Ara membuka pintu yang bercermin kaca keseluruhannya.
terkejut dia saat melihat betapa luasnya ruang di dalam butik milik kawannya itu.
dia tercari-cari di mana fifi berada.yang ada cuma dua pasangan lelaki dan perempuan.masing-masing sedang memilih kain-kain atau baju untuk majlis perkahwinan.nama pun butik pengantin.
Ara melempar senyum pada wanita salah seorang pasangan itu yang sedang melihatnya.dari wajah mestilah hundred percent korea.memang sah lah korea kan?apalah....
"welcome miss,can i help you?"soal seorang gadis yang berseluar jeans dan baju yang mengikut trend masa kini.
Ara melempar senyuman.
"thanks,can i see fifi?"soal Ara
gadis itu mengangguk sambil tersenyum
"do you meant miss fifi?"soal gadis itu.
"yes"
"wait a minute,have a seat"kata gadis itu
Ara mengangguk dengan senyuman.
gadis itu berjalan ke sebuah bilik yang berpintu kayu.
Ara meninjau ke arah baju-baju yang kebanyakannya berwarna putih.
mungkin warga korea kebanyakannya sukakan warna putih,itu andaian Ara je.
"weh..."panggil fifi tiba-tiba.
Ara pusing ke belakang.
"amboi...sibuk nampak"kata Ara dengan sengihan.
fifi tergelak kecil
"kau ark....asal tak masuk dalam terus,ni siap cakap dengan pekerja aku lagi,lain kali datang je..terus buat macam butik sendiri"kata fifi
"kalau ni butik aku...aku dah tak kenal kau dah,buat apa nak kenal kau...aku banyak duit kan?"kata Ara
"amboi kau...."
mereka sama-sama ketawa.
"eh..jom masuk dalam office aku,"kata fifi
Ara angguk.
Ara melihat fifi bersembang sesuatu dengan gadis yang dikatakan pekerjanya itu.
Ara terjegil mata.
"Kau cakap dalam bahasa korea fifi?"kata Ara terkejut.tapi diperlahankan suaranya.
Ara masuk ke bilik office milik fifi.
lagi sekali matanya membuntang.hai la..banyak betul kejutan.
"besar gila bilik office kau Fi..?"soal Ara teruja.
beg sandang diletakkan atas sofa.
ada meja yang besar,di sudut tepi ada patung-patung yang menggayakan baju-baju pengeluaran terkini.
di sebelah sini pulak ada deretan kain-kain yang datang dari pelbagai negara.
"biasa je lah...duduk ark,kau dah sarapan ke belum?"soal fifi.
mereka duduk di atas sofa.
"dah...dekat rumah tadi,"kata Ara
"eh..kau pandai cakap Korea ke?"soal Ara
Fifi tersenyum
"kenapa? dah dua tahun lebih juga baru aku lancar cakap bahasa diaorang,tapi sikit-sikit je lah...takdelah sampai pelat pun aku reti.janji orang faham apa aku cakap"kata Fifi dengan ketawa.
Ara juga tergelak
"tapi okaylah...agak lancar pada pendengaran aku ni"kata Ara
"bolehlah..."
"tadi tu pekerja kau? nama apa?"soal Ara
"tadi nama dia jinny,dia dah tiga tahun kerja dengan aku"kata fifi
"pekerja kau seorang je?"soal Ara
fifi angguk kepalanya.
"kedekut nak bayar gaji ke apa ni?"soal Ara bergurau.
fifi tergelak.
"mana adalah,kau ingat aku ni taik hidung masin sangat ke? aku cuma malas nak ambil banyak-banyak pekerja,kalau ramai-ramai mesti dalam ramai tu ada seorang yang kaki kelentong,kau nak buat macam mana? senang sangat aku ambil seorang je lah"kata fifi.
"kira si jinny ni bertuahlah"kata Ara
"dia aku nampak jujurlah,waktu aku jumpa dia,dia duduk seorang diri tepi jalan,aku tanya dia mana mak ayah dia.tapi...dia cakap dia anak yatim,rumah kena halau,adik beradik takde,so...aku bagilah dia rumah satu,kecik je...muat untuk dia,dia berterima kasih sangat dengan aku,aku pun kebetulan ramai sangat pelanggan yang aku nak handle seorang,so....aku ambillah dia kerja dengan aku"kata Fifi.
Ara angguk
"kesian dia kan?tak sangka negara macam ni pun ada lagi yang bernasib macam tu,dekat negara kita pun masih banyak yang bernasib sama dengan jinny"kata Ara
"setiap negara yang moden tak semestinya takde orang-orang yang dalam kesempitan hidup...mesti ada,negara je maju,tapi warga dia...ada yang kaya,ada yang miskin dan ada juga yang ditindas"
"so....kau sibuk ke ni? aku mengganggu?"soal Ara
"tak lah...kau nak pergi mana?"soal fifi
"aku ingat pusing-pusing kawasan dekat-dekat sini je"kata Ara
fifi angguk kepala.
"kau boleh pergi seorang?"soal fifi
"dekat-dekat bolehlah...tapi kalau jauh-jauh aku tak berani,ke...kau nak offer jadi tourist aku?"soal Ara dengan sengihan.
"erm....boleh,tapi malam,aku ada tempat best nak tunjuk kau"kata fifi.
Ara mempamerkan wajah teruja.
"kalau macam tu...aku keluar jalan-jalan dekat sini,petang sikit aku balik"kata Ara.
"okay,tapi hati-hati"kata fifi.
"ye....bye"kata Ara pantas berlalu keluar.
Ara menggunakan cameranya untuk mengambil pemandangan-pemandangan yang memukau mata yang melihat.dia tersenyum suka apabila gambar yang diambilnya begitu cantik dengan pencahayaan dari matahari.
Ara duduk di bangku yang kosong berhampiran tempat pejalan kaki.orang ramai juga ada yang sedang mengambil gambar sepertinya,ada juga yang berjalan berdua,dan ada juga yang berborak sesama rakan-rakan.
tiba-tiba matanya terpaku pada sepasang pengantin yang sedang membuat pelbagai gaya atas arahan si jurugambar.
terbit rasa terkilan di hatinya.hatinya tiba-tiba menjadi sebak.
dia dapat melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah pasangan itu.
dulu dia dan Tajdi juga sebegitu,begitu teruja sampai tiada huruf mampu diungkapkan.
tetapi Allah maha mengetahui setiap yang berlaku.Tajdi pergi dari hidupnya sekelip mata sahaja.
Ara menyeka air matanya yang hampir menitis.
Ara melangkah ke arah pasangan itu.
Ara melempar senyuman dan menunduk hormat.dibalas oleh pasangan itu.
"can i take your picture?"soal Ara
pasangan itu berpandangan sebelum tersenyum.
"sure"balas pengantin perempuannya.
mereka pun membuat bermacam-macam gaya untuk dipotretkan oleh Ara.
"thanks"kata Ara setelah gambar diperolehi.
"you too"kata pasangan itu.
Ara pun berlalu dengan rasa gembira di hatinya,biarlah segala rasa yang pahit dipendam ke lubuk hati yang paling dalam,dalam-sedalamnya sampaikan tiada seorang pun yang mampu untuk menyelami apa yang dirasa.
malam itu fifi membawanya berjalan-jalan di sekitar namdaemun market.pelbagai jualan yang menarik minat para pelanggan sama ada di negara korea sendiri mahupun pelancong dari negara luar.memang benar-benar luar biasa.
menurut cerita daripada fifi dekat namdaemun market ini terdapat lebih tujuh belas ribu gerai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian,peralatan menulis,mainan untuk kanak-kanak bersuka ria dan juga hasil karya seni penduduk tempatan.
bagi Ara dekat jugalah pasar ni dengan rumah fifi dengan hanya beralamat 21,namdaemunsijang 4-gil jung-gu,seoul
tangan Ara tidak pernah berhenti dari menyimpan kenangan menggunakan cameranya.boleh dikatakan semua aksi manusia yang berada di namdaemun market ini didekatkan lensa camera.
