Taufiq tersenyum saat berbalas mesej bersama kekasih hatinya.hatinya sudah tidak sabar untuk mengkhabarkan berita tentang Ara pada keluarganya malam ini,menurut Taufiq malam-malam lebih mudah untuk berbincang sesama-sendiri.
"Fiq!!"laung datin rose dipintu hadapan.
Taufiq terus menamatkan mesejnya.dicium telefonnya dengan bahagia.
dia melangkah keruang hadapan.dia melihat mama,papa dan aunty serta uncle sudah tersenyum-senyum menanti dirinya.
"apa khabar aunty,uncle sihat?"soal Taufiq sambil menyalami tangan keduanya.
dato Zul memegang bahunya dengan senyuman bangga.
"alhamdulillah,sihat,semakin kacak uncle tengok Fiq"kata dato Zul.
"takde lah uncle,biasa je"Taufiq sudah tersenyum lebar.
"dah tinggi dari kita bang oii,dulu kecik je saya tengok,bertuah betul Fiq ni"kata datin Samsiah dengan senyuman.
"thanks aunty,kalau kecil dari dulu sampai sekarang tak berubah,parah jugak"
terus mereka tergelak apabila Taufiq berkata begitu.
"kelakar betul Fiq ni"kata datin Samsiah.
"Fiq,pergi panggil Kina dekat luar"kata datin rose.Taufiq mengangguk terus keluar.dia berjalan kearah seorang gadis berskirt paras lutut dan blaus berwarna biru gelap.rambutnya melepasi pinggang ramping miliknya.tas tangan diapit kebahu.
"assalammualaikum"sapa Taufiq.
gadis itu berpusing.
"waalaikumsalam,"jawabnya teruja
"you tengah call seseorang ke?"I ganggu?"soal Taufiq.
"..no... I just see how amazing this garden,I'am so feel in love"kata Kina manja
"mama memang suka bercucuk tanam,"kata Taufiq selamba.dia tersenyum ikhlas pada rakan lamanya itu.
"Fiq..you so...handsome,dah lama I tak pandang muka you..you know sejak kita tamat belajar,kawan I cakap muka you sama macam syafiq kyle,pelakon kegemaran I"kata Kina tanpa segan-silu.
Taufiq sudah menggaru kulit kepalanya sambil tersengih.
"jom kita masuk,diaorang semua mesti tunggu you"kata Taufiq.
"okay"terus Kina berjalan dengan lenggok manja masuk ke dalam rumah.
Taufiq menepuk dahinya.
"apalah nak jadi dengan Kina ni..dari dulu tak ubah-ubah,"keluhnya.
"Ara..takde perempuan lain yang boleh menandingi awak sayang,awak tetap dalam hati Fiq"kata hatinya dengan senyuman.
dia terus masuk.
suasana di meja makan sunyi seketika.Taufiq yang jarang sekali dapat merasa air tangan mamanya terus menjamah dengan berselera tanpa mempedulikan perbualan orang lain.bukannya ada kaitan dengan dia.
Tajdi juga diam disebelah adiknya.dia juga sedar apabila Kina yang duduk dihadapan Taufiq memandang adiknya dengan senyuman,tetapi adiknya cuma buat tidak tahu.
Tajdi menahan tawa.datin rose dan datin Samsiah sudah banyak topik dibualkan.Dato Zul dan dato Tajjudin hanya sesekali berbual itupun mengenai bisnes.
suasana sunyi lagi,sebelum secara tiba-tiba datin rose bersuara.
"mama ada satu pengumuman"kata datin rose.
tokwan sudah tunduk.dia terlalu simpati dengan cucu yang selama ini telah meluahkan rasa cintanya pada seorang gadis lain,bukan gadis yang ada disebelahnya ini.memang langsung tidak kena dengan hatinya.
kini semua mata memandang datin rose.Kina sudah tersenyum sambil membetulkan rambutnya.
"mama nak bagi hadiah pada anak kesayangan mama,Taufiq"kata datin rose.Taufiq terus berhenti mengunyah.hairan juga hatinya apabila mama bercakap macam tu,kenapa mesti bagi hadiah ditengah-tengah tetamu?
"seperti semua tahu,kecuali Taufiq sahaja,Fiq dengar baik-baik erk?"kata datin rose.
Taufiq hanya mendengar.
"setelah dibuat kata sepakat mama dan papa,aunty Samsiah dan uncle Zul,kami telah adakan majlis pertunangan antara Kina dan Fiq minggu lepas"kata datin rose dengan bangga.
mendengar ayat itu bagaikan merentap segala urat dan pernafasan Taufiq.camca diletak kepinggan,badannya serasa sungguh kebas bagaikan dia sudah hampir tidak sedarkan diri.dia memandang semua wajah dihadapannya yang tersenyum gembira.kecuali tokwan yang hanya menyeka matanya secara sembunyi.
"Fiq..seronok tak?"soal dato Tajjudin.
"lepasni..bolehlah kita berbesan cepat sikit,tarikhnya pun bulan depan kan?"kata datin Samsiah teruja.
Tajdi yang sedari tadi sedar keadaan adiknya sudah diam.
dia dapat melihat wajah Taufiq sudah merah menahan perasaan,dia yakim Taufiq tidak akan mengamuk dihadapan tetamu,adiknya itu memang hormatkan tetamu.dia tidak akan memalukan keluarga di khalayak ramai.
sesi perbualan kini diteruskan.Taufiq menahan dirinya.badannya sudah berpeluh walaupun rumah mereka sememangnya dipasang penghawa dingin tahap maksimum,maklumlah sekarang musim panas yang melampau.
Tajdi menepuk paha adiknya tanda suruh bersabar.Taufiq memandang abangnya.dia mengangguk tanda faham.dihadapannya Kina sudah tersenyum riang.
hatinya mula menyangkal.
inikah bakal isterinya?mama dan papa dah selidik betul-betul ke sebelum buat keputusan yang membelakangkan aku?aku ni tak ada hak ke untuk pilih suri hidup aku sendiri?ada lagi zaman kahwin paksa?tokwan tahu ke semua ni?
banyak soalan yang menyesakkan kepalanya.
hampir sejam Taufiq menahan rasa.kini tetamu sudah pulang.dia berundur menuju ke arah tangga.
"Fiq"panggil datin rose.
Taufiq berhenti melangkah.
"mama dan papa buat apa sebenarnya?"soal Taufiq.
"kenapa Fiq?"soal dato Tajuddin hairan
"mama dan papa buat keputusan tunangkan Fiq dengan Kina?"apa sebenarnya ni?"ini ke hadiah yang mama banggakan sangat?"soal Taufiq manahan rasa.
"Fiq dan Kina kan sama-sama membesar,lagipun korang memang sepadan"kata datin rose.
"kalau membesar sekali wajib dijadikan pasangan suami isteri ke mama?"soal Taufiq.
"Fiq,mama dah suka dengan Kina,dia baik,berpelajaran,apa lagi yang Fiq nak?"soal datin rose.
"semua tu tak sempurna kalau takde cinta ma..mama dan papa ada nampak kami bercinta ke?"ada nampak kami keluar bersama?"soal Taufiq.
"Fiq..dengar dulu,ini untuk kebaikan Fiq,Kina cakap dia akan jaga Fiq kalau Fiq nak duduk di kampung tokwan sekalipun,dia baik,datang dari keluarga yang kita kenal"kata dato tajjudin.
"Kina tak serasi untuk Fiq mama"bantah Taufiq.
"mama tak kira,Fiq sekarang dah jadi tunang Kina,apa pun Fiq nak buat suka hati Fiq,yang mama nak tahu bulan depan majlis perkahwinan akan ada dirumah ni"kata datin rose geram.suaranya kini sudah naik satu oktaf.
"sudah tu rose,bagi peluang pada Fiq nak tenangkan diri dulu"sambung tokwan.
"betul tu ma..pa.."kata Tajdi.
Taufiq sudah lama masuk kebiliknya.
Taufiq memegang kepalanya yang terasa sakit kerana memikirkan hal yang sememangnya tidak terlintas dalam fikirannya.
"Fiq..boleh tokwan masuk?"terdengar suara tokwan diluar.
"masuk tok"kata Taufiq.dia mengesat matanya yang berair.inilah kali pertama air matanya keluar disebabkan mama dan papanya sendiri,sungguh sedih hatinya saat ini.
pintu dibuka dari luar.tokwan masuk duduk disebelah cucunya.belakang badan Taufiq diusapnya.
"tokwan tahu rancangan mama?"soal Taufiq.
wajahnya sudah tenang.dia memandang wajah tokwan.
"tokwan tak tahu,tokwan tahu masa kita datang sini,mama dan papa Fiq yang bagitahu"kata tokwan.
"kenapa tok?"kenapa diaorang putuskan jalan hidup Fiq?"Fiq takde hak ke?"kalau ikut hati Fiq,Fiq akan marah mama dan papa,bantah keputusan diaorang,tapi.Fiq masih waras...Fiq takkan sesekali tinggikan suara pada mama dan papa"adu Taufiq.
"tok kenal cucu tok,tok tak pernah ajar Fiq buat macam tu dekat mama dan papa,Fiq masih ada iman dalam dada..biarlah apa yang jadi sekalipun jangan sesekali kita menderhaka pada diaorang"kata tokwan.
"Fiq tak pernah lupa ajaran tok selama ni"kata Taufiq.
tokwan tersenyum lalu diusap rambut tebal cucunya itu.
"tok mohon,dengar cakap mama dan papa"kata tokwan tiba-tiba
"macam mana dengan Ara tok..?"Fiq hanya cintakan Ara,Ara pun sama,kami dah janji tok...,tok sendiri dengarkan?"kata Taufiq.
tokwan angguk mengerti.
"urusan jodoh milik Allah Fiq,mungkin Allah takdirkan Fiq bercinta dengan Ara,tapi isteri Fiq adalah Kina"kata tokwan.
"Kina tu Fiq kenal dia macam mana,Fiq dah masak dengan perangai dia dekat kolej dulu,tok nak ke cucu macam tu?"soal Taufiq.
"Fiq..seorang manusia boleh berubah,mana tahu Allah jodohkan Fiq dengan Kina,dan Allah nak Fiq jadikan Kina seorang isteri yang solehah"kata tokwan.
Taufiq diam.
"macam mana kalau Ara tahu tentang hal ni...Fiq tak nak dia sedih,Fiq sayangkan dia tok"kata Taufiq.
"tok tahu semuanya Fiq,dan tok yakin,dan tok kenal dengan Ara,dia seorang yang kuat"kata tokwan.
"Fiq tak sanggup nak hancurkan hati dia tok,dia istimewa bagi Fiq"
"Fiq kena terus terang dengan Ara,cakap elok-elok"
"macam mana kalau Ara sedih,?"
"memang sesiapa pun akan keluar air matanya bila dapat berita macam ni,tapi nanti Allah akan hadirkan seseorang untuk bersama dan memberi kebahagiaan pada Ara"
Taufiq menggeleng.
"Fiq tak nak orang lain rampas Ara dari Fiq"kata Taufiq tegas.dia bangun berdiri ingin marah.cepat-cepat tokwan menarik tangannya.
"Fiq..mengucap,ingat Allah"kata tokwan.
Taufiq mulai sedar.dia mengucap.badannya menggeletar manahan amarah yang menguasi diri.dia memejamkan matanya.cuba untuk bertenang.
"maafkan Fiq...Ara maafkan Fiq"rintih hatinya.dia terbayang senyuman Ara yang manis menyapa wajahnya setiap hari.
Ara melihat skrin telefon samsung miliknya.hatinya benar-benar risau.sudah seminggu Taufiq tidak menghubunginya.bila dia cuba untuk telefon tapi tak diangkat.hatinya risau.
"mana Fiq ni?"baru seminggu pergi terus tak ada berita,macam mana kalau dah sebulan dia duduk dekat sana"kata Ara.
dia memandang keluar tingkap biliknya.dia memandang sawah bendang yang kekuningan cantik,tanda akan tibanya musim menuai padi.
tenangnya pemandangngan itu tidak dapat menenangkan hati Ara.
"ya Allah,kau lindungilah Fiq,walau dimana pun dia berada"doanya dalam hati.
Share this novel