bab 64

Romance Completed 13382

Taufiq menghentikan keretanya betul-betul rumah milik keluarga Kiyla tetapi hanya Kiyla seorang saja yang tinggal di rumah besar itu.
Taufiq membalas senyuman Kiyla yang sedang berjalan menghampirinya.
Kiyla tampak anggun sekali malam itu dengan baju blous yang labuh ke bawah hingga paras lutut,serta jeans hitam.beg tangannya dipegang menggunakan tangan kanan,rambutnya dibiar lepas melepasi pinggangnya.
Kiyla masuk ketempat sebelah pemandu.
"you look so beautiful tonight"kata Taufiq.
Kiyla tersenyum malu.apatah lagi bila mendapat tahu yang mereka bakal bersama kelak.
"thanks..kita nak makan dekat mana?"soal Kiyla.masih lagi mengawal riak wajahnya agar tidak ketara rasa gembiranya.
Taufiq mula menggerakkan keretanya keluar dari kawasan perumahan itu untuk ke jalan raya.
"Fiq ikut Kiyla je....sebab Fiq yang nak belanja Kiyla.so...pilih je lah"kata Taufiq dengan senyuman.
"mana boleh...Fiq yang nak belanja Kiyla kan..?so..Fiq lah yang pilih"kata Kiyla
"Fiq ikut je...malam ni Fiq ditugaskan menjadi pemandu untuk tuan puteri yang cantik jelita ni"kata Taufiq.
semakin malu Kiyla dibuatnya.terasa panas mukannya.
"ada-ada je lah Fiq ni...dah dua tahun tak jumpa perangai tak berubah-ubah"kata Kiyla dengan gelaknya.
"mana ada lah...Fiq serius,buat apa nak mengada-ngada"kata Taufiq.
Kiyla menyembunyikan rasa gembiranya.
"apa kata kalau kita pergi shushi king?"soal Kiyla
"makan shushi malam-malam?tak sakit perut ke nanti?"soal Taufiq
"tak lah..kita order lah yang tak pedas punya..dah lama tak makan shushi"kata Kiyla
Taufiq tergelak perlahan apabila melihat wajah Kiyla.
"okaylah..."kata Taufiq.
Kiyla tersenyum gembira.
Taufiq memfokuskan pemanduannya.
Kiyla pula mencuri pandang pada Taufiq yang tidak sedar pada pandangannya.
hatinya berdegup kencang saat melihat Taufiq buat pertama kali Tadi...seakan tidak percaya bahawa itulah Taufiq yang selalu dia berbual melalui telefon dari jauh,walaupun hanya dua tahun tidak berjumpa Taufiq tampak sungguh lain,wajahnya tetap putih bersih namun kumis nipis diatas bibirnya menambahkan lagi ketampanan yang dia ada.
kalau dulu badan Taufiq kurus bagaikan papan tapi sekarang dah berisi dan berotot.
dia pergi belajar cara urus syarikat ke atau pergi belajar taek kwan do?
Kiyla tersenyum sendiri.
ini ke bakal suami aku? bakal imam pada aku?
wajah Kiyla semakin panas.
"anythings wrong?"soal Taufiq menyedarkan Kiyla
"apa?"soal Kiyla
"kenapa diam je ni?selalunya cakap dalam fon macam murai?"kata Taufiq
"hey..jahat tau!"marah Kiyla lengan Taufiq ditamparnya perlahan.Taufiq hanya ketawa.
"mana ada lah...tak tahu nak cakap apa,two years no see..you look different"kata Kiyla
"lain yang macam mana?"soal Taufiq.
"lainlah..."kata Kiyla malu.
"yes..i know lain,but lain yang macam mana maksud Kiyla?"soal Taufiq.
kereta yang dipandunya memasuki kawasan restourant terkenal shushi king.
"nampak handsome"kata hati Kiyla
"cepatlah cakap"kata Taufiq terus memarkir keretanya.
"lain macam....nampak gemuk"kata Kiyla dengan ketawa terus melangkah keluar.
Taufiq turut keluar
"ini bukan gemuk lah...this is sado,do you know what is sado?"kata Taufiq.
Kiyla ketawa perlahan.
"okay..Fiq menang malam ni,jom lah lapar dah ni"kata Kiyla
Tuafiq tersenyum terus mengekori langkah Kiyla.
mereka sama-sama beriringan masuk ke restourant yang sentiasa dipenuhi pelanggan-pelanggan yang meminati shushi.

shushi yang dipesan sungguh menyelerakan.dengan kepelbagaian warna dan rasa yang berbeza memang sungguh menarik minat pelanggan yang datang ke restourant itu.
Kiyla mula mengunyah shushi yang diordernya.
Taufiq juga melakukan hal yang sama.
"sedapnya..."kata Taufiq dengan mulut yang penuh.
Kiyla menahan ketawa takut shushi didalam mulut berpindah ke wajah Taufiq.
"makan dulu...baru cakap"kata Kiyla juga dengan mulut yang penuh.
beberapa minit kemudian mereka kembali normal.
"Kiyla tak pedas ke makan yang wasabi punyalah banyak macam tu?"soal Taufiq
Kiyla tersenyum dengab lebar
"inilah lidah Malasia,semua pedas-pedas Kiyla tapau"kata Kiyla.
"okay...mengalah"kata Taufiq.
Kiyla gelak perlahan apabila melihat wajah merah Taufiq yang menahan pedas kerana tak mahu tampak lemah.

Taufiq hanya makan satu ketul shushi,lebihannya lagi diberikan pada Kiyla,memang dari dulu dia kurang gemar dengan makanan yang bernama shushi.sudah puas kawan-kawannya dari university suka kutuk dia dengan panggilan 'antishushi'.tak terlepas juga Hero dan si Ustaz rakannya di Australia.
dan Ara juga pernah ketawakannya.
wajah Tajdi jadi muram.
bila nama Ara terlekat di ingatannya.mood untuk bergelak-ketawa terus lesap.
Taufiq melebarkan pandangan ke luar dinding kaca restourant itu.
hujan renyai-renyai menyapa bumi di waktu malam yang sunyi.
"Fiq okay ke tak ni?"soal Kiyla.pelik pula dia sejak tadi Taufiq hanya diam,dari awal datang okay je.
Taufiq tersenyum sedikit.
"tak ada apa"katanya
"betul ni?"soal Kiyla
Taufiq memberikan senyuman bagi mengaburi apa yang ada di fikirannya seketika ini.
Kiyla angguk faham.
tetapi hatinya kuat mengatakan yang Taufiq mempunyai satu masalah.

Taufiq menghentikan keretanya betul-betul berhadapan dengan sebuah rumah satu tingkat di taman yang beralamat seperti yang diberikan oleh mamanya.
dia tetap mahu berhadapan dengan Ara dan membincangkan hal yang selalu mengganggu emosinya ketika ini.
di hujung minggu begini tentunya rumah itu berpenghuni.
Taufiq keluar dari perut keretanya.
dia melihat ada sebuah kereta myvi terparkir di laman rumah itu.
"assalammualaikum"panggilnya kuat supaya orang didalam rumah dapat mendengar kehadirannya
"Waalaikumsalam"jawab Ara sambil membuka pintu
dipandang ke pagar hadapan terlihat wajah Taufiq yang berdiri tegak.
langkah Ara terhenti disitu.
Taufiq tersenyum gembira apabila melihat Ara dihadapannya.memang tak salah alamat.
dengan berat hati Ara melangkah ke arah pagar.
wajah Taufiq tidak dipandangnya.
"Fiq nak ajak Ara keluar kejap"kata Taufiq perlahan.
"nak pergi mana?"soal Ara
"pergi minum"jawab Taufiq
serba salah Ara dibuatnya.
"err....."
"please Ara...Fiq perlukan penjelasan dari Ara,lepas Ara bagi penjelasan baru hati Fiq rasa tenang"kata Taufiq merayu.
Ara memandang wajah bersungguh-sungguh Taufiq
"tunggu sekejap"kata Ara terus masuk ke rumah.
Taufiq tersenyum lega.
Ara memakai baju t lengan panjang dan jeans berwarna hitam.
rambutnya diikat satu.
dia menghampiri Taufiq yang setia menantinya.
"maafkan Ara abang..Ara keluar dengan Fiq tanpa bagitahu abang,Ara kena juga bagitahu dan terus terang dengan dia"kata hati Ara.
Ara melangkah ke arah pintu kereta
namun Taufiq cepat-cepat membukakan pintu untuknya.
Ara berhenti melangkah dia melihat wajah ceria Taufiq
"Fiq tak payah bukak pintu kereta untuk Ara,nanti apa pulak kata orang adik ipar bukakan pintu kereta untuk kakak iparnya kan?"kata Ara terus masuk.pintu kereta ditarik kuat.
serta-merta senyuman Taufiq berhenti.
hatinya sakit mendengar ungkapan Ara.
dia melangkah masuk ke tempat memandu.