"kau nak beli apa-apa tak?"soal fifi.
Ara melihat kawannya disebelah.
"aku rasa tak kot.tapi...thanks beb...aku dapat banyak shoot hari ni"kata Ara dengan senyuman.
"kau memang suka ambil gambar ke?"soal fifi
"erm...tak juga,tapi aku saja suka-suka,aku nak guna camera pemberian arwah Tajdi ni sebaik mungkin"
fifi angguk kepalanya.
"baguslah kalau macam tu....lagipun..boleh kau buat kenangan bila dah balik Malaysia nanti"kata fifi.
"tahu tak apa...."balas Ara.
"eh....."
Ara pandang fifi di sebelahnya.kawannya itu seperti terkejut sesuatu.
"kenapa?"
"tu...."kata fifi.matanya melihat ke depan.Ara juga melarikan pandangan ke depan dia melihat deretan pelbagai gerai-gerai yang menjual pelbagai patung beruang dari sekecil katak sampailah sebesar manusia.Ara mencebik.memang dari dulu si fifi ni tak pernah tak teruja kalau nampak gerai yang menjual patung.
Ara tersenyum.
"Ara.....teman aku pergi situ boleh...."kata fifi dengan sengihan.
"boleh cik fifi...aku tahulah kau tu hantu patung,kau nak buka kedai dekat rumah ke..? aku rasa banyak gila patung dekat bilik kau"kata Ara.
fifi tersengih.
"kau kan tahu....aku memang pantang kalau nampak semua ni...aku jarang datang market ni,baru rasa menyesal sekarang sebab aku tak tahu ada jual pelbagai patung beruang dekat sini...."kata fifi.
Ara tergelak perlahan.
"kalau macam tu...jom lah cepat,aku boleh temankan lah...gurau je"kata Ara.
fifi tersenyum lebar.mereka sama-sama melangkah menyusup di celah-celah orang ramai yang mengunjungi market itu.
agaknya kalau salah seorang terjatuh confirm dah kena pijak!!
usai menyelesaikan sembahyang isyaknya yang terlepas beberapa minit yang lalu,Ara melepaskan lelah di atas katil.
ini semuanya salah si fifi,kalau tak disebabkan kawan baiknya itu ingin ke sana ke situ,memang dia dah lama surrender.memenatkan kaki betul.
mata yang sedari tadi ingin tertutup terbuka dengan pantasnya apabila terdengar ringtone lagu dari artis terkenal brunor mars dengan lagu talking to the moon mendayu-dayu di cuping telinganya.
tangan lekas-lekas menekan punat hijau.
"assalammualaikum"sapa suara di sana.
Ara tergelak.kecoh betul kawannya yang seorang lagi ini.
"waalaikumsalam....yes cik Ton..kau nak apa,tak kan dah rindu aku?"kata Ara
"alah...aku saja je..nak tanya khabar kau,salah ke...?"soal Zaiton di talian sana.
"tak salah....gurau pun merajuk"kata Ara
"tak sanggup aku nak merajuk dengan kau...baik aku merajuk dengan abang ilham aku"kata Zaiton dengan ketawa nakalnya.
"amboii....."
"apa amboi-amboi? betul apa aku cakap...kalau aku merajuk dengan kau,kau tu bukannya pandai memujuk"
Ara tergelak perlahan.
"kutuklah aku puas-puas...."
giliran Zaitin pula tersengih-sengih.
"kau okay ke?"
"maksud kau?"soal Ara
"maksud aku...macan mana emosi kau dekat sana...? dah tak muram macam dulu dah ke?"soal Zaiton.
Ara menarik nafas dalam-dalam.dia tersenyum.
"aku okay...tapi aku tak boleh okay sepenuhnya lah"
"kenapa pulak sekerat-sekerat?"soal Zaiton pelik.
Ara tergelak kecil.
"aku tetap akan simpan kenangan tentang abang Taj,mana boleh aku lupakan dia..."kata Ara.
"ye...aku faham"
"kau tahu tak....."suara Ara sudah bergetar kerana menahan diri dari menangis.
"ceritalah...aku ada"kata Zaiton seperti tahu keadaan Ara di sana.
"setiap apa yang aku nampak dekat sini....semuanya ingatkan aku dekat dia...."kata Ara.
dia tergelak perlahan.
"pelik kan perangai aku? aku pun tak tahu kenapa sampai sekarang aku masih ingatkan abang Taj,mungkin....mungkin sebab dia lelaki yang.....entah,aku tak tahu nak cakap"kata Ara.suaranya distabilkan,tidak mahu Zaiton tersedar bahawa air matanya sudah menitis ke pipi.
"sabarlah...aku tahu,aku tak suruh kau lupakan terus kenangan kau dengan arwah bos...tapi aku cuma nak kau kembali pulihkan emosi kau,kembalikan Ara yang sebelum ni,aku tahu selama ni kau bahagia depan kami semua hanya pura-pura..tapi kau sebaliknya bila bersendirian kan?"
Ara diam.semua yang dikatakan oleh Zaiton benar-benar belaka.segalanya tidak boleh disangkal olehnya.
"Ara....?"
"ye..?"
"kau okay?"
"okay!"
"maksud aku....sekarang"
"ye...aku okay,kau jangan risau,aku sedih sikit je...."
Zaiton mengeluh.
"maafkan aku...dah buat kau sedih pulak"
Ara tersenyum.
"tak apa lah....kalau kau tak call pun,aku tetap sedih sebab setiap malam bila nak tidur mesti aku ingatkan pasal dia,dia yang setiap malam tak pernah lupa untuk call aku"
"Ara...kau jangan sedih...aku rasa macam nak terbang pergi dekat kau je...."kata Zaiton.
Ara tergelak perlahan di dalam sendunya.
"aku alu-alukan kedatangan kau"kata Ara
"nanti bila aku free,duit dah banyak sikit...aku pergi dekat kau"kata Zaiton.
"kalau kau tak datang siap kau"kata Ara seperti memberi amaran.
"aku datang punya...kau tunggulah"kata Zaiton.
"aku rakam apa yang kau cakap"
terdengar gelak kuat ditalian seberang sana.Zaiton sekali dia gelak hampir roboh bangunan.
Ara juga tergelak perlahan.
"sampai macam tu sekali kau ugut aku?"kata Zaiton.
"of course lah....kalau tak datang siap kau,maybe malam ni adalah malam terakhir kita sebagai kawan"kata Ara.
"woohoo...."terkejut Zaiton.
Ara tergelak.sisa air mata dipipi disekanya.
"betullah aku cakap ni.....kalau tak datang itulah akibatnya"
"yelah..cik Ara oii,kau kalau tak ugut aku memang tak sah lah kan? okaylah...kau tidur tenangkan fikiran"
"okay..."
"good night"kata Zaiton.
"good night,kalau kau balik kampung kirim salam dekat mak dan ayah aku erk"
"InsyaAllah"
"bye...assalammualaikum"kata Ara
"waalaikumsalam"jawab Zaiton.
talian dimatikan.Ara pandang ke syiling atas biliknya.dia pandang ke sebelah kirinya yang terdapat patung beruang pemberian terakhir arwah Tajdi padanya.dipeluk patung itu seeratnya kedada.matanya dipejam perlahan.
setiap malam dia berharap akan mimpikan Tajdi,biar dia dapat melihat wajah yang dirinduinya itu.biar dia tak akan lupa setiap garisan yang ada diwajah kekasih hatinya itu.
Share this novel