ara mengacau masakan gulai didalam periuk di dapur rumahnya.rambutnya yang diikat tocang satu itu bergoyang-goyang akibat ara kekiri,kekanan dan kekiri semula.
"apa yang ayah tengok ara ke kiri,ke kanan tu?"soal pak mad yang baru pulang dari kebun belakang rumah mereka.
"ye ke yah..?" hehe ara tak perasan pulak"kata ara.
"mak mana?"soal pak mad pada anak perempuan tunggalnya.
"mak ke kedai,beli rempah kurma"jawab ara.
"ayah tak nak makan nasi lagi ke?"kalau nak ara boleh hidangkan"kata ara.
"takpe ara..ayah nak rehat dekat atas kejap"kata pak mad.ara mengangguk.dia melihat ayahnya naik tangga ketingkat atas rumah mereka.
tiba-tiba telefonnya berbunyi.dengan kalut dia mengeluarkan dari poket seluar tracknya lalu dijawab,
"hello?"
"ara,fiq ni"jawab taufiq ditalian
"ada apa?"soal ara.tangan kananya sibuk mengacau gulai itu.
"tengah hari nanti ara temankan fiq ke bandar boleh?"soal taufiq
"nak pergi mana?"soal ara
"fiq nak beli hadiah untuk mama,minggu depan hari jadi dia"kata taufiq.
"ara tak janji,ara kena tanya mak dan ayah dulu erk?"soal ara.
"yelah,tapi please sangat-sangat,fiq tak tahu perempuan suka apa"kata taufiq.ara tersenyum
"yelah,"kata ara.
"ara buat apa tu?"memasak erk?"soal taufiq
"mana tahu?"soal ara
"bau sampai sini"kata taufiq.ara ketawa perlahan
"mengada betul fiq ni"kata ara.
"fiq tahu sebab diq dekat sini"kata taufiq muncul di hadapan tingkap dapur rumah itu.
"bertuah betul"marah ara.terus memasukkan telefonya ke dalam poket seluar.taufiq tergelak
"fiq ni suka buat lawak tak kena tempat,kan ara tengah masak yang pergi menyorok situ buat apa?"soal ara.
"alah,fiq nak gurau pun tak boleh,sedaplah baunya,nak sikit boleh?"soal taufiq
"mana boleh,ini ara masak special untuk mak dan ayah je tau"kata ara.
"sikit pun tak boleh?"soal taufiq.ara menggelang.taufiq melepas nafas berat.
ara menyembunyikan senyuman.
"fiq balik dululah"kata taufiq dengan wajah serious.
"okay,kirim salam tokwan tau"kata ara.taufiq berlalu.ara melepaskan tawa.taufiq baru sahaja ingin menaiki basikal
"fiq!!"panggil ara.taufiq berhenti.ara menghampirinya.
"nahh,ara dah simpankan untuk fiq dan tokwan,janganlah merajuk"kata ara menghulur bekas berisi gulai.taufiq menyambutnya dengan senyuman.
"thanks sayang"kata taufiq.
"ish..apa ni,ayah dengarlah"kata ara.taufiq tersenyum.
"hati-hati bawak gulai tu takut tertumpah"kata ara.
"okay,petang nanti kalau mak dan ayah izinkan call fiq tau"kata taufiq
"okay"jawab ara.terus melambai tangan pada taufiq yang menjauh.dari tingkap bilik atas rumah pak mad tersenyum melihat gelagat anaknya dan taufiq.
ara mengangkat air kepada emak dan ayahnya yang sedang menonton di ruang tamu.
"minum mak,ayah"katanya sambil meletak cawan berisi air kopi.
"yelah"jawab mereka.selesai menuang minuman panas itu ara ingin.bangun ke dapur semula
"ara"panggil pak mad.ara melihat ayahnya.
"duduk kejap"kata pak mad.ara yang hairan hanya mengikut kata ayahnya.wajah emaknya yang tersenyum dipandang.
"ada apa yah?"soalnya
"ayah dengan mak nak tanya ara satu hal"kata pak mad
"apa?"penting ke mak ayah?"soal ara
"penting sangat untuk masa depan ara"kata mak embon.ara menelan liur.
"janganlah mak ayah sebut pasal orang masuk meminang aku,aku taknak,aku cuma cintakan fiq"kata hatinya.
"ayah dengan mak selalu tengok ara dengan fiq tu rapat sangat,kamu dua ni ada apa-apa ke?"soal pak mad.ara tersenyum mendengar itu,lega hatinya.
"kenapa?"soalnya
"takde lah,ayah bukannya tak suka kamu dua orang rapat,tapi kalau kamu dua betul-betul suka sama suka,suruh fiq hantar rombongan meminang,ayah dengan mak bukan apa,takut orang kampung cakap yang bukan-bukan pulak nanti"kata pak mad.
"be..betul ke ayah,mak?"soal ara.
"betullah,fiq tu pun elok perangainya"kata mak embon
"tapi ara tak sedia lagi,ara tak nak kahwin lagi,biarlah kami berkawan dulu ye mak,ayah?"soal ara
"kalau taknak berkahwin tunang dulu"kata pak mad.
"erm...kalau tunang bukan apa bang,diaorang takut tak boleh jumpa,yelah tunang kan tak baik selalu berjumpa,hilang seri nanti"kata mak embon.ara tersenyum malu.mak embon tersenyum melihat anaknya.
"ikut ara lah,tapi ayah nak ingatkan,jangan buat perkara yang boleh orang kampung cakap apa-apa,jaga nama baik masing-masing"kata pak mad
"baik yah..,ara janji"kata ara.
"erm..petang nanti ara nak keluar kebandar kejap boleh tak?"soal ara
"nak keluar dengan fiq?"soal mak embon.ara tersengih
"baru je cakap"kata pak mad
"ara nak teman fiq cari hadiah untuk mama dia,ara janji takkan lama-lama,lagipun orang kampung dah tahu ara dengan fiq memang rapat dari kecik lagi,dah macam adik dan abang"kata ara
"tapi ara tak anggap fiq abang kan?"soal pak mad dengan senyuman.ara menyimpul senyuman malu.
"boleh pergi,tapi jangan lama,jangan balik lewat"kata mak embon
"promise"kata ara.terus berlalu ke biliknya untuk menelefon taufiq.
ara bersama taufiq yang menunggang motor skuter milik taufiq yang sudah lama dibelinya,di jalan kecil berhampiran sawah yang menghijau.angin petang amat nyaman menyentuh kulitnya.
"ara"panggil fiq
"ye"
"ara betul-betul sayang kan fiq tak?"soal taufiq
"kenapa?"soal ara
"jawab dulu"kata taufiq dengan senyuman.
"fiq ni suka paksa-paksa orang"kata ara
"please,jawablah"kata taufiq
"ara sayangkan fiq dari dulu lagi,kitakan sama-sama sekolah"kata ara
"tapi takkan sama macam dulu jugak?"takde lebih?"soal taufiq
"ada lebih sikit,dalam 1% je"kata ara
taufiq memuncungkan bibirnya
"sikitnya"kata taufiq.ara ketawa kuat
"fiq tu pulak macam mana?"entah-entah dah ada orang lain"kata ara
"cinta fiq dekat ara semakin bertambah setiap hari tau"kata taufiq
"yeke ni?"soal ara
"betullah,kitakan dah janji akan tetap kahwin masa tadika dulu"kata taufiq.ara tersenyum
"sweet kan kita masa tu?"siap berjanji akan tetap berkahwin"kata ara
"sekarang tak sweet?"soal taufiq
"sekarang terlebih sweet"kata ara.terus dia ketawa.Ara memegang badan skuter di sisinya agar tidak terjatuh yelah namapun batas bendang mesti akan ada lopak-lopak yang dalam atau ketulan tanah dari mesin membajak.nak pegang pinggang taufiq macam remaja bercinta?huh cari parang naik ke tangan dengan ayahlah jawabnya.tak berani Ara untuk melaluinya.
Share this novel