bab 3

Romance Completed 13382

mereka berjalan sambil melihat dan menilai segala jenis barangan yang dijual.Ara menunjukkan satu set barang kemas pada taufiq,tetapi Taufiq menggeleng,Ara pelik,dengan rasa geram dia mengekori Taufiq yang berjalan didepan,Ara tersenyum melihat sepasang kasut yang cantik didepannya,Taufiq menggeleng lagi,Ara mencekak pinggang lalu menghalang jalan Taufiq.
"Fiq cari apa sebenarnya?"soal Ara dengan wajah geram.
"mama tak suka semua barang yang Ara tunjuk tu,barang tu semua mama dah jemu"jawab Taufiq
"dah sepuluh barang yang Ara tu barangan perempuan,mama Fiq suka apa sebenarnya?"soal Ara lagi.
"mama suka....hah tu"kata Taufiq terus meluru kearah butik beg tangan berjenama Gucci.Ara terus menggeleng lalu mengejar Taufiq.
"kan tadi Ara dah tunjuk"katanya
"tadi jenama lain,ini jenama lainlah sayang"kata Taufiq terus mencairkan amarah Ara.Fiq..Fiq..pandai betul ambil hati Ara.
"so...nak warna apa?"soal Ara pada Taufiq
"amboi dah macam jurujual pulak gayanya girlfriend Fiq ni"kata Taufiq tersenyum.Ara ketawa kecil.
"mestilah..cepat mama suka colour apa?"soal Ara
"warna yang gelap,contohnya,merah hati,biru hati,hijau hati"kata Taufiq.Ara semakin kuat gelaknya.
"mana ada biru hati,hijau hati tu semua"kata Ara dengan sisa tawanya.
"takde erk?"habis merah ada,so warna lain pun kena ada jugak,mana adil"kata Taufiq.
Ara terus tergelak apabila melihat wajah blur Taufiq.telinga Taufiq ditariknya perlahan sekadar bergurau.
"boleh tak jangan buat-buat tak tahu apa-apa dekat sini?"kata Ara
Taufiq mengenyitkan matanya pada Ara.Ara menjeling membalas.
"cepatlah pilih nak warna apa?"soal Ara
"warna biru hati ni lah"kata Taufiq
sambil tangannya menunjuk pada beg yang dihiaskan didalam cermin pada jurujual yang tersenyum manis.
"tengok tu malu dengan orang"kata Ara.Taufiq gelak kuat.
"lepas ni Fiq belanja Domino's?"kata Taufiq.Ara mengangkat bahu.
"diet"kata Ara
"nak diet lagi ke dah kecik pun?"nak jadi besar mana?"besar tikus?"soal Taufiq.
"kecik-kecik jangan main erk!"Ara nak jadi besar semut"jawab Ara
"sebab apa nak jadi semut?"soal Taufiq.dah jadi satu topik pulak pada mereka.
"sebab boleh gigit Fiq"kata Ara sambil tergelak.
"amboi...kalau Ara jadi semut,Fiq nak jadi gula,nanti Ara akan kejar Fiq sentiasa bukan dengan garam,pak haji takde moto dan yang sama waktu dengannya"kata taufiq.Ara sudah menyeka air matanya kerana terlalu banyak ketawa.
"apa kena dengan pak haji takde moto pulak?"soal Ara
"pak haji nomoto"kata Taufiq.

skuter Taufiq berhenti betul-betul dihadapan sebuah tadik yang cantik.tasik yang dihiasi patung berbentuk burung bangau,dan pancutan air ditengah-tengah.mereka duduk dibangku yang paling hampir dengan tasik.
"best tak tempat ni?"soal Taufiq.Ara tersenyum sambil mengangguk.
"best,cantik kenapa?"soalnya
"tempat ni nanti Fiq nak bawak anak-anak kita"kata Taufiq
terus Ara tergelak.Taufiq hairan
"Fiq ni suka berangan melebihi had kelajuan kan?"soal Ara.
"betullah,sekarang kita berdua,nanti datang satu family,tak sabar Fiq nak tunggu hari tu tiba"kata Taufiq dengan teruja.
"Fiq jangan terlalu mengharap,urusan jodoh Allah dah ada jawapannya"kata Ara tiba-tiba.terus memotong niat Taufiq.
"Ara tak nak kahwin dengan Fiq?"soal Taufiq sedih.
"sebab apa?"sebab Fiq kerja kampung?"tak ada syarikat macam papa dan abang Fiq?"soal Taufiq bertubi-tubi
"tengok tu..cepat sangat sentap"kata Ara
"Fiq tanya je,Ara jangan risau,Fiq memang nak kerja dengan papa dan abang Fiq,nak berlatih jadi CEO,tapi kena mulakan dari bawah dulu,sia-sia je sijil yang Fiq ada kalau tak kerja betul-betul"kata Taufiq.
"Fiq kenal Ara macam mana kan?"Ara tak kisah Fiq kerja apa,jadi apa sekalipun,Fiq tu lelaki pertama yang Ara jatuh cinta tau..,tapi Ara tak suka kalau kita terlalu mengharap"kata Ara.Taufiq melempar senyum.
"ye..Fiq tau..,Fiq saja je"katanya.Ara turut tersenyum.
"Fiq.."
"ermm?"
"mama dan papa Fiq terima Ara ke?"soalnya
"kenapa tanya macam tu?"soal Taufiq
"takde lah,Ara tanya je,yelah..Ara ni kan cuma budak kampung"kata Ara
"budak kampung yang ada degree?"why not mama tak nak ambil jadi menantu?"soal Taufiq dengan senyuman.Ara tergelak
"I'm seriouslah,Ara cakap bukan pasal degree,tapi pasal terima diri Ara,terima kekurangan Ara,terima Ara seadanya macam Fiq sudi terima Ara"kata Ara.
"Ara jangan risau,mama dan papa Fiq tu baik,diorang mesti nak yang terbaik dan utamakan kebahagiaan untuk anak-anak dia"kata Taufiq
"betul?"
"betul..jangan risau sangat,Fiq kenal mama dan papa macam mana"kata Taufiq meyakinkan.
"jom kita balik,nanti mak marah"kata Ara
"dah pukul berapa?"soal Taufiq
jam G-shock ditangannya dikerling
"lima petang"jawab Ara.Taufiq mengangguk dan terus mereka bergerak.

Ara duduk di pangkin kecil hadapan rumahnya,yang menghadap kearah sawah padi yang gelap kerana cuaca malam itu seakan-akan bakal dilanda hujan.
dia memandang cahaya terang bulan,walaupun dikelilingi oleh awan yang hitam,dia tetap memancarkan cahayanya untuk seluruh alam semesta merasai kehadiran dirinya malam ini.Ara tersenyum.
tubuhnya merasai angin malam yang kuat.rambutnya berterbangan.tiba-tiba dia teringat dengan kata-kata Taufiq siang tadi.dia menggeleng dengan senyuman malu.
"Fiq ni suka berangan.."katanya dalam hati.
dia jadi teringat kembali saat pertemuannya dengan Taufiq di tabika kampung itu.
...Ara yang bertocang dua rambutnya pelik melihat seorang kanak-kanak lelaki yang duduk bersendirian di hujung meja kelas yang riuh dengan kanak-kanak lain yang sedang seronok bermain.tampa banyak soal Ara bangun menghampiri budak lelaki itu.
"awak sakit ke?"nak kita bagitahu cikgu?"soal Ara dengan wajah simpati
dia menongkat tangannya ke dagu.menunggu kata yang bakal keluar.tapi tidak ada balasan
"awak nama apa?"nama kita..Ara,comel kan nama kita?"katanya dengan senyuman.namun masih lagi tiada balasan.Ara menggaru kulit kepalnya yang tidak gatal.dia mula melihat rakan-rakannya yang lain seronok bermain.
matanya kembali pada budak lelaki dihadapannya
"awak bisu ke?"soalnya lagi
"nama saya Taufiq"balas budak lelaki itu.Ara tersenyum girang.umpama misinya sudah berjaya untuk membuka mulut budak lelaki itu untuk bercakap.
"nama awak comel macam nama kitalah"kata Ara.Taufiq itu diam semula.
"kenapa awak diam?"awak tak sukakan kita dengan kawan-kawan kita ke?"soal Ara
"saya tak suka sekolah sini,bukan saya tak sukakan awak dan kawan-kawan awak"balas Taufiq.
"oohh..kenapa?"
"mama dan papa suruh duduk dengan tokwan,saya tak suka tempat ni...,saya sukakan KL"kata Taufiq dengan wajah sedih.Ara pelik,sungguh comel wajah keduanya.
"KL tu...apa?"soal Ara.Taufiq mula ketawa perlahan.Ara tersengih.
"Kuala Lumpur"kata Taufiq.
"oohh.."walaupun masih lagi keliru.Ara hanya mengiakan.
"awak tahu tak kampung kita pun..ada tempat lagi cantik dari KL awak tu"petah Ara bercakap
"betul ke?"
"betullah,kita tak tipu..,mak kita cakap kalau kita tipu berdosa,nanti kena makan dengan api..eee kita tak nak"kata Ara dengan wajah takut.Taufiq gelak.
"nak tengok"katanya seakan teruja.
"boleh,petang nanti awak datang rumah kita,kita suruh ayah kita bawak motor lepastu bawak kita jalan-jalan"kata Ara merancang aktiviti.
"tapi.....saya tak tahu rumah awak"kata Taufiq.
"tokwan awak nama apa?"
"orang panggil tokwan"
"nanti kita tanya ayah kita,mesti dia tahu"
Taufiq tersenyum.
"awak nak kawan dengan kita?"soal Ara
"mestilah nak..awak baik"mereka sama-sama membalas senyuman...
Ara tersedar dari ingatannya apabila bahunya ditampar perlahan oleh emaknya.
"mak....apa ni,habis memori orang lari"kata Ara merajuk.
mak embon tersenyum.
"Ara tu senyum sorang-sorang malam macam ni,takut mak bila nampak"kata mak embon.Ara mengawal riak wajahnya.
"Ara suka dengan angin malam ni,kuat sejuk je.."
mak embon tersenyum.
"kenapa mak senyum pulak?"soal Ara
"takde lah,saja je mak teringat waktu muda-muda dulu...,waktu bercinta dengan ayah"kata mak embon tersenyum malu.Ara ketawa perlahan.
"cerciter..cerciter"
"tak nak lah..malu"kata mak embon.
"ish,mak kedekut ceritalah,Ara ni kan anak mak"kata Ara dengan suara merajuk.
"merajuk pulak"kata mak embon terus menarik pipi Ara.Ara hanya tersenyum.
"cepat masuk nak hujan ni,nanti jangan sampai mak panggil Fiq datang pujuk pulak"kata mak embon terus meninggalkan anaknya sendirian.Ara tersenyum sendiri.lalu melangkah mengekori emaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience