dua tahun kemudian.....
Ara yang bertudung bawal berwarna hitam menyiram air ke atas pusara yang tampak sungguh bersih tanpa sebarang kotoran ataupun sehelai daun-daun yang kering.mesti ia dijaga rapi oleh penjaga tanah perkuburan yang luas ini.
surah yassin yang baru selesai dibacanya ditutup.
Ara bangun melipat tikar kecil yang dibawanya bersama.
Ara tersenyum
"abang...Ara nak pergi jumpa mama dan papa,dah lama Ara tak datang jumpa diaorang.dengar khabar abang akan dapat anak buah tak lama lagi,seronok sangat Fiq dan Kiyla bakal bergelar mama dan papa,apa-apa pun,abang rehat ye....nanti Ara datang lagi.Assalammualaikum"kata Ara perlahan dengan tenang.
Ara melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu menuju ke kereta milik Zaiton yang setia menantinya.
Ara tersenyum sambil mendaratkan dirinya pada kerusi sebelah pemandu
"dah lepas rindu?"soal Zaiton dengan senyuman sekadar bergurau.
"dah...thanks Ton...kau lah yang selalu ada dengan aku,kau bawak aku ke sini,ke sana mana-mana tempat yang aku nak pergi"kata Ara
Zaiton tersenyum sambil mengundur keretanya ke belakang.ingin memasuki jalan tar.
"alah...aku okay je...kau cakap nak pergi mana,lagipun sejak aku dah berenti kerja dekat syarikat dato Tajjuddin tu,masa aku banyak free"kata Zaiton
Ya.zaiton dah berhenti kerja dekat syarikat.katanya boring sebab Ara takde.tapi selebihnya dia mahu buat bisnes sendiri iaitu delivery makanan yang dimasaknya.mempromosikan masakan kampung lalu dibuat tempahan melalui online.Alhamdulillah bisnesnya berjalan dengan lancar.
Ara tersenyum.
"so...lepas ni ke rumah datin rose?"soal Zaiton.
Ara angguk kepalanya.dia memandang ke hadapan melihat jalan raya.
"mesti Fiq dan Kiyla seronok kan? yelah...siapa yang tak seronok bakal jadi mama dan papa"kata Zaiton.
"mestilah..itulah nikmatnya bila dapat tahu yang kita mengandung.mak aku cakap,rasa seseorang perempuan tu mengandung tak terkira.keseronokan yang bakal menjelma apabila munculnya satu nyawa dalam badan kita.apatah lagi sakit yang akan dialami masa proses kelahiran,sakit yang kita tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila"kata Ara dengan ketawanya yang perlahan.
"mana kau tahu semua ni...macam ada pengalaman pulak kau ni"kata Zaiton
"mak embon kau yang cakap...aku ni mana nak ada pengalaman,sekarang ataupun akan datang"kata Ara
Zaiton tergelak perlahan
"kau jangan cakap yang kau tak akan terima mana-mana lelaki lagi lepas ni"kata Zaiton.
Ara tersenyum
"siapalah yang nak kahwin dengan aku ni Ton,cukuplah hanya abang Taj"kata Ara sambil menyandarkan kepalanya pada kerusi yang di duduknya
"apalah...kau cakap macam tu,kau biar betul,apa yang berlaku sekarang ni kan ujian,Allah sayangkan bos sebab tu dia ambil bos dari kita semua,tapi kita yang hidup ni,kena teruskan"kata Zaiton
"entahlah Ton...tapi buat masa sekarang aku tak nak fikir benda-benda macam tu lagi,aku takut...."kata Ara perlahan
"alah....aku yakin,akan ada seseorang yang akan jaga kau,lindungi kau,dan cintakan kau sampai akhirat nanti,lagipun kitakan masih muda lagi,InsyaAllah...masih panjang perjalanan kita kalau diizinkan Allah,so..kau tak boleh move on macam ni,kalau mak embon dengar confirm empat belas hari tiga belas malam kau kena bebel,termasuk aku"kata Zaiton.
Ara tergelak perlahan.
"dah...boleh tak kau fokus mata kau pada jalan kat depan tu,jangan kacau aku yang nak meneroka tempat ni"kata Ara sambil melihat keluar cermin kereta.
Zaiton tersenyum lalu memberi fokus pada pemanduannya.
Ara berjalan bersama Zaiton menuju ke pintu gerbang rumah banglo yang besar itu.
Ara dapat melihat perubahan-perubahan yang berlaku di kawasan rumah itu.gazebo yang dulunya dihiasi di hadapan pokok yang rendang kini diubah ke sebelah kolam ikan koi yang elok berenang-renang.pasu-pasu bunga yang selalu ditanam oleh mama diubah ke bahagian tempat yang agak lapang.pokok-pokok yang dulunya menjadikan rumah ini lebih sejuk apabila dipandang kini dibuang semuanya.suasana lapang disekitar rumah.
"Assalammulaikum"laung Ara agak kuat supaya orang yang didalam dapat mendengar suaranya.
"Waalaikumsalam"jawab orang didalam.perlahan-lahan pintu dibuka dari dalam.
Ara melempar senyumannya yang paling lebar dan manis ke arah seseorang yang dirinduinya.
Datin rose menutup mulutnya dengan tangan.tak disangka bakal berjumpa dengan Ara semula.
pantas tubuh Ara didakapnya erat.Ara membalas dengan tenang.
Ara dapat rasakan bunyi esakan kecil di bahunya.
takkan si Zaiton ni yang beria menangis!
"mama....mama janganlah nangis"kata Ara
pelukan mereka dilepaskan.
"mama rindukan Ara sangat-sangat"kata Datin rose.air matanya diseka laju.
"Ara pun rindukan mama juga,mama apa khabar?"soal Ara
"Alhamdulillah sihat,"jawab datin rose.
"ehem!!"
pantas Ara dan datin rose tersenyum melihat Zaiton sudah tersengih memandang mereka.
"Assalammualaikum datin"kata Zaiton pantas tangan Datin rose disalam dan diciumnya.
"waalaikumsalam,jom kita masuk....semua dah tunggu dekat dalam"Kata datin rose.
mereka beriringan masuk.
Ara melihat sekeliling.suasana sayu tiba-tiba menguasai hatinya.bayangan arwah Tajdi ada di mana-mana.di setiap sudut rumah ini dia diperkenalkan oleh Tajdi.
air mata yang hampir menitis lekas-lekas Ara seka.dia menarik nafas lalu dia mengukir senyuman sebagai terapi untuk dia kembali ke dirinya sekarang.
Ara duduk ditengah-tengah antara Zaiton dan datin rose.
Fiq dan Kiyla pula muncul dari dapur sambil membawa satu dulang air minum.
Ara dan Kiyla bersalaman dan berpelukan seketika.
Dato Tajjuddin pula duduk di hadapan mereka.
"Ara macam mana sekarang?"soal dato Tajjuddin
"Alhamdulillah pa....Ara duduk dekat kampung tolong-tolong mak dan ayah,sekadar yang termampu Ara lakukan"kata Ara
"baguslah macam tu...tapi sampai bila Ara nak duduk kampung? tak duduk sini lagi?"soal datin rose
Ara tersenyum
"takpe ma...Ara selesa duduk sana,itukan tempat Ara"kata Ara dengan ketawanya yang perlahan,cuba untuk bergurau
mereka yang lain tersenyum.
"tahulah tu kampung kesayangan Ara...tapi kalau Ara duduk sini,mama boleh jumpa Ara selalu"kata datin rose dengan wajah merayu.
Ara tersenyum
"kalau Ara dekat kampung pun...kan Ara datang jumpa mama juga,mama janganlah risau,Ara tak akan lupakan mama yang banyak berjasa pada Ara"kata Ara
datin rose tersenyum.lalu bahu Ara dipeluknya.
"jemputlah minum Ara,Zaiton"kata Kiyla yang nampak agak berisi,yelah...orang berbadan dua.
Zaiton hanya angguk dan melempar senyum
"tak lama lagi riuhlah rumah ni nampaknya"kata Ara.
semuanya tersenyum lebar termasuklah bakal mama dan papa itu.
"Alhamdulillah Ara...mama happy sangat bila dapat tahu Kiyla pregnant.diaorang lagilah"kata datin rose
"awak yang terlebih happy,mengalahkan awak pula yang pregnant"kata dato tajjuddin cuba mengusik isterinya.
mereka yang lain hanya ketawa
"ish...abang ni,suka gurau benda bukan-bukan"kata datin rose.
"Kiyla macam mana? sihat?"soal Ara
"Alhamdulillah sihat...rasa teruja lebih"kata Kiyla dengan wajah yang berseri.
"teruja,teruja juga...tapi hari-hari mengidam nak itu ,nak ini"adu Taufiq
mereka hanya ketawa
"biasalah tu...adat orang mengandung kan Kiyla?"kata Ara
"hah...Ara pun tahu,abang je yang selalu kompelin"kata Kiyla menjeling manja pada Taufiq.
"abang gurau jelah"kata Taufiq dengan senyuman pada Kiyla.
"bila isteri mengidam suami kenalah ikut,ni asyik merungut je,macam Fiq ni"kata Datin rose
Taufiq tersengih.yang lain hanya menahan tawa.
"biasalah...anak pertama,nanti dia tahu sendiri tugas dia sebagai ayah"kata dato Tajjuddin.
"thanks pa....kerana selalu sokong Fiq"kata Taufiq menaikkan ibu jarinya pada dato Tajjuddin.
"bukan free,tapi petang nanti belanja papa makan rojak kuah"kata dato Tajjuddin dengan senyuman.
semuanya riuh dengan gelak tawa melihat muka cemberut Taufiq
"ada udang sebalik batu rupanya"kata Taufiq
Kiyla sudah tersengih-sengih kepada suaminya.
"papa Fiq pun pregnant juga...tu tak nampak perut yang memboyot tu"kata datin rose memuncungkan bibirnya pada badan dato Tajjuddin.
mereka sekali lagi ketawa mendengar kata-kata datin rose.
"ini bukan boyot lah...ini namanya sado"kata dato Tajjuddin.
Ara dan Zaiton masih cuba untuk mengawal ketawa mereka.takut nanti ada yang terasa kalau lebih-lebih.
"tak kisahlah boyot ke apa ke...asalkan sihat okay je pakcik"kata Zaiton yang dari tadi mendiamkan diri
"hah..kan betul cakap kamu,mak cik kamu ni ha...selalu nampak pakcik dah gemuk"kata dato Tajjuddin.
datin rose menjeling manja pada suaminya.
"sembang-sembang ni,tak nak makan ke? semua Kiyla dah hidangkan dekat dapur tu"kata Kiyla
"susah-susah je...Ara dengan Zaiton datang sekadar nak melawat mama dan papa,bukan datang nak makan"kata Ara segan pula dirinya.
"ish...susah apanya,semua tu sedap tau,mama yang tengok Kiyla masak pun terliur"kata datin rose.
"alah...masakan biasa je Ara...jemputlah makan"ajak Kiyla lagi.
Ara pandang Zaiton.Zaiton hanya memberi pandangan senang.
"apa yang difikir lagi..bukan rumah orang lain,jom cepat"kata dato Tajjuddin.
mereka terus bangun berlalu ke ruang makan keluarga.
mereka makan dengan berselera sekali.
masakan masak lemak cili api ketam,ikan patin tempoyak,ayam masak merah dan sedikit ulam-ulaman yang dicicah dengan cili.memang betul-betul manaikkan selera.
usai makan Ara mencuci pinggan yang kotor didapur.Zaiton pula membersihkan meja makan dibantu oleh Kiyla.
datin rose pula membuat minuman berais untuk Taufiq dan papa diruang tamu depan.
Ara tersenyum pada datin rose apabila mata mereka bertentangan.Ara seperti dapat rasakan sesuatu yang ingin dikatakan oleh datin rose.
dia menghabiskan cuciannya.
lengan baju kurung yang disinsing ke siku diturunkan semula.
Ara menghampiri datin rose yang sedang menyusun cawan ke dalam dulang.
"mama..."panggil Ara perlahan.bahu datin rose dipegangnya.
Datin rose melempar pandang pada Ara
"mama ada sesuatu yang nak cakap dengan Ara kan?"soal Ara perlahan.
datin rose tersenyum lalu perlahan-lahan dia mengangguk.
Ara tersenyum.
"mama...mama...."kata-kata datin rose tergagap-gagap
"mama cakap je dekat Ara....apa pun Ara akan dengar dengan baik"kata Ara
"mama..nak Ara janji sesuatu dengan mama"kata datin rose.
Ara sedia mendengar.
"mama nak Ara janji dengan mama,kalau suatu hari nanti Ara dah berkahwin dengan seseorang yang Ara cintai,Ara jangan lupakan mama ye? mama...dah tak ada anak perempuan lain,mama cuma ada Kiyla je...mama nak Ara dan Kiyla sama-sama ada di samping mama walau apa pun yang berlaku"kata datin rose dengan suara yang sebak.
Ara tersenyum manis.tangan tua itu digenggamnya.
"mama...mana Ara boleh lupa segala apa yang berlaku dalam hidup Ara,lagi-lagi mama adalah orang yang disayangi oleh insan yang Ara cintai.tapi takdir menentukan semua,insan yang Ara cintai pergi dulu dari kita semua,tapi tak semestinya Ara akan lupakan mama dan keluarga yang Ara sayang ni,lagipun...Ara tak nak jumpa seseorang lagi buat masa sekarang,Ara nak sendiri dulu"kata Ara perlahan.
datin rose memeluk Ara dengan erat
"mama tahu bila suatu masa nanti Ara pasti akan berkahwin dengan orang lain,tapi mama nak Ara tahu rumah ni tetap rumah Ara"kata datin rose.
Ara membiarkan air matanya menitis laju ke pipi.dia angguk perlahan.
pelukan terungkai.
"maafkan mama sebab buatkan Ara nangis semula"kata datin rose sambil tangannya menyeka air mata di pipi Ara.
Ara tersenyum.
"sekarang kita ke depan,Ara ada hal nak bagitahu pada semua"kata Ara.
wajah datin rose serta-merta terkejut.
Ara tersenyum lalu membawa dulang kedepan diikuti oleh datin rose.
mereka bersembang dengan senang hati.
Ara menghirup air fresh orange yang masam-masam manis.
gelas itu diletaknya semula ke meja.
"Ara....papa ada nak tawarkan sesuatu pada Ara"kata dato Tajjuddin.
Taufiq,Kiyla serta datin rose sudah tersenyum-senyum.cuma Ara dan Zaiton masih tercengang-cengang.
Ara memandang pada dato Tajjuddin.
"sebenarnya dah lama papa dan Fiq rancang,tapi takut Ara tak bersedia lagi,sebenarnya..dekat syarikat masih memerlukan satu lagi jawatan sebagai pengarah di bahagian HR,papa ingat...nak suruh Ara gantikan kekosongan tu...macam mana?"soal dato Tajjuddin.
Zaiton pandang Ara dengan senyuman.
Ara juga tersenyum.
"sebenarnya Ara bukan tak nak bantu papa dalam syarikat tu,tapi Ara pun ada hal nak bagitahu pada semua"kata Ara
semua wajah yang tadi ceria menjadi keliru.bertukar dengan wajah dia dan Zaiton pula yang ceria.
"apa?"soal datin rose.
"Ara nak ke Korea"kata Ara
"Korea!!?"soal datin rose terkejut.
Ara angguk kepalanya beserta senyuman.
"nak buat apa ke sana?"soal dato Tajjuddin.
"Ara nak melawat kawan Ara,sambil-sambil tu..boleh cari pengalaman di tempat orang"kata Ara
dato Tajjuddin dan Taufiq mengeluh.
"Ara dah fikir masak-masak ke?"soal datin rose.
"InsyaAllah minggu depan Ara akan bertolak ma.."kata Ara
semua wajah didepannya kelihatan hampa.
"maafkan Ara"kata Ara
"its okay...itu hak Ara,apa-apa pun papa,mama,Fiq dan Kiyla sentiasa doakan yang terbaik untuk Ara"kata dato Tajjuddin.
Ara tersenyum manis pada semua disitu.
bahu datin rose dipeluknya manja.
Share this novel