bab 16

Romance Completed 13382

Mereka tiba di sebuah hotel mewah ditengah-tengah bandar Ipoh.
Ara hanya mengikut langkah kaki Tajdi ke tempat pendaftaran kesemua palanggan hotel besar itu.
Ara memandang sekeliling.kagum hatinya melihat besarnya hotel ini,berlampukan ala-ala suasana romantik.
sepanjang usianya belum pernah kakinya menjejak lantai sebuah hotel,bukan hatinya tidak teringin untuk merasa menginap di hotel tetapi kewangannya tidak mencukupi,dia bukannya berasal dari orang yang kaya raya,celik mata nampak duit,celik mata nampak makanan mewah dah terhidang,kerja hanya didalam suasana tenang dengan penghawa dingin.itu bukannya dia,kalau dia celik mata saja nampak kerja menimbun di warung,kerja.pulak dalam keadaan panas.
lagipun pendapat akalnya lebih baik tidur dirumah,seribu nikmat dapat dirasai,dengan suasana angin kuat yang datang dari sawah sekeliling rumahnya.
tapi dia tahu mungkin ada keseronokan tersendiri jika menginap di hotel.
"nah,ni kunci bilik awak"kata Tajdi menghulur satu kad bernombor 616.
tanpa banyak soal Ara menyambut.
mereka memasuki ruangan lif.
biliknya ditingkat lima.berhenti sahaja lif,Ara keluar tanpa ucapan selamat malam atau bye-bye sekurang-kurangnya.tapi tidak.
dia mengurut lehernya,sambil kepalanya disengetkan ke kiri dan ke kanan.
"nak minyak?"soal Tajdi dari belakang.
Ara hampir tergolek apabila ditegur tanpa memberi salam.
dia memandang bosnya yang mengheret beg,baju kot sudah disangkut ke bahu.
"bos...buat apa lagi dekat sini?"soal Ara
"tidurlah,alahai...awak ni,"Tajdi gelak perlahan.
"bukan..VIP punya atas ke?"Ara tidak puas hati.walaupun dia tak pernah menginap di hotel,tapi setahunya kebanyakannya bilik para-para VIP ada di tingkat paling gayat.
"saya pilih bilik sebelah awak,saya cuba cari bilik VIP satu lagi untuk awak tapi dah penuh,so...sayalah yang turun"
Ara tergelak sinis.
"bos buat apa nih...?"saya okay dekat bawah ni,bos nak susahkan diri kenapa?"dah elok-elok dapat bilik yang selesa bagai"kata Ara
"bukan senang nak bawak anak dara orang ke tempat macam ni,so keselamatan awak sedikit terjamin"
Ara mengeluh dalam hati.malas mahu bertekak + mengantuk dia mengangguk saja.
"nak minyak?"soal Tajdi
"minyak apa?"
Tajdi bantai gelak sakan sambil menekan perut.
Ara mengerutkan keningnya.
"takkan minyak masak kot,minyak angin lah,balm ke.."
Ara mencebik tanpa disedari Tajdi
"takpe,saya memang selalu sedia dalam handbeg.
"okay...jangan lupa esok pukul lapan ada dekat bawah,ingat kalau pakai tshirt tu..boleh tapi pastikan awak sarungkan kot diatasnya,dan seluar slack colour hitam sama dengan warna kot yang awak beli tadi,bukannya seluar track yang orang pergi joging tu...selamat malam"
Tajdi pantas menghilangkan diri.
Ara tercengang.
"seluar orang pergi joging?"bila masa aku pakai?"dekat kampung selalu lah..itupun kalau keluar rumah,dalam rumah memang cari nahas dengan emaklah kalau tak pakai kain batik,dikatanya anak dara tak manis pakai seluar tracksuit selalu.nanti lama-lama tak reti pakai kain.apalah..bos aku ni,aku waras lagi apa,gila nak pakai seluar tracksuit bila nak jumpa clien dekat site"keluhnya dalam hati.
tanpa banyak kata dia juga masuk kedalam biliknya.

Taufiq menghirup minuman panas sambil melihat pemandangan kota Australia.
dia tinggal bersama dua lagi sahabat karibnya juga pekerja di syarikat itu.
udara pada musim sejuk sesekali menyapa wajahnya dari tingkap dapur rumahnya.
"Fiq...dah sarapan ke?"soal rakannya bernama Zamri atau lebih popular dengan gelaran ustaz diantara dia dan sahabatnya seorang lagi,memang si Zamri layak digelar ustaz,selalu memberi tazkirah panjang dan nasihat ke arah hadis-hadis dan nas Al-Quran.Taufiq senang dengan sahabatnya itu,rumah mereka selalu didengari bacaan ayat-ayat Al-Quran di waktu subuh atau di hari cuti.
"belum lagi...memandang hari ni weekend so...kita sarapan dekat gerai tepi jalan nak?"soal Taufiq.
"menarik cadangan tu...kita tunggu Hero dululah"kata Zamri.
Taufiq mengangguk.
Hero a.k.a KhairulHazim bin Mehat.seorang yang santai,cakap pakai lepas je...selalu bergaya dan seorang ramah.Fiq dan Zamri sudah faham sangat perangainya yang suka mengurat,dah beberapa kali Zamri memesan jangan suka mengurat mana tahu terkena isteri orang tapi umpama 'mencurah air di daun keladi' langsung tak dengar,tapi memang sikapnya menyenangkan,dia suka membantu orang dalam kesusahan,juga penghibur dalam rumah ni.walau macam mana pun teguran atau cadangan yang mereka bertiga katakan seorang pun tidak ambil hati,maklumlah dah kenal lama.
"nak sarapan luar ke?"soal Hero muncul dari tangga.
"eh..eh..budak kota bharu ni..kau dah dengar kami cakap kan?"so apa motif kau tanya kali kedua ni?"soal.Taufiq dengan senyuman lebar.
"alah...aku saja je...orang kata apa,ayat pendahuluan"kata Hero dengan gelak tawa.
"semua dah siap ke?"soal Zamri
memandang silih berganti rakannya yang dua orang itu.
"i'am ready"Taufiq berkata
"aku..sentiasa bersedia"Hero dengan gayanya.
"jomlah,naik kereta aku"kata Zamri
"thanks ustaz..jimat minyak kereta aku"Hero mengaminkan wajahnya.
Taufiq bangun.
"kau memang..kedekut"Taufiq mengutuk rakannya.
"betul apa...alah aku bukan kedekutlah,cuma guna cara penjimatan"jawab Hero
"alah...sama je,sekarang siapa bos?"
"guna kuasa pulak,ini bukan pejabat dohh"
"dah..jangan gaduh-gaduh dah tua bangka dah...."kata Zamri.
terus mereka bertiga gelak terbahak-bahak.
Zamri memberhentikan kereta yang dipandunya betul-betul dihadapan sebuah gerai makan ditepi jalan yang sememangnya milik orang malaysia yang agak peramah.
mereka memilih meja hujung sekali yang membolehkan mereka melihat pemandangan kota besar itu dengan lebih luas lagi.
"assalammualaikum,amboii...lama tak datang"tegur pemilik gerai menjual pelbagai jenis burger dan sandwich
"waalaikumsalam bang...buzy sikit tu yang tak dapat datang"kata Taufiq,yang lain sekadar menjawab salam dan melempar senyum
"yelah...orang kaya katakan...lain macam abang ni,"kata pemilik gerai itu sekadar bergurau.
yang lain terus ketawa.
"takde lah bang...sama je kita ni,takde beza walau sikit pun"kata Zamri
kepada Shah gelaran yang diberikan kepada pemilik gerai itu.
"betul tu bang..."sokong Taufiq
"kita semua milik Allah"kata Zamri lagi.
"bang..ambil burger cheese dua tingkat satu"kata Hero.
"baik...korang dua pulak?"
"saya...burger ayam"Taufiq berkata
"saya daging campur cheese"Zamri menyudahkan pesanan.
Shah terus berlalu ke dapur kecil di gerai jualannya.
"amboii...ustaz, order burger je?"air tak nak?"soal Hero memandang sahabatnya itu.
"Air kita kan cuma air kosong,abang Shah dah tahu lah"kata Zamri
"yelah...tiap kali datang mesti air kosong je kau mintak,sebab kau tazkirah dekat kitaorang betapa bahayanya minum air yang berwarna-warni bersama dengan burger..kitorang pun terikut lah...."kata Taufiq.
Zamri tersengih
"siapa suruh korang ikut aku?"soal Hero
"Kau"kata Taufiq dan Zamri serentak.
tersentak Hero dibuatnya.mereka berdua hanya gelakkan dia.
"eh..apa plan korang harini?"soal Hero sambil mengunyah burger.
"ntah"jawan Taufiq
"aku...takde plan apa pun,duduk rumah rehat je kot"Zamri juga
"eleh...korang ni...come on ark,ini Australia bukanya hutan,jom ark kita pergi.jalan-jalan"Hero menaikkan keningnya
"jalan mana?"soal Zamri.
"kau tak keluar dengan awek ke?"selalunya setiap hujung minggu mesti hilang"kata Taufiq.
"alah...nanti pulak jumpa"jawab Hero
"ingat Hero,kau jangan selalu berjumpa..syaitan tu ada di mana-mana...kau ingat Australia takde syaitan?"soal Zamri
Hero tersengih
"aku...jumpa tempat orang ramai"
"yelah...tapi hati-hati"kata Zamri lagi
"baiklah kawanku..."Hero berkata dengan gaya menabik hormat.
"kau main-main?"soal Zamri.
terus Hero tersengih menurunkan tangannya.
"cepatlah...nak jalan mana?"Taufiq mencelah
"kita pergi Chinatown?"Zamri mencelah.
"best jugak tu...sambil cuci mata tengok minah saleh"kata Hero sambil tersengih.
Zamri dan Taufiq memandang tajam padanya.
Hero tersengih sambil menggeleng.
"boleh jugak..aku pun nak beli baju"kata Taufiq.
"lepastu kita singgah dekat Abi Ali Butchers,boleh beli barang makanan"kata Hero.
mereka mengangguk masing-masing bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience