bab 31

Romance Completed 13382

restourant yang selalu menjadi tarikan anak-anak muda untuk melepak dan bersama rakan-rakan ini agak ramai bila jarum jam berada di angka 12 ke atas.
suasana riuh-rendah agak tidak selesa bagi Ara.
"macam mana nak makan kalau macam gini punya ramai?"soal hati Ara.
Tajdi juga ragu-ragu hendak masuk.
"awak ada cadangan?"soal Tajdi memandang Ara disisi.
"ramai betul bos...kalau bos selesa kita makan je lah kat sini"kata Ara.
"no..saya tak berapa selesa,ramai betul"kata Tajdi.
Ara angguk.
mereka berpandangan.Ara tersengih.
Tajdi angkat kening pelik dengan sengihan Ara.

mereka makan nasik goreng kampung yang disediakan oleh warung berhampiran bangunan pusat membeli-belah itu.
Ara dengan selera sekali makan tanpa pandang kiri,kanan.
Tajdi juga menyuap sesudu nasi goreng kemulut.
ermm...sedap!
"sedap tak bos?"soal Ara.
dia memandang Tajdi yang agak keberatan untuk makan.
"sedap...tapi awak pasti ke tempat ni bersih?"soal Tajdi perlahan saja.takut pemilik warung ini akan berkecil hati mendengar soalannya.
"mestilah bersih bos...owner warung ni islam lah bos"kata Ara.
"saya cuma ragu-ragu je,tapi...."
"tapi apa?"
"tapi sedap nasi ni"kata Tajdi.
Ara tersenyum.
mereka makan tanpa bersembang.
"saya sebenarnya nak tanya awak"kata Tajdi.
Ara berhenti suap.dia menegakkan badan memandang bosnya.
di warung itu hanya mereka berdua sahaja yang makan,di hujung sekali ada tiga orang remaja belasan tahun sedang bersembang.
"macam mana?"soal Tajdi.
"apa?"
"macam mana keputusan awak?pasal...pasal lamaran saya hari tu?"soal Tajdi.
Ara memandang mata Tajdi yang tulus bertanya.
"bos yakin ke dengan saya?"soal Ara.
suasana serius diantara mereka.
"saya amat yakin,yang awak memang layak dan sempurna untuk jadi isteri saya"
"bos...saya ni taklah sempurna,semua manusia tak sempurna bos..."
"awak sempurna dalam hidup saya,"
Ara telan liur kesat.
"saya mintak waktu lagi?"
"dah seminggu,takkan masih tak ada jawapan?"soal Tajdi.
"saya nak buat istiqarah"
Tajdi diam.
"susah sangat kan..awak nak terima saya?"kata Tajdi kecewa.
"bos...bukan macam tu..."
Tajdi diam.
"bos...dengar sini,saya janji akan bagitahu bos seminggu lagi"kata Ara.
"tapi....kalau bos dah jumpa seseorang yang lagi istimewa dari saya,seseorang yang dah buat bos terpikat dengan dia,bos terimalah dia....mungkin dia lagi baik dari saya,yang pandai jaga hati bos,yang takkan buat bos tertunggu menanti jawapan"kata Ara.
"oarang tu adalah awak,saya janji dengan awak saya akan tunggu tanpa mencari yang lain kan?so...saya akan tetap tunggu"kata Tajdi.
Ara memberi senyuman paling manis pada Tajdi.
"saya suka bos!"kata Ara.
Tajdi terkejut.
"betul ke?"soal Tajdi teruja.
"maksud saya..saya suka bos sebab bos ni penyabar orangnya,"kata Ara.
Tajdi mengeluh.
Ara pulak sudah tergelak melihat wajah Tajdi.
"but its okay...suka dengan sikap tu maknanya permulaan pada cinta,saya tunggu awak"kata Tajdi.
Ara angguk kepala.
tiba-tiba Tajdi merasa ada sesuatu merayap di kakinya yang berstoking.
dia mengibas kakinya,cuba mengeluarkan mahkluk yang menggangu acara makannya.namun tidak juga jatuh.
dia mengambil keputusan membuang dengan tangan.
ketar tubuhnya melihat seekor lipas bersaiz besar merayap di kakinya.
dengan pantas dia berdiri.
Ara pelik.
"relaks lah bos...makan tak habis lagi"kata Ara.
"li...li..lipas!!!!"jerit Tajdi pantas berlari meninggalkan Ara.
ternganga Ara melihatnya.
remaja di hujung sana juga berdekah-dekah menabur gelak.
Ara juga tidak terkecuali.
dia mengejar Tajdi yang jauh ke arah kereta.

Ara cuba menenangkan Tajdi yang sudah beku ditempat memandu.
walaupun Ara menahan tawa,tapi masih dengar sisa ketawanya tapi cepat-cepat ditutup mulut takut inchi bos kecil hati.
merah wajahnya menahan gelak.
dia memandang Tajdi di sebelah yang beku tanpa suara.
"bos...okay tak ni?"soalnya.
"ssaya..oookay"gagap pulak bos ni.
"bos...janganlah macam ni"pujuk Ara.
"bos takut dengan Lip...."
belum habis kata-katanya mulutnya ditutup Tajdi.
Ara terkejut namun dia masih boleh bernafas.
ibu jari Ara dinaikkan tanda tidak mengulangi perkataan yang sama
"awak jangan sebut nama dia"kata Tajdi.
mulut Ara dilepaskan.
Ara menarik nafas lega.
"apa lah bos ni....apa dendam bos dengan si tutttt....?"soal Ara tidak berani menyebut 'lipas'
"saya..tak suka,saya geli"kata Tajdi dengan wajah serius.
kali ini gelak Ara tidak dapat ditahan lagi.
dia menekan perut yang senak akibat terlalu banyak ketawa.
"awak gelakkan saya?"soal Tajdi memandang Ara.
pantas Ara menutup mulut sendiri.
"saya bukan gelak dekat bos....tapi dengan tutttt....pun takut ke? si tutttt...mainan saya masa kecil lagi bos,kenapa bos macam histeria bila jumpa tutttt...?"soal Ara.mahu tergelak mendengar percakapan sendiri.macam main game pulak,tuttt sini..tuttt sana.
"saya ada sejarah dengan dia,dah lah..saya tak nak fikir"kata Tajdi.
Ara tersenyum.cuba mengawal agar ketawanya tidak dilepas.
kalau sampai dekat si Ton....comfirm krismas nanti baru habis gelaknya!
"bos okay tak ni?"soal Ara.
apabila melihat Tajdi masih pucat.
apalah..jumpa lipas macam jumpa hantu.
"saya rasa okay sikit"kata Tajdi.
"kalau bos tak boleh memandu,biar saya yang bawak kereta.itupun..kalau bos percayakan saya lah"kata Ara.
bab-bab kereta ni memang dia terror...cuma tak berkemampuan nak beli,cukuplah dengan memandu kereta saga milik ayah.
"awak tak kisah?"soal Tajdi.
Ara geleng.
"okay"kata Tajdi.
mereka keluar lalu bertukar tempat duduk.
Ara menghidupkan enjin.
"bismillahhirrahmanirohim.."
dengan bacaan bismillah,kereta dipandu perlahan oleh Ara.
takut jugak nak bawak laju-laju,kereta orang...kalau kereta ayah dia siap dengan drif lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience