bab 39

Romance Completed 13382

Ara membantu Tajdi memasang khemah yang baru dibeli sebentar tadi.
khemah yang mewah dengan segala peralatan lengkap dan berkain tidak mudah terkoyak atau berlubang.
harganya pulak memang mampu nak buat dompet tuannya berlubang dan kosong.
tapi apa hal sangat dengan dompet inchi bos...
dia yang teringin nak berkhemah segala so...dia lah yang tanggung segala perbelanjaan.
"kenapa bos beli khemah yang berkembar macam ni?"soal Ara pelik.
selama ni dia hanya tahu khemah yang terasing satu,satu...tapi yang ini kembar rapat cuma...dari dalam ada dinding yang memisahkan antara duanya.
"senang,saya disebelah sini...awak dan Zaiton sebelah situ"kata Tajdi.
Ara musykil..bibirnya digigit.
"macam tidur sebelahlah pulak"kata hatinya.
"alah....awak jangan risau,ada dinding dalam ni...dinding ni saya tak akan nampak awak dan awak pun tak kan nampak saya...dari luar je nampak macam bersambung"kata Tajdi lagi bila dapat tangkap riak wajah Ara.
"tapi..dinding dalam tu kan cuma kain nipis"kata Ara
Tajdi tergelak sambil menekan perut.
Ara mencebik bibir tanda tidak puas hati.
"jangan risau....saya ni bukannya suka ambil kesempatan"kata Tajdi pantas berlalu ke arah longgokan kayu untuk dibakar malam nanti.dibuat unggun.
Ara memandang sekeliling.
hutan tebal yang berwarna hijau.
dihadapan khemah mereka air sungai yang turun dari air terjun yang kuat bunyinya.
Ara menyedut udara segar bila matanya memandang air terjun yang agak tinggi.
"ya Allah lindungi kami dari sebarang kejahatan,penganiayaan,gangguan dari benda-benda yang kami tidak nampak dan selamatkan kami di sini..Aminn"doa hatinya.
Ara pandang sebuah surau kecil,bilik persalinan untuk kaum hawa ditepinya.
ada tandas tidak jauh dari situ.
memang lengkap tempat ini!
Zaiton termengah-mengah keluar dari pintu khemah itu.
wajahnya berpeluh-peluh.
"kau buat apa dalam tu Ton?sampai berpeluh-peluh ni?"soal Ara.
mahu tergelak bila melihat wajah serabai rakannya.
"aku kemas barang akulah...kipas,bantal,selimut,toto untuk kita tidur dan jugak bear kesayangan aku"kata Zaiton.
"kipas?kau ingat ada plug ke kawasan ni?
jap...jap...kau jangan cakap kau bawak generater?"soal Ara terkejut.
Zaiton tergelak kuat,Tajdi yang mendengar perbualan itu turut tergelak sama.
Ara mengeluh.
asyik kena gelak je...benci!!!
"apa bengap kau ni...aku bawak kipas yang pakai beteri lah...kau hidup zaman batu ke apa?"soal Zaiton.
Ara diam.
tanpa banyak cakap dia berjalan ke arah sungai.
dilipat kaki seluar track lalu kaki yang bogel dihulur masuk ke dalam air.
rasa sejuk menyerap masuk sampai ke hati yang panas.
Zaiton membuat isyarat pada Tajdi.
Tajdi mengangguk.
lalu berjalan ke arah Ara.
Zaiton tersenyum.
dia masuk semula ke dalam khemah.

Ara melihat satu ikan gapi sedang berenang-renang di kawasan air yang tenang itu,iaitu tempat kakinya berada.
Ara tergelak bila kakinya terkena mereka.
Ara menghulur tangan untuk menangkap seekor yang berwarna merah jambu.
tangannya dihulur perlahan.
tangan kiri pulak menahan diri daripada terjatuh kedalam sungai.
"ish...susahnya"rungutnya.
tangannya dihulur lagi....
"sorry"
Ara hilang keseimbangan bila mendengar suara itu.
tangan yang memegang batu supaya jatuh terasa licin dan badannya melayang ke dalam sungai.
Ara pejam mata,memang sah jatuh!
tiba-tiba pinggangnya dipaut.
badan yang melayang kembali kedalam dakapan seseorang.
mata mereka terpaut lama.
ada rasa bahagia didalam setiap degupan jantung mereka.
Tajdi tersenyum menampakkan susunan gigi yang cantik.
Ara tidak berkelip matanya.
apakah ini cinta?
"peewettt"bunyi Zaiton dari belakang.
pantas mereka tersedar.
masing-masing melepaskan pelukan.
Ara tersenyum malu.
Tajdi sudah tersenyum lebar.
"maaf..kalau saya ganggu"kata Tajdi.
"eh...tak lah"kata Ara.
dia kembali duduk dibatu itu.Tajdi.juga mengambil tempat disisi.Ara.
"maaf pasal hal.tadi....saya tak niat pun nak gelakkan awak"kata Tajdi.
"saya tak marahkan bos pun..."jawab Ara
"kalau tak marah maknanya sayanglah ye?"
Ara tersenyum manis.ada-ada sahaja inchi bos ni!
"sejuk..."kata Tajdi perlahan.matanya memandang wajah Ara
"hah?sejuk?"soal Ara
"sejuk saya nampak awak senyum macam tu dengan saya"kata Tajdi
Ara tergelak perlahan
"mengada betul bos ni"kata Ara.cuba menenangkan hati yang bergendang.
"betul...tapi lagi sejuk kalau awak sudi terima saya"kata Tajdi.
"bos...kita datang sini buat apa?"soal Ara
"camping"
"so...kita tak payah lah cakap hal hati ni....hilang mood nak berseronok"kata Ara
"okay...saya ikut cakap awak tapi...awak jangan ingat terlepas.dari semua ni"kata Tajdi
"this is amaran?"soal Ara
"bukan amaran lebih kepada arahan"
"arahan?"
"yes...arahan yang mewajibkan awak jawab segala soalan saya dengan jujur,lepas kita balik dari tempat ni"kata Tajdi.
Ara tergelak perlahan.
"okay.."jawab Ara.
mereka berbalas senyum sebelum masing-masing memandang ke arah sungai dihadapan.
"saya nak bakar unggun api"kata Tajdi pantas bangun berdiri.
Ara angguk.
"err..bos?"panggil Ara.
Tajdi menoleh
"terima kasih kerana selamatkan saya"kata Ara.
Tajdi tersenyum
"kasih sentiasa diterima"jawab Tajdi pantas berlalu.
Ara tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience