebab itu hatinya mudah tersentuh.lagipun telatah si kecil comel memang betul-betul manambat hati sesiapa yang melihatnya.
Ara masih ingat sewaktu pertama kali Zaiton berkenalan dengan si kecil comel,memang tempahan makanan hari itu ditutup sepanjang hari oleh Zaiton,alasannya dia nak luangkan masa dengan si kecil comel.
terguling-guling Ara gelak mendengar alasan itu,kesian juga pada yang mahu memesan makanan hari itu.sekarang si kecil comel lebih banyak meluangkan masa di rumah sewa mereka.
setiap hujung minggu pasti si kecil comel akan datang ke sini dan mereka akan menjaga si kecil comel.walaupun pada awalnya tidak mendapat persetujuan dari Taufiq katanya takut menyusahkan dia dan Zaiton.tapi...memandangkan si kecil comel juga seronok berada bersama mereka di setiap hujung minggu,Taufiq terpaksa mengalah.
maka jadilah mereka pengasuh yang periang pada si kecil comel di setiap hujung minggu.
"hahahahahh!!!!"
satu rumah bergegar bila mendengar suara si Zaiton ni gelak.mujurlah jiran sebelah ni dah pindah.kalau tak dah lama rasanya mereka kena maki.
"apa yang kau gelak tu Ton?"soal Ara mrnghampiri Zaiton yang sedang menemani si kecil comel bermain dengan mainan-mainannya.
Ara duduk di sebelah kiri si kecil comel menjadikan si kecil comel berada di tengah-tengah mereka.
"si kecil comel ni...kelakar betul"kata Zaiton.
Ara mencebik bibir dengan wajah pelik.dia pandang wajah si kecil comel yang sedang leka bermain dengan patung-patung superheronya.
"apa yang dia buat?"soal Ara menala pandangan pada Zaiton.
"dia kata kita semua ni superhero avengers dia"kata Zaiton dengan sisa tawanya.
"okay.....aku masih tak nampak apa yang kelakarnya...biasalah budak-budak,diaorang kan suka gandingkan kita orang-orang dewasa ni macam superhero"kata Ara.
"si kecil comel cakap...aku jadi black widow sebab aku berambut pendek, mak tok dia jadi spiderman sebab suka buat kerja laju,tok wan dia jadi iron man sebab muka garang,papa dia jadi thor sebab badan ketul-ketul,dia pulak jadi captain amerika sebab dia suka.dan kau.....hahhahaa"kata-kata Zaiton terhenti kerana dia ketawa.
Ara menanti.
"aku apa?"soal Ara
"kau incredible hulk"kata Zaiton dengan sisa tawanya.
"the reason?"soal Ara lagi
"kau tahu hulk macam mana bila dia bertukar jadi hijau"kata Zaiton.
Ara berfikir sebentar.tiba-tiba dia teringat sesuatu.
ternganga mulutnya.matanya membuntang
"gemuk,besar?"soal Ara
Zaiton terangguk-angguk dengan senyuman lebarnya.
terus masam wajah Ara.
"si kecil comel!!! kakak gemuk ke?"soal Ara dengan nada merajuk.
si kecil comel hanya tersenyum-senyum melihat wajah Ara.
Ara menjeling pada Zaiton yang tergelak.
"aku gemuk ke Ton?"soal Ara dengan risau.
"tak lah...mana ada"
"kau jujur okay!!"
"yes...aku jujurlah ni..."kata Zaiton.
Ara terdiam.dia seperti berfikir sesuatu.
"okay....mula dari hari ni aku nak diet"kata Ara
"alah beb.....si kecil comel gurau je lah...kan sayang?"kata Zaiton sambil mencuit dagu si kecil comel.
si kecil comel terangguk-angguk seperti memahami.
Ara mencebir bibirnya tak percaya!
tiba-tiba terasa tangannya dipegang oleh satu tangan kecil.
"ka...kak,ma...af"kata si kecil comel.
Ara tersentuh dengan pandangan sayu dari si kecil comel yang menambat hatinya itu.
Zaiton hanya tersenyum.
Ara mendapat satu idea.dia mahu mengenakan si kecil comel yang tembam itu.
Ara pura-pura diam sambil kepalanya ditunduk tanda merajuk.
tangannya ditarik lagi oleh si kecil comel.
"ka...kak....."panggil si kecil comel dengan suara yang perlahan.
Ara cuba mengeraskan hati walaupun hatinya sudah timbul rasa bersalah memperlakukan si kecil comel begitu.tapi...apa salahnya sesekali mengenakan si kecil comel yang tembam itu.
Ara menahan tawa dalam hati.
(LQTM) laughing quietly to myself.
"sudah lah kau usik dia tu Ara...kesian dia"kata Zaiton.
Ara tetap membeku.
"ka..kak..papa ca..kap,kalau merajuk...papa ci...um.kakak nak...?"soal si kecil comel dengan bersungguh-sungguh memujuk.
terletus tawa si Zaiton memenuhi ruang tamu rumah itu.
Ara juga sudah ketawa perlahan.
si kecil comel memerhati keduanya.mungkin dia pelik dengan dua manusia ni!
"tu lah kau...merajuk lagi,dia dah suruh papa dia cium kau"kata Zaiton dengan sisa tawanya.
"alah....aku merajuk tipu dengan dia je..."kata Ara
si kecil comel diribanya.dipeluk erat.
"si kecil comel,kakak tak merajuklah....kakak saja je...mana boleh kakak merajuk dengan si kecil comel"kata Ara
terhias senyuman di wajah si kecil comel.
"apalah....padan muka kau,merajuk lagi"kata Zaiton.
Ara tersenyum.pipi montel di ribanya dicium.
"assalammualaikum"laung seseorang dari luar rumah.
Zaiton dan Ara berpandangan.mereka tersenyum.
"papa dah sampai..."kata Ara pada si kecil comel.
Zaiton pula sudah bangun menyambut kedatangan Taufiq untuk menjemput si kecil comel.
"waalaikumsalam"kata Zaiton.
Ara dengan pantas mencapai tudung yang tersangkut di sofa sebelahnya lalu dipakai.
dia berpegangan tangan dengan si kecil comel menuju ke depan.
"sorry..lambat pulak datang ambil Taj...ada meeting tiba-tiba"kata Taufiq serba salah.
"tak apalah...kami pun bukannya ada kerja nak buat"kata Ara.
"betul tu...kau nak hantar dia kat sini hari-hari pun tak apa...."kata Zaiton.
Taufiq tersenyum.
"mesti dia nakal kan? kacau kakak tak?"soal Taufiq pada anaknya yang sudah di dalam dukungannya.
si kecil comel mengeleng.
"betul ni?"soal Taufiq.
Ara tersenyum melihat wajah polos si kecil comel.
"betullah lah tu....kau tahu tak,seharian kami gelak sebab dia....kelakar"kata Zaiton.
Ara dan Taufiq tergelak.
"nanti si kecil comel datang lagi rumah kakak ye?"kata Ara sambil mengusap rambut si kecil itu.
"bo...leh kan papa?"soal si kecil comel.
Taufiq tersenyum.
"boleh sayang....."kata Taufiq
"good boy"kata Zaiton menaikkan ibu jarinya lalu ditunjuk ke arah si kecil comel.
"kami balik dulu...terima kasih sebab sudi tengok-tengokkan anak Fiq"kata Taufiq
"alah....perkara kecik je tu.."kata Zaiton.
"Fiq kirim salam dekat mama dan papa ye"kata Ara
"insyaAllah...Asslammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab Ara dan Zaiton perlahan.
kereta Taufiq meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah itu.

datin rose dan dato Tajjuddin berpandangan seketika apabila melihat langkah Taufiq menuruni tangga dari tingkat atas.Taufiq waktu itu berkain pelekat dan berbaju pagoda,kopiah masih lagi terlekat diatas kepalanya,baru selesai menunaikan solat.
Taufiq mengambil tempat berhadapan dengan kedua orang tuanya.
"Taj dah tidur ke Fiq?"soal Datin rose.
Taufiq melarikan pandangan dari kaca Tv yang memaparkan drama melayu kepada mamanya.
"dah ma....mengantuk sangat agaknya"kata Taufiq dengan senyuman.
dato tajjuddin membuat isyarat muka pada isterinya.
datin rose pula seperti serba salah.
Taufiq yang perasaan perlakuan itu segera memerhati wajah-wajah didepannya.
"kenapa mama dan papa ni?"soal Taufiq pelik.
datin rose dan dato tajjuddin tersengih pada dirinya.
"mama Fiq ni...ada benda nak cakap"kata dato tajjuddin.
datin rose menjelingnya.
Taufiq tersenyum senget.
"kenapa ni? ada hal mustahak ke?"soal Taufiq pada keduanya.terasa lucu pula melihat telatah papa dan mamanya.macam perangai si kecil comel.
"tapi...Fiq jangan marah ye..."kata datin rose dengan teragak-agak.
Taufiq mengsandarkan tubuhnya ke sofa.
"apa mama ni....pernah ke Fiq marah mama...."kata Taufiq dengan senyuman.
"tak...ermm...silap ayat,maksud mama....Fiq jangan cepat-cepat melenting dulu tau?"soal datin rose.
kening Taufiq berkerut.
"cakap je ma...."katanya
datin rose melihat ke wajah dato tajjuddin.
dato tajjuddin pula mengangguk kepala.
"mama cuma risaukan Taj..."
"kenapa dengan Taj ma?"
"mama kesian tengok dia...dia bukan sepenuhnya memerlukan kasih sayang dari kita je..."kata datin rose
Taufiq patuh mendengar.cuba mentafsir kata-kata mamanya.
"mama tak nak cucu mama langsung tak dapat kasih sayang dari orang yang sepatutnya...kesian dia"
"apa maksud mama?"soal Taufiq
"Fiq tahu tak....Taj memerlukan kasih sayang seorang ibu di samping dia.....dia sunyi selama ni,yang boleh melayan dia hanya mama,papa,dan Fiq...kesian dia"kata datin rose dengan wajah mendung.
Taufiq melepas nafas berat.dia kembali bersandar.
"mama...itukan Takdir Allah,Kiyla pergi semasa Taj dilahirkan.....mama tak boleh cakap macam ni ma..."kata Taufiq
"maksud mama lain....mama bukan tak boleh terima menantu mama dah tak ada....mama terima dengan redha."kata datin rose.
"habis tu?"soal Taufiq
"err...ermm...eerr"
Dato Tajjuddin mengeluh melihat wajah tidak kena isterinya.
"mama nak Fiq kahwin lain!!"katanya.
"apa pa!!?"soal Taufiq terkejut.
datin rose pula sudah tundukkan wajah.
badan Taufiq sedikit tegak.
dato Tajjuddin tergelak perlahan.
"mama Fiq...nak Fiq kahwin lain"ulang dato Tajjuddin.
Taufiq tergelak seketika.
kali ini kedua pasang mata menala kehairanan ke arahnya.
"salah ke?"soal datin rose.
Taufiq menghentikan ketawanya.
"tak salah mama,papa...cuma kenapa Fiq mesti kahwin lain? pasal kasih sayang yang diperlukan Taj....mama dan papa janganlah risau,Fiq tak pernah kurangkan kasih sayang Fiq pada dia"kata Taufiq
"tahulah....tapi kasih sayang dari seorang papa tak sama dengan kasih sayang seorang mama"kata datin rose
"betul tu Fiq....habis tak kan sampai ke tua Fiq nak duduk macam ni?"soal dato Tajjuddin.
Taufiq diam.
siapa yang tidak ingin punya isteri,isteri yang boleh jaga makan,minum,pakai dan lebih tepat lagi menjadi tunjang buat keluarga.tapi...hati kecilnya sering berkata-kata,siapa yang mahukan dia? siapa seorang wanita yang terbaik untuk Taj? dia tak mahu Taj menjadi seorang kanak-kanak yang didera oleh ibu tiri seperti yang sering berlaku sekarang.
lagipun...dia tak sanggup mahu melupakan Kiyla.seorang wanita yang banyak berkorban untuknya.atas alasan itulah....dia mahu bersama Tajdi sahaja,hanya berdua.
"papa dan mama tak suruh Fiq lupakan Kiyla....kami faham perasaan Fiq macam mana,tapi...Fiq tak boleh pentingkan diri sendiri..cuba Fiq lihat Taj,kesian dia...dia memerlukan seorang ibu untuk bersamanya,untuk membimbingnya,papa dan mama tak paksa Fiq..cuma kami mahukan yang terbaik untuk Fiq dan Taj"kata dato Tajjuddin lagi.
Taufiq pandang wajah keduanya.
"Fiq tak mahu tersilap pa....Fiq tak nak Taj mendapat ibu tiri yang garang,Fiq tak pandai membuat pilihan.Fiq tak nak atas kesilapan Fiq sekarang..Taj jadi mangsa,sekarang bukan mudah nak mencari yang betul-betul ikhlas mama,papa....."kata Taufiq
"itu senang je...."kata datin rose tiba-tiba.
dato.Tajjuddin tersenyum.
Taufiq pelik seketika.
"senang apa ma....? mama nak buka interview?"soal Taufiq dengan senyuman.
kelakar pulak rasanya.
"Ara kan ada?"kata datin rose dan dato.tajjuddin serentak.
terbuntang mata Taufiq.tak sangka betul mama dan papanya berkomplot.
Taufiq tergelak perlahan.
"apa mama dan papa cakap ni?"katanya.
"betullah...sekarang hanya Ara je yang mama dan papa rasa sesuai"datin rose
"tak boleh ma.....kalau Ara dengar ni...mesti mahu dia terguling-guling gelak"kata Taufiq
"belum tanya belum tahu kan?"
"ye...memanglah macam tu,tapi....mama dan papa tahukan Ara tu siapa sebelum ni dalam keluarga kita? dia bekas bakal kakak ipar Fiq"kata Taufiq
"benda tu dah lama Fiq....dah dekat tiga tahun berlalu,mama tahu hati Ara dah okay sekarang....kan arwah abang Taj pernah pesan pada Fiq....katanya walau apa cara sekalipun...jangan buang Ara dari keluarga kita.itu impian dia Fiq"kata datin rose.
Taufiq diam.
"entahlah ma.....Fiq tak tahu"keluhnya.
"tak salah kalau Fiq tanya pada Ara"kata dato Tajjuddin.
"no..papa,elok-elok dia berbaik dengan Fiq...nanti jadi lain pulak"kata Taufiq
"apa kata mama dan papa pergi pinang terus dekat kampung?"kata datin rose
"jangan mama....terkejut Ara nanti"kata Taufiq
"itu tak mahu...ini tak mahu...nak ikut jalan mana lagi? kalau macam tu....sampai bila pun tak tahu keputusannya"kata dato Tajjuddin.
"betul tu....apa salahnya kita pergi merisik je...kalau keputusan Ara kata tidak,tak apalah....kalau jawapan dia ye...Alhamdulillah"kata datin rose.
Taufiq diam.
betul ke tindakan ni?kena fikir betul-betul! memanglah Ara sangat sayangkan Taj,memang tak sangsi lagi tentang kasih sayangnya.tapi....masihkah ada cinta dalam diri kami?
"macam mana?"soal dato Tajjuddin menyedarkan lamunan Taufiq.
"entahlah papa...buatlah yang terbaik"kata Taufiq
tersenyum lebar datin rose dan dato tajuddin.
"Fiq..naik dulu"katanya terus beredar naik ke tingkat atas.

di dalam biliknya Taufiq duduk bersandar di kepala katil.
"betul ke semua ni?"soalnya sendirian.
"cinta antara aku dan dia dah terputus sejak kami membuat keputusan masing-masing.apa reaksi Ara kalau dia dapat tahu semua ni?mengamuk ke dia? atau....dia buat keputusan drastik tak mahu jumpa aku lagi? terima ke Ara pada diri aku? kalau ikutkan Tajdi...memang Tajdi sayang sangat dengan Ara,setiap kali balik saja dari rumah sewa Ara ada saja cerita dia tentang Ara.tapi...yang pasti setiap kali si kecil comel bercerita tentang Ara matanya begitu bercahaya,seperti bersungguh-sungguh dia bercerita"kata hatinya.
"macam mana pula dengan aku? mampu ke aku dan Ara nak pupuk kembali kasih sayang antara kami setelah apa yang terjadi.mampu ke aku jadi lelaki seperti dulu yang dicintainya? tapi...yang paling penting mampu ke kami memupuk kembali rasa cinta antara kami?"soal akalnya pulak.
Taufiq mengeluh.dia mencapai telefon bimbitnya di meja sebelah.
dia membuka file yang menyimpan foto-foto lama.
dia melihat gambar dia dan Ara waktu dulu.sewaktu mereka sama-sama mencari hadiah hari jadi buat mamanya.
Taufiq meletak kembali telefonnya di sisi.
gambar Kiyla yang terpahat di dalam frame gambar di atas meja dicapainya.
wajah Kiyla yang tersenyum manis penuh keceriaan di dalam gambar itu diusapnya.
"sayang...abang terima andai Ara jodoh abang,andai ini jalan terbaik untuk anak kita.abang janji akan berikan kasih sayang yang secukupnya untuk anak kita.dan...andai apa yang mama dan papa rancang ini menjadi,abang janji pada sayang...akan tunaikan permintaan terakhir sayang..iaitu dekatkan Ara dengan keluarga kita,jangan tinggalkan dia.berikan dia kasih sayang seperti keluarga"kata Taufiq.dia merebahkan badannya.frame gambar itu dipeluknya.
tiba-tiba pintu biliknya terbuka dari luar.
Taufiq tersenyum apabila melihat si kecil comel menghampirinya bersama patung beruang ditangan kanannya.tangan kiri pula menggosok mata yang separuh terbuka.
si kecil comel naik ke atas katil lalu merebahkan badan pada Taufiq.
"kenapa ni sayang?"soal Taufiq sambil mengusap kepala anaknya.
"Taj tak...ngan..tuk papa"kata anak kecil itu.
"kalau macam tu....tidur dengan papa ye?"kata Taufiq.
si kecil comel mengangguk kepala.
Taufiq memeluk anaknya seeratnya.
"tidur ye...esok papa kena bangun awal"kata Taufiq.
"papa..."
"erm...?"
"Taj...nak ma..ma"kata anak kecil itu.
Taufiq terdiam.kemudian dia tersenyum.
"mama tungguh Taj di syurga..nanti mesti Taj dapat jumpa mama"kata Taufiq
"be..tul ke?"
"betul sayang..."kata Taufiq
"papa..."
"ye...sayang?"
"esok...Taj..nak per..gi umah ka..kak"kata si kecil comel
"kenapa? kesian kakak nak kena jaga Taj"kata Taufiq
"Taj...suka ka..kak"kata si kecil comel
Taufiq terdiam.
"papa..."
"tidur sayang....dah lewat ni"kata Taufiq
"ka..kak boleh ja..di mama?"soal si kecil comel
terkejut seketika Taufiq dengan soalan itu.jangan cakap anak sekecil Tajdi ini dah pandai berkomplot dengan mak tok dan tok wannya!
"Taj..suka kakak jadi mama?"soal Taufiq
"suka"kata kanak-kanak itu sepatah.
"betul ke?"soal Taufiq
"ke..napa papa?"
Taufiq diam.dia tersenyum.
"takde apalah...sekarang kita kena tidur..esok nak pergi rumah kakak kan?"kata Taufiq.
si kecil comel mengangguk.
mulutnya ditutup dengan tangan papanya kerana menguap.
Taufiq mengusap kepala anaknya.
dia mecium dahi itu.kemudian sama-sama terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience