Zaiton membetulkan pinggangnya setelah tidur hanya beralaskan toto malam tadi.
dia melihat Ara masih lagi tidur nyenyak.usai menunaikan solat subuh pagi tadi mereka menyambung tidur kerana mahu mengambil tenaga untuk menurun bukit waktu pulang nanti.
"ini dah lebih dari ambik tenaga ni"kata Zaiton.
badan Aea digoncang-goncang
"apa ni Ton....?"soal Ara geram.memang mengganggu mimpi saja.semalam dah lah dia tidur pukul dua pagi,akibat mata masih terbuka.
"bangunlah...dah pukul tujuh lebih dah...anak dara tak baik tidur lewat-lewat"kata Zaiton
"mak aku nama Embon lah...bukannya dara so..takpe aku bangun lewat sikit"kata Ara
"banyaklah kau...cepatlah bangun,aku nak ke tandas"arah Zaiton
sambil melangkah kakinya ingin keluar.
Ara memeluk bantal busuknya kemas-kemas.
Zaiton membetulkan rambutnya yang serabut.tuala disangkut atas bahu.
dia memandang ke arah air terjun yang laju menuruni bukit.dia tersenyum.
"tenangnya ya Allah"katanya perlahan.
tiba-tiba matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang berdiri menghadap ke arah air terjun itu.
seorang lelaki berbaju tanpa lengan yang feet melekat pada badannya yang berketul,rambutnya disikat secara lurus ke bawah.
mulut Ara ternganga.
"Ara..bangun cepat!!Ara!!"panggil Zaiton.
"ish...tadi suruh aku bangun cepat sekarang nak buat apa lagi?nak mandikan kau?"geram Ara.
dia berdiri disebelah Zaiton bersama tuala.
"tu...cuba kau tengok"kata Zaiton.
jari telunjuknnya dihala ke lelaki tadi.
besar mata Ara melihatnya
"oppa?"terpacul perkataan itu dimulut Ara
"banyak lah kau punya opah..ni cucu opah ni.bos kita ke tu?"soal Zaiton.
Ara tersengih.
"ye lah...habis siapa lagi?"
"kenapa dengan dia?"
"mana aku tahu!"jawab Ara
"kau rasa dia masih...."kata-kata Zaiton tidak diteruskan tetapi tangannya berputar-putar atas kepala.
"ish...kau ni bos kita waras lagi lah..."kata Ara.
"habis hantu apa yang dah merasuk dia?"soal Zaiton
"hantu air kot..."
"ish...kau jangan Ara,seram aku dengar kau cakap macam tu..nasib baiklah kejap.lagi kita dah nak ciow"kata Zaiton.
Tajdi tersenyum ke arah mereka berdua.kakinya melangkah ke arah mereka.
"tu dah datang oppa kau...aku pergi mandi dulu"kata Zaiton terus berlalu setelah
"awal bos bangun"kata Ara tersenyum.
bergetar juga hatinya apabila melihat gaya ala-ala kpop yang digayakan oleh Tajdi.dah lah dia bermata sepet.
alahai....
"saya tak tidur pun lepas subuh tadi"kata Tajdi.
Ara malu sendiri
"kami penat sikit...sebab tu sambung tidur"Ara tersengih.
Tajdi melempar senyuman
"saya tak kisah,"jawab Tajdi
suasana senyap dua minit antara mereka.
sebelum Ara memulakan percakapan.
"bos...okay ke?"soal Ara
Tajdi pelik
"okay kenapa?"soal Tajdi balik.
"erm....kenapa bos buat gaya macam ni?"soal Ara
'sebab awak minat gaya macam ni'kata hati Tajdi.
"kenapa?"soal Tajdi
"pelik"jawab Ara
"bukan awak suka?"
"macam mana bos tahu saya suka gaya ni?"soal Ara
Tajdi hilang kata-kata
"err...err..awak pernah cakap dulu"kata Tajdi
Ara pelik
"oh...ye ke"Ara tersengih.
"betul kan awak sukakannya?"soal Tajdi
"saya suka gaya macam ni...tapi kalau dengan bos,macam tak sesuai"kata Ara lambat-lambat takut si dia terasa hati.
"tak sesuai macam mana?"soal Tajdi
"bos....kalau orang korea dia ada aura lain tau kalau diaorang pakai macam ni,tapi bos..."kata-kata Ara mati.dia tersenyum malu.
Tajdi yang perasan turut tersenyum
"saya apa"
"bos ada aura bos sendiri"kata Ara malu.
"so awak tak suka saya macam ni?"
"tak"jawab Ara
"sebab apa?"soal Tajdi
'sebab bos nampak tampan kalau macam dulu'hatinya pantas menjawab.
"sebab apa-apa saja,yang penting bos tak sesuai langsung,okaylah...saya pergi dekat Zaiton dulu"kata Ara pantas berlalu.
Tajdi tersenyum.
Share this novel