bab 15

Romance Completed 13382

Ara memandang dekorasi ruangan dalaman rumah mewah itu,sungguh mempesonakan.
seakan berada dikayangan.
"awak tunggu sini kejap,nanti mama datang"kata Tajdi belum sempat Ara memanggilnya dia sudah ke tangga.
Ara duduk diatas sofa empuk diruang tamu.
"assalammualaikum"sapa datin rose dangan senyuman.
Ara bingkas bangun
"waalaikumsalam makcik,saya minta maaf sebab masuk tanpa kebenaran,bos suruh saya tunggu didalam"Ara mencium tangan tua itu
"tak apa,Taj baru bagitahu makcik tadi..duduklah"pelawa datin rose.
kini dia mengambil tempat disebelah Ara.
"Ara ye?"soal datin rose
"Taj yang bagitahu makcik"datin rose menerangkan.
Ara mengangguk lega dengan senyuman manis
"patutlah Taj bawak Ara ke rumah,Ara cantik sangat"
Ara hairan.
kenapa?kalau tak cantik tak boleh bawak masuk rumah ke?
"kenapa makcik?"
"Taj cakap dia cuma akan bawak balik perempuan yang betul-betul menambat hati dia je ke rumah,makcik pun tertunggu-tunggu jugak,rupanya hari ini baru makcik dapat jumpa dengan wanita yang berjaya buat anak makcik jatuh hati"kata datin rose.
Ara bagaikan tercekik buah pinang.dia terbatuk-batuk kecil
"makcik salah orang kot,saya baru jumpa dengan bos,takkan baru jumpa dah jatuh hati?"Ara tersengih
"Taj sendiri yang cakap,rumah Ara dekat mana?"soal datin rose
"dekat johor"jawab Ara.
"ohh..samalah macam papa Taj,"kata datin rose.
Ara melempar senyum.
Tajdi turun dengan tshirt pagoda berwarna hitam,dia menjinjing beg bajunya.
"kacak juga bos ni..ada iras-iras Fi..."nama itu tidak dapat disebutnya.
tiba-tiba rasa sebak menguasai diri.
dia hanya membiarkan hatinya berbicara sendiri.
"Taj pergi dulu ma..kirim salam dekat papa erk?"kata Tajdi mencium tangan mamanya.
Ara juga melakukan perkara yang sama.
"sesuai tak?"soal Tajdi dengan sengihan.
datin rose tersenyum.
Ara hanya tersengih.
"Ara..nanti datang lagi ye,mana tahu lepas ni Ara datang sebagai menantu mama pulak"kata datin rose.
Tajdi tersenyum saat melihat pandangan tajam Ara.
"insyaAllah makcik,assalammualaikum"
"waaikumsalam"

"bos cakap apa dekat mama bos?"
belum lagi melepasi pagar rumah itu Ara sudah mula menyoal
"cakap apa?"
"bos jangan pura-pura tak tahu,mama bos cakap sebab bos bawak saya jumpa dia adalah kerana saya ni dah tambat hati bos..apa ni?"soal Ara geram
"salah ke?"soal Tajdi tanpa memandang Ara disisi.
"kalau bos terangkan betul-betul saya rasa tak salah"kata Ara.
"awak pun single and available kan?"
"mana bos tahu saya single?"bos tak takut saya ni isteri orang?"soal Ara geram rasanya.
"kalau isteri orang tak cakap macam ni..dia mesti jaga hormat,cakap lemah-lembut,"
Ara terdiam.terasa barangkali.
"dah habis?"
Ara menjeling geram.
suasana sepi.
"kita pergi pasaraya untuk beli baju awak"
Ara hanya mendengar tanpa menjawab.
"ke taknak beli?"nak pakai baju ni sampai lusa?"soal Tajdi dengan gelak
"kalau bos sanggup nak bau busuk saya okaylah"kata Ara.
"betul ni?"
Ara diam.
apabila dia melihat kereta Audi S8 yang dipandu Tajdi ingin membelok ke arah lain,terus dia menahan.
"bos..saya nak beli baju,takkan lah nak pakai dua hari?"nanti tak bau orang jadi bau kambing"kata Ara.
Tajdi tersenyum.
keretanya dipandu memasuki pasaraya besar.

Ara melihat tshirt lengan panjang berwarna hitam,yang bertanda harga sepuluh ringgit satu helai.
"awak nak pakai tshirt je ke?"soal Tajdi
"salah ke?"soal Ara tersengih
"salah tu..agak salah tapi disebabkan saya bos..takpe saya maafkan,tapi kenapa mesti tshirt?"awak tak nak cuba blaus atau kot?"
"saya selesa pakai tshirt,takpe kan bos?"soal Ara dia menayang sengih
Tajdi terangguk-angguk.
"tapi dengan syarat"
Ara mendengar
"awak pakai kot atas tshirt ni"
Ara pula terangguk.
"kak..ambik ni ye"kata Ara pada jurujual sambil menghulur baju tshirt berwarna hitam.
usai membayar harga baju itu mereka keluar dari kedai penjualan baju itu.
Ara berjalan disamping bosnya yang bermulut banyak itu.
Ara perasan ada juga beberapa gadis tertoleh-toleh pada mereka.
hatinya makin risau.
"janganlah mereka kata apa-apa pasal aku"kata hatinya.
Tajdi melangkah dengan bergaya.sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
sebelah lagi menjinjing beg yang selalu diisi segala fail ke pejabat.katanya bahaya tinggal dalam kereta.
dah macam perangai perempuan pulak Ara melihat.
"dekat situ ada jual bermacam jenis kot untuk wanita"katanya.
Ara memandang butik yang dimaksudkan.
lalu mereka menukar arah.
Ara terpegun melihat betapa cantiknya kot yang terjual disitu.
ada yang bermanik,bercorak,dan gaya yang bermacam.
"nak yang mana ambil je..."kata Tajdi.
Ara serba salah.
"err...bos takde kedai lain lagi ke?"soal Ara
"kenapa?"tak suka?"soal Tajdi
"bu..bukan..tapi..."
"mahal?"sangkal Tajdi
Ara diam.
"beli je dulu...nanti saya bayarkan"
"amboii..bos,saya ni pekerja,bukannya adik bos,tak nak lah"kata Ara terus keluar.
"Ara..kenapa ni?"soal Tajdi mengejar.
"apa?"saya bukan tak nak terima duit bos..tapi saya tak suka pinjam duit dekat orang terutama sekali bos adalah bos saya...kalau kawan-kawan saya lainlah"kata Ara perlahan.dengan senyuman memberi keyakinan pada Tajdi
"kalau macam tu nanti awak bayar baliklah..yang penting memuaskan hati"
"tak nak lah bos..saya rasa ada kedai yang jual kot yang murah-murah"kata Ara pantas berjalan meninggalkan Tajdi
"degil rupanya budak kecik ni"kata Tajdi.pantas mengejar.
Ara tersenyum bila kot berwarna hitam dan harga yang berpatutan sudah ada ditangannya.
cukuplah sementara gaji pertama aku masuk.
mereka berjalan ke arah parking kereta.
"Taj!!"jerit suara wanita dari belakang mereka.
mereka berpusing melihat seorang wanita sebaya bosnya itu sedang tersenyum dan berlari ke arah mereka,opps...bukan mereka bos seorang.
"you buat apa dekat sini?"soal Tajdi.senyuman lebar dibibirnya.
"saja jalan-jalan dengan my mom,ni siapa?"
Ara melempar senyuman manis pada wanita itu.
Tajdi memandang Ara.
"ni..tunang I"
mata Ara terus terbeliak,terasa tamparan keras melekat dipipinya menunggu masa untuk tumbang.
Tajdi hanya berwajah selamba walaupun dia melihat Ara memandangnya lain macam.
"really?"bertunang tak bagitahu pun"kata wanita itu dengan ketawa perlahan.
"no!!saya bukan tunang dia"kata Ara.
bosnya itu sudah melampau betul.
"saya cuma pekerja encik Tajdi"sambung Ara.
wanita itu agak keliru
"tunang saya memang macam ni..pemalu sangat,kadang-kadang tu dia boleh lupa yang I ni tunang dia"kata Tajdi selamba dia ketawa bersama wanita itu.
Ara mengetap bibir geram.
tanpa menunggu banyak masa Ara pantas berjalan meninggalkan mereka ke arah kereta.
lain sedikit wajah wanita itu.
"sorry..I have to go"kata Tajdi
"oh..okay,nanti jangan lupa jemput I bila kahwin"
terus mereka berpisah.
sepanjang perjalanan Ara hanya mendiamkan diri.sesekali kepalanya terangguk-angguk menahan mata yang mengantuk.dengan pantas dia menegakkan kembali badannya.
dia mengerdip mata beberapa kali.sudah tidak lama mereka akan sampai,lampu neon yang mengengelilingi malam yang cantik di jalan raya dipandang.
Tajdi tersenyum.
"kenapa?"masih marahkan saya?"soalnya
Ara memamdangnya kemudian kembali dihadapan.
"kenapa saya kena marah lama-lama dengan bos,bos kan bos saya"kata Ara
"betul ni?"
"kenapa?"
"nak lupakan kisah yang dah berlalu,bukan semudah lap air yang tertumpah di atas meja,sedang kain yang basah pun perlukan masa nak kering inikan pulak hati awak"kata-kata Tajdi membuatkan fikiran Ara teringat kisah lalunya bersama Taufiq.
"ye..memang betul susah untuk lupakan"kata hatinya.
Ara kembali didunia asal apabila Tajdi berdehem.
"bos tahu pun...bos dengar saya ada pepatah yang saya copy dari buku,before you say something,think how you feel if someone said it to you"kata Ara laju.sekaligus untuk menutup perasaan bercelarunya tadi.
"okay lah..saya tak akan buat macam tu lagi,saya memang suka bergurau dengan pekerja saya"kata Tajdi
"bos,kalau dah bagitahu orang benda yang tak berlaku dan sensitive dah tak dianggap gurau tau,contohlah erk,dia nak jodohkan adik dia dengan bos,tapi dia bagitahu adik dia bos dah bertunang terus cancel segala perempuan yang nak ambil bos jadi suami ke,abang ipar ke,adik ipar ke,cerita pertunangan ni pulak dah tersebar luas"kata Ara.
"apa susah..saya kahwin betul-betul dengan awak"kata Tajdi.
"iee..bos ni memang banyak jawapan sama dengan fi..."Ara menahan mulutnya apabila dia hampir menyebut nama itu.
"sama dengan Fiq...kenapa nama itu yang muncul dalam fikiran aku?"kenapa susah sangat aku nak lupakan Fiq"rintih hatinya.
Tajdi pelik melihat Ara menunduk.
"sama dengan siapa?"
Ara melempar senyum pada bosnya itu sambil menggeleng.mana mungkin dia akan bercerita perihal Fiq pada bosnya itu.mesti bos tak faham dan bukannya kenal Fiq tu siapa
Tajdi memandang Ara dengan rasa yang lain.
dia dapat rasakan Ara menyimpan sesuatu di dalam fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience