Ara menyelak helaian kertas-kertas yang tebal dihimpunkan didalam satu file berwarna hitam.
setelah lama menilik dan menilai.dia bersandar lelah.
matanya terpandang bilik yang berdinding kaca dihadapannya.
Tajdi juga sibuk menaip sesuatu di komputer.
walaupun biliknya dan juga bilik Tajdi bertentangan,dan berasingan mereka boleh melihat satu sama lain dengan ruang yang luas antara dinding bilik itu.
Ara juga perasaan kadang-kadang mereka bertentang mata tanpa sengaja.dan dia pernah ditangkap kerana merenung ke bilik bosnya yang kacak itu.
mulai dari itu,Ara cukup berhati-hati apabila melihat ke arah bilik itu.
Ara memandang wajah yang serius itu.
wajah yang tenang dalam menghadapi sebarang masalah di pejabat.
memang patut semua pekerja di syarikat ini betul-betul berdisiplin dan hormat-menghormati antara satu sama lain.dah dapat bos kacak,baik pulak tu,memang tolak tuah kalau menolak.
"aku?"soal akalnya
"adakah aku antara orang yang menolak tuah itu?"soal akalnya lagi.
"kau patut terima dia Ara..dia dah ada dalam diri aku"sambut hatinya.
"macam mana dengan Fiq?"akal pula bertanya.
"Fiq dah hilang dari aku,aku dah tak sanggup nak tunggu,aku percaya cakap Zaiton"jawab hati.
"betul ke,kau boleh terima hidup tanpa Fiq?"
"boleh,sebab aku mula sukakan Tajdi"kata Hati.
Ara memejam mata.melupakan apa yang dibincangkan antara hatinya dan akalnya.
semalam dia membuat solat istiqarah seperti yang disuruh Zaiton.
tapi tiada sebarang petanda dari Allah.
"mugkin aku kena cuba lagi"kata Ara.
telefonnya berdering tiba-tiba.
dia membuka mata.badan ditegakkan.
dia mencapai handfone di sisinya.
"nombor yang tak.dikenali?"soal Ara.
dia pantas menjawab.
mungkin ada hal kecemasan.
"hello?"soalnya.
"dah puas tenung saya?"soal suara ditalian.
kata-kata itu membuatkan matanya berkelip 10K,degupan jantungnya berdegup dah hampir 20K.
dia memberanikan diri memandang ke bilik depan.aduhh!! kantoi lagi.
Tajdi sudah tersenyum dibiliknya.sambil memandang ke arah Ara.
"mana adalah bos...saya tengah siapkan kerja ni"jawabnya.
"really?but i'm not believe it"kata Tajdi.
"betullah bos...saya banyak kerja,bye"kata Ara.
"nanti dulu"kata Tajdi.
"ish..susah betul,mana dia dapat nombor aku?bikin hati bergetar bila cakap bertentang macam ni"kata Ara dalam.hati.
"kita lunch sama"kata Tajdi.
"sorry bos..saya ada banyak.lagi file nak kena semak"kata Ara.
"this is arahan"kata Tajdi tegas.
Ara memasamkan muka.
"mana aci bos guna kuasa veto,saya banyak lagi kerja,nanti kalau tak siap bos jugak yang marah"kata Ara
"pernah ke saya marahkan semua staf saya?terutama sekali awak,bakal isteri saya"kata Tajdi dengan senyuman manis.
Ara menahan rasa malu.
mukanya sudah panas.
"saya...."
"saya tunggu awak di parking kereta"
selepas berkata begitu.talian ditutup Tajdi.
Ara membuat muka marah pada Tajdi.
Tajdi menaikkan jari telunjuknya dikedua belah tangan lalu dirapatkan keduanya.
tanda dia dan Ara bersatu.
Ara menggeleng dengan senyuman.
Tajdi membuat wajah merayu.
Ara tergelak.
Tajdi menulis sesuatu.pada kertas.
Ara menanti.
lalu Tajdi mengangkat kertas itu tinggi-tinggi.
bulat mata Ara melihat perkataan yang ditulis.
'I LOVE YOU'
Ara tersenyum malu.
Tajdi menaikkan ibu jarinya.
Ara mengangkat file bagi menutupi wajahnya.
malu!
Ara berjalan ke arah Tajdi yang bersandar di Audi8 miliknya.dengan senyuman yang betul-betul menggetarkan hati Ara.
Ara melempar senyum.di hadapannya kini ada jalan yang begitu indah,
dia berjalan menuju ke arah seorang putera raja disisi kuda putihnya yang nampak gagah.
disekelilingnya ramai dayang-dayang sedang tersenyum manis melempar bunga padanya.
Ara yang bergaun putih cantik melangkah dengan ayu ke sisi si putera yang menunggu dengan tenang dan kacak.
suasana yang hanya kedengaran bunyi burung-burung hutan menyambut ketibaan sang puteri,untuk bersama si putera idaman,
dengan seisi hutan menangisi kepergian sang puteri,dan ada juga yang mencemburui sang puteri kerana akhirnya bersama putera kesayang ramai,putera paling kacak,dan paling bergaya.
dayang-dayang dan segala isi hutan menyanyi riang mendendangkan kisah puteri dan putera yang dinanti.
"aahh!!"
Ara mengurut kakinya.wajahnya merah menahan malu+sakit.
tulah...masa jalan otak jugak berjalan ke macam-macam.
"lain kali jalan hati-hati,saya tahulah saya ni kacak dan tenang,janganlah mudah tergoda"kata Tajdi menarik tangan Ara supaya berdiri.
Ara tersenyum malu,wajahnya dah macam disimbah air panas,
Ara mengikut langkah Tajdi ke kereta.
kepalanya diketuk kuat.
"malu!!!"jerit hatinya.
kereta mula bergerak keluar dari perkarangan bangunan tinggi itu.
Ara diam,masih lagi menahan malu,walaupun kakinya masih rasa sengal-sengal tapi digagah jua,tak mahu tunjuk mengada didepan bos.
Ara menahan senyuman bila teringat kisah yang direka akalnya tadi.
"apa yang disenyumkan?"soal Tajdi.
pantas Ara geleng laju.
Tajdi gelak perlahan
"ni mesti seronok dapat 'I Love You dari' saya tadi kan?"
"ish..bos tak baik tau buat macam tu"kata Ara
"kenapa pulak?salah ke?"
"itu dinamakan gangguan seksual,mana boleh buat macam tu"kata Ara.
Tajdi gelak semakin kuat.
"saya cuma ucapkan perkataan tu dekat awak,cara untuk saya luahkan rasa hari ini"kata Tajdi.
"oh...rasa bos hari-hari bertukar ke?kalau macam tu takutlah saya,mana tahu harini bos tak okay,are you sure?"soal Ara
"bukan macam tu lah,maksud saya,harini saya rasa paling bahagia"kata Tajdi
"kenapa?"
"saja-saja"
"what?"
"ada ke macam tu?"soal Ara lagi.
"contohnya saya,"
"mesti ada sebab kenapa bos rasa bahagia"
"sebab cinta saya makin kuat kot"
dengan gelak perlahan Tajdi berkata.
Ara hanya tersenyum.
lucu melihat telatah bosnya yang suka bergurau.
suasana kembali sepi.
"nak makan di mana bos?"
"dekat mulutlah..awak pernah nampak orang makan dekat telinga?"
"ermm....good answer"kata Ara.
Tajdi tersenyum nelihat wajah kelat Ara.
"makan dekat m'donalds"kata Tajdi membetulkan gurauannya tadi.
Ara diam hanya menurut,biarlah nak makan apa pun,asalkan dia tak cakap'makan batu'sudah....
"diam je..."
Ara memandang Tajdi disebelah.
"tak kan nak menari kot bos.."kata Ara dengan gelak sinis.
"sekurangnya sembanglah dengan saya ni"
"dah tak ada topik"
"ada"
Ara menjongkit kening kearah Tajdi.
"tanyalah saya ni..sihat ke,ada masalah di office ke,tanya pasal cinta pun boleh"
Tajdi suka mengusik.
Ara gelak.
"bos sihat walafiat je saya nampak...sebab tu saya tak tanya"
"yelah...who i'm in your life right?rajuk Tajdi.
Ara menahan tawa.
"ye..."jawab Ara saja menambah marah Tajdi.
sunyi lagi kereta itu.
Tiba-tiba Ara gelak perlahan.namun dapat didengari oleh Tajdi.
Tajdi menjeling ke sebelah.
"bos ni..dah tua-tua pun nak merajuk ke?"soal Ara
"tua sangat ke saya ni?"
Ara berhenti gelak,bila wajah Tajdi masih tegang.
"bos ni...asyik nak merajuk dengan saya je,kalau bos tak nak gurau dengan saya,dah serius macam ni,baik bos turunkan saya di tepi jalan ni,senang saya nak balik office,bos pun tak ada lah hilang mood gembira tadi..kan?"
"sekarang awak ke saya yang merajuk?saya ke awak yang tua?"soal Tajdi.
Ara diam.
"okay fine...dua-dua tua!"kata Ara
"kalau dua-dua tua,boleh dah la kan?"
"boleh apa?"soal Ara.
"kahwin"
Ara tersenyum.Tajdi jugak melempar senyuman sambil menjeling Ara.
suasana diam semula.kereta meluncur membelah jalan raya.
Share this novel