"baru bakal belum sah lagi,dan bila-bila masa benda tu boleh berubah"kata Taufiq tanpa memandang Ara disebelahnya.
Ara menarik nafas panjang cuba menenangkan hatinya.
masing-masing diam tidak berkata.
sehinggalah beberapa minit kemudian kereta Taufiq berhenti di sebuah tasik yang luas.
Taufiq keluar dari kereta menuju ke tempat duduk yang disediakan untuk pengunjung ke tasik itu.
Ara menahan geram apabila melihat Taufiq berlalu meninggalkannya tanpa sebarang kata.
Ara melangkah keluar.
dia menghampiri Taufiq yang duduk menghadap tasik yang tenang.
"Fiq nak penjelasan apa?"soal Ara dia juga duduk di sebelah Taufiq tetapi dijarakkan duduknya.
dia juga memandang ke arah yang sama
"all about your hearts"jawab Taufiq.
Ara tersenyum sinis.
"hati Ara dah mati dari dulu lagi"kata Ara
"then macam mana abang Taj boleh ada?"soal Taufiq
Ara menarik nafas panjang.
"Ara cuma cintakan dia"kata Ara
giliran Taufiq pula gelak perlahan.
Ara memandang Taufiq dengan pelik kemudian beralih ke arah sekumpulan kanak-kanak sedang berlari.
"sebab cinta je dah boleh gantikan seseorang yang dari dulu lagi berada di hidup Ara? macam mana pulak dengan cinta Ara pada Fiq yang dulu kononnya hanya Fiq sahaja yang akan bersama Ara?"soal Taufiq.
mereka bertentangan.
"macam mana pulak kalau Fiq yang lepaskan Ara macam tu je?"Fiq tak rasa salah? Fiq tahu macam mana Ara waktu tu?"soal Ara geram.
suaranya bergetar kerana menahan sebak yang tiba-tiba mencengkam hatinya.
"Fiq dah cakap,Fiq pergi untuk cari pengalaman,untuk cari masa depan untuk kita bersama"kata Taufiq
"Fiq tak cakap sepatah pun masa Fiq tinggalakan Ara,semenjak malam Fiq melarikan diri dari majlis perkahwinan sendiri,itu adalah kali terakhir kita jumpa di pangkin depan rumah,lepas tu? Fiq terus hilang tanpa khabar,tanpa berita tanpa apa-apa kesan untuk Ara"kata Ara
Taufiq tunduk kesal.
"kenapa Ara terlalu terburu-buru? kenapa Ara tak tunggu kepulangan Fiq?"soal Taufiq
Ara pandang tasik yang sedikit bergelora airnya kerana tiupan angin yang agak kuat.
"Ara tak tahu Fiq dekat mana,Ara tak tahu apa yang ada dalam hidup Fiq waktu tu,yang pasti Ara sangat yakin yang Fiq dah lupakan Ara,Fiq dah ada kehidupan sendiri,Fiq dah jumpa cinta hati Fiq yang sebenarnya,waktu tu Ara betul-betul tertekan,Ara disalahkan oleh orang kampung kerana menyebabkan Fiq lari dari majlis kahwin Fiq,walaupun Ara langsung tak tahu apa-apa,Ara terlalu tertekan sampai satu tahap Ara nak melarikan diri dari kampung tu,mujur ada Zaiton,dia bantu Ara dapatkan kerja di syarikat dato Tajjuddin,di sini Ara kenal dengan Taj, waktu dia luahkan rasa hati dia pada Ara,Ara dapat rasakan ini masa untuk Ara berubah,Ara nak isikan kekosongan hidup Ara dengan Taj,dan Ara juga harap Fiq pun sama,Fiq akan jumpa permaisuri hidup Fiq.kita dah tak boleh bersama.ketika itulah Ara dapat tahu yang sebenarnya Ara juga cintakan Taj,Ara terlalu sayangkan dia,Ara cuba kosongkan fikiran dari masalah-masalah lalu, dan sekarang dengan kuasa Allah, Ara dah benar-benar pulih dari Ara yang dulu sehingga Ara yang sekarang,Ara akan pastikan diri Ara jadi isteri yang terbaik untuk lelaki sebaik dia,walaupun Ara tidak layak untuk berdamping di sebelah seseorang yang terlalu sempurna bagi Ara seperti dia,tapi Ara percaya Allah yang menentukan ajal,maut,jodoh,pertemuan...sebabkan itu kami mengambil keputusan untuk bertunang"cerita Ara panjang lebar.
air mata yang menitis dipipi diseka cepat-cepat
Taufiq memicit kepalanya yang terasa berdenyut
"maafkan Fiq Ara....Fiq tahu Fiq pergi tanpa sebarang berita,sekarang Fiq merayu tolong kembali pada Fiq semula"kata Taufiq.
Ara mengggeleng
"apa Fiq cakap ni? dah tak betul? dah tak boleh terima qadak dan qadar Allah? sia-sia Ara ceritakan semuanya pada Fiq"kata Ara geram.
"tapi...Fiq tak boleh lupakan Ara,perasaan Fiq pada Ara masih sama macam dulu"kata Taufiq.
"Fiq cuma nak kan Ara"kata Taufiq masih lagi merayu
"nak Ara? buat apa...? two years Fiq..."kata Ara dengan suara yang bergetar.tubir matanya kian panas dengan air mata.
"i keep myself busy with things to do,but everytime i pause,i still think of you...dan sekarang Ara betul-betul dah tak cintakan Fiq,Ara tak nak terluka untuk kali yang kedua,Ara dah ada yang paling istimewa dalam hati"kata Ara.
tangannya menyeka matanya.
Taufiq bangun dari duduknya.
"memang keras betul hati Ara kan?"soal Taufiq
"hati Ara ke hati Fiq yang degil? Ara bakal jadi milik Taj, dan siapa Taj tu? dia abang Fiq...Ara ni bakal kakak ipar Fiq,
k.a.k.a.k i.p.a.r tolong faham...please"kata Ara pantas berlalu ke kereta.
Taufiq mengejarnya.
"tapi boleh je kalau Ara nak putuskan"kata Taufiq.
Ara tergelak sinis.sambil kepalanya menggeleng
"out of my mind to do that,please...hantar Ara balik"kata Ara.
Taufiq diam memerhati langkah Ara masuk ke tempat di sebelah pemandu.
dengan berat hati Taufiq melangkah ke keretanya
"huh..ingatkan datang nak bincang elok-elok rupanya...boleh keluarkan air mata"kata Ara.diseka matanya yang masih berair.
kereta mula bergerak dari tempat parking itu.
tiba-tiba Kiyla keluar dibalik sebatang pokok yang besar.
air matanya gugur satu persatu.tak sangka perjumpaan dengan rakannya di tasik itu mengundang duka dihatinya apabila dia melihat Taufiq dan Ara bakal isteri kepada abang sepupunya dan paling tidak disangka dia mendengar perbualan keduanya.
dia duduk dibangku yang diduduki oleh Taufiq dan Ara sebentar tadi.
kini baru dia tahu yang Taufiq hanya ada perasaan sebagai sahabat dan perhubungan sepupu dengannya.
dia menangis sepuasnya.

kereta Taufiq berhenti betul-betul dihadapan rumah sewa Ara dan Zaiton.
Zaiton yang sedang menyiram pokok bunga di halaman menjeling-jeling mencuri pandang.
Ara cepat-cepat membuka pintu kereta
"please Ara...i'm begging you.."Taufiq masih lagi merayu.
langkah pergerakan Ara terhenti.
dia memandang Taufiq yang berwajah muram memandangnya.
"Fiq...Ara bukan bencikan Fiq,Ara cuma hormati Fiq sebagai kawan yang sama-sama hidup bersama Ara.Ara merayu sangat-sangat tolong maafkan Ara,please...go to find other girls more perfectly than me...i'm not for you,Ara tak mampu berikan Fiq bahagia.akan ada wanita yang akan ada bersama Fiq bila tiba waktunya."kata Ara perlahan.
"tapi Ara cinta pertama Fiq..."
Ara tersenyum hambar
"Fiq..you are my first love too.that first love is painful when its over,but do you know the sweetest part of it? it is when i cry to let go,to be strong,and to be wise dan Ara tahu...when you love again ,you will know how to keep it this time longer, Ara dah jumpa siapa dihati Ara,dan Ara harap Fiq pun akan jumpa wanita itu"kata Ara terus keluar meninggalkan Taufiq yang terdiam.
pintu kereta ditutup oleh Ara.
dia memandang Ara berlalu ke rumahnya.
Zaiton mencuri pandang Taufiq dalam kereta.
dia pandang Ara yang berjalan melaluinya dengan selamba.
"apasal diaorang ni?bukan cakap nak selesaikan kekusutan yang ada ke? tapi...semakin kusut aku nampak"kata Zaiton sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience