bab 86

Romance Completed 13382

"ada apa Fiq nak jumpa Ara?"soal Ara apabila sudah lima belas minit mereka sampai di warung tepi jalan itu.sememangnya warung itu menjadi tempat Taufiq menghabiskan waktu lapang dan berjumpa dengan rakan-rakannya.
"mama...."kata Taufiq.
Ara pandang wajah Taufiq
"kenapa dengan mama?"soal Ara.risau juga dia.dibuatnya mama apa-apa ke,sakit ke...mesti dia menyesal sangat-sangat sebab tak jumpa mama lekas-lekas seperti yang dikatakan Zaiton.
Taufiq tergelak perlahan.
Ara mengerutkan keningnya.
"kenapa gelak pulak?"soal Ara hairan.tadi bukan main serius,macam tak nak gelak setahun.tapi tiba-tiba gelak.
"risau betul Ara kan....?"kata Taufiq
"mestilah risau....mama Fiq tu,Ara dah anggap macam mak Ara"kata Ara bersahaja.
"patutlah mama sayang sangat dengan Ara"
"biasa je lah..."kata Ara.
"so....kenapa dengan mama?"soal Ara
Taufiq menyuap mee goreng yang masih panas ke mulut.
"mama nak jumpa dengan Ara,dengar je Fiq cakap terjumpa Ara....terus dia nak sangat jumpa"kata Taufiq
Ara tersenyum.
"Ara memang nak jumpa mama....tapi keadaan tak mengizinkan....Ara kena bantu Ton"kata Ara
"Fiq faham....tak apalah nanti Fiq cakap dengan mama"kata Taufiq.
Ara angguk kepala dengan senyuman.
"Fiq cakap dekat mama,nanti Ara akan datang juga,jangan risau"kata Ara
"mama bukan risau..tapi rindu"kata Taufiq
Ara dan Taufiq sama-sama tergelak.
"dah dua tahun tak jumpa...Ara pun rindu dengan dia juga,lagi-lagi dengan Kiyla...masa Ara nak pergi Korea dua tahun lepas...banyak pesanan yang dia bagi pada Ara yang banyak membantu Ara waktu di sana"kata Ara.
Taufiq tersenyum sedikit.
"Fiq dari office ke dari rumah?"soal Ara
"dari rumah"kata Taufiq.
"lahh....kalau macam tu,kenapa tak bawak Kiyla dan si kecil comel?"soal Ara sedikit kecewa kerana rasa rindu tiba-tiba pada si kecil itu.
"si kecil comel?"soal Taufiq hairan
"si kecil yang comel"kata Ara
"yelah...kenapa si kecil comel?"soal Taufiq lagi
"tak salah kan Ara panggil dia macam tu?"soal Ara serba salah.
Taufiq tersenyum.
"salah tu tak...cuma pelik,kenapa mesti si kecil comel?"soal Taufiq
"sebab dia si kecil yang sangat comel"
terletus ketawa keduanya.
rasa kekok di dalam hati masing-masing sedikit hilang.
"pandai Ara pilih nama untuk dia"kata Taufiq.
"kenapa tak bawa mereka?"soal Ara setelah ketawa mereka reda.
wajah Taufiq agak lain pada pandangan Ara.
"saja...."jawab Taufiq dengan senyuman.
"saja...?"
Taufiq angguk.
"okay...tapi lain kali,bawak lah"kata Ara
Taufiq angguk lagi.
"berapa umur si kecil comel?"soal Ara
"setahun lebih..dah nak masuk dua tahun"kata Taufiq.
"birthday?"soal Ara
"dua haribulan"jawab Taufiq.
Ara terangguk-angguk.
"sama dengan Ara kan?"kata Taufiq
terkejut sebentar Ara dibuatnya.
"ingat lagi Fiq...."katanya dengan senyuman.
"mestilah ingat...kita kan dah kenal lama"kata Taufiq.
Ara tersenyum.
"macam mana dengan busines?"
"okaylah.....banyak jugak pelanggan tetap Zaiton...ada yang dari luar negeri"kata Ara
"baguslah tu..kenapa tak buka restouran?"soal Taufiq
Ara tergelak perlahan.
"salah ke?"soal Taufiq hairan
"tak..Zaiton buat kecik-kecik je...bolehlah dapat sedikit perbelanjaan,tapi...kalau nak bukak restouran tu..tak ada rezeki lagi"kata Ara
"insyaAllah...nanti adalah rezeki"kata Taufiq
"mak dan ayah Ara sihat?"soal Taufiq lagi.
"Alhamdulillah...sihat."kata Ara
"Fiq pun dah lama tak balik kampung.sejak......"
kata-kata Taufiq terhenti.
"sejak apa?"soal Ara
"tak ada apa lah...."kata Taufiq dengan senyuman.
Ara pelik seketika.dia pandang wajah Taufiq yang mendung tiba-tiba.
tak mahu fikir banyak.Ara menghabiskan makanannya yang masih tertinggal separuh.

Taufiq menyeka peluh yang menitis ke wajah dengan tuala kecil yang tersangkut di bahunya.dari pukul enam pagi lagi dia keluar berjongging sehinggalah ke pukul lapan pagi.Taufiq berhenti rehat seketika di atas kerusi berhadapan kolam ikan yang dihias dan dijaga rapi oleh mamanya.
"pa...pa!!!!"jerit Tajdi dengan suara nyaring.dia berlari menuju ke arah di mana Taufiq berada.
Taufiq tersenyum lebar menyambut pelukan anaknnya.
lama Tajdi di dalam pelukannya.kepala anaknya diusap lembut.
"kenapa ni...? macam tak jumpa papa setahun"kata Taufiq
"Taj induu...papa"kata Tajdi dengan pelatnya.
Taufiq tergelak perlahan.
bahu anaknya dipegang.matanya memandang ke wajah anaknya yang yang paling disayangi itu.
anaknya yang bermata bulat dan bundar.
"si kecil comel papa"kata Taufiq dengan senyuman.
"pa..!"panggil Tajdi tiba-tiba,seperti teringat sesuatu.
"ye...kenapa sayang?"soal Taufiq
"ta...tatak da..tang"kata Tajdi dengan bersungguh-sungguh mahu menuturkan setiap perkataan.
"tatak datang?"soal Taufiq
Tajdi mengangguk laju.
"kakak lah sayang...."kata Taufiq dengan ketawanya perlahan.
"ka..kak"katanya lambat-lambat
"yes...good boy"kata Taufiq.
"jomm"kata Tajdi menarik tangan Taufiq
"pergi mana sayang?"soal Taufiq.
"ka...kak!"katanya
"betul ke?"soal Taufiq
Tajdi angguk kepalanya.
Taufiq bangun menuju ke pintu rumah kerana tanggannya ditarik oleh Tajdi.
semakin dekat dia menuju ke pintu rumah semakin jelas dengar suara mamanya dan....
"Ara? dia datang hari ni?"soal Taufiq perlahan.dia tersenyum.
kakinya melangkah masuk bersama Tajdi di sebelah.
"assalammualaikum"sapa Taufiq
"waalaikumsalam"jawab Ara dan datin rose serentak.
mereka berbalas senyum.
"baru balik je ke Fiq"soal Ara
"ye...baru je balik,si Tajdi ni dah tunggu depan pagar lagi"kata Taufiq
mereka tergelak perlahan.
"tak sabar nak jumpa papa dia lah tu..."kata Ara
"Taj memang macam tu...macam lama tak jumpa,kalau Fiq pergi mana-mana je..mesti dia tunggu sampailah Fiq balik"kata datin rose.
Ara tergelak perlahan.
"biasalah....mesti anak papa ni"kata Ara hanya bergurau.
kanak-kanak itu tersenyum malu apabila mendengar dirinya diketawakan.
datin rose tersenyum melihat Ara dan Taufiq.dalam hatinya seperti menanam satu hajat.tapi masih tidak tahu apa hajatnya itu.dibiarkan kabur seketika.
"mama ke dapur dulu,nak buatkan air"katanya
"tak payah susah-susah lah ma..."kata Ara
"tak susahlah...sekejap je"kata datin rose
"kalau macam tu...jom Ara tolong"kata Ara
"eh...tak payah,Ara duduk je..mama ke dapur sekejap"kata datin rose.
Ara terduduk kembali.kini tinggallah dia dan Taufiq serta si kecil comel diruang tamu itu.
"Ara dah lama sampai?"soal Taufiq
"baru lagi...."kata Ara
"datang dengan apa?tak nampak kereta pun?"soal Taufiq
"Ara naik teksi je tadi..."
"kenapa tak cakap nak datang....kalau tak boleh Fiq pergi ambil"kata Taufiq
"tak apalah...lagipun Ara free hari ni"kata Ara
Taufiq angguk perlahan.
"Fiq naik tukar baju dulu"kata Taufiq.
"okay...."
"si kecil comel...mari duduk dekat kakak"kata Ara
Taufiq tersenyum sambil berjalan menuju ke tangga.
kanak-kanak itu berjalan menghampiri Ara yang memanggilnya.
kini hanya tinggal Ara bersama si kecil yang comel.
Ara mengusap rambut lembut milik Tajdi yang kecil itu.
"si kecil comel ni nampak comel sangat"kata Ara.
muhammad khairil Taj yang duduk di pangkuan Ara mendongak kepala melihat ke wajah Ara.
"siapa si..ke...cil..co..mel?"soal Tajdi dengan polos.
Ara tergelak perlahan.bertambah comel pula dia tengok budak kecik ni,dengan percakapannya yang masih belum jelas,tapi mampu membuat orang yang mendengarnya memahami.
"Tajdilah si kecil comel tu"kata Ara
"ke...na..pa?"soalnya putus-putus
"sebab.....Tajdi paling comel pada semua"kata Ara
"ta...pi...papa ca..kap papa co..mel"kata kanak-kanak itu.
Ara tergelak lagi.
"tak...Tajdi paling comel"kata Ara
si kecil comel tersebut tersenyum lebar.wajahnya tiba-tiba ceria dua kali ganda.
"be...tul?"soalnya bersungguh-sungguh.
"betul...."jawab Ara
"yeayy!!!!"jeritnya.
Ara tersenyum melihat telatah kanak-kanak itu.
"papa?"soalnya pula.
"ermm?"soal Ara tak faham.
"papa co...mel?"soalnya.
kali ini Ara sudah menahan ketawa.
"papa.....ermm..?"Ara berfikir sejenak
"papa...en..cem?"soalnya
Ara tersenyum lebar pada si kecil comel
"okay...papa hensem"kata Ara
"ka...kak na..ma apa?"soalnya
"nama kakak Ara"
"ka...kak can...tik"kata si kecil comel itu.
Ara tersenyum malu.
"pandai betul ambil hati kakak ye?"kata Ara sambil menarik pipi montel itu.
dari jauh datin rose tersenyum sendirian apabila melihat babak antara cucunya dan Ara.sedikit sebanyak menguatkan hajat di hatinya.
mata datin rose terpaku pada Taufiq yang menuruni tangga menuju ke arah Ara dan si kecil comel.
mereka bersembang seperti biasa.manakala cucunya berada di pangkuan Ara dengan selesa.
"perfect!"kata datin rose sendirian.akhirnya dia membuat keputusan untuk membawa air yang sudah lama disiapkannya tetapi sengaja dia lambat-lambatkan untuk dibawa ke depan.
"cucu mak tok sembang apa dengan kakak Ara?"soal datin rose.
Ara tersenyum.
"ka...kak ca...kap Taj co..mel"katanya
riuh ruang tamu itu dengan gelak tawa mereka.
"pandailah tu....habis papa comel tak?"soal Taufiq menarik tangan si kecil comel ke pangkuannya.
"tak..."jawab si kecil comel.
Ara dan datin rose tertawa melihat Tajdi yang mengeleng laju.
"jemput minum Ara"kata datin rose.
"terima kasih ma..."kata Ara
"minumlah Ara...air bujang je"kata Taufiq.
"ishh....papa Fiq ada tau,apa pula bujangnya"marah datin rose hanya bergurau.
Taufiq tersengih-sengih.
Ara pula cuba menahan gelak walaupun hampir pecah.
"mana Kiyla? Ara nak sangat jumpa dia"kata Ara.
datin rose memandang ke arah Taufiq dengan wajah yang muram.Taufiq pula tunduk melihat Tajdi yang sedang seronok memasang lego-lego mainannya.
Ara menanti jawapan dari keduanya.

Ara berdiri bersebelahan dengan Taufiq.mereka kini berada di sebuah tanah perkuburan islam.
Ara menyeka air matanya yang laju menuruni pipi.dia dan Taufiq kini berada ditengah-tengah diantara dua perkuburan yang amat dia kenali,sayangi malah dah dianggap keluarganya.
sesampainya mereka disini tadi Ara sedikit kaget.kata Taufiq mahu membawanya berjumpa dengan Kiyla.
rupa-rupanya inilah maksud sebenar Taufiq.
di kirinya kubur yang bersih tanpa sebarang daun yang luruh diatasnya tertera nama di batu nisan yang berwarna putih.milik mama Kiyla! milik mama kepada si kecil comel.hatinya luluh saat mengetahui kenyataan si kecil itu selama ini membesar tanpa seorang ibu di sisinya.
air matanya diseka lagi.dia pandang ke sebelah kanan pula.kubur milik opah.
Ara terduduk diantara keduanya.Taufiq yang seperti memahami mengundurkan diri ke kereta yang terparkir tidak jauh dari situ.Taufiq duduk bersandar pada keretanya.
"Kiyla...opah..,Ara datang ni,Ara minta maaf sangat-sangat sebab tak tahu pasal semua ni,Ara salah opah...Ara mohon maaf,kenapa opah pergi tanpa tunggu Ara? kenapa opah pergi tanpa pengetahuan Ara? opahkan dah janji nak tunggu Ara balik? Kiyla.....Kiyla nak tahu tak? kiyla pergi tinggalkan seorang kanak-kanak kecil yang comel dan baik sangat,kanak-kanak tu memerlukan kasih sayang Kiyla.Ara kesian tengok dia...dia terlalu rindukan Kiyla.
kenapa tak ada seorang pun yang bagitahu Ara pasal semua ni?"kata Ara dengan tangisannya.
Ara menyeka air matanya.tangannya ditutup ke wajahnya.
biarlah dia menangis sepuasnya.biarlah dia habiskan air matanya hari ini,dia tak mahu lagi terima berita yang memerlukan air matanya lepas ini.mahu saja dia habiskan air mata supaya dia tak dapat menangis lagi.
"maafkan Ara"rintihnya lagi.

"Kiyla meninggal semasa melahirkan Tajdi"kata Taufiq.
Ara disebelahnya dilihat.mereka sama-sama duduk di atas batu besar sambil merenung ke lautan yang semakin kemerahan tanda matahari bakal tenggelam.
Ara diam tidak berkutik.dia hanya diam merenung ke lautan.
Taufiq memejam matanya.

..................."sayang!!!"jerit Taufiq terkejut kerana menlihat tubuh Kiyla yang berlumuran darah di tengah-tengah tangga rumah itu.
"a...bang...sakit..."kata Kiyla dengan tersekat-selat.tangannya memegang perutnya yang besar.
"sabar sayang...abang bawa sayang ke hospital"kata Taufiq pantas mencempung tubuh Kiyla menuruni tangga.
"ya Allah...Fiq kenapa dengan Kiyla?"terkejut datin rose.dia pantas mengikut langkah Taufiq ke kereta.
"Kiyla jatuh ma...."kata Taufiq pantas memasukkan Kiyla di tempat belakang.
"Ya Allah..."rintih datin rose.
dia juga meluru masuk ke dalam kereta.dia duduk bersebelahan dengan Kiyla yang menahan kesakitan.
"sabar sayang"kata Taufiq.dengan pantas keretanya menjalar keluar dari perkarangan rumah itu menuju ke arah court medical central.
"ma..ma"rintih Kiyla.air matanya menitis ke pipi.tangannya pula tak henti mengusap perutnya.
"ye sayang....sabar ye,mama tahu Kiyla kuat,kita dah nak sampai"kata datin rose mengusap kepala menantunya.
"mama...kalau apa-apa jadi,tolong selamatkan anak Kiyla dulu"katanya perlahan.antara dengar tak dengar.
datin rose menyeka air matanya.
"Kiyla kuat mama tahu tu...jangan fikir macam-macam"kata datin rose.
"Ya Allah....selamatkan anakku.."doa Kiyla perlahan.
"Fiq...cepat sikit!"gesa datin rose dengan sebaknya.
"dah nak sampai bertahan ye sayang...."kata Taufiq sesekali memaling mukanya ke belakang.
kereta Taufiq berhenti betul-betul berdepan dengan pintu kecemasan court medical central.
dua orang nurse yang bertugas datang membawa katil yang beroda ke arah Kiyla.
dengan pantas Taufiq mendukung tubuh Kiyla lalu diletak atas katil itu.
kini katil itu ditolak memasuki hospital.
katil disorong selaju yang mungkin untuk cepat-cepat sampai ke bilik bersalin.
Taufiq menggenggam tangan Kiyla yang sejuk.
"sabar ye sayang...abang ada"kata Taufiq.
"abang....janji,selamatkan anak kita dulu"kata Kiyla perlahan.
Taufiq terpaksa mengangguk demi menenteramkan hati isterinya.
datin rose mengikuti dari belakang bersama tangisan yang mengusai dirinya kini.
Taufiq mundar-mandir di hadapan pintu bilik labour room.datin rose duduk di kerusi berdekatan bersama dato Tajjuddin yang baru tiba dari pejabat.
"sabar Fiq....insyaAllah Kiyla selamat,Fiq duduk dulu beristigfar"kata dato Tajjuddin.
"Fiq tak boleh duduk pa....nyawa Fiq dekat dalam tu....Fiq risaukan mereka"kata Taufiq.
"mama tahu Kiyla dan cucu mama tak akan apa-apa...Fiq jangan risau,InsyaAllah...."kata datin rose.
"apa-apa pun Kiyla dan anak Fiq mesti selamat"kata Taufiq perlahan,untuk menenangkan hati sendiri yang dilanda gundah.
selama sejam mereka menunggu akhirnya pintu labour room terbuka dari dalam.
Taufiq dan dato tajjuddin serta datin rose bangun meluru ke arah seorang dokter perempuan yang keluar dari bilik itu.
"dokter...macam mana isteri dan anak saya?"soal Taufiq pantas.
dokter itu membuka penutup mulutnya.
ada sedikit keluh kesah yang dapat dilihat dari wajahnya.
"tahniah encik mendapat seorang bayi lelaki"kata dokter itu dengan senyuman.
Taufiq tersenyum lega.dia pandang wajah mama dan papanya yang beriaksi sama.
"tapi....."
kini senyuman tadi pudar.ketiga pasang mata menala ke arah dokter itu.
"kenapa dokter? isteri saya macam mana?"soal Taufiq
dokter itu menarik nafas dalam lalu dihembus.
"puan Kiyla mengalami pendarahan yang banyak.banyak komplikasi lain yang terjadi.keadaannya sangat lemah,boleh dikatakan keadaan puan Kiyla antara 50-50,kami dah lakukan sebaik mungkin yang kami mampu,yang selebihnya kita berserah pada Allah"kata dokter itu.
Tubuh Taufiq seperti mahu melayang.terasa nyawanya bagai direntap.
datin rose sudah menangis di dada suaminya.
"macam mana keadaan menantu saya sekarang dokter?"soal dato Tajjuddin
"keadaan puan Kiyla dalam keadaan kritikal,sebarang kemungkinan boleh berlaku.kami dah terangkan akibat kalau puan Kiyla masih mahu meneruskan kelahiran.tapi....puan Kiyla memilih untuk kami menyelamatkan bayinya"terang dokter itu.
mendengar semua penjelasan itu.hati Taufiq semakin disiat-siat.
dia bangun dari duduknya lemah.
"saya nak jumpa isteri saya"kata Taufiq tegas.
"baik...isteri encik ada di dalam"kata dokter itu lagi.
dengan langkah yang laju,Taufiq menuju ke dalam bilik yang menempatkan Kiyla.
jejak sahaja kakinya di muka pintu.dia dapat melihat wajah Kiyla yang pucat dan tidak bermaya namun senyuman lebarnya terukir indah menyambut kedatangan Taufiq.
Kiyla sedang bersandar di atas katil.
Taufiq menghampiri
"Sayang....."panggil Taufiq
"ye abang....kenapa abang nampak sedih?kita dah ada baby boy....macam yang abang mahukan"kata Kiyla dengan suara yang serak.
Taufiq duduk ditepi katil yang diduduki oleh Kiyla.
bahu Kiyla dipegangnya.mata mereka bertentangan.
air mata Taufiq gugur lagi.
dia menggeleng kepalanya.tiada suara lagi yang mampu keluar.
"abang....janganlah macam ni"kata Kiyla menyeka air mata Taufiq
"kenapa?"soal Taufiq
Kiyla serba salah.
"kenapa sayang buar keputusan sendiri? pengorbanan sayang terlalu besar tau..."kata Taufiq dengan suara bergetar
"anak kita lebih penting abang....Kiyla nak abang besarkan dia dengan penuh kasih sayang seperti Kiyla terima cinta dari abang...Kiyla tak nak anak kita terasa kehilangan seseorang yang dia sayang.."kata Kiyla
"tak....kita sama-sama akan besarkan dia"kata Taufiq
Kiyla pandang ke mata Taufiq.tangannya menggenggam tangan milik Taufiq
"abang sendiri dengar apa kata dokter kan..."katanya
"tak.....abang yakin,kita sama-sama besarkan dia"kata Taufiq
"abang....Kiyla nak abang tahu yang Kiyla sayang sangat dekat abang"kata Kiyla
"abang tahu sayang...."kata Taufiq
"Kiyla bahagia sangat sepanjang menjadi isteri abang,abang berikan Kiyla kasih sayang yang selama ni Kiyla tak pernah rasa,betapa bertuahnya Kiyla bersuamikan abang"kata Kiyla.
air mata keduanya mengalir seperti tidak mahu berhenti.
"Kiyla cuma nak abang jaga anak kita baik-baik,abang didik dia supaya jadi umat nabi Muhammad S.A.W yang soleh.Kiyla nak abang berikan dia didikan agama yang cukup.abang jangan bagi dia sedih,abang jangan hilangkan Kiyla dalam hidup dia"kata Kiyla dengan sebak.
Taufiq menyeka air mata di pipi Kiyla
"abang nak lakukan semua tu bersama sayang"kata Taufiq
"tak bang....Kiyla tak pasti,Kiyla tak nak abang bersedih pasal Kiyla,abang dah banyak berkorban untuk Kiyla.tak ada apa lagi di dunia ni yang lebih membahagiakan Kiyla dari diri abang"kata Kiyla.
Taufiq memeluk tubuh isterinya dengan erat.kepala Kiyla diciumnya.
badannya bergetar menahan kesedihan.
"abang sampaikan maaf Kiyla pada mama dan papa,abang maafkan Kiyla...."kata Kiyla didalam dakapan Taufiq.
pelukan dileraikan.
"abang janji akan jaga anak kita sebaik yang abang mampu,pengorbanan sayang terlalu besar untuk abang."
"abang tolong cari Ara"kata Kiyla lagi.
Taufiq setia mendengar.
"cari Ara dan sampaikan salam pada dia,Kiyla tahu dia akan jumpa dengan kebahagiannya kelak"kata Kiyla lagi.
Taufiq angguk kepala.
malam itu Taufiq menemani Kiyla di wad.Taufiq menggenggam tangan Kiyla.
Taufiq duduk di kerusi sebelah katil Kiyla.
Taufiq mengusap kepala Kiyla.
Kiyla memberi senyuman padanya.
"comel kan anak kita"kata Taufiq dengan senyuman.
"comel macam papa dia"kata Kiyla perlahan.
"comel macam mama dia,tampan macam papa dia"kata Taufiq.
Kiyla tersenyum.
"sekarang sayang tidur...dah lewat malam,tak baik tidur lewat"kata Taufiq
Kiyla angguk kepala.
matanya dipejam rapat.
Taufiq pula melentuk kepalanya di atas tangan Kiyla.
Taufiq terjaga dari tidurnya tiba-tiba.
matanya dibuka.keadaan masih gelap.
dia melihat Kiyla yang masih lagi nyenyak tidur.
tangan Kiyla yang dipegangnya terasa sejuk.
Taufiq meraup wajahnya.
"sayang...."panggil Taufiq mengerakkan sedikit tangan isterinya.
Kiyla masih diam.
"sayang...."panggilnya lagi.
diam lagi.
Taufiq pelik.dia bangun dari duduknya.wajah Kiyla diusapnya.
sejuk!
"sayang...bangun sayang"panggil Taufiq agak kuat.
dia sudah tidak tentu arah.
pergelangan tangan Kiyla dipegang.
dadanya bergetar hebat.
"nadi berhenti!"hatinya berkata.
tubuh Kiyla digoyang perlahan.
"sayang...."panggil Taufiq.
dia melihat sekeliling.
"dokter!!!!! dokter!!!!!jerit Taufiq dengan kuat sekali.
air mata pula dengan mudahnya menuruni pipi apabila melihat tubuh kaku milik Kiyla
"dokter!!!!!!!"tempik Taufiq
.................................

Ara menyeka air matanya.dia dapat mendengar suara Taufiq yang bergetar semasa bercerita.
"kenapa selama ni tak ada seorang pun yang ceritakan hal ni pada Ara"kata Ara.
dia masih merenung ke laut yang jauh.
"Fiq tak nak Ara sedih,Fiq tahu Ara dan Kiyla berkawan baik,lagi-lagi pasal opah...lagi Fiq tak mampu"kata Taufiq
"walau waktu mana sekalipun,kesedihannya tetap sama"kata Ara
"Fiq minta maaf sebab tak bagitahu Ara awal-awal"kata Taufiq
"Ara tak salahkan sesiapa.Ara cuma kesal sebab hanya Ara yang masih tidak tahu pasal berita ni"kata Ara
suasan diam seketika.
"tak sangka si kecil yang comel yang masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu ditinggalkan,Ara kagum dengan dia...dia satu-satunya kanak-kanak yang matang"kata Ara
Taufiq tersenyum sedikit.
"kadang-kadang dia juga memberontak Ara....tapi Fiq faham,Fiq dan mama sedaya upaya berikan yang terbaik untuk dia,tapi Fiq juga bangga dengan dia...sebab dia mendengar kata-kata kami,patuh arahan,dia matang dalam usia muda macam yang Ara cakap"kata Taufiq.
Ara melihat Taufiq disebelah.
"dia memang anak yang baik"kata Ara
Taufiq terangguk-angguk.Ara bangun dari duduknya.
Taufiq yang melihat Ara sudah bangun dia juga membuat perkara yang sama.
"jom Fiq hantar Ara balik"kata Taufiq.
Ara angguk.
dia mengekori langkah Taufiq menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience