bab 4

Romance Completed 13382

Taufiq.hanya diam sambil memerhati tokwannya memotong kepingan sayur dimasukkan kedalam bekas untuk digoreng secara tumisan.Taufiq betul-betul sayang akan tokwannya itu,baginya tokwan sudah dianggap seperti ibu kedua baginya.kerana tokwanlah yang mengasuh,mengajar,menjaga dan melindungi dirinya sedari kecil,oleh kerana kesibukan mama dan papanya menguruskan syarikat bersama-sama,tetapi sekarang mamanya sudah pencen awal menurut fikirannya.kini walaupun mama dan papa selalu inginkan dia pulang ke Kuala Lumpur semula dan menetap disana dia tidak akan sesekali meninggalkan tokwan dan kekasih hatinya disini.hatinya sudah terpaut pada kampung yang indah ini.
"kenapa dengan cucu tokwan ni?"soal tokwan apabila melihat wajah mendung cucunya itu.
"bosanlah tok..."kata Taufiq.terdengar ketawa tokwan.
"kenapa malam ni tak keluar.dengan kawan-kawan?"selalunya penuh dekat warung pak seman tu korang duduk"
"malaslah tok,takde mood"
"ke...rindukan Ara?"teka tokwan dengan senyuman.
"mana adalah tok"
"betul ke ni?"mana tahu..dah rindu-rindu sangat menikah je terus"kata tokwan penuh keyakinan.Taufiq gelak perlahan.
"Fiq okay je tok...tapi Ara yang tak nak"katanya.
"yelah..mungkin dia nak kukuhkan kewangan dia dulu,korangkan baru habis belajar je..Fiq tu sekarang tengah usahakan kebun sawit tokwan,nanti bila dah balik KL kerja dengan abang dan papa pulak,kesian dengan tok ni..dah la sunyi,kebun tu kena cari orang lain pulak,sekarang ni bukan senang nak cari seseorang yang betul-betul jujur"kata tokwan panjang berjela.
"tokwan ingat bila Fiq kerja sana..Fiq takkan balik sini dah?"mana adalah tok..comfirm punya Fiq balik"kata Taufiq.
"yelah...tapi ingat pesan tokwan..kukuhkan kewangan dulu,himpun duit banyak-banyak baru masuk meminang anak dara orang"kata tokwan.
Taufiq hanya mengangguk faham.
"tokwan rasa mama dan papa sukakan Fiq bersama Ara?"soal Taufiq.
"mama dan papa tak pernah jumpa Ara lagikan?"nanti bila jumpa tentu diorang suka"yakin tokwan.Taufiq hanya diam.
"Fiq masuk bilik dulu tokwan"
"lah..taknak makan malam ke?"
"takpe lah tok...Fiq mengantuk sangat,maaf ye tok,selamat malam"kata Taufiq terus mencium dahi tokwannya sebelum berlalu.
baring sahaja badannya ke atas katil empuk tiba-tiba telefonnya berdering.dia tersenyum seronok melihat nama pemanggil.terus dijawab
"assalammualaikum ma..."katanya laju.
"waalaikumsalam..dah nak tidur ke?"soal datin rose ditalian.
"ye mama...ngantuk sangat"
"tokwan macam mana sihat?"
"Alhamdulillah sihat"
"mama call ni cuma nak ingatkan Fiq,balik tau minggu depan,suruh tokwan bawak banyak baju tinggal lama sikit dekat sini"kata datin rose.
"minggu depan?"ada apa ma?"soal Taufiq gaharu cendana pula,dah tahu bertanya pula,dia sengaja mahu mengusik mama kesayangannya itu.
"serious Fiq tak ingat?"soal datin rose kecewa.
"ingat apa?"Taufiq sudah menahan tawa.
"sampai hati,anak bongsu mama tak ingat tarikh hari lahir mama dia sendiri"suara datin rose sudah ke tahap merajuk.
"abang walau duduk asing-asing dengan mama pun dia siap belikan hadiah lagi"sambungnya lagi.
"Fiq ingatlah ma...mana boleh Fiq lupa,tokwan dah siapkan banyak beg untuk taruh baju-baju dia,"kata Taufiq dengan gelak perlahan.datin rose tersenyum senang.
"dah beli hadiahnya ke?"soalnya pada anak yang jauh darinya itu.
"mestilah dah..mesti mama suka punya"
"hadiah tak penting tapi Fiq dengan tokwan mesti balik awal tiga hari okay?"bolehlah kita sama-sama dekat sini"kata datin rose.
"ye ma..."
"mama dan papa pun ada hadiah untuk Fiq"kata datin rose teruja.
"hadiah apa ma?"birthday Fiq lambat lagi kan?"kata Taufiq keliru.
"adalah..yang penting Fiq balik sini nanti mama suprisekan"kata datin rose.
"okay,"
"ingat tiga hari sebelum,tak sabar mama nak bagitahu pada Fiq hadiah ni"kata datin rose teruja.Taufiq sudah menggaru kepala.
"okay ma...assalammualaikum"
"waalaikumsalam"
Taufiq memusing telefonnya pada dadanya.sambil memikirkan hadiah yang bakal dia dapat.

Ara memasukkan barang-barang yang akan dihantar ke warung ke dalam bakul yang disediakan atas basikalnya.Ara membetulkan baju tshirtnya yang tersarung di badannya.Ara memulakan kayuhan kearah batas kecil dihadapan rumahnya. dia tersenyum apabila melihat rakannya menunggang motor melalui kawasan itu.
"amboii...rajinnya cik kak"kata rakannya yang bernama zaiton.
"mestilah,kalau malas baik jadi kau Ton oii"kata Ara membalas.zaiton menghentikan motornya disebelah Ara.
"sedapnya kau kata aku malas,rajin apa!! ni dalam perjalanan nak ke kedai beli nasik lemak"kata zaiton.
Ara gelak kuat
"aku gurau je..."
"nak pergi mana ni?"
"nak ke warung lah..apa lagi..ish kau ni"kata Ara.
"aku tahulah nak ke warung,tapi selalunya berdua.."kata zaiton terkekek ketawa.
"kalau nak berdua sepanjang masa itu suami aku bolehlah,kami kawan lah..takkan nak jumpa selalu,macam aku dengan kau"kata Ara.
"siapa?"soal zaiton
"Taufiq"
"siapa cakap pasal Taufiq?"
oh damm...kenapalah mulut terlalu cepat menjawab dan mentafsir maksud soalan.
zaiton tersengih.Ara sudah memerah wajahnya.
"a..a..aku lambat ni"kata Ara ingin berlalu.
"eh..nantilah dulu,aku gurau je..memang aku cakap pasal Fiq pun.."
Ara sudah mengecilkan matanya melihat ketawa zaiton.
"kau memang kan dari dulu tak pernah nak menyebelahkan aku"kata Ara.
"sorrylah Ara...okaylah,nanti kita rojer-rojer erk...petang-petang nanti aku datang rumah kome ye.."kata zaiton.amboii zaiton ni mentang-mentang ayahnya orang perak ate bahasakan teman ye.
"okay ark..bye"kata Ara.terus masing-masing berpisah jalan.
melalui simpang menuju kearah warung emak dan ayahnya tiba-tiba Ara melihat Taufiq di atas motor sedang berborak sakan dengan Nita,anak makcik Gayah Radio dekat kampung mereka.Ara menghentikan basikalnya.Taufiq tidak perasaan akan kehadiran dirinya di hujung batas tar itu.timbul rasa cemburu dia hati Ara.senyumannya mati sedari tadi apabila melihat tangan Nita mendarat di bahu Taufiq dengan manja,matanya kian memberat dengan air yang bertakung.
mata..tolong jangan keluarkan air,biar didalam,jangan ditunjuk kesedihan.Nita yang kebetulan dirinya menhadap ke arah jalan ternampak Ara melihat ke arah mereka.dengan senyuman sinis dia memegang bahu Taufiq.
"ada habuk lah Fiq.."kata Nita manja.
"oh..ye ke..thanks"kata Taufiq.tiba-tiba dia terlihat Ara ada disitu.Ara yang perasan kehadirannya disedari.terus mengayuh basikalnya laju.
"Ara"!!panggil Taufiq kuat.dia menekan suis skuternya.
"Fiq pergi dulu erk..kirim salam dekat mak Gayah"kata Taufiq.terus dia mengejar Ara
"Fiq akan jadi milik aku Ara...kau rasakan,aku takkan duduk diam kalau kau masih lagi ada dengan Fiq"kata Nita sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience