bab 21

Romance Completed 13382

Ara duduk disofa sambil matanya memandang TV yang menayangkan cerita running man,salah satu cerita kegemarannya.
memang kelakar habis bila mamat-mamat korea buat lawak dengan muka comel.
selalunya mukanya sentiasa ceria bila menonton gambar itu,tapi harini wajahnya masam mencuka.
Zaiton yang perasan menghampiri rakannya.
dia mengambil tempat disebelah Ara.
"kau okay?"mulut sahaja bertanya.mata ada di TV.
Ara menjongkit bahu.membuatkan mata Zaiton terpaksa memandangnya.
"ada masalah?"
Ara mengeluh.
"ntah...aku jadi sunyi"kata Ara.
"sunyi?"dah dekat dua bulan kau kerja sini,dah dua bulan jugak kita duduk dua dekat rumah ni,baru sekarang kau cakap bosan?"soal Zaiton.
"maksud aku bukan sunyi pasal rumah ni,aku...."
"cakap je lah..kau ingat dekat Fiq"Zaiton memotong.
Ara diam lagi.
"kau kena lupakan dialah Ara..kau ingat balik ikrar kau masa first kau ikut aku datang KL dulu"
"aku dah cuba"
"cuba dekat mulut,tapi hati?"
"cuba kau bagi cadangan dekat aku..dah macam-macam aku buat supaya aku boleh lupakan dia,bila ada je otak aku ingatkan dia..lekas-lekas aku buat kerja bagi menyibukkan diri"
"kau tak boleh macam ni...kita tak tahu,kau merana dekat sini..dia dah bahagia dekat sana"
"sana mana?"soal Ara
"mana aku tahu,kau cakap dia nak keluar dari kampung kita kan?"kau ada contact dia sekarang?"
Ara geleng.
"berhubung dalam YM?"
Ara geleng lagi.
"kau..ada tanya opah?"
geleng lagi.
"kau pergilah melawat Datin rose,nanti dia akan cakaplah mana Fiq pergi"kata Zaiton
Ara keluh
"aku mana kenal mama dia,tak pernah aku jumpa"
"senang cerita macam ni...kau teruskan lah hidup"kata Zaiton.
"aku teruskan hidup lah ni...habis aku buat apa sekarang?"bunuh diri?"soal Ara
"tak..maksud aku,kau tak payah ingat-ingat dia lagi,kau cari lelaki lain,kalau datang cinta atau ada seseorang melamar kau,kau kata 'yes' je..kan senang"kata Zaiton.
"cakap senanglah...kau ingat senang ke?"aku ni mana ada siapa-siapa lagi,aku cuma ada Fiq,sebab tu susah aku nak lupakan dia"kata Ara
"mesti ada punya lelaki lain,contohnya bos ke..,kerani office kita tu ke..,"kata Zaiton.
"eh..jap-jap..celah mana pulak datang bos ni?"soal Ara.
"aku cakap contoh lelaki,aku tak cakap kau kena pilih bos"
Ara angguk kepala.
"entahlah..aku akan cuba,mungkin betul cakap kau yang....yang Fiq dah ada hidupnya sendiri dekat mana-mana pun dia ada,kalau betul dia masih tunggu aku tentu dia dah call aku dan teruskan hubungan kami,tapi....dah dekat setahun dia menghilang"kata Ara.
Zaiton terasa belas pada rakannya itu.baginya dia juga ada rasa yang sama,dia tahu dari mula-mula lagi hubungan Ara dan Taufiq macam mana,dan dia jugak lah yang menjadi perantaraan mereka sebelum mereka mula bercinta.
bahu Ara dipeluknya.
"kau sabar okay...kalau ada jodoh kau larilah,duduk lah mana pun,memang kau akan kahwin dengan dia,tapi kalau sebaliknya....kau kenalah sabar dan redha,mungkin akan ada seseorang yang akan jaga kau nanyi,dari dunia sampai syurga,insyaAllah"kata Zaiton.
Ara melempar senyum.
"harap-harap akan jadi yang baik bagi aku"katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience