Ara menghentikan basikalnya secara mengejut kerana Taufiq menghalang jalannya di depan,yelah motor kan..
"apa ni Fiq,Ara lewatlah"kata Ara tidak puas hati.
"Ara marah ke tengok Fiq dengan Nita tadi?"soal Taufiq
"itukan hak Fiq nak sembang dengan sesiapa pun"
"tapi..Fiq salahkan?
"kan Ara dah cakap,Ara takde hak nak bagi jawapan tu,Fiq bukan siapa-siapa pada Ara lagi kan?"
"ye..tapi Fiq kan kekasih Ara"kata Taufiq.
Ara hanya memandang sebelum meneruskan perjalanan dia tidak mempedulikan Taufiq yang memanggilnya.
"ahhh!!"keluh Taufiq.
mak embon memandang anak tunggalnya yang duduk di meja makan hujung sekali,dia pelik melihat Ara hanya termenung dan pendiam sedari pagi tadi sekarang waktu dah menginjak ke pukul satu tengah hari,air teh o ais dihadapannya hanya ditenung.mak embon cepat-cepat menyelesaikan kerjanya mencuci pinggan kotor.
Ara masih lagi diam.matanya merenung air dihadapan dari tadi,
"nak pecah gelas tu ditenungnya kenapa?"soal mak embon menyentak lamunan Ara.
"ayah mana mak?"
"ayah kemana lagi...ke kebun lah,Ara tu kenapa?"
soalan dibalas soalan,ini yang menyesakkan akal Ara,dah lah soalannya mengenai emosi diri si pemberi jawapan.
"takde apalah mak,"akhirnya kata itu diluahkan.
"kenapa?"cuba cerita dekat mak"
"takde..,Ara datang bulan,sakit perut sangat"
alasannya harap diterima
mak embon memandang anaknya.
"dah letak minyak?"
"dah mak..kejap lagi lega lah ni"
"kalau tak larat sangat pergi balik berehat"
"takpe lah..Ara okay je"katanya beserta senyuman memberi emaknya keyakinan
"tadi sakit perut,sekarang dah baik?"
Ara sudah tidak ada jawapan.
"Ara nak cuci periuk yang kita guna tadi,kalau ada apa-apa mak pergi belakang panggil Ara erk"
Ara terus pergi setelah memberi jawapan itu.mak embon pelik melihat anaknya.
"ermm..budak-budak zaman sekarang"keluhnya.
"dia ingat aku ni nak menghadap dia sangat?nak tunggu dia sepanjang hari?amboii..bukan main lagi siap berpegang tangan,si Nita tu pun sama,padanlah sama-sama gatal dan gedik,korang ingat aku ni nak melangut je tunggu tengok apa terjadi dengan aku,aku tak kisah.. sekarang jugak aku boleh buat tak kenal dengan si Fiq tu,biar tak kenal satu kampung lagi bagus!!"luah hati Ara.
dia menyental periuk itu dengan kuat seperti melepaskan geramnya pada orang yang dimarah.
"kalau dah teringin sangat dengan si Nita tu buat apa sukakan aku selama ni?buat apa beria cakap i love you lah,do you miss me lah,memang orang lelaki ke macam ni?,tapi aku rasa tak sama,si Fiq ni je..terlebih mesra"
"dah puas marahkan Fiq?"
dengan tindakan secara refleks tubuh Ara tegak seperti mejalankan aktiviti kokurikulum di sekolahnya dulu.liur ditelan kesat.
Taufiq tersenyum lalu duduk di hadapan Ara.Ara meneruskan pekerjaannya setelah Taufiq duduk merenungnya.
"buat apa datang sini?"kotorlah tempat ni"kata Ara.
"it's okay,janji ada my precious kat sini"
Taufiq sudah tersenyum manis.
"pergilah tunggu depan"
"kalau taknak?"
"kalau tak nak biar Ara je pergi"pantas Ara bangun dan meninggalkan Taufiq yang termangu.
"Ara nanti dulu"panggil Taufiq menarik tangan Ara.Ara lantas menarik balik tangannya ke tempat asal.mati dia kalau mak nampak.
"apa Fiq ni..pegang tangan pulak,mak nampak lah"kata Ara.
Taufiq tersengih.
"Ara cemburu ke tengok Fiq dengan Nita tadi?"soal Taufiq.
Ara diam.
"Ara...please jawab"rayu Taufiq.
"nak buat apa marah-marah tu semua,itukan hak Fiq,kaki Fiq ikut suka dialah nak kemana,dia cuma ikut arahan tuan dia je kan?"kata Ara sinis.
"kalau tak marah,kenapa tak nak pandang muka Fiq?"
"mak ada lah"
"selalu okay je..."
"sekarang tak!!"
"kenapa?"
"mak ada"
"mana mak?"soal Taufiq.Ara hilang kata.matanya liar mencari mana emaknya.betul sedari tadi emaknya tidak dapat dikesan oleh matanya.
Taufiq sudah tersengih.
"mak..?..mak?"panggil Ara.
"mak pergi kedai..beli barang untuk masak dekat warung,dia pinjam skuter Fiq"kata Taufiq.Ara mengetap bibir.
"so...pandang lah sini.."rayu Taufiq manja.
Ara masih keberatan.memang dia saja bagi alasan emaknya,padahal emaknya tak kisah pun sekadar pandang-pandang,tapi sakit hatinya lebih menguasai.
"kan Ara dah cakap, Suka hati Fiq lah..Ara banyak kerja nak buat"kata Ara.
"betul ni?"soal Taufiq.
Ara diam
"Fiq nak bagitahu Ara,Fiq kena balik KL petang ni jugak...,tapi kalau Ara taknak pandang Fiq langsung takpe lah"kata Taufiq terus berlalu ke ruang hadapan warung itu.Ara serba salah,hatinya tiba-tiba sedih,Fiq nak balik sana?cepatnya!mesti aku akan rindukan dia..
"Fiq!!"panggil Ara.
Taufiq berhenti lalu memandang Ara dengan senyuman.
Ara menghampirinya.
"kenapa balik KL cepat sangat?berapa hari dekat sana?"
Ara memandang mata Taufiq.Taufiq tersenyum.
"mama suruh balik awal sikit,insyaAllah tiga minggu Fiq dekat sana"
Ara seakan sedih,rasa rindu sudah menjalar dihatinya,ini belum lagi Fiq pergi,macam mana akan jadi kalau tiga minggu Fiq tak ada?
"lamanya?"keluhnya.
"Ara jaga diri tau,mama nak Fiq dan tokwan duduk lama sikit dekat sana,sementara Fiq boleh belajar sikit-sikit pasal company,Ara jangan risau,kalau Fiq ada mana sekali pun..hati Fiq tetap untuk Ara je..."kata Taufiq.
"ta...tapi..Ara risau,Fiq pun jaga diri,Ara nak minta maaf sangat sebab terkata benda buruk dekat Fiq"kata Ara serba salah.
Taufiq tersengih
"ter...?"
Ara sudah tersenyum.
"tak kisah,itu tandanya Ara cemburu,dan maksud cemburu pulak,Ara sayangkan Fiq"
"mana ada cemburu"
"eh..tak nak mengaku pulak"
"betul..betul..betullah"kata Ara geram.
"yelah...Ara betul"mengalah Taufiq akhirnya.
"Fiq nak pesan Ara jaga diri dan jaga hati erk?"kata Fiq.
"Fiq pun sama"kata Ara.
"nanti kita call selalu"
Ara mengangguk.
"kirim salam dekat ayah,sebab Fiq nak balik ni terus kena gerak,awal gerak baru sampai awal"
"Fiq,kirim salam dekat mama dan papa Fiq jugak"kata Ara.
"bye..sayang"kata Fiq bila terdengar bunyi motor kesayangannya sudah didepan.mungkin mak embon sudah pulang
"bye..bawak kereta hati-hati,"kata Ara.
"assalammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab Ara,hatinya sedih melihat Taufiq sudah menghilang disebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan.Ara menyeka air matanya yang tiba-tiba menitis.
Share this novel